IRWAN melangkah perlahan duduk disebelah kerusi Imer..imer yang susut dan masih berdegil tak mahu pulang . Lalu Kartini membiarkan saja..Yang lain sudah pulang ke rumah kecuali Irwan dan imer.
"Mir..kau taknak cerita kat abang ke apa yang jadi? Bini kau tu kena tembak Mir! Report la polis..bukannya kena cubit.” Kata Irwan
Imer mengangguk..dia bukan taknak report polis tapi tak sempat..Fikirannya tak memikirkan hal lain selain nyawa Aura.
"Ada betul jugak cakap kau bang..Nanti la. Kepala aku serabut sekarang ni ! Aku sendiri tak tahu siapa tembak Aura.” Imer mengusutkan rambut..fikirannya bercelaru
"Hal report tu biar aku uruskan..Sekarang ni kita balik rumah dulu..Kau tunggu sini pun takde guna jugak bukan boleh melawat time ni pun.” Ujar Irwan mengeluh halus
'Apa la nasib pengantin baru dua ni..Awal awal lagi kena macam macam.’ Ngomelnya
Irwan teringatkan sesuatu.
"Kandungan Aura macam mana?” Tanya Irwan
Imer kembali menunduk wajah.
"Gugur..Dah terang terang kena tembak kat perut! Kau ni..” Jawapnya
Irwan tersengih. Lalu laju tangannya menampar paha Imer
"Yea tak yea jugak. Alaa buat la yang baru..apa susah.” Irwan ketawa kecil
Imer tersenyum nipis.
"Gila kau bang! Dah la jom la balik..” Imer berdiri untuk pergi
Irwan mengikuti adiknya..lalu terdengar ia ketawakan Imer.
"Abang nak pergi mana ni? Dengan bag pakaian ni..” Nazira yang baru masuk kedalam bilik abangnya, Nazirul..
Hairan melihat abangnya dengan bag besar,habis satu almari dia bawak.
"Abang nak pergi rumah Jescy.” Balas Nazirul..tangan segera menyudah kan kerja tapi bukan lipat..sumbat!
Jelas terkejut mimik muka Nazira.
"Abang nak ke DUBAI !!? Sebab tak silap Zira..si jescy tu tak tinggal sini.”
Nazirul mengangguk..otaknya ligat berfikir takut ada yang tertinggal.
"Abang nak jalan jalan kat sana ke??Alaa kenapa tak ajak zira sekali..” Nazira berjalan kearah Nazirul lalu memaut manja lengan abangnya
Nazirul mengeluh halus..pipi Nazira dipegang lembut..mata bertentangan.
"Abang dah kenapa? Macam ada yg takkena jer..” Nazira mula curiga sesuatu
Muka Nazirul cemas,resah.
"Kau tolong abang boleh tak..cakap kat Mummy yg abang pergi Dubai nak jalan jalan.” Nazirul betul betul berharap bantuan nazira sekarang ni
Nazira masih tak boleh buang rasa ingin tahu nya.."Abang macam takutkan something..Abang ada buat jenayah ke??” Tanya Nazira menarik mukanya dari dipegang nazirul
"Masa tu abang mabuk! Abg pun tak ingat pistol tu dari mana..” Resah Nazirul
'Aku tak nak la masuk lokap! Tak boleh dibayangkan.’ Ngomelnya
Nazira ternganga.
"Abang tembak siapa??”
"Aura. Eh oky la abang pergi dulu..kau jaga Mummy elok elok.” Nazirul mengangkat bagnya..dahi Nazira dicium sekilas
"Aura!?Omg..Mati ke perempuan tu?” Bisik Nazira sendirian
Nazira mahu mengejar Nazirul tetapi abangnya sudah pergi bersama driver keluarga itu
PAGI itu awal awal lagi Imer sudah bersiap untuk melawat Aura di hospital. Sudah dihalang oleh Kartini tetapi Imer tetap juga pergi..
Imer mendekati Aura yg terbaring di katil. Ditenung lama wajah Aura..
