AURA melabuhkan punggung di kerusi ..mata melilau memandang keadaan office Isqanda.
"Disebabkan kau masih terlalu mentah dan tak tahu apa apa lagi pasal bisnnes semua ni..aku nak kau kerja kat Villa.” Ujar Isqanda selamba
Aura tersentak!
'Wht??? Dia ni memang sengaja ke apa..ikut suka hati jer nak letak aku ..mentang mentang tempat dia merata.!’ Rungut Aura
"Kerja di Villa tu..sebagai apa? Cleaner?” Tanya Aura
Isqanda buat buat ketawa lebih kepada memerli pun ada..
"Aku tak ada la kejam sanggat.. Nak bagi jadi cashier pun..takut ghaib pulak duit. Kalau tengok dari pencapaian kau ni..aku lantik kau sebagai pengurus perakaunter.” Balas Isqanda
Aura mengangguk faham..
'Sempat dia hina aku.’
"Tapi tak silap saya Villa Indah tu jauh..saya nak pergi kerja pun susah. Lain la kalau Encik Is bagi kerja jer kat sini.”
Isqanda mengeluh halus.
"Pelik betul kau ni..Kau dah kahwin! Suruh la laki kau hantar..apa susah..tu pun nak aku ajar.” Marah Isqanda
Aura tersengih.
'Hek eleh! Kemarin punya la merayu mintak tolong..bila aku baik hati nak tolong dia..boleh pulak marah marah.’
"Jadi..bila saya boleh start kerja?”
Isqanda berfikir seketika.
"Kita pergi sekali..aku pun nak chek segala urusan kat sana.”
Aura mengangguk laju..excited jugak..first time kerja..harap la baik baik saja. And dia tak ada niat tak baik kat aku. Doa aura dalam hati..
"Termenung apa lagi.. dah jom la!hish” Isqanda berjalan dahulu meninggalkan Aura..Aura berlari anak mengikuti bos baru nya
Tiba di parking...
Isqanda yang baru hendak meloloskan diri kedalam kereta Vios hitamnya..Tiba tiba leher nya ditarik lalu rahang nya ditumbuk kuat oleh seseorang..
BUKKK!!
"TAK GUNA!! Kau nak bawak lari mana isteri aku?? Setan!” Tengking Imer..tangan kekarnya kemas mencekik kolar leher Isqanda.
Aura yang terpinga pinga itu segera bergerak ke arah mereka..dipegang lengan Imer supaya bertenang
Isqanda menolak tangan Imer kuat hingga imer terdorong ke belakang..wajah nya juga merah paham menahan supaya tak menggila
Isqanda tersenyum sinis.
"Bawak lari? Haihh..mentah betul otak kau ni..sesuai sanggat lah. Nak kahwin tu biarlah cukup umur dulu mir..” Isqanda memerli cuba memanaskan Imer yang sedia panas
"Sekurang kurang nya..aku tak rosakkan anak orang. Kau dengan Zirul tu sama jer! Berapa ramai dah permpuan yang kau tidur.” Balas Imer
Isqanda mengetap gigi..rahangnya bergerak.
Aura merasa dadanya sesak..
"Imer..Encik is..tolong la bincang secara baik.” Rayu Aura..sebaiknya elak la dari bermusuhan lagi pun semua ni salah faham. Omel aura
Imer mencerlung memandang tepat wajah Aura. Dada nya seperti mahu meletup melihat Isterinya bersama lelaki lain..
"Semalam kau jumpa jantan ni kan..Kau ingat aku tak tahu ke! Hari ni kau tipu Mama..kerja konon..” Dingin Imer bertanya kepada Aura
Aura tercengang..isqanda pulak tergelak sinis..
'Inilah yang kita mahu kan!’ Sorak hati Isqanda
"Memang pun..kita orang on the way nak pergi Villa. Tidur kat sana..tak gitu sayang..” Ujar Isqanda pura pura manis kepada Aura
Aura terkedu!
'Apa semua ni..Isqanda tipu aku! Ya Allah..berkali kali aku kena tipu!’ Kata hati Aura
Muka Imer kembali tegang. Lengan Aura ditarik kasar ke arah keretanya yang agak tersorok..dia memang mengikut Aura..
Aura pasrah!
'Apa nak jadi..jadi lah!’ Lengannya yg dicengkam kuat oleh Imer direntap..
Imer memandang wajah Aura tajam..
"Jadi disebabkan saya jumpa dengan Isqanda pagi tu..jadi sebab tu la awak hina saya semalam. Kenapa awak tak percayakan saya??” Kata Aura ..menahan air mata. Perit !
Imer menolak tubuh Aura kasar rapat ke dinding..Aura diperangkap dengan tangan Imer. Wajah masing masing tegang..
"Yea! Kau sendiri tahu..yg aku sayangkan kau! Aku ikhlas terima kau! Ikhlas nikah dengan kau walaupun tak semua lelaki nak yang perempuan yg dah tak suci..tapi perasaan aku tetap dekat kau! Kau tahu tak..kau tak tahu!! Yang kau tahu..Hanya nak jauh dari aku..taknak susah kan family aku! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri..kau keluar makan dengan dia. Tapi ada aku mengungkit?? Takkan..lelaki lain aku boleh terima lagi..Tapi kalau LELAKI BERNAMA ISQANDA tu aku tak boleh!” Herdik imer melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya
Aura tercengang!
'Jadi imer hanya tipu la semalam..dia hanya nak sakitkan hati aku!’
"Sekarang biar saya pulak bercakap..” Kata Aura bersama mimik muka dingin
"Go on!”
Aura cuba bertenang..taknak tinggi kan suara.
"Pertama sekalinya..saya nak mintak ampun dengan awak..sebab tak terus terang. Saya cuma nak awak tahu yang semua ni fitnah! Awak sendiri tak bagi peluang saya cakap pasal ni..Awak hanya tahu menyakitkan hati saya..menggatal dengan Inaliya tu kan?!” Sinis Aura..
Imer tersentak! Lupa pulak pasal aku terpaksa layan perempuan tu..Alaaa aku cuma nak uji kesetiaan Aura jer. Kalau dia mengamuk, marah..Alhamdulillah..makna nya dia jealous. And dia sayang aku! Tapi dia boleh tenang pulak..itu yang aku naik angin.!’ Gerutu Imer.
Imer diam membisu..membiarkan Aura menjelaskan semuanya.
"Apa yang Isqanda cakap tadi tu fitnah..tolong la percaya. Saya tak mintak banyak pun..cuma percayakan saya. Dia yang desak saya supaya kerja dengan dia..tapi saya tak tahu pulak dia letak letakkan saya kerja kat Villa.” Jelas Aura bersungguh sungguh..kalau boleh Aura taknak la disebabkan satu fitnah..hancur persahabatannya dengan Imer.
Imer memandang tepat anak mata Aura. Mencari kepastian..dia memang dah tahu yang Isqanda adalah pengurus sebuah Villa.
'Aku kenal Aura dah lama..kenapa aku butakan hati. Percaya dekat orang lain..tuduh dia tanpa bukti.’ Bisik Imer
Aura melihat Imer masih diam..menunduk sepertii berfikir.
'Kenapa..menyesal la kan!! PADAN MUKA KAU!’ Omel Aura geram
Aura menolak lengan Imer..lalu keluar dari situ. Dibiarkan Imer yang tercengang dengan tindakannya
"Aura!! Tunggu la! Oky aku mintak maaf!! Aku salah..Aura!” Laung Imer mengejar Aura dari belakang
Aura ketawa jahat dalam hati..
"Jangan ingat senang senang..aku nak berlembut.” Gerutu Aura senang. Lega selepas meluahkan segalanya..mujur Imer masih percayakan dia.
'Piung!’
'Piung!’
'Piung’
Bergema kawasan parking itu dengan bunyi tembakan. Imer terlopong..
"AURA !!!!”
Langkah imer laju kearah Aura..kepala isterinya dipangku berhati hati di pahanya.
Pipi mulus Aura ditepuk lembut..
"Aura! Bangun..please la bangun!” Cemas wajah Imer melihat darah yang keluar dari perut Aura ..
Masa berlalu dengan begitu pantas..hingga Imer tak sempat buat apa apa untuk selamatkan isterinya. Terasa seperti mimpi..bergenang mata Imer memandang Aura yang tak sedarkan diri di pangkuannya..dipeluk erat tubuh itu.
"Allahuakhbar! Wey cepat call ambuland..cepat la nampak tu darah keluar banyak badan cik ni!” Gesa seorang gadis kepada kawannya yang lalu disitu.. cemas muka mereka.
Share this novel