Bab 21

Romance Completed 32236

Kelopak mata dibuka perlahan lahan..terasa pedih diseluruh tubuhnya..matanya terpandang seorang jejaka tampan disisi katilnya.

Imer menerpa kearah Aura..diusap kepala Aura yang dilitupi tudung. Aura memandang sekeliling..

'Dalam bilik?’

"Bangun dulu makan..kau tak makan dari pagi lagi. Lepastu baru rehat..” Imer mengambil semangkuk bubur diatas meja lalu duduk disisi Aura

Aura yang terbaring itu bangun berhati hati.. Tangan laju memegang perutnya..

Imer perasan wajah Aura berubah panik..

"Aku dah bawak kau ke hospital..takde yang serius berlaku pun. Sebenarnya kau patutnya kena tahan kat hospital dulu sebab tekanan darah rendah..tapi kau jangan salah faham. Aku takut semua orang perasan kau tak ada..” Jelas Imer berhati hati takut Aura terasa.

Nasib baik juga Imer membawa Aura keluar dari pintu belakang.. supaya orang ramai tak nampak.

Dia juga tak mahu keluarganya yang lain tahu Aura mengandung..tak mungkin mereka akan bersangka baik..baru sehari kahwin dah mengandung. Jadi lebih baik dijadikan rahsia..

Aura menunduk lemah..tangannya mengusap perut yang masih kempis.

"Jangan tinggalkan ibu..ibu dah takde orang lain..” Kata Aura perlahan tetapi dapat didengar oleh Imer.

Aura mendongak tersenyum kepada Imer.

"Awak dah banyak bantu saya..saya takkan lupakan jasa baik awak..”

Imer memegang tangan Aura erat.."Berapa kali aku cakap..kau tu tanggungjawap aku.”

Aura menggaris senyum kecil.

"Macam mana pintu boleh terkunci dari luar?” Imer memandang Aura hairan

Aura baru teringat soal pintu..dia pun hairan.

"Awak jangan fikir pasal semua tu..awak pergi la turun bawah..tolong apa yang patut.” Kata Aura lembut

Imer menggeleng. Lalu membaringkan tubuh disebelah Aura..ditarik Aura masuk kedalam dakapannya.

Aura hanya membiarkan suaminya memeluknya begitu..dia hairan juga..

'Memang hobi dia ni peluk orang ke? Sesak nafas aku dibuatnya..lupa anak bongsu. Manja la sikit..’ Aura ketawa kecil

Aura merenung wajah Imer dekat dengan mukanya hingga bersentuhan hidung. Imer yang pura pura tidur itu mencium sekilas bibir mungil Aura. Tangan Aura laju menampar lengannya.

"Ishhh awak ni..sesak nafas saya.” Imer tersengih melihat Aura yang membebel kepadanya

Irwan dan Aidan berjalan ke arah pintu pagar..

"Aduhh mana si Zack ni..penat aku cari makhluk sekor tu.” Bebel Aidan mata melilau mencari sepupunya itu.

Irwan mengeluh berat. Matanya terpandang sekeping gambar dan kotak yg hampir hancur itu. Irwan mencapai gambar lalu memerhati ..

Kelu lidahnya melihat gambar tersebut..

"Apa benda tu?” Aidan turut mencangkuk di tepi Irwan.

Irwan cepat cepat menyimpan gambar itu masuk kedalam kocek seluar. Aidan memandang aneh..

"Erkk..tak ada apa lah! Kau cari la dulu Zack..aku ada kerja kat belakang. Nak tolong Ciksu.” Irwan mengawal sehabis baik riak wajah nya supaya Aidan tak mencurigai apa apa.

"Wehh! Pahal kalut semacam jer..” Aidan memandang kelibat Irwan masuk kedalam rumah.

Irwan mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik Imer. Muka nya dingin menahan amarah..

TOKKKK..TOKKK..

"Aduhhh kacau daun la..siapa pulak ni!” Rungut Imer melepaskan pelukan Aura

Aura tergelak kecil. Lalu bangun untuk buka pintu..

Muncul Irwan didepan muka pintu ..tiada garis senyuman. Irwan berjalan laju kearah Imer..

Imer membetulkan duduknya duduk di birai katil..Aura hanya memerhati..

"Asal bang? Garang semacam jer muka..” Ujar imer selamba

Irwan melempar gambar itu kearah dada Imer..Imer tersentak.

"Apa benda ni mir?? Kenapa kau sorok benda macam ni?” Tanya Irwan dingin

Muka Aura berubah pucat..
'Macam mana boleh ada lagi ..’

Imer tersentak..wajah Aura dikerling sekilas.

"Aku bukan nak sorok benda ni..tapi kau tahu kan Mama yang terlalu desak aku suruh kahwin. Dan aku taknak kau buruk sangka dekat Aura..dia tak salah. She a victim..” Ujar Imer

Irwan mengepal penumbuk.
"Zirul memang tak berubah! Dari dulu sampai sekarang..” Ujar Irwan mengetap gigi

Irwan berpaling kearah Aura dibelakang.
"Aura jangan risau..abang tak terfikir sampai macam tu..Cuma tak sangka..”

Aura menunduk wajah menghadiahkan senyum pahit buat abang ipar nya.

"Kau kenal Zirul?” Tanya Imer bersama wajah penuh tanda tanya

Irwan mengangguk.
"Aku kan study Kat Amsterdam ..kitorang sekali. Aku, Is, Zirul, Zack..tapi aku tak rapat sanggat la dengan Zirul. Dia dengan Is tu memang kaki club..malam malam kalau takde peneman memang gila..” Ujar Irwan bersahaja

Aura dan Imer hanya mendengar..

Mereka mengangguk faham..duduk luar negara kan..Lagi lagi masa umur muda dan jauh dari orang tua. Tapi tak sangka pulak kecil dunia ni..abang ipar aku berkawan dengan diorang. Sebut pasal Isqanda..patut ke aku bagitahu Imer. Biar la dulu.. Omel Aura

"Astagfirullah alazim ! Tak bersiap lagi..orang ramai dah kat bawah..korang boleh borak kat sini.” Muncul Kartini dengan senduk ditangan

Mereka tersengih. Irwan cepat cepat keluar dari bilik itu..

Tinggallah Aura dan Imer. Aura mendekati Imer..

"Awak marah saya ke?” Aura mencuit manja bahu Imer.

"Asal kau tak bagitahu aku?? Ke nak tanggung sorang sorang?!” Imer kembali masam..dingin

Lalu masuk kedalam bilik air.

"Haih nasib la..kena pujuk suami.” Ngeluh Aura

Sokongan amat diperlukan..maaf kalau ada yang membosankan^•^ Eyka akan buat yang terbaik untuk memuaskan hati pembaca. Boleh komen kalau tak faham jalan cerita..And Thank you so much kepada yang setia membaca karya saya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience