Bab 44

Romance Completed 32236

SELESAI bersarapan. Pakaian dia dan Imer juga sudah kemas disumbat kedalam bagasi. Jam yang melekat didinding dikerling, pukul 7:30 pagi. Dikemas siap-siap dari bilik tidur hingga dapur sebelum meninggalkan rumah untuk seminggu mengikuti Imer. Tempat isterikan disisi suami..kena la ikut.

Imer turun dari tangga bersama dua bagasi ditangan. Tersenyum kepada Aura.

"Dah jom la.” Ajak Imer

Pintu pagar dikunci Aura. Lalu meloloskan dirii masuk kedalam perut kereta Aruz kelabu milik Imer itu meluncur pergi meninggalkan perkarangan perumahannya.

PEMANDUAN dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa 4 jam lebih. Itu pun kerna banyak kesesakan lalu lintas. Aura tak tidur sepanjang perjalanan ..saja teman berbual dengan Imer untuk hilangkan letih suaminya memandu.

Tiba di Hotel seperti yang dikata kan oleh Kartini..bilik yang ditempah khas. Mereka melangkah masuk bersama wajah letih..Imer merebahkan badan diatas katil empuk itu.

Aura pula ralit memandang kagum sekeliling kamar. Walau tak berapa luas tetapi cukup lengkap..Tv, Sofa untuk rehat-rehat..bilik air.

'Wahh! Boleh tahan mewah juga ye..’ Ngomel Aura mengawal rasa teruja apabila terasa diri ditenung lama.

Langsir diselak. Cahaya matahari menembus masuk.

"Pergi la mandi dulu. Dah tengah hari ni..kejap lagi kita pergi makan.” Ujar Imer selamba memejam mata.

Aura menguntum senyum. Lalu melabuhkan punggung dibirai katil. Imer yg kelihatan agak penat ditenung kasihan.

"Malas la. Mesti sejukkan air kat sini..taknak aa.” Jawap Aura

Imer bangun dari pembaringan mendadak.

"Jom mandi sama.” Kata Imer serius.

Aura menahan gelak melihat riak lelaki itu. Dah kenapa serius macam tu..ajak mandi pun macam ajak perang.

Aura mencebir bibir.
"Mengada. Tak nak la..” Balasnya

Terdengar keluhan berat dari lelaki itu.

"Ye la abang ni siapa la kan. Mana ada perempuan yg nak mandi dengan lelaki handsome macam abang ni. Nanti nampak la berketul-ketul body..Haihh Aura ni dikira beruntung tau. Kat luar sana ramai lagi berebut nak mandi dengan Abang.” Kata Imer selamba badak. Pura-pura berjauh hati..

Aura menjegil mata luas kepadanya. Tas tangan diatas meja dicapai lalu dibaling tepat mengena dada Imer. Terkejut beruk Imer dibuatnya..

"Aduhh..sakit la sayang oi.” Rungut Imer. Menggosok-gosok dadanya.

Aura menarik muka masam. Dirinya yg masih bersila dilantai sambil-sambil melipat baju yg dikeluarkan dari bagasi.

"Oouh. Jadi selama ni awak selalu ajak perempuan lain mandi sama la?? Saya ni yang dah keberapa?” Soal Aura. Menayang wajah cemberut.

Imer turun mendekati Aura yg bersila diatas permaidani itu. Dipeluk pinggang Aura yg membelakangi nya.

"Aduhh. Apa Aura merepek ni..Abang gurau saja lah. Takde kebenda nya abang nak mandi dengan perempuan lain. Abang pun tahu malu juga..tapi lain la kalau dengan isteri sendiri. Depan sayang ..bogel pun abang sanggup.” Pujuk Imer lembut, mukanya diletakkan dibelakang Aura.

Gigi diketap mengawal emosi yg kurang stabil. Beristigfar panjang dalam hati.. Aura berpalingkan tubuh menghadap Imer.

"Betul? Jadi bogel la cepat depan saya sekarang!” Arah Aura tiba-tiba hingga membuatkan Imer pucat lesi.

"Err..aa..abang tak kisah. Tapi takut Aura yang tak boleh tidur malam lepas tengok. Ta..tak payah la.” Balas Imer tergagap-gagap. Cuping telinga digaru walau tak gatal.

'Aduhh! Tak sangka pula dia serius. Aku cakap besar saja tadi..Gila nak bogel betul-betul.’ Ngumam Imer resah.

Aura berdecit. Wajahnya kembali bersahaja tenang..seperti tak berdebat apa apa dengan Imer.

Imer menilik hairan isterinya berubah tenang mendadak sambil menyambung lipat baju. Bekerut seribu lelaki itu dibuatnya.

'Baik jangan mula. Parah nanti. Betul la orang kata orang..angin orang perempuan ni berubah-rubah. Macam kucing..kau nampak saja manja tapi kalau orang cari pasal..mahunya digigit sampai terkeluar isi. Fuhh! Dasyat..’ Bisik Imer mengingatkan dirinya. Dia mula bangun berdiri..perut dah bernyanyi

Aura melirik sekilas. Sebenarnya dia tengah duk tahan pening kepala. Itu yang rasa nak marah orang. Imer pula suka bergurau macam tu..mana tak hangin dia. Mesti la jealous.

"Awak. Nak pergi mana?” Soal Aura

Imer menoleh melemparkan senyuman. Kunci kereta dicapai.

"Sayang tunggu dalam bilik ni. Biar abang pergi sorang..nak pergi beli makanan sikit. Lapar dah ni rasa nak mati. Pergi dulu yea..jangan keluar sampai abang balik. Jaga diri baik-baik..” Ujar Imer lembut sempat berpesan. Tombol pintu dipulas

"Awak!” Panggil Aura.

Imer yang baru hendak tutup pintu itu terjegul kembali dimuka pintu.

"Ya nak apa? Sayang nak cium? Peluk? Atauu..” Jawap Imer spontan. Tersengih sampai ke telinga.

"Assalamualikum.” Kata Aura menguntum senyum manis. Senyum manis yang mampu mencairkan hati setiap lelaki yang melihatnya. Terutamanya si Imer gatal ni..

'Tahan jerlah. Itu saja dia ingat.’ Omel Aura

"Waa..” Tak sempat Imer mahu masuk kembali..laju Aura menutup pintu .

Imer tersentak melihat pintu yg dah tertutup rapat. Terdengar ketawa jahat dari dalam.

"Amboi..Saja dia kenakan aku. Waalikumsalam.” Bisik Imer perlahan ketawa kecil.

SELANG 30 minit Aura terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Senyum terukir..sudah terbayang makanan yg dibeli suaminya. Makanan jerlah terbayang..tombol dipulas.

"Imer..” Wajah cerianya terus berubah tergamam. Antara cemas,bingung dan..cemburu.

"Aura. Saya minta maaf..tapi boleh tepi sikit. Encik Imer terseliuh kaki ni.” Kata Alisa cemas yg sedang memapah bahu Imer. Imer kelihatan berkerut menahan sakit.

Aura masih tercengang. Berundur setapak memberi laluan mereka masuk.

Alisa membaringkan badan Imer berhati-hati diatas katil. Dia tahu Aura sedang perhatikannya..jari kakinya sengaja tersepak bucu katil hingga dirinya turut terbaring diatas dada bidang Imer.

Aura ternganga. Dia apa lagi ditarik tangan Imer yang dibawah Alisa agar menjauh. Merah padam muka Aura menahan amarah. Bukannya dia tak nampak perempuan itu sengaja pura-pura jatuh diatas tubuh suaminya.

'Berani kau ye! Nasib aku ni penyabar..kalau tak muka kau yang tak berapa siap tu aku ganyang!’ Gumam Aura sekadar lepas geram dalam hati.

"Sorry..sorry. Terjatuh.” Ujar Alisa menayang wajah serba salah. Berdiri bangun.

Aura berjalan mendekati Alisa. Jarak mera juga hanya beberapa langkah dekat. Tajam merenung gadis itu. Alisa pura-pura menggelabah menunduk.

"Macam mana Cik boleh ada dengan suami saya? Buat apa kat sini..mustahil kebetulan.” Soal Aura serius seperti polis. Merenung tajam..

"Sebenarnya memang kebetulan tadi terserempak dengan Encik Imer. Terkejut juga saya nampak dia kena rempuh dengan motosikal. Tapi nasib baik moto itu perlahan saja..itu yang saya tolong bawa dia pergi klinik. Aura..tak marah kan?” Terang Alisa serba salah

Aura melepaskan keluhan halus. Lega hatinya.
"Maaf sangka buruk pulak kat Cik. Terima kasih ye tolong suami saya. Kalau tak ada Cik entah apa la jadi kat dia..hidup ke tak..tengok-tengok kena culik. Tak pasal saya kena beli dia kat Siam. “ Sempat Aura berseloroh. Tergelak lucu dengan kata-katanya sendiri. Sudah terlupa Imer yg sakit

Alisa buat-buat ketawa. Baru hendak membalas tetapi dipintas Imer.

"Aduhh! Sakit kaki ni Yang. Boleh pulak duk borak.” Sampuk Imer terjerit seperti budak mahu menangis.

Aura tersedar. Laju saja mendekati Imer dikepala katil itu.. Nak marah Alisa lebih-lebih pun tak boleh, sebab gadis itu dah tolong bawa pulang suaminya.

Aura mula resah. Kaki Imer dipegang perlahan..

"Sakit tak? Macam mana boleh kena langgar ni..ha? Cuai betul la. Awak jalan tengok perempuan la tu kan. sampai muto lalu pun awak tak lari.” Leter Aura ..walau dalam keadaan cemas dan geram.

Imer menarik sengih lebar. Alisa yang berdiri tegak seperti patung didalam kamar itu tak dipandang pula. Suka benar merenung Aura ketika dia marah. Katanya nampak comel! Muka merah-merah

Paha Imer ditepuk kuat. Menjeling geram Imer dihadapan.

'Kalau aku tanya jangan harap dia nak jawap.’ Gerutu Aura

"Sakit lagi tak? Kalau tak..tunggu jap. Saya nak bercakap dengan Alisa.” Ujar Aura mula bangun. Mengajak Alisa bercakap diluar. Pintu ditutup rapat.

Imer meraup wajah serabut. Dilirik sekilas Alisa..

'Kalau bukan dia yang tolong aku tadi. Dah lama aku halau perempuan tu..ingat aku ni kolam. Nak main jatuh-jatuh la apa. Dramatic..mujur bini aku cool. Tapi dalam hati tak tahu la cool ke hot.’ Monolog Imer selamba.

Sementara diluar..

Aura menghadiahkan senyum senang kepada Alisa didepannya.

"Sekali lagi saya nak berterima kasih banyak-banyak kat Cik dah tolong Imer.” Ucap Aura mesra sedikit serba salah .

Alisa menguntum senyum manis.
"Panggil saya Lisa. Alah..lagi pun apa la sanggat saya tolong hantarkan saja. Benda kecil.” Kata Alisa lembut. Tergelak jahat dalam hati.

'Mudah betul nak bodohkan betina tak guna ni. Good job Lisa..one step,Done!’ Bisik Alisa sinis

Senyum manis terukir dibibir Aura. Alisa tercengang apabila tubuhnya dipeluk oleh Aura. Pelukan terlerai..tangan Alisa diraih

"Tapi bagi saya..pertolongan Lisa besar. Saya hanya ada Imer sekarang ni..dia segalanya bagi saya. Kalau apa-apa jadi pada dia, tak tahu la macam mana saya nak hidup.” Kata Aura. Terselit rasa sayu..

'Sekarang memang la Imer cinta mati kat kau. Tapi tengok la nanti esok lusa, kau mati pun laki kau tak tahu. Masa tu aku tiba..Imer akan jatuh dalam dakapan aku.’ Sinis Alisa memerli dalam hati. Tetapi tetap mengawal riaknya

Alisa mengelus tangan Aura.
"Lisa tak kisah kalau jadi kawan Aura. Lagi pun Lisa staff Encik Imer. Kebetulan kan outsation kat sini juga. Ini kad Lisa..kalau ada masa lapang kita boleh sembang-sembang.” Alisa mengeluarkan sekeping kad kecil dari tas tangannya lalu diberikan kepada Aura.

Aura menyambutnya dengan senang hati. Sudah hilang mungkin curiganya..sungguh baik hati wanita ini. Hingga tak dapat menghidu keburukan orang yg berniat jahat padanya.

"Nampaknya esok kita jumpa lagi.Kan?” Aura ketawa mesra

Alisa mengangguk kepala. Membalas dengan senyum palsunya.

"Nampaknya macam tu lah.” Balasnya

Aura seperti baru tersedar.
"Eh. Lupa suami kat dalam. Saya masuk dulu ye..tak apa ke balik sorang? Ke nak saya hantarkan..” Ujar Aura

"Tak. Takpe. Saya datang naik drive sendiri..pergi dulu. Assalamulikum.” Alisa mula berlalu pergi setelah bersalam..berlaga pipi dua wanita itu. Seperti bertahun rapat..

Aura menarik senyum nipis . Berjalan masuk..sebelum ditutup pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience