ZACK meluru mempercepatkan jalan nya kearah Kartini dan Ibu saudaranya.
"Mak..”
Ciksu berpaling lalu berdiri mendadak mendekati Zack..
"Mana Opah? Awat Opah boleh jatuh..” Soal Ciksu cemas membelek belek tubuh Zack takut ada luka.
Zack mengelus lengan Ciksu cuba menenangkan ibunya..
"Mak, Mak uda, kak chik..Mak lang..Bertenang dulu..Jangan risau. Insyallah Opah tak cedera parah sanggat..Dia dalam bilik kecemasan sekarang..” Ujar Zack melabuhkan punggung di sebuah kerusi panjang berdekatan mereka melepaskan lelah.
Kartini melepaskan nafas lega..
Zack memandang hairan Ciksu..
"Mak mai sini..buat apa?” Soalnya
Ciksu menepuk paha Zack..
"Aura..Mak baru dapat tau Aura sakit. Awat hang tak habaq kat Mak? Zack mesti dah tau kan..”
Zack menggaru kepala yg tak gatal itu dengan sengihan..
"Bukan tak nak bagitahu..Cuma lupa.”
"Maafkan saya Su..semua..Saya yang suruh Zack rahsiakan dulu pasal menantu saya..Bukan apa saya cuma taknak semua risau.” Celah Kartini tampak serba salah
"Takpa la Uda..benda dah jadi. Nak buat lagu mana kan..Kita doakan Aura dan Mak sembuh ja.” Sampuk Mak lang
Ciksu mengangguk..
Suasana menjadi hening seketika..masing masing termenung menunduk hingga menembus lantai.
"Ehh..Jom la kita pi tanya doktor..mak lagu mana..risau ni.” Kata Kak Chik sambil menepuk menepuk lembut anak kecilnya dalam pangkuan.
Mak Lang mengangguk..mereka bangun serentak
"Uda..jom la. Tengok mak sama.. Aura tu satgi kami datang balik..” Ujar Mak lang lembut kepada Kartini yang diam membisu.
Kartini menggeleng laju..senyum nipis terukir.
"Kejap lagi saya pergi tengok Mak. Nak tengok Aura jap..” Balas Kartini
Mak Lang mengangguk..lalu berjalan diikuti Ciksu dan Kak chik menuju ke Wad kecemasan.
Kartini memulas tombol..matanya terpandang Zack yang masih duduk termenung di kerusi. Kartini mendekati..bahu Zack ditepuk lembut..
Zack tersentak..mendongak. Senyum mesra terukir..
"Dari tadi lagi Mak uda perasan..Zack duk termenung saja. Ada masalah ke..ke Zack risau kan Opah?” Soal Kartini
"Takde la Uda..Zack cuma risaukan Opah..” Balas Zack tersenyum nipis menutup rasa gementar yang hadir entah dari mana..dadanya dipegang..
'Kenapa dengan jantung aku ni? Berdebar semacam saja..’ Omelnya
Kartini tersenyum manis..
"Jom!”
"Pergi mana Uda?”
"Lawat menantu Uda..dah lama Uda tak datang tengok Aura.” Ujar Kartini tergelak kecil melihat muka Zack yg berubah cuak
"Errrk..Za..Zack..”
"Dah dah..jom. Kejap saja..Teman Uda. Aura pun mesti rindukan Zack.” Usik Kartini tersengih
Zack tersenyum pasrah. Berjalan masuk diikuti Kartini..
"Assalamulikum..anak Mama.” Kata Kartini ceria melihat wajah Aura yang tiada respon mahu pun buka mata itu tenang. Dahi Aura dicium sekilas..
Zack yang berdiri disisi katil Aura..wajah Aura ditenung dalam.
'Aduhh..amenda tenung bini orang macam tu..Tak pasal aku..’ Bisik Zack menampar perlahan pipinya
"Insyallah pesakit akan sedar. Puan banyakkan bersabar dan doa..” Celah seorang Doktor wanita itu..Yg muncul entah dari mana. Mesra menyapa Kartini..
Kartini menoleh tersenyum nipis..dia dah biasa dengan sikap Doktor itu yg masuk tak ketuk pintu dulu..Lagi pun Kartini sanggat kenal dengan Doktor itu..
"Maafkan saya..saya cuma nak chek luka diperut Aura. Puan tak payah keluar takpe..” Kata Doktor itu menghampiri katil Aura..tangan ligat membuka kerja.
Kartini mengangguk..memerhati Aura.
Zack laju berpaling kearah lain apabila baju Aura diselak oleh doktor.
"Alhamdulillah..luka semakin pulih. Puan jangan sedih..belum ada rezeki Puan nak timang cucu.” Ujar Doktor wanita itu mesra. Fikirnya pasti Kartini sedih dengan keadaan Aura yg koma lama dengan cucu nya yg meninggal.
Kartini dan Zack mendongak serentak.
"Cucu??” Kartini memandang hairan. Berkerut seribu wajahnya..
"Yer..cucu. Cucu Puan la..Pesakit gugur ketika perut dia ditembak. Kandungan bayi juga baru 4 minggu. Puan tak tahu ke..?” Tanya Doktor itu serba salah.
Kartini tersentak. Segala kata kata doktor itu masuk kedalam otaknya.
"Doktor merepek kan? Aura baru kahwin sehari..takkan boleh mengandung. Mengarut semua ni..” Celah Zack kasar menggenggam tangannya erat. Merah padam muka nya..
Zack tersentak melihat Kartini bangun mendadak lalu berjalan laju pergi..
Doktor wanita itu juga turut terkejut dengan apa yg berlaku..
"Mak Uda!” Zack mahu mengejar Kartini tetapi bayang wanita itu sudah menghilang.
Zack meraup wajah kusut..
"Apa semua ni?! Jangan cakap yang Imer dan Aura dah bersama sebelum nikah.” Gerutu Zack sendirian bersandar dikerusi ..
'Walaupun aku baru kenal Aura..Tapi sesuatu dalam diri dia yg menunjukkan Aura hanya mangsa keadaan! Dia baik dan..polos.’ Kata hati kecil Zack tak mahu menuduh Aura sembarangan. Nafas dilepas berat..keluhan kecil terbit dibibir. Kepala nya ditunduk lemah..penampilan dan rambut juga tak terurus.
"Asal dengan aku ni..emo semacam. Mesti sesuatu yg berlaku..Yang Imer sorokkan dari semua orang.” Gerutu Zack berkerut seribu..aneh
Happy reading..komen n support
Share this novel