TUBUH dihenyak dikerusi namun mata masih merayap kesegenap ruang pejabat itu. Kaki yang terdedah hingga ke lutut itu disilang sambil senyuman puas terlakar. Dari asalnya office milik suaminya berubah apabila tag nama nya terpapar dimeja besar itu.
"Setelah sekian lama... jadi milik aku juga harta kau Hisyam. Mula-mula office... lambat laun syarikat ni akan ada CEO yang berpengaruh, kaya raya... malah dikenali wanita bekerjaya dan elegan. Puan sri Wilya shida.” Wilya shida melepaskan tawa bahagianya.
Ya. Dia puas! Ini lah dari dulu yang dia impikan. Bukannya hidup bersama orang tua gatal itu. Dia mencebik. Dia akan balas semua perbuatan silam Tan sri Hisyam kepada nya walau sudah lama... itu tak bermakna dia lupakan begitu saja.
Dan ya, dia berdendam terhadap suaminya sendiri. Malah dendam ini sudah ditanam sejak bertahun lama dahulu.
Wilya Shida mengekalkan senyum nya tetapi peristiwa lalu menyapa hingga membuat senyumannya hilang serta merta. Dia mencengkam kemas kedua tangannya hingga berpeluh walau bilik itu dingin dengan penghawa dingin.
Mata dipejam sejenak dan raut muka wanita itu berubah dingin seperti tiada perasaan. Namun tiada siapa tahu disebalik wajah sombong itu, terdapat berjuta duka yang dia simpan selama ini. Mata yang terbeku dengan air mata pilu ditahan. Kerinduaan yang terselit dihati dilepaskan bersama juraian air pancuran mandi. Tiada yang pernah melihat air mata perit wanita itu.
Rindu terhadap anak yang dia tinggal ketika anak yg masih kecil. anak yang ketika itu tidak tahu menahu. Malah bukan seorang... dua anak gadis ditinggalkan kepada bekas suami pertamanya yang membenci padanya. Ketika itu dia tak pernah kisah dan hirau dengan anaknya yang menangis bagai rak memeluk kakinya memohon agar dia tak pergi. Tetapi akibat dendam membara nya, dia tekad tinggalkan segalanya demi membalas perbuatan keji Tan sri Hisyam. Penyesalan sentiasa menghantuinya. Tiada ibu yang benci pada anak sendiri.
Dia mengeluarkan smartphone. Icon album ditekan sekilas lalu beberapa gambar dua orang gadis ditatap penuh kerinduan. Tanpa sedar air mata ibu nya jatuh jua dipipi nya yang masih tampak muda walau usia mencecah hujung 40. Diusap entah kali keberapa gambar yang ditangkap oleh orang upahan nya diam-diam.
Sejenak Wilya Shida tersenyum menatap gambar Aura berjalan berpegangan tangan mesra dengan seorang lelaki. Dia tahu Aura sudah menikah dan pemuda itu menantunya walau mereka tidak tahu kewujudan nya. Wahal dia tumpang gembira dengan kegembiraan anak sulungnya.
Di scrool pula gambar yang lain. Dia mencarik senyum. Gadis bongsu yang satu itu juga tak lupa.
'Rindunya... kalau la ibu boleh peluk cium anak-anak ibu dah lama ibu buat. Tapi...’ Wilya Shida melepas nafas sesak. Dada terasa sesak memikir perihal hidupnya dan hubungan dengan dua anak perempuannya. Bukan saja seperti orang luar, malah Kewujudannya yang dari dekat saja anak-anak tidak tahu menahu.
"Tak apa, tiba masanya nanti ibu akan hadir semula dalam hidup Aura dan Intan. Kalau kamu berdua benci ibu sampai nak bunuh sekalipun, ibu sanggup berdepan. Sampai bila ibu nak menyorok seperti pengecut dan hidup dalam keluarga orang lain. Sedangkan keluarga sendiri ada.” Monolog wanita itu bagai tersuntik semangat melihat senyuman Aura dan Intan.
Dia teringat kembali pada si bekas suami, Azmin. Dan tak semenanya nya rasa berdosa dan bersalah kian menggunung. Azmin berubah disebabkan dia dan yang menjadi mangsa adalah Aura. Keluh dilepaskan...
Azmin dulu seorang suami yang baik dan penyayang sekali. Tak terlintas dek akal sesiapa lelaki itu sekarang berubah menjadi penjudi, kaki pukul... kerna lelaki itu sememangnya baik asalnya.
IMBAS KEMBALI 19 TAHUN YANG LALU~
"Budak tu bukan anak aku kan?”Azmin menahan didihan darahnya. Dada terasa mahu pecah dengan kebenaran didepan mata.
Aura yg sedang bermain dengan Intan dijeling. Dia mencerun memandang Wilya shida yang sudah menangis teresak memeluk kakinya.
"Abang... bukan salah shida bang..” Nafi wilya shida gerun dengan pandangan menyiga suaminya. Juraian air mata tak diendahkan. Dia tahu, Aura aisyah yang suaminya maksudkan.
"Aku tanya... budak tu anak jantan mana hah?!! Kau tak faham bahasa ke!” Azmin mula berang. dadanya turun naik menahan amarah. Dia berdiri menanti jawapan wilya shida. Tak rela dia disentuh wanita itu. Walau hanya kaki.
Wilya shida yang merintih melepas tangisan dilantai itu memandang lemah kepada Azmin.
Melihat kebisuan wanita itu, Azmin ketawa sumbang.
"Tan sri kaya tu yang sentuh kau kan?” Tekanya senyum senget apabila Wilya shida beriak 'terkedu!’
"Aku dah agak dah. Patut la budak Aura tu takde iras muka aku. Rupanya... anak luar nikah.” Azmin sengaja mengejek kerana ingin wanita itu merasa apa yang dia rasa. Sakit! Pedih apabila mengetahui kecurangan sang isteri. Bukan setakat itu saja, malah benih lelaki lain yang pertama tumbuh dirahim isterinya!
"Dia rog*l shida bang! Bukan kehendak shida!” Bantah Wilya shida memberitahu kebenaran yg sebenar bahawa bukan dia yang curang. Dasar Tan sri tak guna!! Dia menyumpah seranah lelaki durjana yg sudah berkeluarga itu. Dia mengesat kasar air mata membasahi pipi lalu ditatap Azmin dengan pandangan bersungguh-sungguh.
"Bod*h! Kau ingat aku percaya. Cukup la selama ni kau perbodohkan aku?! Kau dengar sini baik baik..” Tempelak Azmin menyinga menarik rambut wanita itu. Rontaan dan tangisan sakit dari Wilya shida tak dihirau. Dia mendekat ke wajah wanita itu bersama riak tegang.
"Kau tahu aku sayangkan kau lebih dari segalanya, tapi ini yang kau balas? Kalau dah sama-sama gatal, tak payah nak tutup kebenaran dengan cerita reka kau. Shida... kau dengar sini. Setiap butir dan ayat aku ni biar tersemat kemas dalam otak kau sampai bila-bila.” Bisiknya keras. rambut wilya shida dicengkam kasar.
"Aa.. abang... tolong la. Sa.. sakit.” Wanita itu mengaduh sakit kerna kakinya tergeser. Tangan Azmin yang mencengkamnya itu dipegang terketar.
"Aku sumpah dengan nama mak aku, aku akan seksa anak haram kau tu hari-hari. Dengar baik-baik, HARI-HARI budak tu akan menangis!! Dan muka buruk kau ni... aku dah muak menyampah. Kau boleh berambus dari rumah aku. Dah blah!” Jerkah Azmin kuat yg sudah dikuasai marah dan benci.
Dengan tangisan hiba, Wilya shida hanya menurut. Dia tak marah Azmin kerana bukan salah lelaki itu. Dia pergi mendapatkan Aura dan Intan lalu menarik kedua tangan anak kecil itu. Dia hanya tersenyum pahit apabila dua anak kecil itu bertanya kehairanan mengapa dibawa oleh ibu mereka yg jelas sedih.
Belum sempat kakinya menjejak jalan depan rumah mereka. Azmin tak menahan tetapi kedua gadis itu direntap dari belakang.
Wilya shida berubah kaget melihat anak nya menangis direntap kasar oleh lelaki itu. Azmin mengoyak senyum yang sukar dingerti.
"Siapa benarkan kau bawa dua budak ni? Aku suruh kau seorang saja berambus dari kampung ni. Intan dengan anak haram kau ni duduk dengan aku. Faham! Dan satu lagi...”
Wilya shida pucat lesi mendengar setiap bait yang keluar dari mulut Azmin. Dia tergamam. Maksud nya dia akan berpisah dengan dua nyawa nya itu? Ya Allah... aku tak sanggup! Kata-kata seperti tak mahu keluar dari kerongkong nya. Dia hanya mampu menanti ayat bisa dari si suami itu.
"Aku ceraikan kau dengan talak tiga.”
~end flashback~
.
.
.
.
2 BULAN KEMUDIAN....
Petaling Jaya, Selangor...
"Weh bang, kau bila nak kahwin? Tak bosan ke hidup bujang. Kau apa Zack... Aidan tu tak apa lah dia bercinta dengan buku.” Tanpa rasa berdosa Imer bertanya. Kuaci yang penuh berterabur diatas meja itu diambil.
Aidan dan Zack tergelak. Imer ni mentang-mentang dah ada bini. Berlagak pula dengan tiga bujang lapok itu. Irwan mencebik.
"Hek eleh berlagak kau mir. Aku bukan tak laku, tapi susah la nak cari perempuan buat isteri zaman sekarang. Aku nak la cari yang solehah macam Aura. Kan bahagia hidup dengan makan bebel hari-hari. tak gitu mir?” Irwan tenang membidas sambil tersenyum kemenangan apabila Imer berubah masam.
"Kau kut ya pun tak payah la bagi contoh bini aku. Dia handal dalam bidang leteran pun aku sayang. Kau apa tau!” Balas Imer
Zack tersenyum seorang diri bermain handfon itu tak diendah Aidan. Matanya terpandang seorang gadis bertubuh kecil itu namun sarat dengan perut membulat, seperti menahan sakit sambil menuruni tangga dari atas.
Aidan yang tanpa riak itu berubah seketika. Dia seperti baru tersedar. Eh itu kan Aura! Wajahnya berubah cemas melihat Aura hampir saja terjatuh dari tangga.
"Aura! Kau kenapa?” Aidan bingkas bangun ingin menolong Aura yang mengerang sakit. Terduduk gadis itu.
Zack, Irwan dan Imer terperanjat dengan jeritan lantang Aidan itu.
"Abang! Air ketuban dah pecah! Argh sakit bang...” Teriak Aura dari atas
Suasana diruang tamu itu dari gelak tawa mereka menjadi kalut dan huru-hara dengan empat jejaka itu kerna bercakap serentak dalam masa yang sama.
"Aura. Aura sayang.. jangan bergerak sanggat nanti jatuh!”
Imer yang sudah bimbang tahap nak terkeluar anak mata itu mencempung Aura turun ke bawah.
"Zack kau pergi start kereta!” Arah Irwan terlebih kalut. Zack akur berlari keluar.
Aidan pula tanpa disuruh pergi ambil barang-barang Aura yang sudah mahu bersalin itu.
"Cepat lah Aidan!” Jerit Irwan sambil tangan terketar minum air dalam gelas itu. Dia yang terlebih gemuruh itu tak tahu mahu buat apa, hanya mengarah saja kerana tubuh juga sudah berpeluh terketar.
Aidan keluar ke ruang tamu, tergelak memandang Irwan.
"Gemuruh kau tu macam kau pulak nak bersalin.” Aidan ketawa riak ketat dan resah Irwan
"Diam la kau.”
.
.
.
.
Empat lelaki itu berjalan mundar mandir diluar bilik bersalin. Zack yang bimbang hingga berpeluh sampai basah baju. Aidan pula cuak menggigit kuku hingga tak nampak rupa kuku.
Irwan yang selama ini cool, bertenang saja tapi hari adik iparnya bersalin bertukar sudah. Dia menenangkan jantung yg bagai mahu terlompat keluar. Imer pula berkumat-kamit berzikir membaca segala ayat suci Al Quran yg dia ingat. Tasbih ditangan tak dilepaskan. entah kat celah kereta mana dia terjumpa tasbih hitam itu.
Mereka bangun serentak apabila seorang jururawat keluar dari bilik bersalin itu. Dan ketika itulah mereka terdengar suara jeritan lantang Aura yang mengerang sakit.
"Er... maaf mana satu suami cik Aura?” Tanya jururawat muda itu. Musykil juga dia ramai lelaki yg menunggu seorang ibu bersalin.
"Saya. Boleh saya masuk nurse?” Soal Imer cemas.
Jururawat itu mengangguk.
"Suami dibenarkan. Dan memang ada baiknya suami cik Aura ada disisi...erk.”
Belum sempat jururawat itu menghabiskan ayat, Imer sudah meluru masuk. Nurse itu turut mengikut masuk mengejar Imer yg kelihatan tak sabar.
"Encik! Tapi encik kena pakai baju operasi pasien lengkap pakai pelitup muka dulu.” Jerit nurse itu kedengaran kepada Imer.
Setelah pintu bilik bedah kembali tertutup, tiga lelaki itu berpandangan sesama mereka. Melongo
"Lah tak bersalin lagi.” Serentak dengan itu ketiga mereka melepas lelah bersandar dikerusi.
Dalam masa yg sama...
Imer yg berdebar itu menyeka peluh diwajah isterinya yang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. Dia mencium dahi kepala Aura yang ditutupi hijab itu. Kata-kata semangat dan zikir tak lepas dari membisik ditelinga isterinya.
Tangannya hampir remuk digenggam Aura. Kaki yang lenguh akibat berdiri terlalu lama dibiarkan. Kesakitan Aura lebih dari perit.
"Sayang mengucap, Ash hadualaa illaaha illah Allah.” Bisik Imer namun didengar doktor disitu. Doktor itu berkerut seketika.
'Itu kata kata semangat ke, nak bagi isteri mati?’ Ngomel doktor wanita itu tergeleng dengan si suami pesakit.
Setelah beberapa jam bertungkus lumus dengan keadaan huru dibilik bedah itu kembali tenang dan masing-masing melepas nafas lega apabila bayi selamat mendarat, eh bukan. Selamat keduanya. Suara tangisan bayi yang dimandi dengan darah itu bergema lalu ke pangkuan Aura.
"Alhamdulillah. Ya Allah terima kasih sayang. Syukur..” Imer ketawa gembira. Dia membuat sujud syukur disitu.
Pekerja disitu turut tersenyum melihat satu keluarga itu dengan kehadiran bayi lelaki comel disisi Aura. Imer lalu mencium lama dahi dan tangan isteri tersayang. Aura hanya mampu tersenyum bersama mata yang hampir terkatup kerna badannya lemah setelah menggunakan sehabis tenaga.
Imer kemudian mengambil anak lelaki nya dicium lama. Penuh kasih seorang ayah dan ibu.
******
Next capter esok atau lusa ye ><
Belanja imej cikit di ig :p
Share this novel