ANAS parking keretanya setelah tiba di kedai kain yang dituju nya. Dompet dan telefon disumbat kedalam poket sisi.
Bukk!
Ketika mahu membuka pintu kereta, pintu itu terlanggar seorang yang kebetulan lalu disitu. Anas segera membantu lelaki itu bangun. Belum sempat dia ingin meminta maaf, masing-masing tergamam.
"Pakcik Min!” Anas masih keliru melihat susuk tubuh lelaki dihadapannya. Jika orang tak kenal pasti bilang Azmin itu penagih dadah.
Azmin pantas mengatur langkah beredar dari situ. Apabila dia menoleh, Anas laju kejarnya dari belakang. Dia tak endah panggilan pemuda itu.
"Pakcik! pakcik kenapa lari dari saya?”
"Pakcik nak jumpa Aura kan? Saya boleh bawakan!” Sambung Anas lagi dan berjaya hentikan tarik perhatian Azmin.
Di Kampung....
Anas tersenyum saja melihat Azmin yang menunduk malu didepannya. Dia mengucap rasa bersyukur dapat bertemu kembali bapa saudaranya setelah bertahun lelaki itu menghilang. Sekurang-kurangnya Azmin kelihatan sudah malu dan insaf dengan perbuatan lamanya dulu.
Siapa la dia mahu menghukum. Buruk apa pun Azmin, lelaki itu tetap sebahagian dari keluarganya.
Mak jiah dan Fiqa tiba membawa air diatas dulang. Dua wanita itu turut serta ambil tempat.
"Jemput minum. Nas, Min,” apa-apa pun Mak jiah tetap no 1 wanita mesra lagak seperti tiada apa-apa berlaku.
Fiqa menjuih bibir namanya tak disebut namun tetap juga dia ambil gelas berisi air sirap bandung itu.
"Jiah, aku.. aku sebenarnya malu dengan kau sekeluarga. Aku malu dengan perangai buruk aku dulu. Aku buat jahat mana pun dekat kau, kau tetap layan baik aku. Aku.. aku minta maaf.” Luah Azmin terselit rasa kesal. Betul la pepatah berkata, air yang dicincang tak akan putus. Kaya mana pun kita apabila jatuh miskin, adik beradik dan saudara mara juga dicari. Itula orang kata... masa susah jangan lupa saudara mara dan orang terdekat. Bila mati, mereka juga yang uruskan jenazah takkan la YB pula turun padang mandikan jenazah kita.
Mak jiah senyum senang melihat perubahan Azmin. "Tak apa la. Dah lepas tu biar la lepas.”
"Lagipun pakcik aniaya Aura, minta maaf la kat dia. Tapi tak tahu la dia berlembut lagi ke tak.. iya la takut trauma la kan asyik kena tipu saja. Saya pun geram kawan saya asyik diperguna dengan orang lain.” Sampuk Fiqa terselit perlian.
"Aduh mak ni..” Mengaduh sakit pahanya dicubit Mak jiah yang menjegil mata padanya.
Azmin diam membisu. Apa lagi yang dia perlu katakan untuk tebus kesalahannya dahulu. Azmin hela nafas berat.. terlayar kembali penyeksaan nya pada Aura. "Jiah, Aura bukan anak aku. Dia anak Tan sri Hisyam,” akhirnya terlepas jua rahsia yang terkunci lama. Bagaimana agaknya reaksi aura?
"Hahh!” Serentak Anas, Fiqa dan mak jiah terjerit. Terpempan.
"Astagfirullah.. Azmin kalau kau benci mak dia pun jangan la sampai kau tak mengaku Aura tu anak kau!” Mak jiah tampak tak percaya dengan kebenaran itu. Hampir sakit jantung dia jadinya..
"Haah pakcik. Takkan la makcik shida...” berzina dengan lelaki lain. Sambung Anas dalam hati.
'Patut la perangai Aura dengan orang tua kedekut ni macam langit dengan bumi. Selama ni pun aku hairan kenapa Aura baik sangat, redha je dapat bapak macam ni, rupanya bukan darah daging.’ Monolog Fiqa celupar. Tak berani pula dia cakap lebih-lebih.
Mak jiah urut kepalanya sendiri. Pening dibuatnya dengan cerita terlebih tragis anak saudaranya. "Habis.. Intan anak siapa pula? Anak kau?”
Azmin yang tertunduk mula angkat muka. Macam mana boleh terlupa dia ada anak seorang lagi. Entah kemana Intan sekarang.. ingat lagi ke tak kepadanya. Namun dia tetap mendoakan yang baik-baik buat Intan mahupun Aura.
"Intan, anak aku.”
"Ya Rabbi.. kesian Aura.” Desis Mak jiah walau masih terkilan, dia tetap ingatkan Aura yang seorang itu.
****
IMER berjalan ke arah dapur dimana Aura sedang sibuk memasak.
"Aura masak apa? Sedap saja bau. ada orang nak datang ke?” Sempat Imer menjengah kedalam periuk. Sup!
"Sup daging.. tulang sikit saja ada sebab cari dalam peti ais takde.” Balas Aura menoleh sebentar Imer dibelakangnya. Dia tersenyum melihat keadaan Imer lebih baik dari semalam. Entah apa sebab, dia pun tak mahu mendesak Imer untuk bercerita.
"Eh apa abang tanya?”
"Ada orang nak datang ke? Selalunya special macam ni mesti ada tetamu.” Imer ulangi soalannya.
Aura tersengih kera busuk. "Maklong. Dia kata nak datang tengok Iqy.” Tangan kembali sambung buat kerja
Imer angguk faham.
***
Mata Aura terpaku pada Azmin yang berdiri disamping Anas. Pegangannya pada pintu terketar-ketar hingga melebihi dadanya seperti mahu meletup.
"Assalamualikum Imer, Aura,” Sapa Anas mesra.
"Waalikumsalam masuk la...”
Mereka diajak masuk. Imer menenangkan isterinya yang hampir pitam. Nasihat, penjelasan, lembut diutara kepada Aura agar aura bisa memaafkan Azmin.
Ketika menjamu selera, kebisuan Aura membuatkan Imer rasa bersalah yang teramat. Pasti perasaan isterinya bercampur baur dan mungkin berperang.
Selesai mereka makan malam bersama, Aura yang pertama lagi berkurung didalam bilik. Kurang adap? Biarla untuk memberi ruang pada diri sendiri. Jangan asyik puaskan hati orang lain tapi hati sendiri terseksa.
Aura jeling kejap ke arah pintu apabila terdengar ketukan. "Masuk la, tak kunci pun.”
"Aura.. Aa-ayah..”
Dia yang sedang menyarung tudung itu terkaku dengan sendiri apabila suara sayu yang amat dikenali itu menyapa telinganya. Tak! Ini kali pertama suara itu menyebut namanya dengan penuh lembut.
Aura membisu disaat terasa katil bergerak sedikit. Dia tak berpaling.
"Aura.. Aura anak ayah. Tolong ampunkan dosa ayah.. maafkan ayah..” Azmin sentuh perlahan bahu Aura yang masih enggan pandangnya walau melirik.
Hati mula dipagut rindu mendengar suara pilu ayahnya. Dia terus memeluk Azmin. dua beranak itu sama-sama menangis. Sama ada Azmin menangis kerna bersyukur. Aura pula menangis kerna hatinya sememangnya mudah rapuh. Tambah lagi dia sungguh rindu pada Azmin dan wanita yang melahirkannya didunia ini. Meski dua manusia itu tak pernah melayani nya dengan baik, hubungan anak dan bapa, ibu tetap terjalin ditangkai hati tulus nya.
Azmin kesat air mata yang mengalir. Dia tersenyum bahagia. Belakang aura ditepuk untuk redakan tangisan Aura malah makin kuat dan mengongoi seperti anak kecil hingga membuah gelak kecil Azmin.
"Manja juga ya anak Ayah. Dah jadi mak orang dah pun.” Ujar azmin sambil meminta Riqy
Aura baringkan Riqy diriba Azmin. Cemburu pula lihat Azmin bermain gelak-gelak bersama Riqy. Namun dia tetap senyum manis..
Untung Iqy... lahir kat dunia saja ada ibu, ada papa, ada atuk, ada nenek, adik saja tak ada lagi. Aura ketawa sendiri. Iras orang meroyan.
Imer berdiri dipintu bilik tersenyum melihat suasana manis dan bahagia isteri dan bapa mertuanya.
'Ni pun mujur aku nasihat. Kalau dibiar.. mengamuk rasanya Aura.’
****
Share this novel