KEPALA Inaliya dipangku lembut diletakkan diatas pahanya. Pandangannya mula mencerlung kepada Alisa yg sudah menggigil..wajahnya jelas ketakutan.
"Kau jangan sampai aku langgar prinsip aku..Dah lama aku tak pukul perempuan.” Kata Imer kesat tetapi jelas untuk Alisa merasa cuak.
"Encik Imer..Kenapa ni?” Seorang lelaki pengawal keselamatan datang berlari kearah Imer. Tak tua..tk muda.
"Encik Imer..sa..saya..” Gagap Alisa cuba mendekati Imer bersama wajah gelisah
"Shut up!!” Jerit Imer kuat hingga staf-staf mula memandang kearah nya..terangkat bahu Alisa terkejut.
Tubuh Inaliya dicempung oleh Imer..lalu dibawa menuju kearah keretanya.
"Abang tolong bukak pintu ni..” Pinta Imer kepada Pengawal keselamatan..pintu kereta dibuka lalu diletakkan berhati hati Inaliya.
Berlari anak Imer masuk kedalam perut kereta sempat berterima kasih kepada Abg pengawal keselamatan itu.
.
.
.
Imer mengerling sekilas Inaliya dihadapannya masih nyenyak berbaring diatas katil. Penampilan gadis itu ditenung..
'Masih sama macam dulu..tak pakai tudung, cuma pakaian baju dia tak menjolok mata sangat. Haihh..taste aku macam bini aku sendiri..Helokk! Muslimah tercute didunia.’ Monolog Imer membandingkan pakaian Aura dengan perempuan-perempuan yg pernah dijumpai nya.
Kelihatan mata Inaliya mula membuka..Imer membantu gadis itu untuk disandar di kepala katil hospital.
Pandangan Inaliya memandang bingung..perut dipegang apabila rasa perit dari dalam. Berkerut menahan sakit..
"Nah makan bubur ni. Doktor cakap kau gastrik..ni mesti kau tak makan tengahari lagi kan. Kau tak kena tahan wad..jadi makan cepat sikit.” Gesa Imer selamba
Senyum nipis terukir dibibir Inaliya..
"Thanks Mir..sorry menyusahkan kau..” Inaliya mula memfokus pada bubur sayur diatas meja berdekatannya. Dicapai lalu makan dengan selera..
Imer mengangguk kecil. "Hmm,..”
"Kau taknak cerita kat aku ke..apa yang jadi tadi?” Soal Imer ingin tahu juga
Inaliya tersengih.
"Kau pun minat bergossip jugak.” Perlinya
Imer mencebik..hp dikeluarkan..Di scrool Tiktok entah pape.
"Aku tanya je..Kau kan kawan aku, of couse la aku kisah.”
Keluhan berat kedengaran..
'Kalau Imer tahu mesti dia mengamuk teruk kat Lisa. Aku bukan tak kenal dengan si imer ni..Baran. Lagi lagi melibatkan masalah peribadi dia.’ Ngomel Inaliya..
"Tak ada apa lah. Salah faham sikit saja..tapi kau jangan pula pecat Alisa ke apa..bukan salah dia pun..ada juga salah aku. Lagi pun aku pengsan tu kau sebab gastrik je kan.” Balas Inaliya cuba menahan getar suara. Wajah dimanis semanis mungkin supaya Imer percaya.
Imer merenung tajam tepat Inaliya sebelum bermain kembali menghadap hp nya. Inaliya yang sudah gugup itu melepaskan nafas lega..
"Lambat betul la orang perempuan makan. Dah la makan banyak..” Selamba badak Imer mengutuk Inaliya.
Gadis itu sudah menjegil mata..nak balas pun payah, penuh dalam mulut.
Deringan lantang dari hp diangkat segera.
"Hello..”
"Sapa Call?” Tanya Inaliya
Imer mengangkat bahu mendengar satu persatu ucapan dari pemanggil. Wajahnya tiba tiba berubah mendadak..senyuman mati.
"Kau biar betul? Jangan main main bang..Ok aku datang sekarang. Eh! Jangn duduk berdua saja dengan isteri aku.” Imer kalut menyimpan hpnya dalam kocek seluar.
Inaliya sudah kebingungan melihat Imer menguntum senyum yg sudah lama tak dilihat..l
"Imer kenapa?”
"Aura..Aura dah sedar. Ya Allah syukur..” Balas Imer ceria..tampak bahagia terpancar. Tombol pintu dipulas segera..
"Imer! Tunggu jap..Saya nak ikut juga. Jangan laju sanggat..” Inaliya berdiri turun dari katil berhati hati, rasa sakit diperut sudah lega.
Imer kembali berjalan kearah Inaliya..lengan gadis itu yg berlapik ditarik..
"Diorang cakap Aura mengamuk..tu yg aku nak cepat ni.” Kata Imer membantu Inaliya berjalan..
"Mengamuk? Wuishh!”
.
.
.
Mereka mempercepatkan langkah masuk kedalam bilik wad..bunyi bising dari dalam membuatkan Imer dan Inaliya semakin resah.
"Aura..Ya Allah isteri aku..Alhamdulillah.” Bersama wajah gembiranya..senyum sebak terukir. Tubuh Aura dipeluk kemas ..
"Isk isk..Imer.. mana anak saya?! Mana anak aku ?!!!!” Jerit Aura lantang menolak Imer menjauhinya..wajah nya Aura tegang tanpa secalit senyuman tetapi tetap tampak lemah dengan keadaannya yg baru sedar dari koma. Air mata yg mengalir sudah tak dihairan..
Imer dan Inaliya jelas tergamam.
"Sayang..maafkan aku. Kau rehat dulu..nanti aku cerita. Tolong la..sakit aku tengok kau macam ni..” Kata Imer lembut cuba mendekati Aura..Tangisan hiba Aura kedengaran. Dilepaskan didada bidang Imer setelah lelaki itu menarik tubuhnya rapat.
"Awak sorok mana anak saya, mir? Kesian anak saya..dia mana..saya tanya diorang, tapi takde orang jawap. Awak bagitahu la..mana anak saya. Teringin saya nak cium pipi pau anak saya..” Soal Aura penuh kepolosan bersama wajah dilakar teruja membayangkan wajah putih bersih anaknya.
'Allahuakbar. Berat lagi perkara pahit yg tak jemu hadir dalam hidup Aura. Sabar sayang..aku akan bagi bahagia yg kau impikan.’ Sungguh hiba Imer melihat Aura yg sudah teresak esak dalam pelukannya.
Pandangan mula dilempar pada Irwan di hujung katil. Membalas senyumannya.
"Anak tu..anak aku juga. Kalau kau rasa kehilangan sekarang..kau pandang aku.” Kepala Aura dipegang lalu dirapatkan diwajahnya. Air mata Yang tak henti mengalir diseka dengan ibu jari.
Aura menunduk..
"Sayang..kenapa tak tunggu Ibu sedar. Ibu teringin nak letak nama anak ibu.” Bisik Aura sayu perlahan..perut yg kempis ditatap lalu diusap perlahan.
Imer merebahkan perlahan kepala Aura diletakkan dibantal. Melihat Aura seperti dalam dunianya sendiri..Kepala Aura yg dilapisi tudung dicium lama. Melepaskan rindu..
Imer mendekati Inaliya lalu membisik perlahan.."Tunggu sini, jaga Aura. Aku nk bercakap dengan Abang aku.”
Inaliya mengangguk faham..pandangan dilemparkan bayang Imer dan Irwan keluar dari situ.
Sementara diluar bilik wad...
"Bang..bila kau sampai?” Soal Imer bersandar didinding
"Baru saja..datang datang je dengar bunyi bising. Aku tak sangka pulak Aura sampai mengamuk..” Balas Irwan menarik senyum nipis.
"Oh..Zack tak datang kan?” Soal Imer berpura pura selamba.
Irwan mengangkat bahu tanda tak tahu. Imer melepas nafas lega..
"Kenapa?”
"Takde lah..malas aku nk bertembung dengan dia.” Balas Imer bersahaja berjalan masuk kembali kedalam wad yg menempatkan isterinya.
'Asal pulak..gaduh ke?’ Omel Irwan hairan
.
.
.
.
Dua minggu Aura ditahan diwad setelah sedar dari koma 8 bulan. Akhirnya Aura bisa dapat pulang dan melayari hidup bersama Imer yg sentiasa disisinya.
Perjalanan pulang ke rumah dilalui dengan hanya celotehan Imer..Aura hanya diam, merenung diluar tingkap. Mungkin masih bersedih dengan kepergian anak yg dikandung dahulu walau sebentar.
"Sayang nak tengok suprise tak?” Soal Imer kelihatan terlebih teruja menanti
Aura mengeluh kecil. Senyum kecil terukir..
"Suprise apa?” Jawap Aura terpaksa
Aura bukan apa..dia cuma masih dalam keadaan letih, frust..ditambah pula dengan perangai Imer yg tetiba berubah menjadi suami mithali pulak.
"Turun dulu..” kata Imer
"Sayang..Jom masuk dalam.” Imer yg tak lekang dengan senyuman membantu Aura keluar dari perut kereta.
Beg pakaian dan bagasi ditarik Imer..Manakala Aura memerhati hairan rumah dua tingkat didepannya. Tampak moden dan besar..
"Rumah siapa ni?” Soal Aura semakin pelik melihat Imer membuka pintu pagar selamba.
Imer tersengih kerang busuk.
"Rumah kita la. Suprise tak?” Seloroh Imer
Aura memandang tepat kearah Imer.. bibir menguntum senyum tawar.
"Cantik..tapi guna duit mama ke?”
"Ehh tak tak..abang kerja sekarang. Banyak duit la. Bangga tak..” Usik Imer tersengih lalu menarik tangan Aura masuk.
Pintu yg dikunci itu dibuka..
"Bissmillahirahminirahim..” diserta kan dengan doa masuk rumah.
Aura terpana dengan keluasan dan reka bentuk dalam rumah itu.
"Cantik kan..” Imer turut gembira melihat riaksi Aura.
"Sayang rehat kat dalam bilik dulu. Abang nak pergi beli barang dapur.” Kata Imer.
Aura mengangguk akur.
Happy reading..nk raya dh>< keluar dah heroin kita..
Share this novel