Bab 7

Romance Completed 32236

3 TAHUN KEMUDIAN....

"Aura! Hei budak bertuah ni, bangun la dah lewat ni!” Bahu Aura digoyang-goyang oleh seorang gadis.

Aura menggeliat. Jam dijeling malas. "Baru pukul 7, ngantuk la.”

Inaliya mencekak pinggang. Selimut yang membungkus Aura ditarik serentak.

"Baik kau bangun sebelum aku simbah air kopi panas. Cepat bangun, nanti lewat salah aku pula.” Ugut Inaliya tegas

Mata yang terpisat-pisat digosok. Aura turun dari katil bermalasan, sempat menyangkut tuala mandi diatas bahunya. "Ya ya, nak bangun dah ni.”

Aura sudah berusia 20 tahun. Inaliya salah satu kawan housematenya. Ya, dia tidak lagi tinggal di rumah Suhaila. Disebabkan jarak U dari perumahan Suhaila agak jauh, terpaksa lah Aura menyewa rumah sewa. Gadis itu menuntut ilmu di UiTM jurusan pergigian. Aura juga bekerja partime katanya tak mahu harapkan duit Suhaila yang sentiasa menolongnya. Suhaila memberi cadangan supaya dia ingin menanggung semua kos pembelajaran Aura termasuk tempat tinggal. Tetapi Aura menghalang tegas dan dia ingin berdikari, begitu banyak jasa Suhaila padanya, perlu dibalas.

Housematenya juga hanya 4 orang.

Aura keluar dengan lengkap baju blouse merah jambu dengan mengenakan skirt putih labuh. Dia yakin pasti salah satu housemate nya ada dibilik dia.

"Dah agak dah. Nak pinjam apa?” Aura tersenyum kepada seorang gadis kecil molek duduk dipenjuru katil.

Soalan itu disambut dengan ketawa riang. "Foundation. Alaa sikit saja kak.” Gadis itu lalu pantas mencapai foundation diatas meja solek Aura. Aura lebih bergaya dan moden, berbeza penampilannya namun hanya penampilannya berubah. Hati tetap tidak berubah untuk seseorang.

"Amik la, akak tak berkira sangat dengan Izzah.” Aura mengenakan tudung shawl hitam dikepala.

"Thanks kak Aura! Sebab tu Izzah mengada sikit dengan akak. Akak memang terbaik dari yang lain.” Izzah beredar bersama hati ceria.

Izzah sudah menjadi yatim piatu sejak berumur 7 tahun. Sangat sadis dan kesian kepada nasib gadis muda itu. Dalam diri Aura yang ada sifat penyayang dan kasih, disebabkan itu Izzah bersikap manja dan mengada hanya dengan Aura.

Aura turun kebawah menuruni tangga. Rongga hidung terhidu bau aroma wangi. Bersinar mata melihat nasi goreng yang terhidang diatas meja makan.

Aura mengambil tempat dikerusi. Pinggan ditarik mendekat. Bersedia untuk bersarapan.

Muncul Inaliya dari dapur. Tersenyum sinis kepada gadis itu.

"Lewat kau bangun. Selalunya kau la yang paling awal. Kenapa? Bergayut tengah malam ek?” Usik Inaliya

"Study la, mana ada bergayut.” Nafi Aura kembali menyambung makan.

Lara mencebik. "Ya lah tu!”

Entah apa yang tak puas hati, Lara sentiasa tak sekutu dengan mereka. Mereka pun hairan mengapa Lara masih mahu tinggal dirumah sewa buruk yang hanya orang miskin seperti mereka saja.

Aura tak hiraukan suasana dingin itu, dia hanya makan dan makan.

"Erk, Weh Aura best tak ada boyfriend kaya? Untung la kau ada dapat Tengku Nazirul yang kaya lagi hensem tu. Siapa taknak kan kalau dia ajak bercinta. Kalau aku pun aku nak.” Teruja Inaliya semasa mengutarakan perkara itu.

"Urm... entah.” Acuh tak acuh Aura. Entah kemana moodnya diawal pagi. Kelaut mungkin.

Lara sibuk bermain hp ditangan malah Aura cepat cepat habiskan makanannya tak betah disitu. Melihat Aura begitu, Inaliya berangkat dahulu ke kolej.

Tinggallah Aura dan Lara yang dalam suasana hening sepi.

"Ehem... aku nak pesan sikit. Sekarang kau patut berhati-hati dengan orang sekeliling kau.” Lara memecah kesunyian tanpa memandang Aura.

Aura sedikit tergamam. First time dia bercakap dengan aku.

"Hati-hati? Dengan siapa?” Tenang Aura.

Pandangan Lara bertaut dingin dengan pandangan Aura.

"Dengan orang yang paling kau percaya.” Usai berkata demikan, Lara bingkas bangun dan mengatur langkah penuh elegan dari situ.

Aura berfikir seketika. Tak lama dia mengangkat bahu selamba. Tak terkesan. "Entah. Orang malaysia kalau bercakap memang tak jelas. Bercakap sekerat jalan, aku mana faham?”

Siapa sangka kekasih hati yang dimaksudkan Inaliya adalah Tengku Nazirul. Entah bagaimana Aura dan Tengku itu jatuh cinta. Mungkin sejak pertama kali ketemu.

-.-

Tiba di kolej... Aura keluar dari perut kereta Tengku Nazirul.

"Bye, hati-hati.” Aura senyum manis membalas lambaian kekasihnya dari cermin yang tertutup. Apabila kelibat kereta Civic kuning itu sudah berlalu pergi.

Aura masih berdiri di situ.

"Ehem!”

Sepantas kilat Aura menoleh kesisi dimana ada seorang jejaka tinggi, selamba dan dingin tanpa melirik kepadanya.

Terukir senyum manis Aura. "Bila sampai?”

Jejaka kacak bernama Imer itu menjeling Aura. Lengan Aura yang dilapisi baju ditarik mengikuti langkahnya.

Aura kurang senang dengan perbuatan kawannya itu.

"Mir! Awak ni kenapa? Main tarik-tarik pulak.”

"Duduk.” Mereka duduk berselahan di bangku yang sudah dicipta khas untuk berehat. Jarak dijauhkan kerana tak selesa. Perkara haram jangan dibuat makruh!

Aura bingung dimana salahnya. Pahal pula mamat ni? Merajuk denga aku ke?

"Awak kenapa Mir?”

Imer mengeluh halus. Entah kenapa dia tak senang melihat kemesraan Aura dan lelaki lain selain dia.

Mereka berdiam lama. Melihat Imer bagai berat ingin membuka mulut, Aura bangun untuk ke kelas. Namun ditahan oleh pemuda itu.

"Duduk dulu. Prof mc hari ni, kalau kau masuk pun bukan buat apa. Duduk...” Ujar Imer lembut menepuk tempat disebelahnya

"Erm, semenjak dua menjak ni saya tengok awak dingin semacam saja dengan saya. Saya ada buat salah ke? Guriskan hati awak? Ke awak ada masalah?”

Imer geleng sekali. Malas mahu panjangkan cerita. "Tak, aku tak berapa sihat sikit. Kau dah makan?”

Aura tahu sahabatnya itu sengaja menukar topik. "Dah, kat rumah.”

"Kalau macam tu kau teman aku. Aku tak makan lagi.” Imer menarik tangan Aura.

Aura cepat menarik kembali. Geram pula dia dengan sikap Imer itu. Imer senyum sumbing dan berjalan diikuti Aura dibelakang.

Dalam masa yang sama...

Tengku Nazirul mengetap marah melihat kekasihnya dan seorang lelaki berjalan berduaan memasuki kereta.

Stereng dipukul melampias kemarahannya. "Tak guna punya perempuan!”

*****

Azmin berjalan dihadapan gerai makan. Sudah lima hari dia tak makan, penampilan Azmin juga tak terurus . Hutang AhLong tak dibayar, rumah dikampung nya juga digadai. Sekali lihat penampilan dia seperti orang gila.

Azmin memegang perut nya minta diisi..dia tahu susah jika meminta makanan dari orang sekeliling yang bukan semua orang berhati perikemanusiaan dan kasihan. Azmin berjalan kearah seorang lelaki yang kelihatan agak kaya .Lelaki itu sedang menjamu selera sambil bercakap dengan seseorang ditelefon. Apabila perasan ada yang sedang memerhatinya, lelaki itu menamatkan panggilan telefon.

"Okey lah sayang. I nak sambung makan, nanti petang I ambil You. Boleh? Okey bye.” Setelah menamatkan panggilan, Lelaki itu menghampiri Azmin yang duduk bersila dipenjuru kedai.

"Assalamualikum pakcik, Pakcik kenapa tak masuk dalam?” Ramah lelaki itu tanpa ada perasaan geli dan jijik kepada pengemis. Tidak seperti setengah orang kaya yang lain, memandang rendah dan sentiasa membandingkan darjat. Jika kaya layan dengan hormat... dilayan seperti kucing kurap pun tiada siapa pandang. Prinsip mereka. (Bukan semua.)

Azmin menarik senyum. "Anak... boleh bagi pakcik makan. Pakcik dah lima hari tak makan.”

Lelaki muda itu tersenyum. "Sekejap ya Pakcik.” Tak lama itu nasi dipinggan yang di order tiba juga dan diberi kepada Azmin.

"Ambil ni pakcik.” Lelaki itu memberikan sepinggan nasi berlauk dan segelas air.

Azmin makan dengan gelojoh. Dilahap nasi itu, selamat tak tercekik saja. "Terima kasih ya nak. Ada juga orang baik kat bandar ni sudi bantu pakcik.”

Lelaki itu senyum ikhlas. "Rezeki pakcik, tak apa saya belanja. Pakcik makan atas meja pun tak apa. Jangan makan bawah tu, lantai kotor.”

Azmin tersengih menggaru kepala. “Kotor? Biar la nak. Rasanya pakcik lagi kotor dari lantai tu.”

Baru saja ingin membalas, sergahan dari kawannya membuat lelaki itu terkejut.

"Eh bro buat apa tepi longkang ni? Erk, anjing kurap mana kau bagi makan free pula kali ni? Kotor gila... Hahaha!” Tengku Nazirul ketawakan Isqanda. Gelihati melihat anak TS Hisyam membuat kebaikan.

Riak Azmin yang sudah berubah dikerling, jelas Isqanda tak senang dengan kata hinaan itu. Nazirul ditarik menjauh.

"Ishh kau ni Rul! Tak baik kau cakap macam tu. Kesian la aku tengok dah lima hari tak sentuh nasi. Ha jadi apa tujuan kau datang ni?”

Nazirul berhenti ketawa. "Aku nak ajak kau keluar malam ni.”

Isqanda pula membalas dengan ketawa ejekan. "Haih, aku dengar orang tu dah tak nak jejak kaki kat club lagi. Ya la dah jumpa jodoh kan.”

Nazirul mendengus. Air diatas meja diteguk untuk menyejukkan hati yang panas. "Malas aku nak fikir. Buat semak otak saja. Biar dia pula terhegeh cari aku.”

"Betul la tu. Jangan bagi muka sangat, tunjuk sikit ego kita orang lelaki. Kau pun tak berapa cerdik bercinta dengan budak, budak kampung pula tu. Memang habis la duit kau dikebasnya. Kaya dah satu, muka iras Idris khan pula, memang kalau aku jadi perempuan pun aku goda kau.” Seronok Isqanda ketawakan temannya

Tengku Nazirul makin masam. Sejujurnya dia juga tak berapa yakin dengan pilihannya kali ini. Dirinya yang dulu asyik cari yang seksi, kaki club, perempuan bertukar-tukar seperti tukar pakaian. Dan sekarang dia terpikat kepada seorang gadis kampung berperwatakkan baik dan lembut. Apa salahnya kan? Mencuba sesuatu yang baru.

"Aku nak marah kau pun tak boleh.”

"Asal?”

"Sebab kau puji muka aku yang sedia kacak handsome ni.” Balas Tengku Nazirul bersama ketawa senang. Hanyaa dengan temannya ini aja dapat buat dia kembali happy dan bersemangat walaupun bukan dapat pendapat ,jauh lagi nasihat.******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience