IMER tersengih serupa kerang busuk apabila tertentang mata singa Aura yang sedang memakai pampers di tubuh kecil Riqy.
Angin betul Aura dibuatnya kerana terpaksa pulang awal. Ya memang dia tak henti fikirkan Riqy yang dijaga oleh Imer, tetapi terpaksa juga la Aura batalkan niat untuk berjalan-jalan dikampung kelahirannya.
Fiqa dan Afifah tak bisa kemari kerana katanya ada perkara urgent yang membutuhkan mereka untuk selesaikan hal demikian. Tebal juga malu Aura kepada Fiqa dan afifah, tak pasal susahkan dia sahabatnya itu. Dan tak sempat Imer menelefon Aura, Aura selamat sampai didepan rumah dalam keadaan gusar dan tergesa. Selamat la tangisan Riqy lebih utama dari geram pada Imer, kalau tidak... entah hidup entah mati Imer saat ini.
"Abang.”
"Sayang...”
Serentak mereka memecah sunyi antara mereka. Makin melebar sengih Imer.
'Auchh.. entah apa-apa dah bunyi gaya sweet laki bini. Abang sayang... sayang abang... hekhek.’ Penyakit perasan Imer sudah meresap seluruh badan.
Aura menghadiah jeling geram. 'Hish dah mula dah!’
"Okey sebelum Aura mulakan ceramah kita kat sini, biar abang bagitahu dulu... actually macam ni abang bukan tak usaha.. abang usaha sehabis baik masa Riqy nangis, tapi nak buat macam manakan, salah Aura juga sebab tak ajar abang cara buat susu. Tapi takpe! Abang maafkan sayang... lain kali jangan buat lagi.” Sengihan Imer masih belum luntur.
Aura mengeluh halus. "Yelah, salah kita dua. Bukan salah abang seorang..” Malas mahu bermasam muka lama-lama.
Aura senyum saja pipi kirinya dicium kejap oleh Imer. Imer menyentuh kepala Aura lembut..
"I'm sorry. kay?”
"Tak apa la bukan benda besar pun, saya tak nak besarkan hal.” Balas Aura tak mahu Imer terus salahkan diri sendiri. Lagipun benda kecil begini, malas la besarkan lagi.
"I will try to be best and perfect husband untuk sayang dan ayah terbaik untuk anak-anak kita. I'm sorry... I'm not perfect. Mesti aura menyesalkan dapat suami macam abang ni? Semua benda tak pandai, pemalas, abang tak pandai sweet-sweet macam lelaki lain. Abang banyak kekurangan. Aura happy ke tak lepas nikah dengan abang pun tak pandai baca isi hati sayang.” Imer pasang muka monyok. Ala-ala luah perasaan.
Aura ketawa. Jauhnya berfikir, sampai ke situ. Aura tergeleng kecil bersama senyuman terlakar. "Saya orang paling beruntung dapat masuk dalam keluarga abang. Keluarga baik yang terima saya seadanya. Saya perempuan yang bertuah sangat sebab Allah pilih saya menjadi pasangan dunia dan akhirat buat Imer Rizhwan. Jadi kenapa saya perlu menyesal kahwin dengan lelaki yang baik, penyayang, bertolak ansur, lulus jadi imam, bukan ke itu dah cukup ciri-ciri suami idaman setiap perempuan.”
"Ya tak ya juga kan. Satu lagi... abang hensem! Boleh bagi anak ramai untuk Aura. Baru meriah rumah kita... biar penuh rumah ni dengan adik-adik Riqy.” Nakal Imer mengusik Aura yang sudah berbahang pipi.
Aura kawal riaknya agar tak terlalu ketara malu hingga muka sudah hampir tomato. Jika bercakap face to face bersama Imer tidak la tinggi sangat perasaan malunya, tetapi jika keluar tentang hubungan suami isteri itu... erk! Melampau sangat tu impian Imer. Ingat aku kilang buat anak ke? Sampai teringin nak penuh rumah dengan anak. Anak manusia... bukan anak kucing! Anak sorang ini pun dah bising satu negara, ini nak tambah lagi.
"Err-.. abang agak-agak la. Tunggu la Riqy besar dulu.” Aikk ini dah lari dari topik asal dah rasanya. Asal tiba-tiba keluar pasal anak pulak.
"Haa! Ada cara lain..” Aura terlihat girang dengan ideanya. Imer angkat kening tanda menunggu dan melayan saja.
Bibir delima Aura mula senyum menggoda lalu didekati wajah Imer. Senyum jahat sebenarnya. "Abang nikah lagi sorang. Suruh dia beranak ramai-ramai lepastu ceraikan dia. Anak-anak dia tu bagi kat saya. Amacam... pandai tak?”
Imer terdiam sejenak lalu dia ikut senyum. Senyum syaiton. "Betul ni? Tapi kalau abang taknak ceraikan madu imaginasi Aura tu,.. macam mana?”
Dah alang-alang Aura berada terlalu dekat dengannya.. Imer mengambil kesempatan. Tersenyum melihat muka gugup isterinya. Kedua bahu Aura dibaringkan lembut.. Imer merangkak diatas tubuh kecil Aura.
Rambut yang terjuntai didahi Aura dimain-main dengan jari. Aura bertambah gugup dengan keadaan dia dan imer tika ini. Debaran sentiasa mendebarkan dadanya apabila pandangan bertaut. Pandangan mata Imer sentiasa membuat dia lemas.
"Takut?”
Laju Aura geleng kepala. Aura melepas nafas lega apabila Imer bangun dari menindihnya. Dia hanya memerhati Imer berjalan ke membuka pintu bilik tapi tak pula lelaki itu keluar, malah hanya menjegul kepala ke luar.
"Maklong! Maklong kalau nak masak, masak untuk maklong saja!” Laung Imer
Tak lama terdengar pula balasan dari Mak jiah. "Laa kenapa? Dah makan ke?”
"Saya makan dalam bilik saja maklong!” Jawap Imer tergelak mendengar ketawa kekeh dari Mak jiah yang berada didapur.
Membulat mata Aura. "Abang!”
"Iya!” Imer ketawa lalu bergerak kembali kearah Aura.
Aura bergegas mendapatkan Riqy yang teriak. Mungkin terganggu dengan suara bising ibu ayah nya.
"Hish abang la ni. Bercakap pun macam pakai speaker box! Tengok dah nangis anak ni.” Marah aura masih kawal suaranya.
"Eh asal abang pulak? Sayang la suara macam kambing betina nak beranak.” Tukas Imer
Buntang mata Aura. Ewah ewah... "Abang samakan saya dengan kambing betina? Eh ini dah lebih ni.”
"Yela kambing betina la takkan jantan pula. Tak-tak... gurau Yang. Jangan marah,” Tersengih Imer
"Dah, sini tolong saya tukar pampers Riqy.” Aura kembali berlembut.
"Entah la.. gaduh macam budak tadika.” Sahut Imer mendekat kepada Aura.
"Aa-aaww.. pedih Yang! Senget telinga abang.” Tiba saja disebelah Aura, terus saja telinga Imer ditarik. Haa pandai kau panggil aku kambing kan!
****
Suasana club hiburan malam itu penuh dengan anak-anak muda sedang terkinja-kinja menari bercampur, berlaga sesama sendiri sama ada lelaki dan perempuan. Music dj bingit dipasang buat meriahkan mereka yang sudah hanyut dalam nafsu dan hasutan syaitan durjana.
Manakala dibalik dinding, ada sekumpulan lelaki berbadan sado hampir semuanya berpakaian hitam berdiri tegak mengeliling bos mereka yang sedang leka melayan layanan perempuan di keliling pinggang.
"Bos, ada orang nak jumpa!” Kata salah seorang dari mereka.
Bos, atau senang dipanggil Henry pasang muka ketat. Dia jeling menyampah sekilas kerna geram diganggu ketika dia sedang berseronok. "Siapa?”
"Jeff.” Mendatar saja anak buah Jimmy menjawap.
Jeffrie?
Henry mengarah wanita-wanita seksi didampingnya tadi untuk beredar. Dengan dengusan marah, empat wanita itu berlalu pergi. Henry bersandar tenang dikerusi panjang dan empuk itu.
Jeff, teman lamanya itu sememangnya tak boleh lihat perempuan seksi. Anti meskipun perempuan cantik sekalipun.
"Suruh dia masuk.” Arah Henry tenang menghembus asap rokok berkepul dari mulut dan hidung.
"Baik bos!”
Tak lama selepas itu muncul satu figura Jeffrie mengambil tempat disalah satu kerusi disitu. Muncul aura Jeffrie saja buat anak-anak buah Henry telan air liur. Dengan raut muka yang tegang tanpa secalit senyuman.
Henry senyum nipis sebelum menjemput Jeffrie duduk disebelahnya. "What’s up? long time no see. Lama kau tak datang sini,”
Bicara Henry tak dibalas. Henry mengangguk kecil tanda faham. Kelihatan teman lamanya itu sedang dibelengu masalah. Mereka sama-sama tenang dan tiada secebis aura ceria atau kemesraan diriak masing-masing. Henry memberi ruang untuk Jeffrie bertenang.
Diam. Hening. Sayup-sayup saja suara music dj yang rancak diluar yang hanya terlindung dinding.
"Intan again?”
Terlepas jua keluhan berat Jeffrie. Riak yang tegang itu semakin kendur. Henry hanya menanti.
"Setakat perempuan kampung macam tu, bukan lawan kau Jeff. Hantar saja budak-budak aku 'kenakan’ dia.. habis cerita! Buang masa saja pening kepala pikir sorang perempuan.” Kata Henry tanpa sebarang riak. Baginya Intan bukan masalah besar. Bunuh saja lah kalau dah benci. Kan?
Terbit senyum yang sukar ditafsir dibibir Jeffrie. Sekotak rokok dikeluar dari poket, tanpa dipinta hujung rokok itu dibakar oleh anak buah Henry dan disua ke rongga mulut.
"Kau pun tahu Hen... keluarga aku adalah segalanya bagi aku.” Jeffrie tergelak kecewa sebelum sambung. Pandangan mula bertentang dengan Henry. "Mak aku benci aku!Jijik pandang aku sampai diorang halau aku dari rumah. Adik aku... sampai panggil aku abang tak guna! Disebabkan perempuan tu hidup aku hancur. Jadi sekarang kau nak aku lepaskan senang-senang saja perempuan jahanam tu mati?”
Henry diam. Dia masih tenang mendengar luahan dari Jeffrie.
Jeffrie geleng perlahan. "Memang tak la. Aku nak tangan aku kotor dengan darah Intan. Biar dia kenal erti terseksa yang sebenar.”
Henry angkat kedua tangan tanda mengalah. Senyum penuh makna terukir. "Okey fine, up to you. Now... let’s have some fun.” Bahu Jeffrie ditepuk senang. Jeffrie hanya tersenyum.
"Lie, bawakan semua jenis arak. Penuhkan meja ni! Aku nak enjoy malam ni...” Perintah Henry pada anak buahnya yang setia disitu.
"Baik bos!”
"Dan... bawak sekali perempuan aku.” Sambung Henry lagi. Orang suruhannya akur pergi.
Jeffrie senyum. "Seorang je? Selalu berkepit ramai,” selamba memerli
"I know you're allergic. Kalau bawa ramai, tak pasal habis pelayan aku.” Henry sekadar bergurau
Jeffrie ketawa. Gila!
****
Share this novel