SYAHIR keluar dari bilik air dengan hanya tuala di pinggang dan singlet. Riaknya hanya kosong kepada Aura separuh b*g*l tertiduran atas katil.
Spek bulat diletakkan diatas meja. Telinganya samar samar suara Intan sedang bercakap dengan seseorang diluar bilik. Dilekapkan telinga dipintu, lalu membuka sedikit untuk memasang telinga.
"Iya baik-baik, waalikumsalam.” Ayu sekali halwa telinga Syahir mendengar suara Intan itu. Selalunya kalau bercakap dengan dia bukan main kasar.
Melihat Intan selesai bercakap dengan seseorang itu. Ketika gadis itu memusing badan mahu membuka pintu , laju Syahir berdiri tegak membetulkan riaknya sedikit cuak.
"Sembang dengan siapa?”
Intan angkat muka kepada Syahir sekilas sebelum memandang Syahir dengan teruja.
"Kau ke ni Syahir? Takde la skema sanggat kalau buang spek kau tu jauh jauh. Kan hensem macam ni.” Ketawa kecil Intan sempat menampar nampar lembut pipi lelaki itu.
Syahir membalas dengan riak berkerut. Malas mahu termakan dengan kata kata itu. Mengekori langkah Intan yg berjalan ke hadapan.
"Intan! Jangan nak berdalih, kau call siapa tadi? Aku tak rasa kau sembang kosong...” Tegasnya
Tubuh berpusing berhadapan dengan Syahir bersama wajah malasan. Mata dijuling...
"JAIS.” Balasnya singkat
Membesar mata Syahir mendengar itu. Tak sangka sampai kesitu rancangan jahat Intan. Licik benar...
"Kau gila ke Intan?! Kau nak aku kena tangkap khalwat dengan kakak kau! Eh pahal bod* sanggat aku ni ikut cakap kau...Dah la aku nak blah.” Marah Syahir kemerahan jelas tak setuju. Langkahnya mahu mencapai pakaiannya yg disidai di pintu bilik air.
Intan mendengus kasar. Kedua tangan yg disorok di belakang mencengkam erat pasu kaca bunga...
Sambil menyarung baju bersama wajah ketat dan pantas itu, terhenti apabila melihat Aura.
'Takkan nak buat saja? Baik aku kejutkan daripada kena bunuh hidup hidup dengan perempuan gila tu.’ Syahir mendekat ke katil.
Tiba tiba kepalanya pedih sakit akibat dipukul dari belakang. Dia menyentuh belakang kepala. Darah!
Debukk!
Intan tersenyum puas melihat Syahir sudah terjelepuk pengsan. Pasu kaca dilepaskan dari tangan lalu dikibas tanganya.
"Padan muka kau orang berdua?! Degil sanggat kan..mendapat la kalau cari pasal dengan aku.” Gerutu Intan mengejek tersenyum puas.
Sekarang dia hanya perlu keluar tinggalkan kedua 'mangsa’ nya yang pengsan angkaranya.
.
.
.
.
Kelopak mata dibuka perlahan-lahan. Susah sekali untuk dibuka seperti dia tertidur seharian. Sakit kepala menyengat hingga kedua tanggan mencengkam kepala.
"Peningnya...” Aura memandang meliar, apabila bola matanya tercatap pada sejukur tubuh separa sasa disebelah. Ketika itu juga Aura terlompat turun dari katil.
Terkejut bukan kepalang lagi.
"Allahu akbar! Apa ni?” Dengan keadaan bingung dan terketar hebat, makin terjojol mata apabila terpandang pakaian yang dipakai. Berderau darah hingga terasa tiada darah dalam tubuh. Seumur hidup tak pernah dia berpakaian seperti barat begitu.
Tanpa berfikir panjang. Selimut diatas katil diambil Aura lalu dibaluti seluruh tubuhnya. Amat sukar dan air mata juga mudah jatuh tanpa disedar. Setelah aurat dia yang terumbar tanpa keinginan nya disempurna tutup rambut dan tubuh seksi yang terdedah Aura tersandar didinding.
"Syahir ke buat semua ni?” Pusing kepala Aura. Air mata mengalir tanpa esakan, mulut ditutup dengan sebelah tangan. Dia sudah memikirkan hal buruk-buruk. Dia dirogol sekali lagi kah? Jika itu berlaku...dia akan bunuh lelaki itu dengan tangan sucinya. Tak kisah sumbat dia dalam penjara seumur hidup sekali pun. Aura sudah tak sanggup hadap kepahitan itu sekali lagi.
Esakan yang tak terdengar itu lebih perit dan pedih kata orang. Sakit itu bukan setakat hati, namun nyawa dan jantung bagai direntap kasar. Apa salah dia? Kenapa dia perlu hadap perkara sama sekali lagi. Tapi jauh disudut hari Aura masih ada harapan dan semangat. Dengan kudrat wanitanya bangun memulas tombol pintu.
Aura tak rasa dia di 'sentuh’ oleh Syahir kerna badan tak merasa sakit atau lenguh dimana-mana. Hanya kepala yang masih berkenyut.
Makin berkerut keningnya apabila sedaya upaya dipulas tetapi pintu seperti dikunci dari luar!
"Tolong! Ada siapa-siapa kat luar! Pintu ni terkunci.” Jerit Aura tanpa memikirkan apa apa selain maruah dan keselamatannya. Pintu juga diketuk berpuluh kali tetap tiada bunyi dari luar.
"Tolong la! Ada orang tak kat luar tu?” Aura masih tak berputus asa memanggil. Mahu menjerit sekuat hati tetapi tekak terasa sakit dan haus. Suara juga kurang...
"Tolong...uhuk.” Diselang dengan batuk. Tulang terasa lemah mahu berdiri. Dikuatkan juga walau hampir bersandar lesu.
'Ya Allah bantu la hamba mu...tolong la, tak sanggup lagi ku lalui semua ni. Bantu la aku Ya Rabb...kuatkan semangatku .Hantar la seseorang yang dapat menolongku dalam kesulitan ini. Aku mohon sanggat-sanggat kepadaMu..’ Aura merayu sesungguh jiwa dan hati lembutnya. Tangan ditadah berdoa sesungguh perasaan. Air mata seperti air hujan yang jatuh membasah ditanggannya.
Tok tok tok..
Terdengar pintu diketuk dari luar. Sepantas kilat Aura berdiri dimuka pintu. Klak!
Mati senyuman Aura serta merta apabila matanya terkebil-kebil berdepan dengan dua lelaki bersongkok dan tiga wanita bertudung termasuk...Alisa? Jangan cakap yang Alisa...
Ya. Intan dan Alisa adalah orang yang sama. Hanya Syahir tahu hal itu. Intan dan Aura sudah tak ketemu ketika mereka sekolah menengah. Itu kerna Aura tak dapat kenali muka Intan, walau kadang-kadang dia terasa seperti kenal dengan Intan yang baginya Alisa. Menjadi jururawat untuk meracuni Aura ketika koma secara diam, namun siapa sangka. Dalam masa yang sama hati nya pula terpikat pada Imer. Abang ipar sendiri!
"Puan...ini la mereka berdua ini la. Perempuan ni pelacur, kerja layan jantan...maklum la asal dari kampung kan. Yang lelaki tu tengah tidur...” tanpa rasa bersalah Intan mencelah. Jari menunjuk kearah Syahir.
Berderau darah Aura. Terpempam. Terkesiap. Kata-kata itu seperti tak asing lagi dari penddngarannya ketika dulu. Hinaan sama adik kandung nya suatu ketika masa dahulu. Benar-benar sama hingga terketar-ketar tangan Aura.
Melihat seperti angin-angin tegang dalam bilik kondo itu, segera salah sorang wanita berpakaian kasual itu mencelah.
"Okey baik lah, Cik duduk dulu. Kejutkan lelaki tu, kami akan uruskan hal ini segera. Saya harap kamu berdua dapat beri kerjasama.” Ujar wanita itu tegas kemudian berbicara sesuatu dengan orang-orangnya. Namun masih dibilik itu, takut pesalah lari mungkin.
Aura bingung tercegat disitu. Kepala mendongak apabila jarak antara dia dan Intan dekat. Intan melempar senyum sumbing.
Pang!
Terteleng Intan mendapat ganjaran dari Aura yang sudah mencerlung kepadanya. Pipi kiri dipegang, berbirat terasa pedih. Intan membalas tatapan Aura dengan tatapan tak percaya. Tak pernah gadis muda bernama Aura Aisyah itu yang dia kenali dari kecil...menyakitinya. Tampar? Jauh sekali. Ini sudah kena padan la muka!
Berdetak hebat dada apabila wajah itu hanya membalas dengan senyum sinis yang sudah lama tak dilihat.
"Wah! Aura Aisyah dah dapat kekuatan ya? Dah berani tampar aku sekarang...kalau dulu kau la paling lembik.” Sengaja Intan menguji kesabaran Aura dengan nada mengejek.
Dari riak tegang, Aura menarik senyum sumbing.
"Well..well.. memang dulu aku lembik, lemah. Alaa manusia kan, semua akan berubah bila tiba masanya. Tapi aku pelik...kau ni memang diciptakan dari azali lagi ke perangai serupa setan tak berubah-ubah. Ke kau bukan manusia? OMG!” Pedas sekali Aura membalas hingga mati senyum Intan. Aura pura-pura tutup mulut..acah tak caye.
Intan mengepal tangan kemas. Ditangan saja tak mahu dia pulak masuk lokap. Senyum sinis kembali dilakar.
"Kita tunggu. Siapa bertukar setan kejap lagi.” Ujarnya penuh makna tersirat.
Aura mengetap gigi rapat. Berlaga sesama semdiri. Kalau boleh dia teringin nak berlaga dengan Intan seperti gigi yang ketap. Biar hancur semua... Aura menahan hati supaya tidak menyumpah seranah kerna dibodoh dan mempercayai Alisa selama ini. Rupanya adik perempuannya yang dicari sejak dulu.
'Sekurang kurangnya aku dapat jumpa Intan lagi setelah berpisah sejak remaja. Kalau Ibu? Hmm...entah la, harapan untuk jumpa senipis kulit bawang. Muka Ibu sendiri pun dia tak tahu, macam mana nak cari.’ Dalam keadaan marah itu sempat lagi nama Wilya Shida terlintas di otaknya.
"Aura! Hei isteri aku mana?” Tercungap-cungap Imer dimuka pintu. Masih tak perasan.
Walaupun terkejut dengan soalan kasar itu. Dua lelaki dan dua wanita dari JAIS tetap menjawap.
"Itu ke isteri encik? Tapi dia...”
Imer terus menerpa kearah Intan dan Aura yang sudah pucat lesi melihat kehadiran Imer itu.
Mata bertembung. Sepasang mata penuh gelisah , sepasang lagi penuh ketakutan walaupun bukan salahnya. Aura dan Imer terkedu.
Mata Aura muka berkaca, bibir ternaik sedikit. Berjalan perlahan niat mahu mendakap suaminya. Namun...
Bersama wajah berkerut kening Imer menghalang mengangkat satu tangan kepada Aura. Aura terhenti, terkilan!
Selimut yang membungkusi Aura dari atas hingga bawah ditenung Imer. Lalu matanya liar terhala kepada sejukur tubuh seorang lelaki tak sempurna pemakaiannya. Dia cuba mencerna keadaan ini sama atau tidak dengan apa yang Intan katakan kpd nya ketika berhubung call seketika tadi. Afifah menunggu dalam kereta.
"Imer..” Serak suara Aura.
"Masih tak percaya?” Sinis Intan lalu sengaja dia rentap kasar dan pantas selimut yg membungkus Aura hingga terdedah habis aurat Aura.
Imer terkejut. Berundur setapak, tak percaya. Dua orang berlainan jantina bukan mahram dalam keadaan yang sama.
Aura terkesiap.
"Intan!” Selimut itu dirampas kembali menutup badannya. Aura melihat Imer bersama wajah pucat lesi. Bukan pucat kerna kesihatan tetapi pucat takut kerna dia tahu apa yang akan jadi.
"Imer...fitnah mir, bukan saya...saya tak buat semua tu.” Hiba kedengaran pujukan Aura ,mata berkaca-kaca cuba ditahan.
"Kalau bukan kau, siapa?!” Herdik Imer meluap dengan api kemarahan. Merah padam mukanya, menggigil tangan..
Aura terangkat bahu terkejut. Intan pula mengusap dada acah terperanjat sambil tersenyum kecil.
'Boleh tahan drama ni. Lepasni confirm keluar perkataan cerai berai. Tampar-menampar...uish aku suka! hahaha.’ Mengilai gadis itu ketawa bagai pontianak dalam hati.
Berjalan menghampiri Imer. Lengan Imer dipegang namun dengan kasar tangannya ditepis.
Bersama muka tegang, Imer mengambil kasut dikakinya lalu dibaling kepada Syahir. Terkena dada bidang Syahir yg tanpa baju itu hingga terbuka matanya akibat tindakan Imer itu. Syahir bangun terpisat pisat lalu mendongak kepala.
Ketika itu juga sebuah tumbukkan padu terkena tepat pada tulang pipinya, jatuh terjelepuk Syahir dilantai. Berkerut seribu menahan sakit pedih dengan kepala lagi, ni bangun-bangun makan penumbuk. Siapa tak bingung blur.
"Si*l punya jantan! Kau buat apa kat bini aku hah?!” Tengking Imer kuat. Bagai mahu keluar anak tekak, wajah pula menyinga.
Bukk!
Terjatuh buat kali kedua Syahir ditumbuk kuat. Bibirnya pecah sedikit. Meringis menahan sakit...Syahir mendongak memandang semua yang berada dalam bilik itu. Otaknya laju cuba mencerna apa yang berlaku.
Imer mengangkat penumbuk tinggi, api kemarahannya sekarang ini seperti lava gunung berapi yang mahu meletup. Iman dan akal sudah diletak tepi. Dia mahu bunuh lelaki durjana didepannya ini!
"Arghh..”
"Imer! Sudah stop!” Jerit Aura memegang lengan Imer pantas sebelum suaminya itu membuat perkara gila iaitu, bunuh.
PANG!
Imer melihat tangannya tak percaya. Dia dan Aura terdiam. Kepala yang terteleng sedikit akibat ditampar kuat oleh Imer. Terasa pijar dan pedih pipi kanannya.
Imer? Syahir sudah melopong .
'Bod*h kenapa aku sedar lambat sanggat!?’ Syahir bangun perlahan
"Mir. Bawa bertenang...biar aku explain semua ni. Bukan salah Aura..”
Dengan tiba-tiba Imer melepaskan ketawa kedengaran sumbang seperti perli. Lengan Aura ditarik lalu menolak kasar tubuh Aura kepada Syahir.
Aura terjelepuk jatuh, syahir mahu membantu namun melihat renungan tajam Imer dibatalkan walaupun kesian dia lihat gadis tak bersalah itu.
"Disebabkan aku layan kau baik selama ni. Aku cintakan kau sepenuh hati...tapi ni kau balas. Aku bagi kau kemewahan, tempat tinggal, kasih sayang aku...tapi kau? Panggil suami sendiri dengan panggilan 'abang’ pun tak sanggup. Sebab ada buah hati kat sini rupanya.” Imer ketawa kecil. Tak dapat disorokkan ketawanya terselit kecewa yang teramat. Kini dia percaya, Aura dan lelaki itu kena tangkap basah rupanya.
Setiap bait kata yang keluar dari mulut Imer membuatkan Aura tersentap. Mata menatap melihat Imer...cepat Imer mengalih pandangan.
"Sampai macam tu sekali awak tak percaya kat saya. Imer...awak dah lama kenal saya kan? Awal sendiri tahu saya macam mana. Saya tak murah. Saya ada maruah..” Aira mata Aura bertakung...langkah perlahan mahu mendekat Imer namun sekali lagi Imer berundur menjauh.
Aura menggigit bibir menahan sakit.
Imer meraup wajahnya kasar. Ketawa sumbang dilepaskan...
"Encik Puan! Mereka berdua ni kena tangkap khalwat kan?” Bersahaja Imer melaung kepada pihak JAIS itu.
Mereka mengangguk teragak-agak. Salah seorang lelaki dari mereka mendekat.
"Saya rasa kamu berdua boleh ikut saya.” Ujarnya datar
Intan tersenyum.
"Ha elok, kawin kan terus. Saya pun rasanya tersalah alamat ni...nak pergi kerjakan cari rezeki. Tinggal isteri tak sampai sehari entah apa yang dibuat. Saya pergi dulu, eh sebelum tu. Cik pelacur kan? Nanti selesai semua...datang bilik saya kat hotel. Alaa dah tahu kan bilik kat mana.” Imer senyum senget kepada Aura dan Syahir. Nafas turun naik mengawal riak berangnya. Kalau ikutkan dirinya mahu saja mengamuk disitu tetapi sengaja Imer mahu menyakitkan hati Aura yang sudah remukkan hatinya.
Allahu! Tubuh menggeletar seperti hingga ke tulang hitam. Berdesing telinga Aura mendengar itu. Sungguh Imer lelaki yang tak berfikir rasional, tak terlintas kah dipemikiran lelaki itu bahwa semua ini perangkap. Bukan kehendaknya.
"Imer, tolong la jangan salahkan Aura. Aku tahu kau tak kenal aku. Aura sendiri pun tak kenal aku, memang salah aku sebab setuju dengan plan gila Intan...” Syahir bersuara tetapi dicelah Imer.
"Intan mana pulak? Haih hawa nafsu sendiri, dilibatkan orang lain. Sesuai sanggat la kau dengan perempuan murahan tu. Sama-sama naik...” Imer ketawa buat-buat. Menghilang sebalik pintu. Langkah lelaki itu tampak lesu.
Aura melepaskan tangisan yang ditahan sejak tadi. Berhinjut bahunya.. meraung disitu bersama deraian air mata yang tak berperhujung.
"Imer!”
Huhu~ sad ending or happy ending
Share this novel