Bab 20

Romance Completed 32236

"Masuk lah..bukan aku nak culik kau ke apa. “ Isqanda mendekati Aura

"Cakap jerlah kat sini..lagi satu saya tak kenal Encik ..Dah kenapa saya kena ikut cakap Encik.” Aura yang masih beriak kosong

"Kalau benda ni tak penting..aku pun taknak la jumpa kau. Faham tak! Dah cepat..jangan buang masa aku dengan perangai degil kau tu.” ujar Isqanda yang cuba memperlahan kan suara apabila ramai memandang mereka aneh.

'Apa? Aku salah dengar ke? Atau telinga aku yang tersumbat..Dia kata aku degil, Heyy !’ Omel Aura

Aura berjalan laju masuk ke dalam perut kereta sebelah penumpang. Muka nya kelat..tiada lagi senyuman. Pintu kereta ditutup kuat..

"Eii perempuan ni..perlahan la sikit. Rosak kereta aku! “

Diikuti isqanda yg turut disebelah Aura memandu membelah jalan raya..

Di kedai.......

Isqanda menyirup air perlahan lahan..mereka yg duduk berhadapan itu hanya diam.

"Aku Isqanda..Suka hati kau la nak panggil apa.” Isqanda yang mula mukadimah

Aura beriak biasa. "Erm oky..tapi jangan marah kalau saya suka hati nak panggil apa.”

Isqanda menjeling tajam.
Fail hijau dihulurkan kepada Aura atas meja.

"Aku nak kau kerja dengan aku.” Kata Isqanda selamba

Aura tercengang. Ligat otak nya berfikir..

'Aku mimpi ke ni?’

"Dah kenapa saya kena kerja Encik?”

Isqanda tergaelak kecil..tapi lebih kepada memerli.

"Aku tahu sekarang ni..dalam otak kau tu..Pikir nak lari dari semua orang kan..Terutama keluarga Mertua kau tu..Apa la yang akan jadi..Yang kau ni 'kena’ dengan lelaki lain dulu sebelum suami kau sendiri.” Isqanda menarik senyum sinis apabila wajah Aura berubah

Aura tersentak.
"Jadi Encik yang hantar gambar tu..” Aura mengetap gigi menahan sabar. Merah padam muka nya yang putih itu..

"Yes! Ok aku jujur..kalau kau nak benci Zirul boleh..Tapi kau tak boleh nak benci aku! First sebab aku tak masuk campur apa yang dia buat kat kau..And aku cuma nak ringankan masalah kau..”

Aura tersenyum mengejek..
"Mungkin bagi korang yang berharta ni..apa yg dia buat kat saya Biasa. Tapi saya tak kan lupakan semua ni..” Kata Aura dingin

"Sekarang ni aku taknak cakap pasal kau orang punya problem..tujuan aku nak jumpa kau ni..Aku nak kau kerja dengan aku ..tu jer..That it! Gaji dua kali ganda dari staff yang lain..macam mana.” Isqanda masih menanti riaksi Aura

"Dah takde orang lain ke Encik nak amik pekerja..ramai lagi boleh tolong Encik. Asal saya pulak?” Soal Aura hairan

Isqanda mengeluh kecil.
"Sebab aku tahu..kau tengah mengandungkan anak Zirul kan! Aku cuma percayakan kau..” Balas Isqanda

Aura berfikir sejenak..sejujurnya dia betul betul buntu sekarang ni.
'Tapi dalam masa yang sama..aku tak mampu nak berhadapan dengan Family Imer lagi. Ya Allah nak pecah rasa kepala aku ni pikir semua ni.’ Rungut Aura

Aura membelek beberapa kertas dalam fail tersebut.

"Pen?” Tangan dihulur meminta pen dari isqanda

Isqanda menarik senyum lega. Aura sempat mengerling wajah dihadapannya.

'Kenapa la lelaki lelaki kacak yang hadir dalam hidup aku ni..semua handsome! Untung jugak aku ni..Tapi perangai tak payah cakap lah.’ Omel Aura

Isqanda menghulurkan sebatang pen hitam kepada Aura..Aura mula sign. Lalu diberikan kembali kepada Isqanda Fail

"Dah puas hati?” Aura menjeling terbalik biji mata..

'Elok la tu buat macam tu..biar juling terus mata.’ Omel Isqanda

"Saya pergi dulu.” Aura bangun dari kerusi

Isqanda menahan seketika. Lalu menghulurkan sekeping kad kepada Aura..

"Ni kad aku..kalau boleh esok pun kau boleh datang office aku.”

"Ermm.” Aura mengambil kad ditangan Isqanda lalu melangkah meninggalkan kawasan itu..

Aura pulang menaiki teksi ..nasib baik dia ada duit lebih dalam poket seluar.

"Macam mana?”

"Hahaha kau tengok la siapa punya kerja..of couse la berhasil.” Balas Isqanda sambil ketawa

"Good! Nanti aku bagi apa yang kau nak..” Terdengar suara dari corong hp Isqanda berbicara sinis.

Isqanda tersengih. "Ok lah..Aku kena balik office pulak ni.”

Panggilan dimatikan.

"Haih..kita tengok siapa lebih licik.” Isqanda menarik senyum penuh misteri.

Aura keluar dari perut teksi..mata melilau memandang orang ramai memasuki rumah Mertua nya. Jaam di hp dijeling..

"Pukul 11 dah!! Ya Ampun lama jugak aku keluar.” Terjerit kecil Aura

Aura melangkah memasuki pintu utama..dilihat saudara Imer yang lain masih ada. Majlis pun mungkin tak start lagi..

"Aura! Pergi mana? Lama hilang..semua tengah cari Aura tadi..” Muncul Zack bersama wajah risau..ditangan nya ada beberapa pinggan mangkuk.

Aura berpaling kearah Zack. Senyum bersalah diukir..kepala yg tak gatal digaru

"Keluar kejap..lepastu terserempak dengan kawan kolej..tu yang borak sampai tak lupa ada majlis..” Balas Aura.

Majlis kesyukuran dibuat hanya dibuat kecil kecilan saja tapi disebabkan mereka keluarga besar..jadi meriah la dengan jiran tetangga turut diajak.

Zack mengangguk faham..hp ditangan nya berdering.. bertambah ceria muka itu..

"Awek call..Kejap yea Aura.” Zack tersengih kecil lalu keluar dari pintu utama.

Aura mengangguk..tersenyum kecil. Tiba tiba fikiran nya tersinggah wajah Nazirul..

'Aku dulu pun macam tu..dapat jer call dari Zirul..terus happy. Maklum la dia orang pertama yang buat aku jatuh hati.’ Kata hati kecil Aura sayu

Semasa Aura hendak masuk kedalam bilik..dia terserempak dengan Imer. Jelas terkejut muka lelaki itu..

"Asal muka kau pucat jer ni?” Imer meletakkan segala barang barang ditangan ..laju tangannya menyentuh dahi Aura.

"Panas nya..Kau demam ni Aura. Dah tak payah tolong orang masak..dah ramai dah orang tolong. Kau pergi rehat dalam bilik dulu.. kejap lagi aku bawak bubur.” Ujar Imer mengawal muka nya supaya tak terlalu nampak seperti cemas

"Majlis start bila?” Tanya Aura

"Lambat lagi..pukul 1 baru ramai orang datang.” Balas Imer mengambil kembali barangnya dilantai

"Tapi saya boring la duk dalam bilik.” Aura mencebik manja sambil buat muka kesian

Imer menelan air liur kesat.
'Jangan la buat muka comel depan aku macam tu..sayang oii.’

"Kau masuk dulu..kejap lagi aku bawak bubur.” Imer terus menuju ke dapur.

Aura menyentuh dahinya..
'Haah la panas..banyak sanggat kejutan..sampai demam.’

Aura masuk kedalam bilik Imer..tekak nya tiba tiba terasa seperti nak muntah. Kepalanya pusing.. Aura berlari masuk kedalam bilik air..memuntahkan segala isi perut..

"Wwerkkkk.” Aura menekan perutnya terasa sakit..ketika hendak keluar..pintu ditutup rapat.

"Bila aku tutup pintu?” Aura bingung. Tangannya cuba membuka tombol pintu tetapi seperti dikunci dari luar.

Muka nya panik..habis berpeluh seluruh tubuh. Aura memegang perutnya..

"Ya Allah! Siapa yang kunci ni...Bukak la!!” Laung Aura dari dalam bilik air.

"Imerr!!”

Aura berundur setapak demi setapak kebelakang..kaki nya terpijak sabun.

"Argghhhh!!” Nasib baik tangan aura sempat berpaut paip.

Nafas dihela laju.. Aura terasa seperti hendak nangis.

"Imerr tolong!”

Pintu bilik air ditendang dari luar oleh seseorang.. Aura sudah tak sedarkan diri.

Aura mendengar sayup sayup suara Imer memanggil namanya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience