Bab 64

Romance Completed 32236

LANGKAH diatur untuk ke ruang tamu. Air diatas dulang dibawa bersama.

"Nampaknya Aura belum tahu lagi...”

Langkah Aura terhenti didinding yang memisah dapur dan ruang tamu. Dia menyorok dan pasang telinga. Suara serius Imer membuatkan dia tertarik tambah pula terkait namanya.

Azmin hela keluhan berat. "Pasal tu.. ayah tak kuat nak bagitahu dia hal sebenar. Lagipun ini juga berkait dengan aib Ibu dia.”

Imer senyum. Dia bangga dengan bapa mertuanya itu. Bila difikir kembali, Azmin tak pernah sebar pada sesiapa termasuk orang kampung mengenai ayah sebenar Aura. Walaupun Azmin kecewa, marah, tapi dia tetap simpan kemas rahsia itu hingga Aura yang dia besarkan berbelas tahun masih tidak tahu.

"Saya rasa rahsia macam ni takkan bertahan lama. Cepat atau lambat Aura akan tahu. Dari dia dengar mulut orang lain, baik ayah beritahu sendiri. Saya yakin dan saya kenal isteri saya macam mana. In Syaa Allah dia dapat terima, ini takdir Aura yang saya berkongsi rasa yang sama. Saya yakin...” Kekeliruan Aura terus menggunung mendengar ucapan tenang suaminya.

Rahsia? Rahsia apa? Kenapa aku tak tahu? Atau... aku seorang saja yang tak tahu?

"Memang betul sampai sekarang ayah masih lelaki sama. Dayus, tak berguna, bodoh sampai anak kecil yang tak bersalah jadi mangsa. Ayah menyesal" .

"Imer... ayah harap kamu dapat jadi suami yang baik untuk anak perempuan ayah itu. Walaupun dia anak benih dari lelaki lain, ayah tetap anggap Aura seperti anak ayah sendiri. ayah berdendam dengan bekas isteri ayah disebabkan kecurangan dia dengan lelaki lain, tapi sekarang ayah sedar, ayah tak boleh letak semua kesalahan atas bahu Aura, dia.. tak salah.”

Setiap bait kata Azmin melemahkan seluruh badan Aura. Dia memaksa otak untuk cerna rahsia itu. Tubuh mengeras seperti hanya jasad nya berdiri kaku disitu. Aura menggeleng kepala.. sungguh tak percaya. Dia baru saja dapat maafkan Azmin dan ayahnya baru saja menyatakan yang dia anak dari benih lelaki lain?

'Maknanya aku... anak tak sah taraf!’ Bisik hati kecil Aura menggigil tangan yang tatang dulang air itu.

Prangg!

"Arghh!”

Tanpa sengaja dulang yang dipegang lemah terhempas pecah ke lantai juga. Serentak dengan itu Aura terjerit. Kaca-kaca yang sudah pecah itu dipandang bersama wajah pucat. Dipandang pula kedua tangan yang masih menggigil. Dada berdebar kencang hingga nafas terasa tersekat.

Imer dan Azmin muncul. Jelas tergamam riak masing-masing.

"Sayang?”

Melihat isterinya membongkok seperti ingin membersih kaca pecah itu, pantas Imer menahan. "Aura jangan! Bi-biar abang buat.”

Imer bantu Aura duduk dikerusi dapur apabila badan Aura seperti mahu tumbang.

Ya Allah Aura dengar ke? Monolog Azmin bergerak mendekati mereka.

"Minum ni.”

Aura menolak dengan satu tangan huluran air kosong dari Imer. Dia masih terkilan. Tak dihiraukan Azmin dan Imer sedang berpandangan penuh tanda tanya.

Dalam rasa pedih menikam, bibirnya masih bisa tergelak kecil. Kedengaran agak sinis. Tanpa sedar empangan air matanya pecah jua.

Didongak pada dua lelaki itu. Imer terkedu. Kenapa? Tertanya-tanya aku dengar ke tidak? Takut?

Melihat Aura masih diam, Imer mahupun Azmin tak berani membuka mulut kerana jelas gadis itu sedang dikawal emosi.

"Tak kisah panjang macam mana pun, saya nak ayah cerita semuanya!”

Tegas bicara Aura hingga dua lelaki itu hanya akur.

***

"Hiks.. hiks.. ke-kenapa? Kenapa Aura?” Aura melepas tangisan didada Imer.

Azmin hela nafas. "Ayah minta maaf... ayah tak tahu ibu tinggal mana sekarang. Banyak sangat dosa ayah pada Aura... pada Intan sampai ayah tak tahu nak tebus macam mana.” Azmin masih belum putus asa meminta maaf

"Ayah, tak apa.” Berkata Imer tenang. Jatuh kasihan pula melihat isteri tersayang menangis begitu.

"Ini semua takdir. Allah tak lupa Aura.. Dia sayang dan Dia tahu Aura saja boleh lalui semua ni. Lain orang lain ujian... dah jangan sedih. Abang akan bawa Aura jumpa ibu.” Pujuk Imer penuh kasih mengusap belakang kepala Aura.

"Ibu siapa?” Aura yakin mereka tahu. Air mata berbekas disapu hingga kering.

Azmin memeluk bahu Aura dari sisi. Rambut panjang mengurai Aura dibelai penuh kasih. "Aura akan jumpa dia.”

"Betul apa yang Isqanda cakap dulu yang dia abang tiri Aura. Mak tiri dia... ibu sayang.” Celah Imer sekali lagi menyentak hati Aura.

****

Banglo Tan sri Hisyam....

Pang!

Terteleng Wilya menerima tamparan dari TS Hisyam yang mencerlung padanya. Pipi kiri terasa berbirat namun dia cuba ukir senyum.

TS Hisyam menuding jari telunjuk tepat ke muka Wilya. Bergetar hebat suaranya saat ini. "Kau... kau penghianat! Kau hianat aku rupanya selamanya. Dasar perempuan tak kenal dek untung!” Herdiknya sekali lagi tangan naik ingin tampar Wilya namun... wanita itu menahan.

"Siapa khianat siapa sebenarnya? Ingat Hisyam.. dulu apa yang kau pernah buat kat aku. Kau hancurkan rumah tangga aku, kau ratah badan aku sampai separuh mati! Dan sekarang... aku pula pengkhianat?” Tajam sindiran Wilya membuatkan TS Hisyam makin mendidih darah.

Tak sangka Wilya akan ungkit kisah silam itu. TS Hisyam membuang pandang bersama dengusan angkuh. Dan dilepaskan ketawa sinis. Kedua pipi Wilya dicengkam kasar.

"Ratah? huh! Badan murah kau tu memang barang buangan saja. Campak buang tapi aku tak... tubuh langsing kau cukup dengan citarasa aku. Hahh serius Wilya? Aku ni cukup lengkap.. kaya, tapi ini pun kau tak bersyukur lagi? No wonder la badan murah tapi nak pakai barang mahal.”

PANG!

Wilya sudah hilang sabar. Nak saja dia lempang seribu kali muka lelaki didepannya ini biar tak nampak rupa manusia. Sungguh menguji kesabarannya!

Senyum TS Hisyam saat ini sememangnya seperti tabur garam diluka. Pedih dan menyakitkan hati! Melihat langkah TS Hisyam semakin mendekat, tanpa rasa takut Wilya menolak dada bidang lelaki itu. Sudah tua pun masih gatal!

Tak di nafikan walaupun sudah menjangkau umur 50, lelaki itu tetap kelihatan kacak dan berkarisma meski kedutan tua dan uban kelihatan.

Wilya tunduk kepada kakinya masih tersarung heels lalu dipandang tajam semula TS Hisyam.

"Harta membuatkan kau angkuh Hisyam! Pangkat kau kejar, kematian kau buat lupa. No wonder... no wonder la scandel yang lain dah lari. Ingat satu benda ni sampai bila-bila...” Wilya berani bertentang mata TS Hisyam.

"Aku tak pernah sayangkan kau jauh sekali cinta walau sebesar zarah pun! Kau tak layak dapat bahagia yang sebenar.” Wilya nekad. Dia tak perlu lelaki dalam hidupnya. Dan ketika ini wajah dua anak perempuannya semasa kecil terbayang. Dia tekad! Dia mahu Intan dan Aura kembali. Sudah muak tinggal di dalam rumah neraka ini.

TS Hisyam terasa dicabar. Tanpa berfikir panjang sebaris lafaz jelas dan tegas keluar dari mulutnya.

"Wilya Shida binti Othman, aku ceraikan kau dengan talak tiga! Sekarang angkut semua barang kau, berambus keluar dari rumah aku!! Aku dah taknak tengok muka hodoh kau lagi!” Jerkah TS Hisyam hingga bergema banglo sunyi itu dengan suara kuatnya.

Namun untuk Wilya Shida, respon dan reaksinya berbeza dengan wanita lain tika dicerai talak oleh suami. Dia? Talak tiga? Lagi bagus. Wilya senyum saja seperti dibebas dari penjara.

"Good. Thank you so much Tan Sri, bebaskan aku dari neraka jahanam ni.” Bahu TS Hisyam ditepuk sekali lagak member-member. Sengaja memanaskan lagi keadaan.

Sebelum melangkah pergi, Wilya berpaling selamba pada TS Hisyam. "Oh lupa. Tan sri... aku takkan bawa satu pun barang sebab semuanya dari pemberian duit Tan sri kan? Ah ya itu lebih baik.” Wilya menyambung lagi langkahnya ke arah pintu. Gembira, pedih, sedih dengan nasibnya bersatu hingga Wilya tak tahu ingin gambarkan bagaimana perasaannya ini.

"Wilya! Aku akan pastikan kau menyesal se umur hidup! Jangan mimpi kau boleh bahagia balik dengan keluarga miskin kau tu!!” Bentak TS Hisyam. Urat dirahang terlihat.

Pegangan ditombol pintu terhenti. Wilya berpaling semula dengan sengihan puasnya. "Takutnya... by the way saya suka dengar lafaz talak Tan sri tadi. Penuh yakin dan bersemangat! Macam dah praktis je..” Sempat Wilya memerli buat sekian kali.

"Arghhh dasar bohsia bdh! Murah!”

Wilya hanya hamburkan ketawa mendengar itu. Pintu besar seperti gerbang itu dihempas kuat. Sengaja sakitkan hati Tan sri tak sedar diri itu.

Senyum kepuraannya mati. Air jernih ditahan kemas agar tak membahasi wajah jelitanya saat ini. Wilya berjalan masuk dibahagian sebelah penumpang kedalam kereta civic merah berkilau berada diperkarangan luar.

Kereta yang dipandu Isqanda membelah lenggang gelap malam. Dia hanya diam tanpa menyoal apabila kelihatan Wilya tak dapat tahan diri dari hamburkan tangisan.

****

Kereta civic itu di hentikan di kedai 7-Eleven terdekat dikawasan itu. Isqanda merenung sayu wajah Wilya lesu tertiduran disebelahnya.

Isqanda mengeluh halus. Sebenarnya dia dan ibu tirinya itu sudah bersepakat mahu pergi jauh dari hidup TS Hisyam dan memula hidup baru juga mencari Intan. Isqanda sudah penat simpan dendam yang tak kesudah terhadap bapanya sendiri. Kerna itu lah dia nekad ingin berubah lebih baik.

Permintaan Wilya padanya hanya dua. Cari Intan dan bawa Wilya ketemu Aura. Dia faham wanita ini hanya mahupun hidup yang tenang. Dia juga inginkan begitu sejak dari dulu.

Dan sebenarnya dia tak kenal siapa Intan Aisyah itu, dia hanya tahu Intan anak bongsu Wilya dan adik Aura. Tapi dia tekad, susah macam mana pun dia tetap akan bawa Intan dan Aura ke pangkuan Wilya. Aura tu apa la sudah berkeluarga, yang dirisau adalah Intan!

"Macam mana aku nak cari Intan?” Ngomel Isqanda.

Tak sedar dia sudah membazir banyak masa dengan termenung, sepantas kilat Isqanda keluar dari kereta dan masuk ke gerbang yang terpampang 7-Eleven.

Dalam masa yang sama...

Melihat Isqanda meninggalkan kereta, automatik bibirnya dibalik mask hitam itu mengoyak senyum.

Satu susuk berpenampilan serba hitam itu berlari menunduk ke arah kereta Isqanda. Selesai melakukan kerjanya, mata dijamu wajah wanita yang dikenali sedang nyenyak. Disebabkan cermin tingkap dapat ditembusi dari dalam kerana itu la dia dapat melihat.

Wajah lesu itu ditenung tajam. Pisau digenggam erat. Jika diikutkan kata otaknya nak saja dia tikam Wilya. Namun hati membantah.

Susuk badan Isqanda mula terlihat dari pintu kaca kedai. Laju dia berlari menyembunyi diri dibelakang pokok besar.

Kereta civic merah bergerak pergi itu dipandang bersama rasa lega. Selamat tak kantoi... hampir saja. Dia tanggalkan mask hitam yang menutupi mulut dan hidung. Sekali rentap saja jelas seraut wajah puas Intan.

"Selamat ke syurga ibu dan...” Intan berfikir-fikir. Akhirnya dia hanya angkat kedua bahu selamba.

"Ah kisah la bukan aku kenal. Tapi nasib la...” Intan gelak pycho nya.

****

Jam dijeling. Sudah menginjak pukul 3 pagi. Isqanda tahan mengantuk yang kian memberat.

"Sabar, Is sabar... nak sampai kampung dah.” Arah destinasi mereka adalah kampung halaman Wilya dahulu.

Seketika Isqanda mengecil mata lurus ke hadapan. Jalan gelap ditambah pula mata mengantuk.. memang menyeksanya.

Makin dekat benda itu makin menjojol mata Isqanda, terus segar terasa.

"B*bi?! Pahal melintas malam buta macam ni.” Isqanda gelisah kerna pemanduan nya tidak bisa diperlahan. Menyesal pula dia memandu dengan kelajuan yang lebih had.

"Banyaknya!!” Isqanda terjerit dengan bilangan babi yang melintas. Brek ditekan namun... dahi Isqanda semakin berpeluh cemas. Dia sudah hairan.

"Kenapa dengan brek ni? Tadi elok saja?” Tanpa sedar suara kuat Isqanda mengejutkan Wilya dari tidurnya.

Dipandang hairan Isqanda. "Is.. kenapa ni?”

Stereng dipegang kuat Isqanda. "Ibu pegang kuat-kuat! Argh!!”

Keretanya membelok dari rempuh b*bi-b*bi itu namun malang, kereta pula merempuh pokok dikawasan hutan itu.

Kempek dan separuh kereta seperti hancur. Asap-asap mula keluar dari badan kereta.

Wilya terbatuk. Batuknya terkeluar darah. Sakit ditahan, kepala dipaling kesisi.

Allahu akbar Isqanda! Wilya menangis disitu. Isqanda sudah tak sedarkan diri. Darah-darah membahasi mereka.

Sekali lagi bayangan sebuah keluarga terlayar diruang mata. Wilya dalam kepayahan tersenyum biarpun dibasahi darah pekat.

Dibayangan itu... dia, Aura yang berusia 5 tahun, Intan muda setahun dari Aura dan bekas suaminya Azmin. Hidup bahagia dikampung dan keluarga miskin.

"Ke-kenapa semuanya berubah? Kenapa ter-terlalu cepat.” Dalam menahan sakit teramat Wilya menangis lagi.

Kesakitannya tak setanding dengan sakit melihat keluarga kecil bahagia yang terbina hancur begitu saja. Jika diberi peluang dan mengundur masa, dia akan lakukan. Akan tetapi sekarang?

Sudah terlambat.

Bau-bau petrol menusuk dirongga hidung. Wilya memejam mata tenang.

Suara tersekat menyebut kalimah syahadah. "Asyhadu alla ilaha Allah- waa.. “

BOMM!!

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience