"Lain kali datang lagi ye Aura. Nanti maklong masak nasi kerabu timur yang aura teringin tu.” Ujar Mak jiah senyum apabila tangannya disalam oleh Aura.
"Terima kasih maklong. Buat susah-susah saja. Maklong masak pengat memang tak boleh dilawan, cam gini lah.” Balas Aura ceria mengangkat trump-up.
Mak jiah ketawa senang.
"Mak long tolong bagitahu Fiqa yang esok cikgu ada buat kelas tambahan ..SPM kan dah nk dekat” Sempat Aura berpesan sebelum mengorak langkah berjalan pulang ke rumahnya yang tidak lah jauh mana.
Mak Jiah tersenyum lagi. Tak sedar tubir matanya berair... pantas dia kesat.
'Kasihan kau nak. Bapak kaki judi, mak pula hilang entah kemana. Kalau ikutkan hati... nak saja maklong jaga kamu.’ Sebak menjerat hati wanita separuh abad itu.
Aura berlari sepantas yg mungkin.Gadis itu memakai seluar trek dan baju t-shirt yang sudah lusuh dan menyelak sedikit tudungnya untuk memudahkan Aura melangkah laju .
Dia sudah bayangkan hal-hal buruk akan berlaku. Aura tahu ayahnya akan mengamuk. Salahnya juga kerana terleka borak dengan Mak jiah dan Fiqa hingga tak sedar hari sudah senja.
Krekkk...
Pintu kayu itu dibuka berhati-hati supaya tak keluarkan bunyi. Tapi biasalah pintu puluhan tahun, kena makan anai-anai juga hingga nampak seperti rumah usang yang tak berpenghuni. Dah nak runtuh dah pun.
"Ingat jugak kau jalan balik rumah..kau pergi mana sampai nak magrib baru reti nak balik.? Hah!! “ Berdesir suara Azmin ,iaitu ayah kpd Aura yang kaki judi juga kaki botol .
Selepas kehilangan isteri tersayang ..Azmin dengan keterpaksaan menjaga anak kandungnya sendiri, bukan jaga sangat pun lebih kepada seksa anak.Azmin yang 3 tahun menganggur dan mengharapkan Aura yang bekerja sambilan di gerai makan Mak jiah.,Siang hari bersekolah..Malam pulak bekerja di kedai makan Mak jiah.
Aura kecut perut dijerkah begitu. Keluhan halus terbit dibibir. Bukan tak biasa, malah sudah lali namun dia tetap gerun takut diapa-apakan oleh Azmin.
"Orang pergi kejap saja rumah maklong. Aa-ayah dah makan ke?” Takut-takut Aura
Dia sudah pucat apabila melihat ayahnya berubah merah padam..sudah la dia kalah pertarungan judi, pulang rumah tak ada makanan.Azmin selalu melepaskan amarah dan dendam nya kepada Aura, yg jadi mangsanya gadis yg tidak bersalah itu. Kadang-kadang sepak terajang sudah sebati bagi Aura,.. kulitnya yang putih itu senang menampakkan lebam dan luka malah parut-parut lama.
"Kau cakap apa tadi? Kejap? Heii! Eii aku.”
Aura menikus kerna terkejut. Azmin menarik leher anaknya lalu mencekik kuat..
'ikutkan hati aku, nak jer aku bunuh kau ni’ Gerutu Azmin menahan amarah. Rahangnya bergerak-gerak bagai menahan angin singa.
"Dah, aku nak kau pergi masak sekarang. Aku lapar kau tahu tak! Kau boleh pula merayau...” Arah Azmin kasar melepaskan Aura.
Aura laju mengangguk. Air mata berjuraian dipipi dikesat. "Ba-baik yah.”
Azmin jeling dengan ekor mata. "Dah tunggu apa lagi, pergi la masak. Nak tunggu aku mati kebulur dulu! Satu hal lagi, macam biasa la... masak untuk aku dengan Intan saja. Ikan dua ekor. Untuk kau pandai-pandai la kau hidup. Faham! Dah pergi. Aku nak tidur.” Dengan tiada perasaannya Azmin berlalu masuk kedalam kamarnya.
Aura mengeluh berat. Kaki bergerak kedapur lama itu. Sempit namun sentiasa dicuci Aura agar tak kotor. Kalau bukan dia siapa lagi mahu buat kerja rumah.
Dia baru 17 tahun, tetapi seperti dia pula ketua keluarga dalam rumah ini sedangkan Azmin mampu saja kerja. Entah apa yang lelaki itu benci benar padanya.
Share this novel