Bab 6

Romance Completed 32236

"Mak long bukannya tak nak jaga Aura tapi Kak Maya baru bersalin, jadi dia minta Mak long sekeluarga tinggal dekat bandar. Si Maya tu nak bersalin dan berpantang kat sana.” Luah Mak jiah. Dia juga risau memikirkan Aura sudah tiada tempat tinggal tetapi dia juga perlu membantu anak sulungnya yang sedang berpantang.

Aura masih tersenyum tenang. "Tak apa la maklong. Maklong jangan rasa bersalah. Aura boleh saja tidur kat sekolah ke... maklong jangan bimbang la.”

Mak Jiah senyum kelat mendengar itu. Hatinya masih dipagut serba salah, berdosa, kerana tak dapat membantu gadis itu.

Kekura tangan Aura disatukan dengan tangan tuanya. Tangan mulus itu diusap penuh kelembutan dan kasih Mak Jiah. Menitis jua air mata wanita separuh abad itu.

"Aura banyakkan bersabar. Orang hebat diuji dengan ujian yang hebat. Jangan berhenti berdoa, minta pada Dia. Insya-Allah doa Aura akan dikabul suatu saat nanti. Tambah pula doa orang teraniaya. Maklong yakin dan tahu sangat dengan kekuatan dan ketabahan yang ada pada anak gadis maklong yang cantik ni.”

Aura menganguk sekali. Disaat ini air matanya sudah kering disebabkan terlalu banyak yang sudah membazir. Dia sudah tak mahu pipinya dibahasi air mata lagi. Hidup harus diteruskan biarpun ujian datang tak terhenti.

Dibenci oleh bapa kandung ibarat hatinya dihiris sembilu yang tajam. Difitnah oleh teman baik, hati bagai dikoyak-koyak. Semakin lama semakin hari, hati kecil dan lembutnya akan berkecai jua. Siapakah yang bisa mencantum hatinya yang hancur saat ini? Tidak ada sesiapa kecuali Sang Pencipta itu sendiri. Iaitu Allah swt... Tuhan yang maha adil lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambanya.

Mak jiah mengangkat muka menatap Aura. Dia seperti baru dapat idea bernas. "Maklong rasa maklong tahu dapat tolong Aura. Aura boleh tinggal dengan dia sebab tak silap maklong dia pun membujang lagi.”

"Siapa?”

"Suhaila! Halah kawan kak Maya yang selalu Aura jumpa masa raya. Ingat tak?”

Tergamam Aura. "Kak su tinggal KL. Maknanya Aura kena pergi KL juga la?”

******

"Lama ke kau duduk kat bandar tu? Alaa... nak ikut!” Sungut Fiqa

Aura senyum saja melihat sikap kebudakan dan manja temannya. Ya, mereka tak berpisah jauh sekali berjauhan. Sememangnya ibarat seperti perpisahan yang berakhir dengan air mata.

"Assalamulikum semua! Ada masa kita jumpa lagi! Aura sayang semua! Byee!”

"Bye Aura! Sayang kau juga! Bye!” Fiqa dan Mak jiah membalas lampaian Aura yang sudah bergerak bersama teksi yang meninggalkan perkarangan rumah itu.

"Waalikumsalam, Aura Aisyah... semoga hidupmu menjadi lebih baik. Abang sentiasa doakan Aura.” Bisik Anas perlahan.

*******

Tubuh genit Aura keluar dari perut teksi yang berhenti tepat didepan perumahan besar itu. Seperti rumah-rumah orang kaya saja. Berbeza dengan suasana kampung halamannya.

"Cantiknya...” Bersinar mata Aura

Aura menekan loceng beberapa kali. Tak sampai lima minit keluar seorang wanita dewasa. Tersenyum senang wanita itu memandang Aura sambil membuka pintu pagar.

"Lah Aura rupanya. Maaf la tunggu lama, akak tertidur. Jemput-jemput masuk, mari akak bawa beg tu.” Suhaila mendapatkan Aura yang membawa beg pakaian lusuh. Dia tak berkata apa jauh sekali mahu menghina kerana dia kenal gadis itu.

"Tak apa Kak Su. Terima banyak... Aura boleh bawa sendiri.” Penuh keayuan Aura menolak.

Suhaila hanya tersenyum mesra. Pintu pagar dibuka. "Mari, kita borak kat dalam.”

Sofa panjang diduduki Aura. Mata sibuk melilau melihat keunikan dekorasi susun atur rumah itu meskipun tak terlalu mewah dan luas tetapi cukup buat bibir Aura mengoyak senyum.

"Cantik...” Gumamnya. Beg pakaian dipeluk rapat ke badan.

Suhaila menatang dua gelas ke ruang tamu. Dia turut mengambil tempat selesa. Remote control dicapai dan ditekan, automatik televisyen itu hidup.

Suhaila kembali fokus kepada Aura yang duduk setentang dengannya.

"Buat susah-susah saja Kak su. Aura dah bawa air sebenarnya.” Air mineral botol kecil dikeluarkan dari begnya.

Penutup botol dibuka, dengan bacaan bismillah Aura meneguk air jernih itu. Mengalir sejuk mengurangi hausnya. "Alhamdulillah.”

"Apa yang susahnya. Dah kamu tu tetamu, mesti la akak layan baik-baik. Dah mesti Aura penat kan datang dari jauh. Aura boleh guna bilik tetamu.” Kata Suhaila

Aura sebenarnya dari tadi asyik tahan ngantuk dan letih yang bermaharajalela, bila diberi peluang begini ada baiknya dia terima saja lah.

"Baik kak terima kasih sekali lagi. Dan maaf sebab susahkan Akak.” Aura tayang sengih.

"Ishh budak ni, tak habis lagi nak berdrama melayu dengan akak. Dah pergi rehat, tidur, nanti turun makan.” Suhaila memberi pesan.

Aura angguk akur. 'Syukur kau permudahkan urusanku...’

Eh alamak lupa satu hal lagi! Aura menepuk dahi berlari mendekati Suhaila. "Kak su boleh tolong Aura...?”

Suhaila ketawa kecil. "Boleh sayang oi. Ada apa?”

"Aura nak kerja. Boleh?” Gadis ini memasang riak mengharap dan sememangnya dia benar-benar terdesak dan mengharapkan pertolongan dari Suhaila. Dia tak boleh terus bergantung hidup dari Suhaila. Hidup memerlukan duit, dari mana dia nak dapat duit jika tak kerja.

Suhailla mengangkat sebelah kening. "Kerja? Kerja yang macam mana?”

"Akak faham Aura taknak susahkan akak. Aura pun mesti boring jugak duk rumah, Kalau macam tu disebabkan status Aura yang masih pelajar lepasan spm... Kak su Aura kerja dengan akak saja. Cafe akak, Aura tahu kan?” Terang Suhaila.

"Mahu?”

Aura senyum bersalah bercampur malu. "Banyak betul Aura susahkan kak su. Terima kasih banyak-banyak ya kak. Tak terbalas jasa akak.”

"Halah jangan berterima kasih pada akak. Ini rezeki Aura. Kalau bukan dengan akak pun, Aura mampu kerja dengan orang lain tapi akak bimbang keselamatan Aura, senang-senang Aura kerja dengan akak kan.” Suhaila berkata ikhlas.

`Beruntung aku. Ramai orang baik-baik dikeliling aku selama ini.’ Bisik Aura tak lekang dari senyuman manis.

******

Hari pertama bekerja perlulah ceria dan bersemangat mencari rezeki.
Aura mengenakan baju kurung merah jambu yang warnanya nyata lusuh. Maklum saja la gadis itu bukan orang senang .Tudung bawal putih dikenakan. Makeup tak pernah disentuh dan beli langsung pun, kerna wajah gadis itu sudah cantik bersih.

"Simple-simple saja kerja cashier kan bukannya modell.” Aura tersenyum-senyum.

Setelah tiba di Cafe milik Suhaila atau dipanggil Cafe Cake Haila. Pekerja disitu lebih kurang 6 orang.

"Welcome to Haila's cake cafe..come sayang ,Akak nak kenalkan Aura dengan pekerja kat sini.” Ujar Suhaila menarik tangan Aura.

`Ish berdebar juga jantung aku ni! tak pernah aku datang tempat macam ni. Walaupun sederhana taklah mewah sanggat. Tapi..dihias kreatif ..Cantik !Mesti ramai pengunjung datang’ Omel Aura sempat memuji cafe moden itu.

Semestinya ramai pengunjung dan pelancong tempatan juga pelancong luar hadir menikmati di Cafe tersebut. Resepi juga Suhaila reka tetapi jika sesiapa pekerja-pekerja di Cafe itu hendak memberi pendapat juga diberi kebebasan. Mungkin resepi mereka dari keturunan atau memikirnya dari pengalaman dan bijak dalam masakan.

Aura berjalan disisi Suhaila manakala didepan Aura terdapat beberapa orang pekerja. Suhaila sengaja memilih waktu petang kerna waktu itu semua pekerjanya akan pulang jadi pelanggan juga sudah tiada.

Aura mengira satu-persatu. 6 orang semuanya berpakaian hitam, berapron merah dibadan masing-masing. Berbeza pula dirinya yang berbaju kurung itu. Aura menggigit bibir. Dah serupa kerani dirinya.

"Guys! Saya kenalkan ini pekerja baru disini sebagai cashier yanb menggantikan kawan kamu, Nama dia Aura dan dia masih tiada pengalaman lagi bekerja so saya nak kamu semua bagi tunjuk ajar ye, bekerjasama!” Kata Suhaila tegas.

Aura malu-malu kucing. "Saya Aura Aisyah, panggil Aura saja.”

Pekerja-pekerja Suhaila membalas senyum mesra.
"Aura kenal-kenal dulu dengan mereka. Akak ada urusan kat luar.” Kata Suhaila beredar meninggalkan Cafe tersebut.

Salah seorang pekerja perempuan itu menarik lembut lengan Aura lalu duduk dikerusi memandangkan Cafe sudah kosong tiada customer.

Aura agak kekok bercampur malu.
"Saya Wawa. Panggil wawa saja lah sebab nampak macam kita sebayakan.” Gadis muda bernama Wawa itu tersengih kepada Aura.

Aura mengguk .

"Saya Mila. Tapi nampak tuakan jadi panggil Kak Mila jerlah. Akak bertugas sebagai tukang masak kat sini.” Kata Wanita disebelah Wawa mesra.

Yang lain tak pedulikan Aura malah bersiap siap untuk pulang kerumah masing masing.
Aura hanya memandang mereka yang kelihatan agak sombong.

Wawa perasan Aura hanya memerhati pekerja yang lain.
"Alaa Aura jangan amik hati dengan diorang. Diorang memang macam tu..berlagak sikit.” Ujar Wawa mengerling kearah mereka.

Mila menggeleng menepuk paha wawa. "Aura! Yang tengah lap meja tu nama dia Tengku Nazirul, tapi jangan panggil nama Nazirul, Kitorang semua panggil dia Tengku. Anak orang kaya la berlagak..kitorang pun tak tahu kenapa anak Datok tu kerja kat tempat biasa macam ni.” Mila menunjukkan kearah seorang jejaka kacak yang tengah lap meja.

Aura hanya diam membisu memerhati lelaki itu.

"Haah lahh, harap muka jer macho tapi berlagak..” Celah Wawa menjeling tajam kearah Tengku Nazirul.

Aura menggeleng menarik senyum manis.

Aura teringatkan sesuatu. Lalu berpaling menghadap dua wanita itu yg seronok bergossip.

"Kak Su kata enam orang pekerja. Jadi mana sorang lagi ,Kak?” Soal Aura.

Dua wanita itu hanya memasang wajah selamba. "Kalau Aura nak tahu, Esok dia datang.” Balas wawa ketawa kecil melihat Mila sudah cemberut.

`Erk..dah kenapa? Salah ke aku tanya.’ Gerutu Aura hairan.

"Haa..dah! Borak memanjang..Nih Puan Su suruh bagi ni kat kau, esok pakai.” Kata wanita muda itu yg berdiri disebelah meja mereka lalu mencampak kasar satu set lengkap pakaian pekerja untuk Aura.

Aura terkejut lalu mengambil tanpa banyak bicara.

Wawa dan Mila sudah merah padam melihat tindakan tiada adap wanita muda itu mencampak barang.

"Eii !!Kau ni kan nasib baik tua dari aku. Kalau tak dah lama aku lempang muka palsu kau tu. Tak boleh nak bagi elok elok ke hah ?!” Jerit Wawa kemarahan. Gadis kecil molek itu begitu berani .

`Ha sudahh ?!jangan la gaduh sebab aku.’ Cemas Aura melihaat wanita yg mencampak pakaiannya itu tadi datang semula.

Mila berdiri ."Dah jangan gaduh..Kang aku report kat Puan.!” Amaran Mila lalu beredar kedapur. Malas dia nak layan dua ekor hampir seharian asyik bergaduh.

"Kurang ajar kaukan budak pendek!” Kata wanita tadi itu masam lalu pergi meninggalkan Cafe.

Wawa menjelir lalu ketawa sinis. "Seronok gaduh dengan Kak kicap tu.”

Aura ketawa kecil `Patut la panggil kicap..muka Akak tadi tu gelap sikit.’

"Tak baik kau kutuk macam tu. Aku bagi penampar sulung jugak kat muka budak ni” Ujar Mila menahan ketawa apabila kawan nya dikutuk begitu.

Wawa mencebik. "Eh lupa nak tanya, Aura balik naik apa? Sendiri ke ada orang ambil? Atau puan Suhaila yang jemput?”

Mila sudah pergi meninggalkan dua gadis itu menutup kedai.

Aura menggaru kepalanya tak gatal sambil sengih.

`ya tak ya juga kan. Aku nak balik naik apa ?Kak Su ada kerja.’ Omel Aura.

Wawa yang perasan wajah gadis dihadapan nya gelisah semacam. "Balik dengan saya je. Tapi saya naik motosikal la. Nak?”

`Takkan nak menyusahkan Wawa pulak. Hari ni aku banyak menyusahkan orang... aduh pening saru hal.’ Aura sebersalah..bukannya dia tak biasa naik moto cuma dia taknak susahkan orang.

Wawa masih menanti jawapan Aura.
"Erk..Haa baru saya ingat ,Saya dah call teksi tadi...Takpe Wawa balik dulu.” Bohong Aura .Aura sengih menampakkan giginya putih tersusun..berharap Wawa percaya.

Wawa kelihatan hampa. "Lahh iyer ke.Hurmm takpe lah, Aura balikk dulu la atau pun tunggu kat lluar sebab saya nak tutup Cafe” Kata Wawa melangkah kearah pintu Cafe.

Aura akur lalu menunggu diluar.Setelah melihat kawan yang baru dikenalinya itu pergi..

Aura mengeluh berat."Jauh jugakk kalau jalan kaki pun,,Nasib aku ingat jalan rumah Kak su.” Mata melilau melihat sekeliling..tiada tanda tanda Suhaila datang..terlupa kot. Fikir Aura.

Sebuah kereta kuning mewah berhenti dihadapan Aura berdiri.

Cermin kereta diturunkan..terjegul seorang lelaki. Yg memandang Aura selamba.

"Masuk! Su suruh aku hantar kau balik.” Jejaka tampan itu memandang Aura yang masih tercegat.

`Haa sudah!Erk boleh percaya ke..Eh kejap! Tak silap aku ni lelaki yg Wawa dan kak Mila bergosiipkan tadi. Tengku Nazirul!’ Cuak Aura..dia sudah bingung nak percaya atau tak .Kang ada niat tak elok ke..

"Ishh pompuan ni..Kau nak aku dukung kau.” Ujar Tengku Nazirul dingin lalu acah acah nak buka pintu kereta..

Aura memandang sekeliling,Ramai orang giler ke nak dukung. Aura tiada pilihan lalu meloloskan diri masuk dalam kereta itu.

Sepanjang perjalanan masing masing hanya membisu..radio juga tak pasang.

Ting ting

Aura terperanjat dengan dengan mesej yang baru masuk. Suhaila menghadiahkan hp berjenama realme kepada Aura,Katanya senang nak berhubung.

Kak Su .~ `Aura! Sorry tau Akak tak boleh nak amik Aura .Akak jumpa Kak Maya ..Akak suruh pekerja Akak sementara rumah dia pun sehaluan dengan rumah kita..Okey take care.’

Aura mengeluh setelah membaca mesej dari Suhaila itu.
`Takpe lah..mujur la dari tadi Tengku ni duk senyap jer..Gemuruh jiwa jugak aku duk sebelah dia.’ Omel Aura.

Tiba di perkarangan rumah Suhaila. Aura berkira kira untuk keluar, Takkan keluar macam tu jer..macam kurang ajar pulak orang dah hantar.

Tengku Nazirul mengerling kearah Aura. "Masuk pun nak aku paksa, Keluar pun nak aku suruh jugak!” Kata Tengku Nazirul kasar .

Aura seperti terpaku disitu.Gadis itu cuak..

"Thanks Tengku hantar saya.” Kata Aura sopan lalu keluar dari perut kereta.

Jejaka itu kelu. "Boleh tahan sopan jugak.” Ketawa kecil Tengku Nazirul beredar pergi.
. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience