Bab 38

Romance Completed 32236

"Hati hati jalan..abang nak angkat..taknak..degil!” Leter Imer membantu Aura keluar dari kereta.

Aura hanya tersenyum nipis.
"Bukan sakit tenat pun kan. Doktor pun cakap tak serius sanggat pun..makan ubat sihat la.” Ujar Aura

Imer menjegil matanya luas..
"Menjawap! Ikut sanggat kata doktor gila tu..doktor tu makan gaji buta.” Pagar ditutup oleh Imer..memegang kembali kedua bahu Aura

'Asal emo sanggat? Yg sakit nya aku.’ Ngomel Aura

Aura tergelak kecil.
"Over la..dah la jom la masuk. Mesti Mama risau.”

Imer mengeluh kecil..mereka melangkah masuk ,pintu utama dibuka. Sudah dijangka..berpusu mendekati Aura. Pelbagai soalan dan jelas bimbang diwajah mereka.

"Aura..Ya Allah.” MakLang menerpa bergerak mendekati Aura. Dibelek belek tubuh Aura..

Mereka yg lain hanya mengucapkan syukur memandangkan tak serius mana keadaan Aura. Aidan juga turut meminta maaf dengan Imer dan Aura..Walaupun sudah berkali kali wanita itu memaaafkan.

Makan malam disediakan oleh Kartini dan Maklang.

"Makan kenyang-kenyang Aura..baru cepat sihat.” Kata Kartini tersenyum manis kepada Aura yg tampak berselera.

Aura mengulum senyum.
"Baik ma. Mama tidur sini yea malam ni..ciksu, maklang, Abang wan.” Pandangan ditoleh kepada Imer disebelah. Imer membalas pandangannya..

"Haah..Ma. Tidur la sini semua..dah malam ni. Tambah pulak hujan lebat..takut jalan licin ke apa.” Celah Imer

Kartini menggeleng kecil.
"Mama ada kerja esok..ciksu dengan maklang pun mesti penat, nak rehat kat rumah..lagi pun taknak la Mama nak kacau Imer dengan Aura honeymoon.” Usik Kartini tersenyum.

Aura hampir tersedak..segera dicapai gelas berisi air sirap..diteguk laju.
'Lega! Malu aku dibuatnya..’ Aura menyentuh pipi nya mula merona merah.

Imer tersengih.
"Honeymoon dalam bilik pun dah puas..” Aura dipandang nakal dari sisi.

Kartini mengulum senyum senang..gigi diketap menahan ketawa melihat menantunya sudah merah merona.

'Ohmygod Imer! Kau memang nak rasa tidur luar.’ Gerutu Aura geram dengan sikap Imer.

"Awww sa..sakit la sayang” Lengan digosok akibat dicubit oleh Aura.

Imer tersenyum senang melihat Aura menjelingnya. Seronok mengusik isterinya yg mudah merah muka apabila malu.

'Comel!’

"Sudah la kamu usik Aura ni Imer..kesian dia. Dah Ifa cepat sikit makan. Dah lewat malam ni..Mak nak balik pula.” Celah Maklang sempat berpesan pada anak gadis nya

Aura mendongak melakar muka pura pura selamba tersenyum menutup malu yg masih tersisa. Secara tak sengaja bertentang mata dengan Zack. Aura tersenyum nipis kepadanya..terasa sedikit janggal. Zack segera melempar pandangan kearah lain.

Ifa yang dari tadi nampak tergesa-gesa..jam di tangan asyik dikerling ..menarik hati Aura untuk menegur.

"Ifa..kejar masa ke? Cemas saja nampak” Bibir tersenyum nipis.

Ifa mendongak wajah bersama riak wajah serba salah. Dipandang mereka yang tak hiraukan dia hanya sambung makan.

"Maaf la kak..Ifa sebenarnya lupa malam ni kena siapkan asigment. Dah la esok dah kena hantar.” Balas Ifa sambil menghabiskan makann dipinggan.

Aura mengangguk faham tersenyum sebaris .
"Tak apa. Akak faham..mesti semua busy kan.”

"Betul ke Aura..Imer. Mama pun nak balik dah ni..wan cepat sikit.” Gesa Kartini kepada Irwan yg sedang makan. Irwan hanya mengangguk..tidak membalas. Matanya tak lepas dari memandang kearah kolam renang yg agak luas.

Aura memandang Irwan dan Zack silih berganti. Mereka seperti terpaksa makan, asyik termenung saja..biasanya diorang la yg banyak cakap.

"Amboi Ma. Tak sabar nampak nak balik.” Celah Imer ketawa kecil.

"Aawww..sakit yang oii. Abang gurau je..Kan Ma?” Rungut Imer pura pura sakit dicubit Aura..sempat meminta sokongan dari ibu nya.

"Macam macam la korang berdua ni..” kartini ketawa kecil.

Aura tersenyum nipis. Imer disebelah dijeling tajam..
. .

"Esok Mama nak Imer bawak Aura ke pejabat. Kebetulan Mama ada meeting kat sana. Pukul 9 pagi. Ingat yea..” Pesan Kartini sedikit tegas sebelum meloloskan diri kedalam kereta bersama Irwan.

Tak sempat Imer berkata apa apa.. kereta terus bergerak pergi. Tercengang seketika.. mendengar keluhan berat dari suaminya, Aura menegur

"Kenapa? Panjang mengeluh..” Tegur Aura sambil tangan menutup kembali pintu pagar.

Aura mendongak menatap wajah Imer yang sugul ..Imer menyentuh tangan Aura hingga terhenti 'kerja’ nya..

'Monyok semacam saja ni..ada la tu yg tak kena.’ Ngomel Aura. faham sanggat pasti ada sesuatu yg ingin dikatakan suaminya. Jika ingin katakan sesuatu pasti lelaki itu memilih masa yg sesuai dan menggunakan cara lembut buat Aura..

Bibir mungil Aura disentuh asyik..Pandangan Imer juga redup hingga jarak mereka terlalu rapat. Aura sudah tak keruan..peluh dingin terbit didahi. Anak mata nya memandang kiri kanan takut ada orang.

"Jom masuk bilik.” Bisik Imer lembut..

Aura tergamam. Mula roma meremang..wajah serius Imer ditatap penuh rasa takut. Aura kemudiann menunduk..

Terdengar ketawa besar dari Imer. Aura kembali mendongak dengan wajah pelik. Tahu lah dia..suaminya hanya mengusik.

'Wht?! Ya Allah..dia ni memang nak tengok aku mengamuk.’ Gerutu Aura geram.

PAP! PAP! Tangan kecil itu menumbuk bertubi tubi didada bidang Imer.

"Sayang..jangan macam ni. Abang gurau je, oky ok..abang minta maaf.” Bersama sisa ketawa Imer pantas menangkap kedua tangan Aura yg melepas geram padanya.

Aura mula menarik muka cemberut.
"Awak memang tak pernah cium kuali kat dapur tu kan! Nk try? Jap saya ambil.” Bersama perasaan geram bercampur malu. Aura melangkah melepasi pagar itu. Dari tadi adegan dan ketawa mereka hanya diluar pagar..

Imer mengelap air mata ditubir mata keluar akibat ketawa kuat pada Aura. Imer segera berlari mengikuti Aura sebelum kuali betul-betul kat tangan Aura.

Langkah Imer terhenti dimuka dapur..

'Mampus aku kenyang makan kawah malam ni..’ Ngomel Imer mula berundur melihat Aura mendekatinya..bersama kawah besar ditangan. Kawah itu taklah terlalu berat sebab tu dapat diangkat.

"Sayang..bawak mengucap. Mati Abang..sayang juga masuk penjara. Siapa nak ikat jamin.” Akibat takut menguasai diri..Imer merepek entah apa-apa

Senyuman jahat dibibir Aura mati. Wajah berubah serius..kawah kembali diletakkan dilantai. Kerusi ditarik Aura lalu diduduk.. air didalam botol dituang dalam dua gelas.

"Alhamdulillah..sayang juga dia kat aku. Nasib takut aku mati..” Gerutu Imer melepaskan nafas lega. Kerusi dihadapan Aura didekati..

"Sayang. Sorry la..tak tahu pula sayang terasa.” Pujuk Imer lembut melabuhkan punggung dikerusi. Mimik wajah di'seposen’ mungkin. Takut isterinya merajuk lama lama..

Aura mengangguk kecil. Wajah masih serius seperti memikir sesuatu.

"Duduk la sebelah saya.” Kerusi ditepinya ditepuk Aura

Imer tersengih kecil. Kepala yg tak gatal digaru..
"Taknak la. Abang suka duk depan sayang..boleh la jugak tengok muka sayang puas-puas.” Sengih Imer mengenyit mata nakal mengusik isterinya

Aura tersenyum nipis.
"Saya rasa semua orang patut tahu yg saya pernah mengandung. Terutama Mama..saya takut akan jadi parah kalau Mama tahu perkara ni dari mulut orang lain kan lebih bahaya. Ada eloknya saya yg bagitahu sendiri..” Ucap Aura sedikit terselit rasa takut.

'Boleh ke orang terima aku sebagai menantu dalam keluarga ni? Perempuan yg dah tak suci..’ Bisik kata hati Aura .

"Sayang..” Imer berjalan melepasi meja lalu duduk merapat disebelah Aura.

"Kalau semua orang tak dapat terima saya lagi, tak apa saya redha..Nanti saya jelaskan semua. Saya taknak keluarga awak pun bencikan awak disebabkan kesalahan org lain.” Sambung Aura. Wajah ditayang setenang mungkin..menutup rasa remuk dihati.

Tangan Aura dipegang oleh Imer erat..seperti tak mahu lepaskan. Wajah Aura yg tersenyum manis kepadanya ditatap lembut..kedua pipi Aura disentuh. Dua bibir itu mula bersatu..Aura masih diam kaku. Bibirnya digigit oleh Imer dari dalam..kemudian dahi Aura pula dicium penuh syahdu dari Imer lama..

Aura hanya biarkan saja pinggangnya dipeluk dari depan supaya rapat. Dagunya didongak perlahan.

"Abang belum ready. Tapi bukan bermaksud abang malu ada isteri macam Aura..malah Abang bersyukur sangat-sanggat hadiah Tuhan bagi pada Abang ni. Cukup sempurna..Cuma Abang tunggu masa sesuai nak bagitahu Mama dan semua.” Kata Imer tenang menarik sedikit senyum.

Aura menahan air mata yg mula bertakung. Imer dipandang dengan rasa terharu..dia hanya redha. Apa nak jadi, jadi lah. Asal suaminya masih ada disisi..

'Selfish ke aku? Kalau Mama tak dapat terima dan Imer hanya diberi pilihan. Antara Mama dan Aku..Pasti la Mama. Wanita itu yg membesarkan suami aku..melahirkan dia. Ya Allah..ketika waktu itu tiba, kau kuatkan diriku..tabahkan hati..kerna aku sudah mula mencintainya separuh hatiku yg sudah terisi ini. Dengan nama Allah..Aku Aura Aisyah, hanya mengikut takdir yg telah ditetapkanMu Ya Rabb..’ Dada dipegang dengan rasa terluka. Biasalah perempuan overthinking..

"Sayang! Senyap saja..pikir apa? Abang harap tak fikir bukan bukan la.” Ujar Imer .

Senyum nipis terukir dibibir Aura.
"Tak ada lah.” Balasnya

"Esok kita akan bagitahu kat Mama semuanya. Abang yakin Mama dapat terima..lagipun bukan salah Sayang. Salah si setan tak guna tu..Dah dah jom “ Kata Imer bersahaja mengajak Aura menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya

"Ke mana?” Soal Aura

"Ke bilik. HAHAHA..” Imer berlari naik meninggalkan Aura bersama ketawa yg tercetus

"IMER!”

Hari ni mungkin sempat dua Bab. Enjoy reading..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience