Bab 23

Romance Completed 32236

SAUDARA mara yang lain sudah ramai pulang ke rumah masing masing..tinggal beberapa orang yang mengemas mencuci.

Aura yang duduk di taman mini bunga termenung jauh..

'Haih..aku tak sepatut nya sedih macam ni..kenapa perasaan terluka ni luka kembali dalam hati aku?? Tak mungkin dalam masa yang singkat aku boleh jatuh hati dekat Imer.’ Kata hati kecil Aura

'Tipu la kalau rasa sayang tu tak ada dekat dia..selepas dia sah jadi suami aku. Pasti ada rasa sayang aku untuk dia.’

'Arhhh!! Kenapa la aku bodoh sanggat!! Mudah berharap! Ya Rab..kuat ke aku?? Kuat ke aku nak lalui nak hadap perkara yang aku tak tahu indah atau mendung.’ Jauh disudut hati Aura terasa amat memerlukan Imer dalam hidupnya..Imer sentiasa ada disaat dia susah dan senang.

'Siapa Imer dalam hati aku?? Sahabat atau.. dia hanya simpati dengan aku.’ Omel Aura. Buntu fikirannya..

Aura menunduk wajah ..mengusap lembut perut nya.
"Sayang tenang dalam ni tau..jangan risau pasal Ibu. Ibu sentiasa happy..sebab Ibu masih ada Allah..Ibu percaya Dia sayang Ibu..sebab tu Dia pilih Ibu..” Ucap Aura perlahan seperti bercakap dengan anak dalam kandungannya.

Aura berfikir sejenak.
"Patut ke aku terima tawaran lelaki tu..susah! Susah nak percaya sesiapa sekarang ni.” Fikiran nya tiba tiba teringatkan pertemuannya dengan Isqanda.

"Doa kan baik baik jerlah..tak salah aku cuba. Lagi pun lelaki tu macam berharap sanggat..dan ni la masa nya aku balas semua jasa Imer dan Mama.”

Aura menarik senyum lebar.
"Okk..sayang esok teman Ibu pergi kerja ok.”

"Siapa izinkan kau kerja? Lupa atau buat buat lupa yang kau dah kahwin..pergi mana mana tak mintak izin aku dulu!” Celah Imer berdiri di sebelah Aura dingin.

Aura memandang Imer kosong..wajah ditunduk,. Senyum pahit terukir..

"Orang cakap kalau suami isteri nak bincang atau nak luah apa apa..seeloknya bincang masa nak tidur. Tapi ni awak dah dengar..saya terus terang saja lah..”

Aura menghela nafas berat apabila Imer masih membatu..

"Izinkan saya kerja..saya tak nak susahkan awak.” Ucap Aura lembut memandang penuh berharap kepada Imer..

Imer melabuhkan punggung disebelahnya.

"Aku tak nak kongkong kau..kau pun manusia, mesti kau pun nak bebas macam orang lain..” Balas Imer bersahaja

Aura terkedu! Bagi nya ayat yang keluar dari mulut imer itu seperti sindiran.

"Bukan macam tu..saya cukup bersyukur. Masih ada orang yang amik berat tentang sa..”

"Siapa cakap aku kisah pasal kau.” Potong Imer sinis

Aura menahan air mata mula bertakung..

Imer merenung tepat mata Aura..

"Aku cuma nak kau terhutang budi dengan aku! Aku nak hidup kau terikat dengan aku..Kau ingat aku nak ke perempuan yang dah tak suci macam kau..bekas orang!” Imer menarik senyum mengejek..pandangan nya begitu hina..kata kata kesat terus masuk kedalam otak Aura.

Aura tersentak! Tetapi dipaksa juga bibirnya supaya tersenyum walau pahitt.

'Betul orang kata..Hati manusia mudah berubah. Dan tak mustahil kalau selama ni dia selalu kasar dengan aku..’ Omel Aura. Terguris sedikit demi sedikit hati nya..

Aura menyimpan senyum sinis dalam hati..

'Mustahil masih ada lelaki yang betul betul ikhlas sayang aku...lagi lagi kalau dah tahu aku dah 'tak suci’ ‘

"Saya tak kisah awak nak anggap saya macam mana..Cuma saya mintak izin awak. Izin kan saya berdikari..” Kata Aura setenang air laut.

Imer diam.

"Mulai hari ni..kau tak payah mintak izin aku! Anggap jer yang kau belum kahwin.” Setelah menyatakan demikian..Imer bangun mendadak bangun.

Aura menghela nafas lega..sekurang kurangnya..Dia kerja diatas izin suaminya..

Aura bangun mamai..dikerling jam di hp. Pukul 5:30! Aura mencelik mata luas..

"Kerja! Lupa aku kerja hari ni..” Aura keluar dari selimut..matanya mengerling sejukur tubuh tinggi tidur nyenyak di atas sofa yang tak jauh dari katil.

"Biasanya masa ni..dia lah yang awal kejutkan aku solat.Huhh!” Terbit rasa kasihan melihat Imer tidur kesejukan tanpa selimut.

Tubuh Imer di selimuti selimutnya ..lalu Aura masuk kedalam bilik air membersihkan diri.

Aura merenung mata sejadah..Tangan ditadah.

'Ya Allah..Maha pengampun lagi Maha adil..aku berserah kepadaMu..segala manis pahit yang kau berikan..tak setanding dengan orang lain yang masih ada diuji lebih dasyat. Kuatkan imanku..Ya Rabb. Berikan ku kekuatan untuk menempuhi hari hari ..Aku merindui untuk punya keluarga yang bahagia..Ibu..Kenapa ibu menghilang disaat Aura tak tahu apa apa. Aura teringin nak jumpa ibu kandung Aura..’ Aura hanya berdoa dalam hati supaya Imer tak terjaga.

Aura yang masih sempurna pakaian solat..menunduk lalu sujud lama..

Menitis satu persatu air mata itu ..hingga basah sejadah. Disaat kita susah ditimpa hal berat..dan mencari tempat mengadu. Jangan hebohkan kepada orang..sebaik baik pendengar adalah Lillahita’ala..Tuhan yang maha esa..Allah yang satu..yang berhak disembah.

Aura mengelap pipi yang yg dibasahi air mata..

Aura bangun dari duduk..kain sembahyang ditanggalkan. Lalu dilipat kemas..

"Pergi dengan apa Aura? Sorang jer..suruh la Imer hantarkan..” Ujar Kartini semasa berselisih dengan Aura.

Aura tersenyum.
"Tak apa la Ma..dia tidur la, biarla dia rehat dulu.” Balas Aura

"Tidur? Apa nak jadi dengan budak sekor tu..dah kahwin ingatkan matang la sikit perangai..tapi tak berubah! Imerr!! Bangun!” Laung Kartini menaiki tangga menuju kearah bilik imer

Aura segera keluar..mujur Kartini tak membantah niatnya untuk bekerja.

Aura tiba di depan bangunan Syarikat R&N..kad yang diberikan oleh isqanda kepadanya digenggam erat.

"Aku tak habis study lagi..Boleh ke kerja Syarikat besar macam ni?? Ah lantak lah..kau jugak yg ajak.” Sambil mengomel Aura berjalan ke kaunter pertanyaan atau penyambut tetamu disitu..

"Cik..tumpang tanya. Bilik Encik Isqanda tingkat nombor berapa?” Tanya Aura setelah tiba dihadapan seorang gadis muda bertudung

Gadis itu mendongak ..Jelas terkejut mimik muka nya! Aura tak kurang nya..

"Fiqa!” Aura tersenyum lebar kepada teman sekampungnya itu

"Ya Allah Aura!! Rindu nya aku.” Fiqa menerpa kearah Aura..mereka ketawa bahagia sambil berpelukan erat.

Aura meleraikan..

"Lama betul tak jumpa sepupu aku sorang ni!” Ujar Fiqa mencebik manja ..mereka berjalan beriringi duduk di kusyen berdekatan dikaunter.

"Over la kau ni pun..hari tu baru jumpa masa aku nikah. Lama apa nya..Eh! Kau kerja kat sini??” Soal Aura teruja

Fiqa mengangguk sambil tersengih.

"Ini jer..tapi Alhamdulillah la sekurang kurangnya ada kerja..Wey! Jangan cakap yang kau pun kerja kat sini..” Fiqa memandang tak percaya

Aura memaniskan wajah sebaik mungkin..dia taknak la temannya ini risau. Tentang kandungan..Fiqa sudah tahu. Kecuali Maklong nya dan Anas.

Aura mengangguk yakin.
"Yea..Aku dapat tawaran kat sini.” Balas Aura

Fiqa mengangguk faham. Mungkin suami dia open minded..bagi jer isteri kerja luar. Fikir Fiqa

"Eh pergi la sambung kerja..Aku naik atas dulu.” Ujar Aura

"Jap! Tadi kau kata kau nak jumpa Encik Isqanda..so makna nya kau interview dengan Bos besar tu! Serius la wei..CEO tu. Bukan senang senang nak jumpa dia. Dia punya kaya tu kan..tak silap aku. Syarikat ni atas nama dia sebab arwah atuk dia kasi..Villa, Encik Isqanda jugak pengurus. And satu lagi paling besar and mewah..kadang kadang hanya orang VVIP jer boleh.. Resort IsNaz.” Terang Fiqa teruja panjang lebar.

Aura tergelak kecil melihat kesungguhan muka Fiqa.

"Banyak jugak kau tahu pasal dia..Aku macam pernah dengar la Resort IsNaz.” Aura berfikir sejenak

"Yea la beb..Resort tu pernah masuk surat khabar lagi. IsNaz tu gabungan nama orang yang uruskan Resort tu.. Encik Nazirul dengan Encik Isqanda.” Sambung Fiqa lagi. Dah lupa dah kerja dia..

Aura terkedu!

'Aku baru ingat..Encik Is tu dengan Zirul kawan. Jadi besar kemungkinan aku akan terserempak dengan Zirul ! Eh apa aku mengarut ni..Aku kerja di syarikat Encik Is..jadi dah kenapa terserempak dengn Zirul.’ Fikir Aura..Sungguh naif Aura..tak dapat beza kan yang mana ikhlas..yang mana lakonan.

"Ehemm! Tak tahu pulak Syarikat ni ada tubuhkan Ahli mesyuarat tingkap kat sini..” Sampuk Isqanda yang entah dari mana muncul..

Fiqa berubah cuak.
"Oky la wey..kita borak nanti lunch pulak. Bos hansem dah marah..” bisik Fiqa tersenyum kepada Isqanda sambil kembali duduk di tempat nya.

Isqanda mengerling Aura sekilas. Aura hanya bersikap tenang.

"Ikut aku.” Aura akur mengikuti Isqanda masuk kedalam lif

************

Sokongan amat diperlukan..maaf jika ada yang membosankan. Komen jika tak faham jalan cerita^•^ Eyka akan buat yang terbaik untuk puaskan hati pembaca..thank you so much kepada yang masih setia dengan karya saya. Ily<333

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience