AURA mendekati meja Imer yang disambung dengan meja Zairy. Aura menarik sengih kecil melihat kesungguhan suaminya menyiap kerja fokus menaip-naip menghadap komputer.
"Eehemm.. Awak! Busy ke?” Tanya Aura walaupun dah tahu.
Imer tersentak lalu mendongak mengangkat wajah. Sebelum senyum senang terukir melihat Aura didepan mata.
"Aura! Rindunya kat sayang! Meh abang peluk cium-cium syikit..” Teruja Imer bangun dari kerusi
Aura sudah gelisah memandang sekeliling. Wajah sudah dimaniskan menutup malu kepada Zairy yg kelihatan menahan ketawa ,pura-pura buat kerja..
'Ah! Imer malu aku dibuatnya! Nasib laki aku..kalau tak dah makan penyapu lelaki ni aku kerjakan..dia tak nampak lagi agaknya aku ngamuk. Hishh menyesal pula datang..’ Desis Aura geram mengetap gigi rapat.
Imer ketawa lucu. Aura segera menarik tangan Imer masuk kedalam perut lif. Tangan Imer dilepaskan..Dijeling geram kepada Imer yg tak lekang dengan senyum.
"Awak ni..”
Belum sempat Aura mahu berleter dipotong oleh Imer ..
"Sayang..cuba sebut A.B.A.N.G. Abang! Try sebut..” Lembut ucapan Imer mengeja satu persatu. Imer tersenyum merenung Aura..
Aura hanya beriak biasa.
"Abang. Kenapa?” Balas Aura
Tiba tiba pipi mulusnya dicium sekilas oleh Imer..terkulat kulat Aura melihat lelaki itu aneh
Senyum senang terukir. Mata redup merenung.."Panggil suami dengan panggilan 'Abang’ kan lebih romantik..kenapa nak ber 'awak-saya’..”
Keluhan halus dilepaskan Aura..
"Saya tak nak letak harapan setinggi langit..” Ujar Aura perlahan tetapi didengar jelas oleh Imer. Imer sedikit tersentap..
"Aura tak percayakan abang?” Kata Imer cuba menenangkan riaknya.
TING!
Pintu lif terbuka berpusu pekerja-pekerja meloloskan diri masuk kedalam lif. Aura tersepit terdorong kebelakang..Tangannya ditarik keluar dari perut lif yg padat dengan orang itu.
Setelah keluar Aura dan Imer melepaskan nafas sedikit lelah. Tak boleh bernafas duk tempat sempit..orang ramai pula tu.
"Heyy menda la diorang tu main masuk je! Sekali masuk pula berjuta orang! Macam takde lif lain nak guna..” Marah Imer sendirian melepas geram. Berkerut seribu..
'Kacau daun saja lah staff Abang wan tu! Baru nk bersweet ngan bini.’ Desis Imer tak puas hati melirik memandang lif yg sudah tertutup.
Aura gelak lucu. Kenal sangat dengan perangai Imer. Mudah naik angin dengan benda kecil..terdetik juga dihati Aura. Bagaimana bisa Imer berubah sebegitu lain..Imer yg dia kenal dulu sebelum dia koma berbulan,.Lain sungguh!
'Dulu serius..sekarang banyak main-main..Dulu beku je muka, sekarang tersengih memanjang. Dulu nampak juga kematangan dalam diri dia..Sekarang?’ Monolog Aura dalam hati menilai satu persatu perubahan Imer
"Sayang! Hah mengelamun..ingat siapa? Suami depan mata ni..” Imer menjegil mata
Aura ketawa kecil menggeleng kepala.
"Tak ada lah. Jom la balik..” Aura jalan kedepan meninggalkan Imer
"Sayang tunggu la!” Terjerit kecil Imer mengejar Aura.
Sementara di suatu sudut dinding. Ada sepasang mata memerhati keletah mesra dua pasangan itu dari keluar lif hingga la kereta yg dinaiki mereka meluncur pergi.
Pandangan tajam menikam..tangan digenggam erat. Sesak dadanya melihat pemandangan 'indah’ didepannya..mujur sempat ia menyembunyikan diri.
Mahu saja Alisa menjerit meraung kuat disitu. Tetapi difikirkan akalnya masih waras memandangkan pekerja ramai masih ada.
"Dengan kejamnya kau curi hati aku..lepastu kau campak macam sampah macam tu je! Tak guna..kenapa aku kena tanggung semua derita ni?? Kenapa aku terpikat pada kau!” Gerutu Alisa perlahan menahan rasa.
Sudah seminggu Alisa cuti tak hadir kerja. Alasannya kepada Bos ialah tak sihat. Padahal dirinya sengaja cuba menjauhi dari Imer. Rasa itu dibuang jauh-jauh tetapi tetap juga dia menetap. Dia tahu..memang salah ada hati pada milik orang tetapi..
'Nak buat macam mana..mungkin Tuhan memang nak aku bersama dengan lelaki yg aku suka. Kau la aku suka..’ Monolog Alisa bersahaja.
Memang Imer tak pernah beri harapan atau tunjuk minat padanya. Tetapi melihat kemesraan Imer dengan Aura membuatkan hatinya seperti dirobek-robek. Itu cukup membuktikan bahawa dirinya sudah jatuh hati pada suami orang!
Tiba-tiba bibir merahnya menarik senyum panjang. Senyum yg menyimpan seribu muslihat. Tawa besar dilepaskan Alisa hingga beberapa orang mula melihat pelik.
Satu tekad, yg akan memakan dirinya sendiri kelak!
*****
FIQA berjalan semula kearah meja makan sederhana luas yg menempatkan mereka bertiga itu. Seronok hatinya melihat Ibunya, Mak Jiah melakar senyum bahgia meluangkan masa bersama mereka sekeluarga. Walaupun keluarga mereka tak besar tetapi topik dan bualan tetap ada. Anas juga turut ada..
"Abang Nasz. Lama abang cuti..tak balik Pondok ke?” Kata Fiqa selamba menyuap nasi kedalam mulut.
Anas menggeleng kepala sambil tersenyum melihat sikap adiknya yg tak reti cover ayu. Time makan pun ganas macam laki apatah lagi bila buat kerja.
"Sebab tu la adik tak ada boyfriend..cuba la sopan sikit duduk makan tu. Tak reti cover kau ni..” Soaln Fiqa tak dihiraukan. Sempat diperli selamba..
Fiqa membuntang mata melihat Anas didepannya. Seronok Anas mengusik adiknya dengan menyebut tentang boyfriend.
"Abang jangan sebut Boyfriend-boyfriend eh. Adik anti betul la..” Ujar Fiqa menjeling geram..Mak jiah pula hanya menggeleng kepala dengan dua beradik itu. Tangan kiri lincah membelek-belek Iphone 12 ditangan membuka apps FB ..iPhone itu juga dihadiahkan dari Anas sempena hari ulang tahun nya beberapa hari yg lalu. Gembira Mak jiah bukan main lagi..katanya boleh juga hilangkan bosan borak-borak dengan kawan kalau anak-anak nya tiada kat rumah.
"Amboi mak. Melekat saja dengan fon tu..Untung mak dapat Handphone canggih dari Fiqa ni..” Usik Fiqa menegur Mak jiah
Mak Jiah menguntum senyum tak terasa pula dengan usikan anak gadisnya. iPhone disimpan..tiba tiba fikirannya teringatkan seseorang.
"Nih Mak nak tanya. Betul ke orang kampung kata rumah Azmin tu dah disewa orang. Jadi Azmin tinggal mana sekarang?” Tanya Mak Jiah panasaran juga.
"Bab tu Mak tanya Fiqa. Budak ni tahu semua benda, yea la kalau orang tua duk bercakap..duk bergossip..Tak sah kalau tak ada dia.” Jawap Anas pantas tanpa memandang Fiqa yg sedang menahan geram.
Fiqa menjeling Anas tajam sebelum berpaling kepada Mak jiahh fokus disebelahnya.
"Adik sebagai wakil-wakil orang kampung la kan,..dengar cerita la tak tahu betul ke tak. Pakcik Azmin lari dari Ahlong..dia berhutang berpuluh ribu tak dapat bayar. Tok penghulu cakap dia pernah terserempak dengan Pakcik kat KL ni..merempat katanya. Dia nak tolong tapi Pakcik lari. Huh puas hati adik! Memang patut pun orang tua tak guna tu hidup merempat.” Jelas Fiqa sempat mengutuk Azmin menahan geram. Ya la nak marah juga dia atas apa yg jadi kat Aura.
Kepala Fiqa diluku Anas dengan siku.
"Aduhh..sakit la.” Rungut
Anas menggeleng kepala.
"Celopar mulut kan. Tak baik cakap macam tu..apa-apa pun dia tetap sebahagian dari keluarga kita.” Tegur Anas lembut kepada adiknya.
Fiqa pula menjeling tak puas hati..
Mak Jiah diam sejenak. Lalu mendongak melihat Anas. Wajah tua itu sedikit sayu..
"Jadi dah berbulan Azmin takde tempat tinggal..Nasz. Mak rasa kita patut tolong dia..mana la tahu dia dah berubah.” Ujar Mak jiah
Fiqa mengeluh berat. Dia sebenarnya apa-apa tentang Azmin memang tak diminati. Lelaki bengis garang itu tak mungkin akan berubah. Dah bertahun Aura didera oleh Ayah sendiri..
Anas menatap Mak jiah serius ingin kepastian.
"Mak yakin ke?” Serius Anas. Jarang lelaki itu serius kecuali melibatkan hal benar benar penting.
Mak jiah mengangguk mengiakan.
"Kita berusaha cari dulu. Insyallah dia dah berubah..kalau bawa Pakcik kamu tu balik kampung, ada la juga tempat tinggal nak dibandingkan merempat kat bandar ni. Walau jahat macam mana pun dia..dia tetap adik ipar Mak.” Ucap Mak jiah tenang melakar senyum manis. Dalam masa yg sama dia tak mahu anak-anaknya membenci Azmin.
"Dah mak cakap macam tu Nas ikut saja lah. Tapi biar Nas saja yg cari Pakcik..Mak rehat-rehat kat rumah.” Kata Anas melakar senyum kepada Ibunya.
Fiqa hanya diamkan diri. Malas nak buka mulut..bukan ada orang backup pun apa yg dia cakap.
**
Share this novel