Sekolah Menengah Isma Putra...
"Aura.. wey bangun la kejap lagi cikgu masuk. Aura,” Tak senang duduk Fiqa yang dari tadi kejutkan temannya itu yang masih nyenyak.
Fiqa geleng kecil. Kesian juga dia lihat Aura pasti keletihan hingga tak cukup tidur.
`kesian kau Aura,orang lain focus SPM tapi kau kena tanggung makan minum keluarga’ bisik Fiqa dalam hati.
"Iya nak bangun la ni. Ngantuk la.. mata tak boleh buka.” Aura mamai mengangkat kepala dari menyembam dimuka meja.
Syazyana yang baru tiba mengambil tempat disebelah Fiqa. Sempat dijeling Aura.
"Bangun la Aura oi. Kena dengan cikgu awi baru padan muka tu. Orang datang sekolah belajar bukan tidur!” Sindirnya mendapat jelingan maut dari Fiqa
"Apa? Betul apa. dah la hidup miskin, dia pula sedap aje tidur. Duk rumah tidur, duk sekolah tidur. Eh Aura! Kau tak kesian ke ayah kau yang miskin tu hantar kau sekolah suruh belajar, kau puas tidur memanjang.” Makin lancar mulut Yana menghina.
Fiqa jelas tak senang dengan bicara kesat Yana. Dikerling sekejap pada Aura yang diam termenung kosong. Dia tahu Aura sedang tahan sabar.
Yana dipandang tajam. "Yana, kau jangan sampai kasut aku ni melekat kat muka kau tu. Aku dah lama tak merasa nikmat tarik rambut orang.” Mengancam suara Fiqa keras
Yana membalas dengan jelingan. Begnya diambil kasar yang terletak dikerusi lalu bangun dari situ. Sempat jawapannya memanas hati Fiqa. "Bagus juga kau tidur Aura. Kau pun tak ada masa depan kan. Sambung la tidur, bakal pelac*r tersohor.. Oppss!”
Fiqa yang sudah mendidih darah ditahan oleh Aura. Menyinga kepada Yana yang berada disekelompok rakan kelas yang lain. Yana senyum sumbing apabila pandangannya dan Aura bertaut.
Fiqa tak puas hati. "Dah tak payah rapat dengan perempuan macam tu. Mulut bangkai!” Berkata kepada Aura.
Aura senyum nipis. Paha Fiqa ditepuk beberapa kali tanda dia tak apa-apa sebelum mengeluar buku dari beg. "Biarkan dia Qa, dia tak tahu jalan hidup aku macam mana.”
***
KRINGG!!
"Aura! Tunggu jap!” Jerit Yana berlari termegah-megah ke arah Aura yang baru keluar dari pagar sekolah.
Aura menoleh kosong Yana yang tiba disampingnya. Pandangan dia hanya kosong tak seperti selalu.
Yana melempar senyum palsu. Dipandang sekeliling. "Eh Aura, Fiqa mana? Selalunya kau balik dengan dia kan?”
Aura meneruskan jalannya. Dia manusia.. dan dia memiliki hati perempuan yang lembut.. mudah terasa.. mudah sentap.. dan Yana boleh berpura biasa saja dengannya seperti tiada apa yang berlaku. Aura tersenyum sinis.
"Dah balik, ada kerja.” Ringkas Aura membalas.
"Ooo.. kira kau sorang la ni?”
"Urm,” Gumam Aura terselit rasa malas melayan.
'Ouh sombong kau ek. Sekarang pandai protes dengan aku. Huh! Jaga kau..’ Desis Yana rasa tercabar.
Masih dengan senyum plastiknya, fiqa juga tiada bersama Aura, lagi mudah rencana jahatnya mahu kenakan Aura.
Kedua tangan Aura diraih lembut menghadapnya. Yana tayang muka serba salah. "Aku nak minta tolong kau boleh tak? kau kan kawan aku, aku rasa kau saja boleh tolong sebab kau kan selalu free.”
Muka Aura berkerut. ditarik kembali tangannya dari pegangan Yana. "Urmm.. apa dia?”
"Nanti petang boleh tak kau tolong ambil selipar aku tertinggal dekat sungai. Aku sayang la selipar tu.. dah la baru beli.. entah macam mana boleh terjatuh kat celah batu besar tepi sungai tu. Boleh ya tolong ambil nanti petang pun tak apa... ya Aura?”
Kerutan Aura makin berlapis. "Kenapa kau tak ambil sendiri?”