"Kenapa sekarang aku baru perasan..Kau memang cantik. Cantik luar dan dalam..Aku yang bodoh tak bersyukur dapat isteri sebaik kau.” Ngomel Imer kesal
"Aura memang cantik.”
Imer berpaling ke belakang..Anas yang tersenyum senang kpd Imer
Imer membalas dengan senyum tawar.
"Nak tahu..saya pernah tersuka pada Aura masa kecik dulu.” Anas cuba memancing untuk berborak dengan Imer
Imer hanya memasang telinga.
"Tapi biasa lah nama pun masa kecik..Abang harap Imer dapat jaga Aura sebaik mungkin..dia dah cukup terseksa selama ni. Buat la dia happy seperti mana Imer happy kan ibu imer sendiri.” Ucap Anas sambil tersenyum kecil
"Maafkan saya..sebab tak jaga Aura dengan baik.” Ujar Imer..masih memandang Aura
"Abang percaya Imer jer lelaki yg boleh bahagiakan Aura..Aura jenis yang mudah sayang orang..Kalau boleh semua dia nak jadikan keluarga. Sebab dari dulu lagi dia tak dapat kasih sayang dari Ayah dia..”
Imer mengangguk..Aura sudah menceritakan kepadanya tentang Azmin. Tetapi tak pula tentang Ibu Aura? Dimana dia sekarang?
"Bang..saya nak tanya sikit boleh? Harap abg tak kisah la..” Imer berpaling menghadap Anas
"Aura pernah cakap kat saya yang dia nak cari ibu dia..Ibu dia kat mana sekarang?” Soal imer ingin tahu
'Mungkin kalau aku temukan Aura dengan mak mertua yg aku tak kenal tu..mungkin Aura boleh maafkan aku.’ Bisik Imer dalam hati
"Abang pun tak tahu..Ibu dia lari masa Aura kecil lagi. Tapi kalau Imer nak tahu..imer tanya Maklong.” Balas Anas bersahaja
Imer mengangguk.
"Nanti petang abang datang dengan mak..kalau Imer nak jumpa.” Sambung Anas
Imer tersenyum mesra.
"Terima kasih banyak yea bang.”
Anas mengangguk sambil tersenyum.
"Abang mintak diri dulu la. Assalamualikum.” Anas keluar dari bilik itu
"Waalikumsalam.” Jawap Imer perlahan
Imer menggenggam tangan Aura kemas seperti tak mahu lepaskan. Lalu terlena
Seorang gadis jururawat muda masuk kedalam Wad Aura perlahan.
Matanya terpandang seorang lelaki berambut hitam pekat itu terlena meletakkan kepala lengan pesakit.
"Handsomenya..tapi dah ada isteri la.” Keluhnya berat..terbit satu senyuman dibibir merah gadis kecil molek itu.
Sebenarnya sejak kelmarin lagi dia asyik memerhati Imer..
'Ada satu tarikan dalam diri lelaki ni..Dia nampak macam betul betul serabut kelmarin tengok isteri dia macam tu..untungnya disayang macam tu sekali.’ Gerutu jururawat muda itu
Kerusi yg diduduk Imer didekati..
"Encik! Encik! Saya nak tukar cadar pesakit.” Jururawat itu menguatkan sedikit suara mengejutkan Imer
Imer bangun terpinga pinga.
"Sorry sorry..nurse.” Imer bangun berdiri lalu berdiri bersandar didinding memerhati kerja jururawat itu
Imer melihat tag nama dibaju nurse itu.
'Alisa’
Alisa melihat Imer dengan ekor mata..tangan nya laju menyudahkan kerja. Gugup mukannya diperhati begitu.
"Encik..siap dah. Encik duduk la balik..saya keluar dulu.” Alisa mula keluar dari wad itu membawa cadar kotor
Alisa bersandar lemah didindang setelah keluar. Tangan memegang dada..berdegup laju jantungnya
"Ya ampun..Over nya gemuruh aku.”
*******************
Sorry..slow update^ ^ harap tak boring.
Share this novel