Bab 46

Romance Completed 32236

SENJA semakin berlabuh. Digantikan pula gelap malam. Bintang bertaburan di dada langit dipandang kagum. Bibir ternaik sedikit, Memuji ciptaan Ilahi. Sungguh indah dan tenang...fikirannya terbayang seseorang yang sentiasa mengisi hatinya. Bertuah. Ya dia memang bertuah, Tuhan begitu menyayangi dan dia dapat merasa semakin banyak ujian hadir untuknya...semakin dekat hatinya kepada sang Pencipta. Walau berat sekalipun ujian, jiwanya sudah menanam sifat rasa sabar.

mata bundar itu ditutup, kedua tangan didepa kan. Sengaja dia berdiri di koridor. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar wajah jelita itu lembut...menikmati ketenangan sementara.

Rasa bersalah dan berdosa menyengat tangkai hatinya sejenak. Teringat kembali cara layanan dan percakapan nya kepada suaminya. Beristigfar panjang, menyesali perbuatannya yang mungkin membuatkan suaminya terguris hati. Entah mengapa, emosinya sentiasa payah dikawal. Nak cakap dirinya mengandung pun...tiada pula tanda-tanda. Dia seperti benci lihat muka suaminya.

'Aku kena santau ke?’ Tiba-tiba soalan itu menerjah dalam otaknya. Wajah turut berkerut berfikir memerah otak mencari kalau ada yang bermusuh dengannya.

'Siapa? Tak mustahil. Tak mustahil...Syazyana, Tengku Nazirul. Atau ada yang nak hancurkan rumah tangga aku dengan Imer? Tapi siapa?’ Ketenangan yang dinikmati seketika tadi dileburkan dengan soalan yang bergeliga.

Dia tak rasa dia kena santau atau dibuat orang. Tetapi naluri wanitanya merasa ada wanita lain yang sudah lama memasang niat ingin hancur leburkan rumah tangga mereka.

Entah betul, entah tidak nalurinya itu.

Klak! Telinga menangkap bunyi pintu bilik air dibuka. Tanpa berpaling, Aura bersuara

"Lama mandi. Tak sejuk ke malam-malam?” Tegur Aura mendatar dalam nada yang masih lembut.

Rambut yang basah di gulung seketika dengan tuala. Tuala yang lembab itu disidai di pengangkut baju. Imer yang hanya mengenakan tuala putih dipinggang...mendekati isterinya yang sedang ralit mendongak merenung dada langit.

Dipeluk pinggang Aura dari belakang. Disebabkan badannya tinggi, Imer dapat mencium bau aroma nyaman yang terbit dari rambut Aura. Tubuh mereka yang rapat itu dapat Aura rasa hembusan nafas suaminya.

Aura mengulum senyum. Dah lama kahwin kan, jadi makin lama makin hilang la rasa malu tu. Dulu masa mula-mula nikah...wajib la salah seorang ada yang malu-malu kucing.

"Dah puas hirup bau hapak rambut saya?” Aura memusingkan badan menghadap Imer. Tersenyum.

"Hmh.” Serak suara lelaki itu. Serak basah, seksi juga bunyi. Membetulkan suara. Rambut yang masih bertitis air diraup kebelakang. Aura terpaku seketika. Memuji kekacakan suaminya.

Imer berkerut dahi. Rambut Aura dielus.
"Mana ada hapak. Wangi je bau rambut Aura, hurmm...syok Abang rasa. Macam berduaan dengan bidadari syurga. Syg guna syampu apa ni?” Sempat dicium rambut isteri tersayang. Tersengih dah macam orang tak betul.

Aura menahan senyum yang kian lebar. Mendengar comment Imer itu...kembang setaman hatinya. Terus terlupa yang difikirkan tadi.

"Moist Diane. Bau Lavender kan?” Balas Aura

Imer mengangguk sambil menjongket bahu.

Aura menggeleng kecil. Kalau tanya Imer, air longkang pun dikata bau bunga lavender. Dia mana ambil tahu hal-hal jenama, murah ke mahal dia pakai semua. Singkat kata spesis lelaki tak cerewet. Imer walaupun dari keluarga yang berharta, lihat seperti sombong...tetapi bagi Aura, Suaminya lelaki yang paling sempoi selamba. Tak suka budak-budak...

Pegangan ditangan Aura dileraikan, dilihat seperti ingin menyatakan sesuatu.

Tangan Imer dicapai semula. Dua pasang mata itu saling bertatapan. Tatapan yang bukan kosong, tetapi penuh dengan wangian dan rasa cinta.

"Kenapa?” Hairan Imer lihat wajah isterinya murung.

'Emosi wanita mudah berubah dan sensitif. Jadi kena fikir sejuta kali dulu baru cakap.’ Desis Imer membuat ulasan menanti ucapan yg seperti tersekat-sekat Aura.

Ditarik tangan isterinya kearah katil. Aura hanya akur melabuh punggung dibirai katil setentang dengan Imer. Tanga Aura yg digenggam tak dilepaskan.

"Bagitahu Abang, apa dia? Syg duk main tergagap kang jadi gagap betul betul.” Ujar Imer

Wajah yg menunduk diangkat. Aura tersenyum kelat.

"Saya..sebenarnya. Um, saya nak minta maaf dekat awak. Banyak kali saya derhaka kat awak, mesti awak terasa dengan perangai saya yang berubah-rubah ni kan? Saya bukan apa, cuma entah la. Saya taknak cakap banyak, terakhir sekali.. saya nak awak tahu yang saya betul betul nak minta ampun dan bukan niat saya nak buat awak kecil hati.” Ujarnya separuh berbisik tetapi cukup didengar oleh Imer. Lega hati Aura setelah meluahkan rasa bersalahnya. Tak tenang hidupnya, kalau Imer benci dengan perangai nya.

Imer yang muka serius itu terus berubah. Ketawa besar dilepaskan ,gelihati mendengar ucapan Aura. Tergolek-golek tubuhnya diatas katil itu. Hingga Aura yang melihat kebingungan jadinya.

"HAH AHAHAHA!” Maka berpanjangan lah ketawa Imer yg bukan dibuat buat. Entah dimana lucunya. Hingga ketawa serupa orang gila.

"Imer! Dah la. Ingat saya buat lawak ke? Saya serius tahu tak.” Ujar Aura sedikit kuat menghentikan ketawa Imer. Menyesal pula dia minta maaf.

Bersama sisa ketawa, air mata ditubir mata dikesat akibat gelak sakan kepada isterinya. Imer kembali mengengsot menghampiri Aura.

"Okey. Oke. Abang minta maaf. Bukan apa, tak tahan dengan megalawak syg.” Kata Imer disertakan ketawa tersisa. Tersengih melihat Aura yg tenang memandangkan. Mungkin tak mahu Imer terasa lagi, Aura malas nak tarik muka. Redha saja dapat laki gila.

"Orang lain makan nasi, awak teringin nak makan penampar.” Gumam Aura tenang. Setenang air sungai.

"Syg. nak terberak Abang tengok muka sayang macam tu. HAHAHA..” Imer menyambung kembali ketawanya. Hingga senak perut.

Aura melongo. Wajahnya diraba raba

"Apa muka aku buruk sanggat ke sampai orang tengok pun terberak? Sio*?” Gumam Aura perlahan.

"Bukan buruk lah. Muka syg macam..Ek. Tak ada la. Jom ah tidoq, Tak jadi nak berak..ngantuk pula rasa.” Kata Imer merebahkan kepalanya dibantal bersama tersisa ketawa.

Nafas dihembus panjang. Aura turut membaringkan tubuh disamping Imer.

Cup! Tiba tiba pipi kanannya dicium sekilas.

"IMER!”

"hahaha..”
. .
. .
Tap! Tap! Kriukk..

Sekeping gambar ditangan dikoyak ganas. Tak cukup gambar itu ditikam dengan pisau, dikoyak hingga hancur bertebaran gambar-gambar, dibakar pula dengan mancis.

Bibir merah merekah itu ternaik sedikit. Sekeping gambar seorang lelaki tinggi lampai ditatap lama dengan mata galaknya. Tersenyum senget menatap wajah lelaki kacak dalam gambar itu sedang tersenyum.

Gambar itu diusap.

"Imer...walaupun senyum kau senipis kulit bawang sekalipun dan senyum tu bukan untuk aku. Tapi kau dah buat aku tergilakan kau!” Bisiknya seperti bercakap dengan org dalam gambar tersebut. Ketawa besar dilepaskan.

Senyum Alisa kian pudar. Lalu berubah menyeringai. Tajam merenung..gigi diketap rapat.

"Jangan happy sanggat Aura, ada baiknya kau berundur saja..bagi laki kau tu kat aku. Then baru hidup kau akan bahagia, tenang. Selagi kau terikat dengan Imer, selagi tu hidup kau terikat dengan aku.” Bisiknya sinis.

Apa nak cakap dia obsses, pycho, katakan saja..dia tak heran. Dan memang itu lah kenyataannya. Dan itu la diri Alisa.

Senyum kian melebar. Lama kelaman sukar mengerti makna disebalik senyum itu.

"Aura Aisyah.. Intan Aisyah..” Senyum yg sukar ditafsir dilakar.
. .
. .
Pagi itu seperti biasa. Semestinya Aura yg terbangun lebih awal, 10 minit sebelum subuh sudah siap siap mengejutkan suaminya. Tapi namanya Imer biasa lah, mahu kena ceramah setengah jam dengan Aura. Aura mencekak pinggang melihat suaminya masih enak dibuai mimpi.

"Awak! Bangun la, kang terbabas subuh. Awak! ishh..” Ditepuk tepuk betis Imer, tetap sama.

Kain pelikat yang dipakai Imer diperhati lama oleh Aura. Bermacam-macam idea jahat timbul dalam fikiran untuk kenakan suaminya.

Bibir mula melakar senyum jahat. Liat sanggat ye nak bangun, kalau aku londehkan kain tu, tak ke aku yang demam setahun nanti.

Terus naik bulu roma Aura memikirkan itu.

'Jahat set*n! Pagi pagi lagi dah hasut aku.’ Desisnya ketawa mengekek.

Tak keluar bilik la Imer kalau dicabut kain pelikat tu.

Cara lain aje lah. Betis Imer yg terdedah sedikit itu disentuh Aura.. Aura mula mencari-cari bulu betis suaminya, memang pedih kalau dicabut bulu kat kaki. Mahu mengalir air mata.

"ARGH!!” Jerit lelaki itu nyaring menggosok gosok betisnya. Blur kejap mimik Imer.. bingung bagaimana boleh sakit betisnya. Terus terbangun dari pembaringan.

Aura ketawa tercuit hati.

'Itu baru sehelai bulu kau, aku tarik. Lain kali, liat lagi aku tarik semua bulu yg ada.’ Aura menahan ketawa mengekek, tetapi terlepas juga.

Ibu-ibu..puan puan. Kalau nak kejut suami boleh ikut cara si Aura ni. Mahunya bergelar janda, nasib Imer sayang. Hahaha

Faham lah Imer. Angkara isterinya rupanya. Tapi dalam keadaan yg baru bangun tidur dan mamai, Imer biarkan saja. Dia tahu Aura kejutkan dia untuk bangun solat. Malas mahu melayan Aura yg tertawakan dia, Tuala yg disangkut dialmari dicapai. Langkah diatur meloloskan diri kedalam bilik mandi.

Selesai membersihkan diri. Solat diimam kan oleh Imer yg bergelar suami kepadanya. Bahagia sungguh hatinya, ini lah bahagia yg Aura impikan. Malah kasih dan kenangan manis Imer lebih bahgia dari gembira palsunya bersama Tengku Nazirul dahulu.

Allah s.w.t lebih berkehendak bukan? Segala perancangan-Nya lebih indah dari apa yg kita pinta. Manusia merancang, Dia juga merancang..akan tetapi sebaik-baik perancangan adalah aturan Allah yang Maha Esa.

Usia selesai sembahyang subuh. Mereka hanya ingin berehat sebentar sejam dua sebelum lelaki itu pergi kerja. Seperti yang diarahkan oleh Kartini.

Takut Aura keseorangan dan jadi apa-apa, Imer berniat mahu bawa isterinya sekali.


****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience