Bab 55

Romance Completed 32236

"Tak pergi kerja ke? Nampak rilek je landing atas sofa tu.” Tegur Aura melihat suaminya terbaring elok disofa ruang tamu.

Aura geleng kepala dengan suaminya masih leka dengan hp bermain game online, tak dengar mungkin dengan soalan nya. Aura mendekat. Dia mengetuk sudip ditangannya . Barulah Imer mengangkat muka sekejap. Susah kalau dapat yang kaki game.

"Hah? Tanya apa tadi? aura ulang balik. Abang tak fokus.” Kata Imer, mata masih fokus pada hp.

"Takde lah, lembu mak jiah jatuh parit.” Perli Aura selamba berjalan semula ke ruang dapur.

Imer berkerut. Lembu mak jiah jatuh parit? Bila masa mak jiah bela lembu?

"Yang, suruh la mak jiah call bomba! Mati lembu dia! Eh bomba ke ambulant, eh?” Imer melaung tanpa mengalih mata. Sempat bingung sebentar memikir mak jiah mana satu.

Aura yang sedang menggoreng ayam itu hampir menepuk dahi. Kadang lurus bendul juga suaminya itu.

"Ya Tuhanku, aku masak salai juga fon dia tu.” Omel Aura sedikit penat.

Ayam yang digoreng itu diangkat menyejat minyak terlebih dahulu. Lalu diletak dipinggan. Jam dinding dipandang seketika. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2:30 pm.

"Abang dah solat zohor ke belum?” Laung Aura akibat malas mahu ke ruang tamu.

"Belum! Aura tolong solatkan lah!” Sahut Imer kembali. Duk main laung-laung saja lah dua orang tu.

Tak sampai seminit, tiba tiba hp nya dirampas kasar. Aura bercekak pinggang didepannya bersama sudip yang masih panas dengan pandangan turut panas. Dia dah seperti jaga anak pula.

Imer tercengang bercampur panas seketika hatinya. Namun cepat dia sejukkan hati. Telinga ready mendengar bebelan sang isteri. Bab agama kasi kat Aura. Pantang sungguh dia apabila imer sengaja mengambil lewa bab solat.

"Abang jangan sampai handfon ni orang goreng celup tepung, pastu bagi anjing tepi jalan tu makan. Nak jadi jenazah dulu baru nak solat? Kalau jenazah tu disolatkan! Kalau malaikat maut cabut nyawa sekarang ni macam mana. Nak menyesal pun dah tak guna. Amalan baik ja buat bekal nanti mati, dah solat tiang hat nombor satu... ingat yang lain lepas ke? Abang tu dah tua, dah nak jadi ayah dah pun. Seorang suami adalah...” Leter Aura tegas, dia masih mampu kawal suaranya agar tak tinggi suara pada suami. Karang dalam nasihat, dia pulak digelar isteri derhaka.

"Pemimpin.” Lagak seorang murid Imer menjawap bersama keluhan.

"Pandai pun. Dah tunggu apa lagi? Solat la.” Aura menyembunyi tawa melihat wajah sugul Imer. Drama king betul.

Imer bingkas bangun lalu berjalan menjat tangga naik ke tingkat atas. Mahu minta hp nya ditangan Aura, tapi dia tahu mana mungkin Aura memberikan padanya.

Aura tersenyum kecil memandang kelibat suaminya naik keatas.

"Agaknya macam ni la juga la perangai anak aku nanti. Haih, baby belum keluar lagi Ibu dah penat dengan karenah ayah.” Ngomel Aura menyentuh perutnya yg belum menampakkan bentuk.
. .
7 BULAN KEMUDIAN....
. .
Isqanda keluar tergesa dari perut kereta dan berlari ke perkarangan rumah keluarga Tengku Nazirul. Ketika tiba didepan daun pintu yang tertutup, telinganya sayup terdengar bacaan Yasin beramaian dari dalam. Seketika peluh semakin menuruni disetiap inci mukanya.

Sebelum melangkah masuk, matanya terpandang pada dua buah kereta polis diluar perkarangan. Dahinya berkerut pelik. Namun dibiarkan dulu...

Dia berjalan masuk bersama perasaan yang berdebar.

"Innalillah...” bisik Isqanda mengorak langkah mendekat kepada orang ramai yg duduk bersila mengeliling sejukur jenazah yang dibalut kain kafan putih.

Mereka semua kelihatan tak hiraukan dia yang berdiri tercegat seperti patung bersama perasaan yang meruntun. Pandangan Isqanda bertemu dengan Tengku Nazira dan keluarganya yg turut bersedih dengan pemergian Arwah Nazirul!

Isqanda meraup muka. Sebentar tadi dia mendapat panggilan dari ibu Nazirul mengenai sahabatnya itu sudah tiada. Namun atas sebab apa dia tak tahu. Mereka tak memberitahu pula...

****

Isqanda menatap simpati pada Tengku nazira disebelahnya. Gadis itu kelihatan berdukacita dengan abangnya. Sebenarnya dia ada sesuatu ingin bertanya, namun terasa was was apabila Nazira masih teresak halus. Matanya sembap..

Dan dia tahu soalannya amat sensitif. Terutama ketika ini. Isqanda menghela nafas sebelum memula bicara...

"Abang Is nak tanya apa?” Nazira bersuara dan tersenyum tawar.

Isqanda mengetap bibir dari dalam. Berat terasa tetapi terpaksa juga kerna dia amat pandang serius tentang perasaan tak enaknya.

"Sebenarnya... tapi zira jangan salah faham ke apa. Abang cuma nak tahu... apa yang jadi pada Arwah Nazirul?” Dia mula menyoal bersama perasaan yg kian berdebar melihat riaksi Nazira sudah menunduk.

Entah mengapa panggilan dari Nazirul beberapa hari yang lalu membuatkan dia terasa bagai ada berkait dengan kematian Nazirul.

"Is, aku macam rasa sesuatu la kebelakangan ni... aku sendiri tak tahu kenapa, tapi setiap kali aku kat tempat kerja mesti rasa berdebar saja. Macam ada orang ikut.” Terngiang panggilan terakhirnya bersama Nazirul.

Isqanda merasa ada yang tak kena dengan ayat terakhir Arwah itu. Ada orang ikut? Siapa? Ke... Argh mengarut!

Dia kembali ke realiti apabila namanya dipanggil perlahan namun cukup buatnya tersentak. Dia kembali berpaling kepada Nazira.

"Morfin.”

Tak semena nya Isqanda membulat mata. Rahangnya jatuh. Dadah! Melihat riak terkejut Isqanda ,Nazira hanya mengangguk sekali.

"Morfin dalam jumlah yang banyak. Masa abang Is datang, abang nampakkan kereta polis kat luar? Itu dia nak siasat pasal kes arwah abang zirul la tu. Tapi Zira tak percaya arwah abang buat semua tu... abang tak macam tu.” Ujar Nazira menahan getar suara. Dia cuba tersenyum namun pahit. Dia percayakan Nazirul. tak mungkin abangnya sebodoh itu mahu mendekati dengan 'barang’ alah itu. Dan tiada sebab abangnya mahu ambil benda itu.

'Dadah! Kau biar betul zirul? Takde sebab kau nak ambil benda tu.’ Isqanda semakin keliru. Semakin dia berfikir semakin berlumba soalan yang muncul di otaknya. Mahu pecah rasanya. Dia menoleh laju kepada Nazira bersama raut serius bercampur resah.

"Zirul ada gaduh dengan Jessy ke sebelum ke ni? Jessy mana? Tak nampak pun dari tadi...” Kata Isqanda dengan soalan bertalu

Nazira masih tenang. Jelas tiada sekelumit senyuman antara mereka.

"Arwah abang dengan kak Jessy dah lama balik sini. Tak pernah pula Zira tengok diorang bertekak ke apa. Dia pun dari menangis dalam bilik tak keluar-keluar.” Jawap Nazira mula menghidu apa yang ada difikiran Isqanda.

Pasti Isqanda fikir abangnya dan Jessy bergaduh, lalu abangnya tertekan, dan akhir sekali lepas pada berkhayal dengan dadah. Ada kemungkinan tetapi dia tak rasa begitu kerana melihat hubungan Nazirul dengan Jessy baik-baik saja.

Isqanda kembali diam. Nazira mahu membaca fikiran lelaki itu namun sukar kerna lelaki itu suka menunduk melihat kebawah ketika berfikir atau mengelamun. Entah apa didalam fikiran Isqanda.

Isqanda berpaling sekilas kepada Nazira lalu menghadiah senyum nipis sebelum bingkas bangun dari situ.

'Ada orang yang tengah membalas dendam dekat kau sekarang ni, zirul. Aku sendiri pun tak tahu siapa... tapi siapa pun dia. Aku akan cari! Aku akan jadi wakil dari kau supaya minta maaf dekat dia. Walau melutut sekalipun..’ Bisik hati kecil Isqanda dengan perasaan bercampur aduk. Tiba-tiba wajah Aura kembali menyapa dikotak fikirannya. Langkahnya juga terhenti mendadak.

'Mungkin perempuan tu nak hancurkan hidup kau lepas kau hancurkan hidup dia dulu.’

Sejenak Isqanda melepaskan keluhan penuh kekesalan. Kesal kerna dia pernah menyimpan dendam pada Aura. Sepatutnya dia hanya benci pada ibu tirinya saja, kenapa b*d*h sanggat terbabitkan gadis itu sekali. Dan kesal kerna dia pernah sokong kerja gila Nazirul pada gadis tak bersalah itu.

Aura...
nama itu diseru lembut.
. .
. .
"Sayang!”

"Ya? Nak apa?”

"Nak kiss.”

Plak! Tangan kecil itu menampar laju bahu Imer yang berbaju kemeja hitam itu. Sempat menghadiah jelingan maut pada si suami yang makin bertambah penyakit gatalnya hingga di Mall kat kawasan ramaian ini pun minta macam-macam lagi.

Terdengar ketawa kacak dari si suami. Imer bersama sengihan nakal itu memaut tangan Aura yg memegang perut yang sudah ketara bentuknya. Dua pasangan itu berjalan disetiap kedai. Katanya ingin mencari barang-barang untuk menyambut cahaya mata pertama mereka. Termasuk pakaian.

"Amboi garang tak habis lagi. Dah 7 bulan sayang buat perangai singa hilang anak macam ni. Alamat mati kebulur la abang menanti belaian dari isteri.” Imer menjuih bibir pura berjauh hati. Tapi berkepit manja dengan bini.

Aura mencebik. Matanya hanya melilau melihat koleksi yg terpampang disetiap kedai. Semuanya menarik minatnya namun biasa la, apa yang dia suka itu la Imer tak suka.

Tanpa menghiraukan panggilan suaminya, Aura hanya berjalan menonong bersama wajah ceria masuk kedalam sebuah centre store yang penuh penuh dengan segala barang baby.

Aura mendekati pakaian baju yang menarik hatinya. Dia menarik baju bersaiz kecil itu berwarna biru lembut. Diusap lembut menghayati kelembutan dan bau yang terbit dari baju itu.

Dia tersengih pada Imer yang termegah tiba disisinya. Imer melihat pakaian kecil ditangan isterinya lalu mengangkat sebelah kening pada Aura.

"Ya puan cari apa?”

Aura tersenyum kepada seorang lelaki muda pelayan/staff disitu. Imer malah masih menilik baju yg menarik hatinya buat anaknya yg bakal lahir. Teruja terasa apabila dengan kehadira bayi yang keluar dari rahim isterinya menjadikan gelarannya mendapat 'Ayah’. Dia dan Aura baru berusia 24 dan nak masuk 25 sudah bergelar ibubapa. Tapi apa kan pelik zaman sekarang. Zaman dulu lagi la tak pelik.

"Cari kuali. Ada jual tak?” Bersahaja Imer memerli. Pandangan mata fokus menilik baju.

Melihat staff lelaki muda itu terkebil-kebil mendengar itu, Aura mencelah. Kesian pula dia jadinya... haih imer.

"Tak apa saya nak tengok-tengok dulu.” Aura tersenyum tak mahu lelaki muda itu merasa canggung dan malu sendiri.

Staff lelaki itu hanya membalas senyuman Aura dan mengangguk sebelum berlalu dari situ. Mungkin dia tahu dia tak diperlukan disitu.

"Apa abang cakap macam tu. Tak baik tau! Kesian dia...” Tegur Aura lembut

"Alah, dia tu lurus sanggat kenapa. Dah kita kat kedai barang baby takkan nak cari periuk kuali pulak. Aduhmak hati tisu betui budak zaman sekarang.” Tingkah Imer selamba

"Abang tu mulut laser sanggat. Jaga la sikit hati orang... saya rasa tak salah pun dia layan pelanggan. Dan apa yang dia tanya tadi dikira bertatasusila, bukan macam abang celupar tahap makan belacan. Kalau abang jadi pelayan kedai... tak sampai sejam, confirm kena tendang keluar.” Aura sudah keluar leteran ala mak-mak nya. Tapi dia versi sepenuhnya isteri kepada lelaki mulut pedas.

"Mujur abang mulut laser, kalau mulut buaya. Aura yang naya...” Balas Imer tak mahu kalah. Mengangkat kening menayang senyum kambing seperti mencabar isterinya.

"Okey okey. Dah. Itu dah lain dah...” Aura mengalah

"Kejap lagi kita pergi beli baju untuk Aura nak?” Imer memancing Aura

Aura menoleh hairan.
"Buat apa beli untuk saya?” Dia terdiam kaku apabila Imer menunduk tubuh membisik disisi telingannya.

"Perut makin besar, baju pun makin tak muat. Tak boleh tidur malam abang tengok kalau asyik tayang saja. Nak terkam, kena puasa. Haih... seksa batin.” Bisik lelaki itu hingga ternaik bulu roma Aura.

Aura sudah merah padam. Merah menahan malu. Bukan dia sengaja mahu 'tayang’ ke apa, tapi dah baju semua tak padan.

Imer ketawa suka lihat wajah merah itu. Isterinya itu memang cepat malu apabila disebut tentang hal-hal begitu, mula la cemberut muka. Namun kali ini tak pula, Aura hanya beriak biasa...

"Hmm... jom la beli baju. Saya nak pilih saiz paling besar dan longgar sekali. Saiz L ke? Baru abang tak nampak apa-apa kan. Aish bijak otak aku. ini la masanya nak cuci otak abang...” Aura sengih lebar dengan kata-katanya sendiri. Tangan Imer ditarik walau suaminya terkebil. Akhirnya Imer hanya mengikut.

'Menyesal cari pasal. Pahal la bini aku makin savage sanggat. Ohmygod zahir batin... tergamak kau buat suamimu begini sayang. Huagh!’ Eh tak payah nangis la. Tak nampak macam anak jantan dah.

Imer membontoti langkah Aura yg teruja. Tapi dia... muram semuram muramnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience