Bab 28

Romance Completed 32236

Azan dari masjid besar terdengar sayup sayup di telinga Imer..Imer yang tak tentu arah mancari masjid itu tersenyum lebar..

"Lama betul budak ni tidur..” Imer tak endahkan Alisa yg siap berdengkur lagi..

Muka berkerut hairan..
"Pahal pulak kereta ni..tiba tiba jer berhenti. Kut yer pun nk rehat..tunggu la kat depan sana sikit. Sikit lagi nak sampai..Aduhh..” Ngeluh Imer. Kereta dihentikan ditepi jalan raya. Masjid juga sudah kelihatan..hanya beberapa 3 km saja lagi.. Imer keluar dari perut kereta menunduk memerhati tayar..dipicit picit walaupun keras

"Pancit la pulak! Ishh..” hp dikeluarkan..

Bertambah kusut kepala Imer melihat Line E.

"Takde line..ishh..dah la kena hantar budak ni lagi..nak tengok Aura lagi..” Imer memicit pelipis. Fikirannya teringatkan Aura di hospital.

'Aura..tolong la abang.. i really really need you. Aku taknak hilang kau..’ Entah kepada jadi feeling tetiba. Imer menggosok perlahan tayar kereta.

"I need you sayang..tolong la hidup. Magrib dah nak habis ni..please la..” Kata Imer perlahan mengusap manja tayar. Bibir mencebik..

Alisa yang dari tadi memerhati Imer menahan gelak. Bangun bangun saja nampak gelap kosong..terus dia keluar.

'So cute..Ya ampun..please la jangan buat aku jatuh hati dengan laki orang.’ Bisik hati Alisa tersenyum tawar. Langkah mendekati Imer

"Pancit ke?” Tanya Alisa walaupun dh tau

Imer bangun berdiri berhadapan Alisa. Keluhan panjang dilepaskan..

'Asal la aku tak hantar jer dia ni balik rumah..’ Ngomel Imer menjeling Alisa selamba

Alisa terpana.
'Dia jeling ke dia nk goda aku..Eh mengarut..’ Gerutu alisa

Apabila ada kereta yang lalu..Imer segera menahan. Tapi semuanya hanya berlalu pergi..

"Encik! Tolong kami Cik..” Jerit Imer menahan kereta myvi kuning. Akhir nya Imer tersenyum lega..kereta myvi tersebut berhenti dan diparking di persidai jalan.

Imer berjalan mendekati kereta itu diikuti Alisa yang masih memakai baju jururawat dibelakang..

Imer dan alisa berdiri tak jauh dari kereta..keluar tiga orang lelaki yang membuatkan masing masing terperanjat.

Imer terlopong. Melihat Irwan, Zack dan Aidan berjalan kearah mereka.

'Asal la aku boleh tak cam kereta Si Zack ni..masalah masalah..’ Imer mengelap peluh didahi..senyum nipis terukir..

Glup! Alisa menelan air liur kesat.
'Empat empat goodlooking depan mata aku ni..dah macam dalam drama pulak! Ahh nk kahwin empat!’ Jerit Alisa teruja dalam hati..senyum dileret semanis mungkin. Gedik betul perempuan ni..

"Bang..” Imer bersalaman dengan Irwan. Mereka tersenyum untuk menutup rasa kekok.

"Kau suka cari masalah..mir..” Kata Irwan selamba menepuk belakang Imer.

"Masalah apa?” Imer memandang hairan..

Aidan dengan Zack pulak duk bermain mata dengan Alisa..tersengih sengih.

"Scandel Imer eh?” Ujar Aidan bersahaja. Zack pula sudah menjeling tajam kepada Imer.

Alisa buat muka sebersalah.

Irwan menoleh kepada Alisa lalu memandang adiknya meminta penjelasan. Imer sudah keliru dengan apa yg jadi sekeliling nya..

'Aku ni dah macam penjenayah pulak..’

Imer menarik nafas dalam.
"Oky la macam ni..Hantar dia dulu..baru aku cakap..” Kata Imer terus masuk kedalam kereta myvi itu.

Alisa terpinga pinga. Zack mendekati gadis itu..

"Duduk depan. Biar kitorang duk belakang..” Kata Zack tanpa secalit senyuman pun berlalu masuk.

Alisa mengangguk walaupun masih dalam keadaan bingung.

"Bye..Assalamulikum. Encik Imer..terima kasih yer dah selamatkan saya tadi. Kalau awak takde tak tahu la apa jadi..” Ujar Alisa melambai lambai sambil tersenyum lebar.

Imer yang tengah kusyuk menghadap hp dibelakang itu hanya mengangguk kecil.

"Urm..dah..masuk masuk la. Dari tadi lagi..” Balas Imer bersahaja memandang hp.

Alisa tersenyum nipis. Aidan merasa kasihan pula..sepupunya yang lain hanya membiarkan saja.

"Waalikumsalam..Hati hati Cik.” Celah Aidan tersenyum mesra sambil menutup tingkap kereta. Alisa mengangguk..

Kereta mula bergerak..dan ketika itu lah jantung Imer bergerak selaju mungkin. Dia perlu menjawap dengan berhati hati soalan yang akan dilemparkan kepadanya..

"Tanya jer..Aku jawap.” Kata Imer redha

"Siapa nurse comel tu?” Tanya Aidan tersengih

"Kenapa korang boleh berdua jer..?” Soal Irwan dingin. Dia tak mahu adiknya buat hal..dah la bini tengah koma kat hospital.

"Aura dah macam adik aku Mir.. Kalau kau dah bosan dengan Aura. Kau cakap jer..tapi jangan tinggalkan dia dalam keadaan macam tu..” Ujar Zack menepuk bahu Imer.

Irwan dan Aidan mengangguk setuju dengan Zack.. Aura tak salah. Jadi kenapa dia perlu tanggung sakit kecewa..

Imer hanya mengangguk..hp disimpan dalam poket hoddie hitam. Bermacam macam tajuk soalan yg perlu dia jawap..

"Aku cuma nak tolong dia jer..masa aku nk balik tu..ternampak pulak dia kenapa kacau dengan lelaki mana tah..” Balas Imer tenang.

Irwan yang sedang memandu itu mengerling tak puas hati di side mirror.

"Sampai malam..” Irwan mendengus..entah la dia jadi sensitif melibatkan Aura. Walaupun dengan adik sendiri..dia cuma harap Imer dapat gembirakan Aura.

"Entah la kau..kalau orang nampak..apa orang pikir.” Selamba Aidan menunjal kepala Imer. Imer menarik nafas menahan sabar..Aidan pula ketawa kecil.

"Aku takde masa lah nak cari pompuan lain..dengan bini tengah sakit..” Jawap Imer menggosok tengkuk.

Mereka jatuh kasihan pada Imer..tapi tu la..apa boleh buat. Tolong kawal Imer untuk Aura jerlah boleh buat..

"Jangan cepat putus asa Mir..Aura perlukan kau..Dan jangan cepat tawar hati disebabkan Aura tak sedarkan diri.” Zack selamba memeluk Bahu imer dari sisi.

Imer mengangguk..kepala masih ditunduk. Bersyukur punya abang dan sepupu yang memahami.

Suasana hening seketika..

"Laparnya..Jom la pergi makan..korang..” Terdengar suara Aidan meleret..bibir mencebik manja.

Irwan dan Imer tak hiraukannya..kenal sanggat dengan perangai sepupu sorang nya itu..Manja..walaupun anak sulung. Aidan mengeluh apabila dia tak dihiraukan..pandangan dilempar keluar tingkap yang gelap. Wajahnya terus berubah ceria..cermin mata bulatnya itu dibetulkan..Kadang kadang orang tak percaya kalau dengar Aidan abang kepada Ifa. Ifa yang jenis lasak dan bermuka matang..jauh berbanding Aidan yang muka baby faced..ditambah pula dengan kulit putih dengan cermin mata bulat. Dah iras Harry potter pulak..

Mereka terus keluar dari perut kereta..tapi yang paling teruja Aidan la. Irwan tersenyum nipis..Walaupun nampak tegas diluar tetapi irwan sememang nya abang yg penyayang caring..

Oky..kalau sempat Eyka update lagi. Tq kepada yg setia baca karya Eykaa><

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience