ANAS mempercepatkan langkah sampai ke rumahnya. Dia masuk dengan meluru lalu melaung memanggil ibunya.
"Mak! Mana mak ni?” Laung Anas dari pintu dapur kerna dia tahu ibunya banyak menghabiskan masa didapur.
Mak jiah yang muncul dari pintu tandas terpinga-pinga di panggil begitu.
"Dah kenapa kamu ni ? Laung macam tu.” Saut Mak jiah smbil berjalan ke arah Anas.
"Mak! Cepat pakai tudung lepastu ikut Nasz pergi rumah pakcik Azmin!” Ujar Anas tercungap-cungap setelah berlari pulang.
"Dah kenapa nak pergi rumah Azmin ? Kamu kenapa macam tak cukup oksigen jer mak tengok.. dah besar pun nak berlari macam budak lagi ?!” Kata Mak jiah lancar yg masih tak memahami situasi sebenar.
Anas mengambil tudung Mak jiah yg disangkut di tepi penyangkut..lalu memakaikan di kepala Mak jiah..Mak jiah yg masih terpinga-pinga itu menepuk lengan Anas.
"Awww sakit la mak !” Ujar Anas perlahan tetapi tetap memakaikan tudung buat ibunya.
"Cuba kamu cerita dekat mak apa yang dah jadi sebenarnya?” Ujar Mak jiah tenang tetapi tegas .
Anas menceritakan dari awal hingga akhir..mula-mula tu mak jiah terkejut tetapi terangguk-angguk tanda faham.
"Haihh.. kalau macam tu kita pergi naik motosikal arwah ayah kat belakang dapur tu .” Kata Mak jiah .
Anas pergi dengan segera mengambil kunci motosikal yg disangkut di dinding.
"Eh mak terlupa la anak mak sorang lagi tak balik lagi !” Ujar Mak jiah kalut mengingatkan tentang Fiqa yg masih belum pulang dari sekolah.
"Mak bertenang dulu..takpe Fiqa dia balik lewat petang sebab ada kelas tambahan .” Kata Anas lembut.
"Oo mujur la kalau macam tu..Eh Anas cepat la !”
"Ok ok tapi mak pegang kuat-kuat sikit sebab Anas nak bawak laju ni “ Ujar Anas sambil tersengih.
**********
Anas dan Mak jiah tiba di rumah kayu milik Azmin itu. Mereka terkejut apabila melihat Azmin mengambil sebatang kayu panjang memukul Aura yg menangis memeluk lutut.
"Allahuakhbar!! Mengucap Azmin..kau dah gila ke pukul anak sendiri !. “ Jerit Mak jiah kuat meluru ke arah Aura.
Anas datang menghadap Azmin lalu "Pakcik ..sumpah demi Allah kami tak buat pun perkara tu semua. “ Ujar Anas bersungguh-sungguh sambil mengangkat tangan meyakinkan kpd Azmin.
Aura mengangkat wajah lalu memeluk mak jiah disisi. Mak jiah turut mengalirkan air mata dan turut merasa simpati diatas ujian yg dihadapi oleh anak saudaranya.
"Eh kau ni memang tak tahu malukan !! Kau tu budak pondok..budak beragama !! Tapi kau dengan budak Aura ni sama saja, depan acah alim!! Huh .” Ujar Azmin penuh sinis sambil menunjal kepala Aura.
`Ya Allah..bantulah hambamu kesaat kesulitan ini’
Kata Anas dalam hati.
Aura hanya diam sambil mengelap air mata yang tak henti-henti gugur.
`Kuatkan hatiku Ya Allah .’ Kata Aura sebak dalam hati.
Syazyana yang muncul dari belakang menepuk tangan sambil melemparkan senyuman sinis kepada Aura. Aura menantikan apa yg akan berlaku.
Azmin berpaling ke arah Syazyana lalu melemparkan senyuman yg sukar dingerti.
Azmin lalu memegang pipi gebu milik Aura lembut sambil senyum sinis.
"Betul la cakap Yana ni..yang kau dengan si Anas ni selalu buat benda tak senonoh belakang aku .!” Ujar Azmin perlahan tapi cukup di dengar oleh Aura yang sudah pucat lesi muka.
"Ya..Yana .” Kata Aura tergagak-gagak.
`kau tipu aku Yana!’
"Kenapa ?! Rahsia dah terbongkar..Hahh ?!!!” Jerit Azmin lantang lalu menarik tudung bawal lusuh yg dipakai Aura. Aura meronta minta dilepaskan dan menahan perit..Ya bukan perit kerna kulit kepala yg ditarik sakit tetapi perit mengetahui sahabat baiknya yang sejak dari kecil membesar bersama ..sanggup mengkhianatnya.
Mak jiah menghampiri Azmin untuk menenangkan Azmin tetapi tidak berjaya kerna Azmin bertindak agresif.
"Hey !? Orang tua..kau jangan nak sibuk boleh tak!! Aku ni bapak dia, Aku ada hak nak ajar dia macam mana sekalipun. !!” Kata Azmin kasar lalu menolak Mak jiah yang melindungi Aura daripada terima pukulan Azmin.
"Mak long ..mak balik la dulu, kejap lagi marah Ayah reda la..mak long jangan risau pasal Aura.” Ujar Aura lembut sambil mengelap air matanya.Dia risau..Mak longnya terbawa sekali dalam masalahnya.
Anas menghampiri Syazyana "Sanggup kau kan..cipta fitnah untuk KAWAN BAIK SENDIRI ,Apa yang kau tak puas hati dengan Aura. ?” Kata Anas keras .Dia sengaja menekankan `kawan baik ‘ supaya Syazyana sedar. Walaupun dia sentiasa sabar tetapi sitausi yg menimpa sepupunya membuatkan Anas hendak naik tangan ke muka Syazyana.
Syazyana melemparkan senyum sinis. "Ada aku kesah..kawan baik ke,sahabat baik ke..kalau cari pasal dengan aku sampai mati dia akan ingat apa yang aku balas. “ Ujar Syazyana perlahan tetapi cukup didengar mereka berdua sahaja.
Anas menelan air liur kesat lalu beristigfar panjang dalam hati ..Anas berundur perlahan apabila melihat Syazyana melangkah dengan berani kedepan lalu memegang lembut dada Anas yg dilitupi baju. Anas menepis kasar.
"Gila kau ni !” Kata Anas keras.
"Aku nak kau tahu yang aku tak boleh tengok Aura rapat dengan kau..because i love you so much..ingat ya,jangan sesekali rapat dengan Aura. “Ujar Syazyana perlahan sambil senyum menggoda.
"Apa kau mengarut ni yana?! “Soal Anas.
"Arghhhhh..sakit ayah !!”
Anas berpaling ke arah Aura lalu terkejut melihat Azmin melibas tali pinggang nga ke badan Aura. Mak jiah memegang erat bahu Aura sambil merayu kpd Azmin supaya berhenti.
Anas berlari ke arah mereka. "Pakcik !! Stop pukul Aura..kita bincang elok-elok.” Kata Anas yang cuma berlembut. Dia merasa simpati melihat lengan Aura lebam dan luka. Mak jiah juga turut hamburkan tangisanya.
Azmin berpaling ke arah Anas lalu mencapai beg sekolah lusuh yang dipenuhi pakaian Aura. Azmin tak menghiraukan Anas.
"Mulai hari ni kau bukan lagi anak aku dan aku taknak tengok lagi muka berlagak suci kau tu.!!”Ujar Azmin keras lalu melemparkan beg itu ke arah Aura.
"Mengucap Azmin..! Yang kau berdendam tu mak dia tapi kau lepaskan marah dekat anak !!” Jerit Mak jiah kuat .
Azmin mencebik "Huh ?!anak dengan mak sama saja .” Aura terhinjut mendengar ayat kesat itu.
Mak jiah meraup mukanya.Tak tahu la nak cakap apa dah.
Anas kembali senyap apabila melibatkan ibu Aura. Dia taknak masuk campur melibatkan ibu Aura tetapi ia mencemarkan maruahnya dan juga simpati keatas Aura.
Aura berjalan meninggalkan kawasan itu diikuti Mak jiah dan Anas. `Cakap apa pun dah tak guna jugak..bukan Ayah percaya.’ Kata Aura dalam hati. Dia berjalan lemah disebabkan rasa sakit kakinya dipukul oleh Azmin.
"Ha elok la ,pergi mampus kau !!Aku muak tengok muka kau.!!” Jerit Azmin lantang lalu meloloskan diri masuk kedalam rumah.
Mak ji berbisik sesuatu kepada Anas. Anas terangguk-angguk faham. Anas pergi dahulu dengan motosikal kerna tiga orang pastinya tak muat. Mak jiah menghampiri Aura lalu menarik tangan Aura duduk di bangku. Aura hanya diam.
"Mak long tahu apa sebenarnya yang berlaku..sebab mak long kenal Aura dan anak mak long macam mana. “Kata mak jiah lembut dan menggosok lembut bahu Aura memberi sedikit kekuatan.
Aura berpaling kearah Mak jiah lalu memeluk Mak jiah erat. Mak jiah juga turut membalas pelukan Aura.
"Aura minta maaf sebab banyak menyusahkan Mak long..” tutur Aura sayu.
Mak jiah menggeleng."Jangan cakap macamtu..Mak long dah anggap Aura ni macam anak mak long dah. “Balas mak jiah.
Share this novel