"Tu Mama dengan abang.” Aura menunjukkan kearah Kartini dan Irwan yang berdiri berdekatan kereta dipersidai
"Abang Wan. Bukan 'abang’..senang senang tak payah panggil dia abang la. Saya ni baru betul nak panggil 'abang’ “Ujar Imer menjeling sekilas Aura disebelah. Payung lipat dicapai..
Aura memandang Imer aneh.
'Sempat lagi dia nak dengki.’
"Sayang tunggu dalam kereta. Biar abang je keluar..faham?” Enjin tak dimatikan..air cond dinaikkan sedikit suhu..kelihatan Aura kesejukan ditambah pula angin hujan diluar.
"Alaaa baru nak mandi hujan..” Aura mencebik menayangkan wajah kasihan.
Imer mengeluh berat.
'Ni yang susah kalau bawak perempuan..dah la aku ni takleh tengok muka seposen dia.’ Ngeluh Imer.
"No..dengar cakap abang.Nak mandi kita mandi kat rumah..kalau mandi hujan nanti demam. Aura oii..” Ujar Imer tegas.
"Yea lah yea lah.” Aura menghantar bayang Imer yang menuju kearah Kartini.
"Ma..masuk dalam kereta Imer cepat. Nanti basah ..Aura pun ada dalam tu.” Kata Imer setelah tiba dihadapan mereka.
Kartini berubah ceria.
"Oh ok ok. Mama nk jumpa menantu mama jap..” Kartini berjalan masuk kedalam kereta meninggalkan Imer dan Irwan yg masih diluar.
Irwan yg mengenakan baju t-shirt kelabu sedikit basah kena air hujan.
"Bang..pancit ke tayar?” Imer menilik tayar kereta
"Entah la..tak kot. Tak kempis pun aku tengok..aku tukar selalu ok.” Balas Irwan
Imer tersengih. Bonet kereta dibuka, mujur abangnya simpan barang pembaiki, spana,tayar..Jika nak dibandingkan Imer dengan Irwan memang Imer lebih arif tentang baiki-baiki kereta atau moto rosak.
"Patut la. Air kering kontang..” Gerutu Imer perlahan tetapi bisa didengar oleh Irwan disebabkan jarak mereka dekat.
"Kering apanya..nih hujan lebat. Kau amik jerlah air hujan ni..air jugak kan.” Celah Irwan tak puas hati keretanya dikutuk
'Suka hati je..dalam hati mengata aku la tu si imer ni. Cakap aku ni tak amik tahu pasal hal lelaki macam ni. Aku bukan tak amik tahu ok..busy je tak sempat. Bukan macam kau..kerja asyik ponteng.’ Sibuk mengutuk adiknya dalam hati..Irwan tak sedar keretanya sudah siap dibaiki.
"Cepat betul kau buat!” Irwan memandang tak percaya
Imer tersenyum bangga.
"Aku kan pro bab-bab macam ni. Dah try kau start kan enjin.”
Irwan melakukan apa yg dipinta oleh adiknya.
'Alhamdulillah. Hidup pun kereta..berkat mengata Imer tadi.’ Irwan tersengih panjang..bahu Imer ditepuk.
"Thanks mir..nanti aku bagi kau cuti esok. Esok sehari jerlah..spend time dengan Aura, kau pun mesti rindu dia kan.” Ujar Irwan menarik senyum ikhlas
Imer memandang tak percaya.
'Biar betul? Selalunya kalau aku ponteng kerja..mahunya dibantai sampai separuh mati aku dibuatnya.’
"Tak sia sia aku tolong kau..walaupun terpaksa.” Usik Imer
Irwan tak terasa pula dengan usikan adiknya itu..
PINN!! PINN!
"Bunyi dah tu..ok la. Jumpa kat rumah..Aku nak mintak tolong sikit bang. Tolong beli nasi beriani bungkus, beli la berapa pun asal cukup sorang satu. Mama tu biar naik dengan aku je..” Kata Imer sambil melangkah kembali kearah keretanya.
.
.
.
Tiba mereka semua dirumah Imer dan Aura, dibersih badan dahulu disebabkan basah terkena air hujan. Aura turun menuruni tangga..jam melekat di dinding dikerling. 10 malam..mereka semua tengah rehat dalam bilik. Mata Aura terpandang nasi bungkus didalam plastik besar..niatnya turun untuk menyiapkan makan malam tetapi makanan sudah dibeli dari kedai. Jadi biar jerlah.. boleh rehat rehat.
Beberapa pinggan disusun diatas meja oleh Aura..nasi diletakkan satu persatu. Dia sebagai menantu mesti la kena buat kerja juga..takkan nak goyang kaki saja
"Aura.”
Aura segera menoleh kepada dua jejaka yang serentak menyebut namanya. Mereka juga berpandangan antara satu sama lain..
"Duduk la dulu zack..abang wan.” Kata Aura sopan melakar senyum
Zack dan Irwan hanya membalas senyuman Aura lalu dilabuhkan punggung dimeja makan.
"Aidan tak datang sekali ke?” Soal Aura ramah sambil menghulurkan gelas air kepada mereka
"Hahh! Kantoi rindu aku..” Aidan yang muncul dari celah mana menyergah Aura bersama ketawa kecil..hingga membuatkan Aura terkejut.
'Sakitnya..’ Wajah berkerut merasa sakit dari dalam..tangan Aura memegang dadanya sendiri.
Irwan mula perasan.
"Aura..tak apa-apa ke?”
Wajah Zack berubah risau..dibisik sesuatu kepada Ifa..lalu gadis itu mengangguk berlalu pergi. Ifa yg kebetulan lalu disitu..
"Sakitt..” Rintih Aura terduduk dikerusi
Mereka bertiga mendekati Aura..
"Aura masih belum sihat sepenuhnya..jantung dia masih lemah. Hishhh bodoh la kau ni, Dan!” Jelas Zack.
Irwan segera memegang Zack kelihatan seperti singa kelaparan mahu menumbuk Aidan yg sudah cemas semacam.
Aidan tak hiraukan Zack malah mendekati Aura..jelas tampak serba salah riaksinya.
"Aura..aku tak sengaja. Tak tahu pulak kau tak sihat lagi..kau tunggu jap. Aku pergi panggil Imer..” Kalut Aidan
Aura menggeleng sambil tersenyum kecil kepada Aidan.
"Tak..takpe. Bukan salah awak.” Dada dipegang. Hanya tuhan yg tahu sakitnya..
'Allah..sakitnya.’
"Aura..sayang kenapa ni? Weyh kenapa dengan isteri aku?” Imer yang muncul turun dari tangga mendekati Aura..
"Sakitt awak..” Lengan baju Imer dicengkam kuat oleh Aura.
"Kenapa dengan isteri aku?!” Herdik Imer kuat kepada sepupunya
"Kau bawak jerlah dia pergi hospital!!” Tengking Zack menarik lengannya yg dipegang oleh Irwan
Imer mengetap gigi rapat. Sekarang bukan masa nak gaduh..apa yg jadi sebenarnya? Pelbagai soalan bergelega dalam otak Imer tetapi cuba ditepis untuk mementingkan kesihatan Aura terlebih dahulu.
"Perlahan..ke nak abang angkat.” Ujar Imer memapah Aura keluar melalui pintu utama.
Mata merenung tajam pasangan suami isteri itu berlalu pergi. Tangan dikepal..Tumbukan padu dilepaskan dipipi Aidan hingga membuatkan lelaki itu terjatuh. Muka nya merah padam..
"Kau boleh bawak bersabar tak Zack! Aidan tak tahu..jadi jangan nak salahkan dia!!” Tengking Irwan tak dapat tahan amarahnya menolak kasar dada bidang milik Zack
Aidan hanya diam..pipinya dipegang. Dia tak salahkan Zack juga..mungkin Zack geram dengan tindakan nya bergurau seperti itu dengan Aura.
Zack merengus kasar..lalu berjalan berlalu pergi. Irwan hanya memerhati..keluhan berat dilepaskan apabila melihat kelibat Mamanya dan Ibu saudaranya yg lain.
"Wan..Aidan..apa yang jadi ni? Kenapa bising-bising kat bawah ni?? Korang bergaduh ke?” Berpusu pusu soalan Kartini lontarkan
Irwan mengusutkan rambut perangnya serabut..nafas ditarik cuba bertenang.
"Ma..maklang..ciksu..makan dulu. Wan nak keluar kejap..” Setelah memberitahu sedemikian Irwan terus pergi meninggalkan Kartini yg masih bingung.
'Pahal dengan Zack tu? Jarang dia marah..’ Keliru Irwan
Share this novel