"Aa-aku... aku kena ikut mak aku pergi pasar petang ni. Alaa aura boleh la...” Yana tak berputus asa pujuk Aura. Terkilan juga apabila Aura bertanya begitu, selalunya apa yang dia suruh pasti dibuat tanpa bantah dan bertanya banyak.
Dalam terpaksa Aura menjawap. "Yalah!”
"Thanks Aura. Nanti aku belanja kau.. Byee!” Girang Yana menghantar langkah Aura berjalan pergi tinggalkannya.
"Kacang je!” Yana ketawa suka
*****
Sungai dalam hutan..
Melilau matanya mencari selipar seperti yang dikatakan Yana. Dicelah batu juga tiada. Penat mencari benda yang tiada, Aura merehat badan batu besar. Rasa ragu-ragu pula pada Yana.
Air jernih sungai dipandang lama. Kolam mata terasa panas.. bibir mengoyak senyum samar. "Haih... kalau la kasih sayang ibu ayah pada aku seperti air sungai mengalir ni. Bahagianya hidup!” Aura ketawa sendirian membayangkan dirinya mempunyai keluarga bahagia seperti orang lain.
"Aura! Jangan duduk atas batu lembab tu! Bahaya jatuh nanti!” Terdengar suara jeritan Anas dari atas
Aura terperanjat namun dia tersenyum juga pada Anas yang berjalan ke arahnya.
Agak canggung berada dalam keadaan berduaan dengan pemuda bukan mahram kerna mereka hanya sepupu. Aura melihat kiri kanan.
"Bang, rasanya tak manis kalau orang kampung nampak kita berduaan macam ni.” Aura meluah rasa kurang selesa. Sungai pula terletak dikawasan hutan dan semak samun, tambah pula kawasan itu jarang orang kampung lalu-lalang, memang fikir ke arah buruk la jika orang lain lihat mereka.
Anas menjauh jarak dari Aura. Dia pun tak perasaan kedudukan mereka rapat tadi. "Maaf maaf... Aura buat apa kat sini?” Soalnya prihatin
"Cari selipar Yana, dia tertinggal. Dah dia minta tolong.. orang tolong la,”
Aura bergerak ke batu paling besar. Sejuk pula rasa kaki disebabkan dia berkaki ayam. Mata masih galak meliar tercari-cari dimana selipar Yana. Seketika mata aura tercantap pada benda hitam didalam air cetek. Namun benda itu tersekat dicelahan batu.. Aura tunduk ingin mencapai.
Tapak kaki mula terasa licin dan... "Arghh!!”
Aura terasa tubuhnya berada diawangan. Terapung ke dia? Kelopak mata dibuka lambat-lambat dan saat itulah darah menyerbu ke muka.
Wajah Aura dan Anas hanya terpisah beberapa inci saja hingga dapat dirasa nafas masing-masing. Pegangan tangan Anas yang lingkar dipinggangnya terasa seram sejuk. Peluh yang membahasi muka Anas tertitik dimukanya dan membuat Aura tersedar. Segera ditolak dada Anas menjauhinya.
Masing-masing termalu sendiri. Rasa canggung kian menggunung buat Aura.
"Aura, abang minta maaf. Tak sengaja...”
Aura baru saja ingin membalas namun disampuk oleh satu suara yang amat dikenali.
"Hoii binatang betul! Kau buat maksiat apa hah dalam hutan ni?!” Jerkah Azmin lantang setelah menyaksikan aksi tadi.
Akibat terkejut yang teramat, Anas mahupun Aura jelas tak sangka kedatangan Azmin disitu. Azmin rentap tangan anak gadisnya keluar dari sungai.
Azmin membuah senyum mengejek. "Tak sangka mak dengan anak sama saja. Jenis jual badan!”
Aura teresak. "Ayah! Sumpah yah bukan macam tu.”
"Pakcik!” Laungan Anas tak di endah, Azmin membonceng Aura naiki moto buruknya itu.
Dada Anas berdebar kencang tika ini. Lututnya dipandang bersama wajah cemas. Kaki terasa berat untuk bergerak.
Anas yang masih berdiri disitu sempat matanya menangkap susuk tubuh seorang yang menyorok di belakang pokok rambutan.
'Itu kan yana?’ Berkerut dahi Anas
Anas melihat Syazyana merekod Aura yg sedang ditarik oleh Azmin. Anas meneruskan langkah ke rumah Aura untuk menjelaskan perkara yang sebenar sebelum berlaku perkara yang tak diingini berlaku.
Anas tiba di luar rumah Aura. Terkejut apabila melihat Aura yg menangis teresak-esak merayu dikaki Azmin.
****
Share this novel