"KAMI balik dulu la Ma..dari tadi lagi duk borak. Abang wan pun tak muncul-muncul lagi.” Kata Imer ..tangan Kartini dicapai lalu mencium sekilas. Aura turut buat hal yg sama..
Aura menoleh memandang Imer dengn kerutan didahi. Jam didinding dikerling..
'Pukul 2 baru? Takkan dia tak nak kerja.’ Ngomel Aura
"Kenapa?” Tanya Imer
"Taknak sambung kerja ke..baru pkul 2. Kalau awak nak buat kerja, buat la. Saya balik naik texsi..” Ujar Aura
Imer menepuk dahinya..membalas dengan sengihan kepada Aura.
"Hah Imer! Jngan gatal nak ponteng kerja.. Pergi amik fail-fail atas meja Zairy. Kesian dia duk cover kerja kamu saja..” Celah Kartini menekan.
Imer mengeluh malas. Sebut pasal kerja terus jadi lembik tubuh badan..Aura disebelah dipandang sayuu
Aura tergelak kecil mengangkat bahu selamba.
"Jom Aura sayang..ikut Mama. Mama pun kebetulan free sekarang ni..Kita pergi shopping, Imer tu biar je dia kerja cari duit!” Ajak Kartini lembut kepada Aura sempat perli anaknya..
"Yelah yelah. Mama bawak la Aura beli baju ke apa..” Balas Imer membetulkan duduknya. Masih malas nak berinjak diatas kusyen lembut itu.
"Ok Baik ma. Kejap..Awak..” Tangan Imer dicapai lalu Aura mencium sekilas bersama senyuman terukir indah.
Imer sempat mencium dahi Aura..seperti sayang mahu lepaskan. Lagak mereka seperti mahu berpisah jauh.. Kartini mengulum senyum melihat kemesraan mereka.
Imer hanya menghantar bayang Aura dan Kartini yg berlalu pergi dengan anak mata.
***
Sementara didalam kereta...
Irwan mengerling dari cermin belakang..memandang juga memasang telinga Aura dan Kartini berbual mesra. Nak dipendekkan cerita terpaksa lah Irwan menemani dua wanita itu shopping.
Aura segera menoleh kesisi apabila merasa Kartini menepuk pahanya lembut.
"Aura nak singgah kedai mana dulu? Mama tak kisah..mana la tahu ada nak beli barang-barang ke?” Soal Kartini
Aura tersenyum serba salah. Gigi putihnya tersusun cantik jelas kelihatan..
"Boleh ke Ma? Aura memang ada nak beli barang..sikit je. “ Soal Aura sedikit takut takut..fikirnya kang dicop ambil kesempatan, mengada ke..
Kartini senyum senang seraya mengangguk.
"Boleh saja. Mama belanja, Aura cakap kedai Mana..driver kita akan bawa..Kan wan?” Sempat Kartini usik Irwan yg tengah fokus memandu. Hingga lelaki itu tersentak namanya disebut.
"Ahh..iya iya. Aura..Mama..cakap je nak pergi mana. Iwan bawakkan..Gaji double .” Balas Irwan selamba.
"Maaf la susahkan Abang. Kalau tak boleh takpe..” Celah Aura tampak serba salah.
Kartini cepat menepuk paha Aura.
"Kesitu pulak.”
Irwan tergamam.
'Lahh..Aura terasa ke. Aduhhh takde la kasar sanggat aku punya ayat. ‘ Gerutu Irwan tersengih menampakkan giginya putih tersusun.
"Ehh! Bukan tu..Abang sambung apa yg Mama gurau je. Haa dah sampai.. Nak Abang teman ke?” Ujar Irwan memberhentikan kereta dihadapan kedai runcit.
"Tak.takpe..satu saja barang.” Balas Aura
Aura melakar senyum sebaris.
'Semua benda nak amik serius apasal aku ni?’ Ngomelnya. Pintu dibuka ..
Beberapa minit Aura meloloskan diri kembali lalu duduk disebelah ibu mertuanya. Kartini menoleh kepadanya dengan pandangan hairan.
"Mana barangnya?” Soal Kartini sedikit pelik apabila Aura kembali dengan tangan kosong tanpa apa-apa plastik atau barang.
Aura menepuk-nepuk bag sandang kecilnya dibahu. Kartini mengangguk faham..
"Dah? Mama nak pergi mana pula ni?” Kata Irwan sebelum kereta bergerak berlalu pergi
***
AZMIN membongkok sedikit mencapai botol-botol ditepi longkang itu. Segala tin dan botol disumbat kedalam plastik besar ditangan. Pandangan meliar memandang sekeliling lorong dihadapannya yg penuh sampah-sarap. Dibawah tangga terdapat beberapa penagih dadah ada yang terbaring..ada yg menghisap gam. Azmin mula merenung penampilannya..sudah tiga hari tak mandi mahupun makan. Rambut serabai, Janggut misai tumbuh panjang tak dapat dicukur. Sekali tengok macam orang gila. Keluhan sentiasa menjadi temannya..
Langkah diatur ke arah bucu dinding usang..disandarkan badan disitu.
"Kenapa hidup aku malang..dari dulu sampai sekarang aku memang tak pernah bahagia.” Ngomel Azmin sayu lalu mendongak kepala..Awan langit ditenung lama..lama kelaman awan itu terbentuk menjadi wajah seseorang. Seseorang yang sudah lama dirindui..difikirkan..dikesali..dan pernah dibenci bertahun-tahun.
Air mata Azmin menitis perlahan semakin lama lebat. Dikesat berkali kali ..Azmin kemudian terduduk memeluk lutut.
"Aura Aisyah..” Setelah sekian lama tak disangka mulutnya akan menyebut nama itu.
Azmin mengepal kedua tangannya..sesak dadanya teringat kembali perbuatan kejam dan penyeksaan seorang ayah kepada anak kandungnya sendiri. Kepala nya dipukul-pukul melepas segala rasa. Berkaca-kaca mata lelaki yg sudah mencecah 47 itu.
HUH!BODOH! Baru sekarang kau nak menyesal? Baru sekarang kau nak sayang dia..Lupakan angan kau tinggi kau nak cari Aura. Sampai mati pun dia takkan lupakan apa yang kau buat pada hidup dia! Malah dia lebih bahagia tanpa kau. Ayah tak gun*! Melampias dendam pada anak kandung sendiri. Kata suara yang datang menghasut jahat.
"..Bapak tak gun*!!..”
"..perangai binatang kau ni memang takkan berubahkan?! Kau ceraikan aku lah! ..”
Azmin menekup kedua telinganya dengan tapak tangan. Matanya meliar mencari suara yg entah dari mana..ketakutan jelas terpamer..terketar-ketar mulutnya mahu membalas tetapi terasa suara tersekat dikerongkong.
"...ayahh sakitt! Arghh!..” tangis Aura pula kedengaran meminta tolong..
Azmin memejam mata rapat. Menggigil tubuh badannya..lutut dirapat didada.
"Aura..Maafkan Ayah. Ayah tahu Ayah banyak dosa dengan Aura! Maafkan Ayah..” Terjerit-jerit Azmin sendirian dibucu dinding itu hingga beberapa orang disitu mula melihatnya pelik. Segala penyeksaannya kepada Aura terlayar dimata seperti wayang. Mulutnya terkumat kamit menyebut nama Aura..
Teresak esak Azmin mengesat kasar air mata yg merembes..
~IMBAS KEMBALI 8 TAHUN~...
Kelihatan Aura dan temannya Fiqa yg berumur 15 tahun. Mereka remaja ketika ini.. Dua sahabat itu bergelak tawa berjalan kaki ditepi jalan itu. (Bukan jalanraya). Apabila melalui disungai dikampung itu..Berkerut Fiqa memandang pelik kearah sekumpulan remaja sedang bermandi manda ditebing sungai.. apabila ternampak seorang yg dicari terlopong Fiqa menepuk beberapa kali Aura. Aura menoleh kearahnya..
"Asal?”
"Tuu..itu kan adik kau! Intan! INTANN!!!” Jerit Fiqa kuat hingga terpinga pinga Aura disebelahnya. Aura tersentak dengan tindakan Fiqa..Aura laju memandang kearah sama seperti Fiqa. Tergamam! Kawasan sungai itu agak tersorok dan dikawasan hutan. Orang kampung pun jarang lalu lalang..
"Ya Allah Intan! Kawan-kawan dia ke tu..” Kata Aura terkejut juga melihat Intan (14 thn) sedang bermandi..itu takpe lagi..ini bercampur bergaul dengan beberapa orang remaja lelaki.
"Weyh Intan! Kakak kau datang! Tuu..” Terdengar salah seorang dari sekkelompok itu. Mungkin teman Intan.. Intan yang sedang bergurau bermain air sungai dengan seorang lelaki seumurnya berpaling segera kearah temannya. Lalu tersentak terpandang Aura dan Fiqa turun berjalan kearah mereka.
Intan dan Beberapa kawannya keluar dari air paras paha itu ..
Setelah tiba dihadapan mereka yang paling 'gangster’ semestinya Fiqa yg siap melipat lengan baju. Wajah dingin masing-masing membuatkan Aura sedikit takut-takut.
"Pahal!? Perempuan!kau stalk aku ehh...asal? Nak mengadu kat Ayah?..hah hahaha ingat Ayah percaya..” Ucap Intan sinis kepada Aura. Rambut basahnya dibiarkan ditiup angin petang..
Aura tampak serba salah. Fiqa pula sebaliknya mengetap gigi menahan geram..
"Ehh budak! Kau ingat kitorang ada masa ke stalk kau..Perasan! Macam la kau tu artis..EHH DENGAR SINI..AKU NAK KORANG SEMUA BALIK RUMAH MASING-MASING! Kecik kecik dah pandai buat maksiat!!” Balas Fiqa bersama senyum sanggat sinis. Suara sengaja dilaung kuat supaya dengar semua. Jelas wajah tak puas hati ..tetapi mereka akur takut juga Fiqa beritahu mak ayah. Disebabkan sekampung jadi mereka semua kenal dengan mulut Fiqa ..berbeda dengan Aura, kerna itulah Aura sering dibuli.
Aura melepas keluhan berat. Pandangan dilarikan apabila bertentang mata dengan Intan yg tajam melihatnya.
Intan berdecit sambil menjeling tajam Aura dan Fiqa sebelum berlalu pergi bersama kawan-kawannya yg lain.
"Pahal siot..benci betul aku kat kawan kakak kau tu..” Ngadu gadis berkulit gelap yg berjalan beriringi Intan.
Intan hanya mendengus geram.
"Kau ingat aku suka sanggat.”Jawap Intan kasar.
Fiqa berdecit geram melihat Intan yg berlalu pergi. Kepala ditoleh apabila Aura menyentuhnya..jelas kekalutan diwajah gadis itu.
"Aku nak balik. Jom la..” Kata Aura menarik tangan Fiqa .
Fiqa mengangguk faham sanggat . Mesti kawannya itu takut.
"Intan!Budak tu mana? Merayau?” Tanya Azmin sambil tangan membuka peti ais lalu air kosong dikeluarkan.
Intan yang baru melangkah masuk dari pintu kayu itu terhenti. Menoleh malas kepada Azmin..
"Entah. Merayap dengan si Fiqa tu la..” Balas Intan selamba.
"Yang kau basah kuyup ni kenapa? Kau pergi sungai lagi?..” Azmin memandang hairan kdpada anak bongsu nya itu.
Intan mendengus kasar. Berpaling menghadap Azmin..Mimik mukanya ditukar mendadak menjadi lebih kasihan seperti mahu menangis..bibir mencebik.
"Ka..Kakak tolak Intan dalam sungai. Masa tu Intan jalan-jalan tepi tu je.. pastu tak pasal pasal dia tolak habis basah.” Ujar Intan mendayukan suara . Tergelak sinis dalam hati gadis itu..sudah dijangka pasti ayahnya akan percaya cerita palsunya.
Azmin berubah merah padam. Semudah itu dia mempercayai kata-kata Intan.
"Kau heret dia bawa balik sekarang!” Arah Azmin cukup tegas.
"Assalamulikum. Ayah..” Terdengar suara Aura memberi salam dari arah pintu. Intan mdmbatal niatnya mahu menambah cerita.
Intan hanya melihat dengan pandangan selamba kepada Aura yg berjalan kearah mereka.
Aura seperti menghidu sesuatu melihat mimik muka ayahnya bengis begitu.
"Aa..ayah..”
"Tak payah cakap kau pergi mana. Bukan aku kisah pun! Aku nak tanya apa yang kau dah buat kat anak aku?!” Herdik Azmin keras. Terangkat bahu Aura akibat terkejut..
"Aa..apa Aura buat?” Tergagap gagap Aura. Seketika berubah pucat lesi mukanya..
"Aku tanya kau?! Kau tanya aku balik?!” Azmin mencapai cerek air yg masih panas. Berjalan kearah Aura hingga gadis itu berundur setapak demi setapak..Intan yg tersenyum sinis kepadanya dikerling.
'Apa aku dah buat? Intan..apa pulak cerita yg kau belit. Kau memang tak pernah senang dengan aku.’ Ngumam Aura ketakutan.
"Kau tolak Intan sampai dia masuk sungai!! Tuhh nampak basah kuyup adik kau!!” Jerkah Azmin penuh kebencian sebelum air didalam cerek dibuka lalu disimbah kearah Aura. Sempat Aura mengelak tetapi tetap terkena banyak dibahunya.
"Allahuakhbar!! Sakit yahhh..!! Ya Allah..” Jerit Aura kesakitan. Sakitnya susah diungkap ..Aura jatuh terduduk ..Tangannya tak kiri tak mampu diangkat akibat melecur jelas kelihatan. Kulit putihnya mula kemerahan.
Intan dengan selamba mengangkat bahu berjalan pergi masuk kedalam biliknya.
Azmin tersenyum puas. Peluh didahi dilap kasar.. senyum senget terukir melihat Aura mengerang kesakitan.
"Ayah! Tolongg..yahh! Apa salah Aura sampai Ayah buat anak Ayah sendiri macam ni? Apa dosa Aura?!!!?” Jerit Aura lantang air mata merembes dipipi. Dada sesak menahan marah..selama mana pun dia cuba menahan rasa tak mahu meninggi suara pada Azmin. Tetapi dia juga manusia lemah! Manusia biasa..
Azmin menjegil mata luas.
"Siapa cakap kau anak aku? Kau bukan anak aku la SI*L!! Kau hanya bawak malang dalam hidup aku!!” Herdik Azmin kuat. Memuntahkan segala kemarahannya kepada gadis tak berdosa itu.
Aura teresak esak. Pedih! Sungguh menikam kata kata Azmin..seperti belati menusuk jantungnya yg sedia rapuh.
"Habis kenapa tak bunuh saja Aura dari kecik?!! Hahh! Ke Ayah takut dipanggil PEMBUNUH!!” Balas Aura tak kurang kuatnya. Dia juga bertahan untuk kelihatan kuat..dia mahu jawapan dari Ayahnya yg zaman kanak-kanaknya sungguh menderita.
"Mak kau yang pembunuh!! Aku nak kau dengar dari mulut dia sendiri..aku tak tengok macam mana muka malu perempuan tu nak carita aib dia yang menggunung tu kat kau!! FAHAM” Ujar Azmin keras menunjul-nunjul kepala Aura. Wajahnya bengis..
Aura menahan air mata yang mula bertakung..gigi diketap.
"Kalau ayah bukan ayah Aura. Dah lama Aura bunuh je Ayah!! Tapi Aura sedar..Aura tak gila lagi nak derhaka! Itupun Ayah tak pandang..Yang Ayah pandang Intan Intan Intan..!!” Balas Aura kuat berlari masuk kedalam bilik tidurnya. Tak betah lagi berada disitu lama lama walaupun dalam menahan sakit dibahunya. Air mata yg membanjiri sudah tak dihiraukan. Pasti melecur bahunya..
Azmin memandang tajam bayang Aura yg berlalu maloloskan diri kedalam kamar.
"Kau punca segalanya Shida!” Ngumam lelaki itu penuh kebencian.
~END FLASHBACK~...
Share this novel