PETI sejuk dibuka. Tercari-cari bahan untuk dimasak.
"Haih, nak masak apa? Buah saja banyak. Laki balik kerja takkan nak bagi makan buah pula...” Ngomel Aura sendirian. Naik mengeluh dia melihat isi peti itu penuh dengan buah.
Sayur-sayuran atau lauk pauk tiada pula. Aura menanggalkan apron biru yang dikenakan dibadan. Panas rasanya...
"Agak nya macam ni la jadi suri rumah sepenuh masa. Bunyi saja takde kerja, tapi letih dia lebih dari orang lelaki! Basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, ha apa lagi... bersih rumah! Haih semua lah kerja perempuan.” Kata Aura mengira dengan jemari nya.
"Tapi adil la tu, suami cari rezeki, sebagai isteri pula layan suami.. astagfirullah alazim tak baik aura mengeluh.” Gerutu Aura lagak seperti bersalah.
Pandangannya jatuh pada perutnya.
"Baby nak makan apa? Ha kuaci! Mana kenyang sayang.. Ibu lapar la, kita makan banyak-banyak ye sampai gemuk.” Bicara Aura seperti bercakap dengan anak yang masih belum menampakkan bentuk. Tersenyum dia mengenangkan dia mungkin terlalu bosan hingga bercakap sendirian. Tetapi kini dia tak keseorangan.
"Assalamulikum.” Terdengar seseorang melaung memberi salam dari luar, pantas Aura menyarung tudung. Aura kenal dengan suara itu.
"Ya kejap.” Sahut Aura kekalutan
"Aura! Aku ni. Cepat lah panas ni!” Laung Fiqa .
Aura yang sudah kalut berlari anak berlari keluar dari dapur.
"Ye sabar la. Aku tak buka pintu kang!”
"Ishh perempuan ni punya laung, dengar satu perumahan ni dengan suara dia.” Tergeleng kecil Aura mengingatkan sahabatnya itu. Daun pintu utama dikuak. Terjegul Fiqa bersama mangkuk tingkat ditangannya.
"Wey meh peluk, rindu pula dekat kau.” Mereka berpelukan sebentar melepas rindu katakan. Aura tersengih melihat muka Fiqa kemerahan sedikit dan berpeluh akibat haba membahang tengah hari itu.
"Mak long tak datang sekali ke?” Aura menjengah leher mencari mak saudaranya. Namun hamba, tiada.
Fiqa menggeleng. Berjalan masuk beriringan dengan Aura.
"Mak cik tu mana boleh duduk diam kat rumah. Dia pergi kenduri kahwin anak Cik ja.” Kata Fiqa mengambil tempat dikerusi kaunter dapur. Manakala Aura hanya mendengar sambil tangan ligat membancuh air nescafe buat dua mug.
"Anak Cik ja? Anak yang mana satu? Tak silap aku, anak dia semua dah menikah.” Soal Aura sambil mengambil tempat menghadap Fiqa. Hah senang nak bergossip...
Fiqa tersengih apabila Aura menghulurnya satu mug.
"Buat susah-susah je tuan rumah.” Fiqa tersenyum malu alah. Sebenarnya bukan malu sanggat.
Aura menjuling mata meluat.
"Kau tetamu kan. Lagi pun ni rumah imer bukan rumah aku. Eh cepat lah cerita anak Cik ja yang mana satu?”
"Kau ingat lagi tak budak perempuan yang selalu berkepit dengan Intan. Ha budak tu la anak Cik ja yang bongsu. Tapi kan dengar cerita...” Ujar Fiqa bersungguh. Memandang kiti kanan dan mendekat kepada Aura lagak seperti memberitahu rahsia.
Aura mengangkat sebelah kening. Menanti cerita seterusnya dari Fiqa. Nak juga tahu cerita gossip orang kampung... dah tak tahu apa apa pasal kampung halaman nya. Fiqa la tempat bercerita..
"Anak Cik ja tu mengandung sebelum nikah. Itu aku dengar dari mulut mak aku la. Aku sendiri pun tak tahu. Tapi wuish dasyat kawan Intan tu, apa apa dah bunting... siapa la ya? Kena siasat dengan Mak jiah ni..” Bersahaja fiqa bersandar dikerusi sambil menghirup air buatan Aura.
Aura menampar bahu Fiqa hingga membuatkan Fiqa tersedak, buntang matanya. Dengan selamba tanpa bersalah Aura menghulurkan tisu.
"Mulut kau ni.. tak baik tahu cakap macam tu. Kalau tak betul macam mana? Kan dah jatuh fitnah nama nya. Hish celopar!” Tegur Aura tak senang dengan percakapan temannya yang terlalu straight to the point..
Fiqa menggosok bahunya sambil mencebir bibir.
"Kut ya pun tak yah ah tampar terkejut kat aku, kalau aku tercekik air ni tak ke naya kau masuk lokap.” Gadis itu menjuih bibir ala rajuk.
Aura menggeleng. tersenyum kecil..
Suasana dapur itu menjadi hening seketika...
Masing-masing seperti dalam dunia sendiri.
Fiqa melihat Aura dengan pandangan serba salah. Tak tahan dengan suasana senyap itu akhirnya Fiqa membuka mulut memecah sepi.
"Imer dah tahu? Tak nak pergi check up? Kau kuat alahan? Ish kau ni pun Aura, bagitahu saja lah kat laki kau tu yang kau pregnant. Bukan susah pun.” Kata Fiqa menyatakan geramnya dengan sikap degil Aura.
Aura mengeluh mendengar soalan yang diutara kepadanya.
"Bukan tak nak kasi tahu. Tapi... susah la Fiqa. Bahaya kau tahu tak.” Balas Aura. Dari tenang menjadi serius wajahnya.
Fiqa memandang temannya itu dengan rasa simpati.
"Kau takut kalau berita kau pregnant ni sampai kat telinga Intan?” Teka Fiqa
Aura diam kembali menunduk. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Justeru itu lah yang menjadi kebimbangannya setelah kejadian 3 minggu lepas. Dia kenal dengan Intan. adiknya itu takkan puas selagi dia benar benar menderita. Anak ini umpama nyawa buatnya... tak mustahil Intan mahu 'rampas’ kandungannya kali ini.
Melihat kebisuan Aura itu sudah membuktikan tekaannya betul. Fiqa beristigfar panjang dalam hati. Apa la yang difikirkan temannya itu. Mengapa perlu takut kepada Intan.
"Ya Allah aura. Jangan disebabkan Intan sengal tu, kau jadikan Imer mangsa. Maksud aku bukan mangsa, tapi kesian la kat laki kau tu. Dia patut tahu yang kau tengah mengandungkan anak dia.” Kata Fiqa berbaur kesal. Kenapa sampai ke situ kerisauan Aura? Tak perlu la takutkan intan. Macam la Intan itu berkuasa sampai semua orang perlu takutkan nya . Kalau macam tu sampai bila-bila pun tak kan bahagia.
Aura masih diam. Keluhan berat terbit dibibir entah kali ke berapa. Jika bertanding hujah dengan Fiqa, pasti lah dia akan kalah kerana apa yang dikatakan sahabatnya itu benar belaka.
"Entah la, nanti la aku fikir.” Balasnya ringkas
Fiqa berlapis dahinya berkerut. Agaknya tak sampai umur 30 dah berkedut kerut mukanya akibat selalu kerutkan muka.
"Nanti? Aku rasa NANTI kau beranak pun, kau tak cakap kat Imer. Kan? Tak payah kisah la pening pening pikirkan adik tak semengah kau tu. Dia takkan mampu buat apa apa punya lah selagi aku ada dengan kau. Nampak bayang aku je... tak cukup tanah budak tu lari.” Ujar Fiqa dalam menasihati Aura, sempat berlagak. Ketawa bangga.
Aura tersenyum nipis. Dalam sehari kalau tak puji diri sendiri bukan Afiqah la namanya.
"Thanks Qa. Hmm.. betul la cakap kau tu. Buat apa aku nak takut dengan dia kan. Allah sentiasa ada. Kalau kita ingat Dia, Dia pun akan ingat la kita. aku nak masak ni... kau nak tolong ke? Memang buat kenduri kesyukuran la Mak long kalau dapat tahu kau pegang kuali masuk dapur.” Sempat Aura berseloroh sambil tersengih.
Mendengar perlian itu muncung sedepa mulut Fiqa. Dia bangun dari situ.
"Aku ada niat nak tolong kau. Tapi dah kat sini pun makan perli, baik aku layan tv rumah kau. Tapi hari ni aku baik... mengenangkan kau tengah mengandung, jadi aku tolong la.” Ujarnya sambil mengorak langkah kearah Aura.
Aura tersengih. Untung ada kawan seperti itu, ada disaat dia susah. Pasti Fiqa bimbang dengan dirinya yang berbadan dua...
"Ni kalau kau pregnant. Kalau tak, kau hangus sorang-sorang kat dapur pun aku tak kisah.” Selamba Fiqa
Aura yang mendengar gurauan kasar temannya itu, mati senyum mekarnya. Tarik balik la kata pujian tadi.
"Kau jangan sampai aku bagi minum air jamban kat kau hari ni.” Suara Aura mengancam. Terdengar Fiqa tergelak dengan kegarangan nya yang jarang-jarang.
"Okey okey.. sorry. Alaa makcik ni dah macam itik buat muncung lagu tu. Suruh cik abang kau cium la. Jangan mintak ngan aku..” Sakat Fiqa semakin galak. Tersengih seperti kerang busuk.
"Fiqa!” Jerit Aura geram menahan senyum kepada Fiqa yang berlari ke ruang tamu dengan ketawa kekehnya. dah tak bunyi macam anak dara pula temannya itu gelak.
.
.
.
.
Company Al-C.Z Holding...
"Kau biar betul Mir?” Soal Irwan entah kali ke berapa masih tak percaya dengan berita yang disampaikan oleh adiknya.
Imer yang bersandar dikerusi menjeling bermalasan kepada Irwan.
"Tak ada untung nya aku reka cerita. Bukan boleh buat duit pun. Alaaa bang, senang senang kau pecat saja lah perempuan tu. Pastu mintak polis sumbat masuk penjara. Habis cerita, senang kan. Aku memang menyirap darah betul tengok muka perempuan tu.” Luah Imer yang masih belum padam kemarahannya pada Intan. Setelah memaksa Aura bercerita apa yang terjadi, akhirnya isterinya itu membuka mulut mencerita dari awal hingga akhir. Identiti Intan juga dia sudah ketahui.
Perempuan yang dimaksudkan Imer ialah adik iparnya.
Sememangnya memang terkejut bukan kepalang Imer ketika itu. Sampai ke hari ini Aura tak beritahu mengapa Intan begitu berdendam kepadanya. Dia tertanya tanya juga soal itu, namun tak mahu terus mendesak Aura... Imer hanya diamkan dulu soalan itu.
Zack yang diam sejak tadi mula bersuara. Irwan yang perasan sepupunya itu seperti keberatan mahu memberitahu sesuatu, dia mengangkat kening.
"Kau kenapa Zack? Banyak ke batu berlian keluar kalau buka mulut.” Selamba Imer bertanya.
Imer dan Irwan mula memberi perhatian apabila melihat wajah serius Zack.
Zack menghembus nafas lemah sebelum memula bicara.
"Aku... aku dengan Inaliya dah putus tunang. Kau orang sendiri tahu kan impian aku. Bukan senang nak tinggalkan cita-cita yang aku idamkan selama ni, lepas dapat... gila aku nak lepaskan. Tak rela lah. Dia pula asyik desak aku suruh berhenti. Haih... putus tunang habis cerita.” Luah Zack tanpa secalit senyuman di wajah. Akhirnya dia meluahkan apa yang terjadi mengenangkan dia tahu kedua sepupunya itu faham dengan dirinya. Ya la, mereka membesar sama-sama... setiap masalah pasti la perlu berkongsi untuk mendapat sokongan dan pendapat.
Imer tergelak gelihati.
"Kau punya selamba badak tu, kalau nampak dek Liya tak ke meraung dia tu.” Kata Imer tersengih apabila mendapat jelingan maut dari Irwan.
Irwan mengabaikan sebentar kerja didepannya. Dia mengurut tengkuk ..
Mereka faham dengan impian Zack yang ingin menjadi seorang tentera askar sejak kecil. Muka saja jambu, tapi cita-cita ganas. Inaliya pula setentang dengan itu, katanya mana mungkin bahagia seorang isteri apabila sering ditinggalkan suami apabila suami pergi latihan. Kadang berbulan-bulan.
Justeru ada saja sebenarnya wanita yang jenis memahami. Dua pemuda itu pula menginginkan isteri yang memahami dan tak mudah melenting. Matang dan berfikiran terbuka... Imer sudah lepas lega. Kerana dia seorang saja sudah lepas dari gelaran bujang. Walaupun dia yg paling muda.
"Kau sabar saja la Zack. Teruskan apa yang kau kejar, tak berbaloi rasa nya perjudikan impian sendiri dari kahwin dengan budak Inaliya tu. Kalau ada jodoh ada la... kalau tak ada nasib la membujang senasib dengan aku.” Kata Irwan sedikit memberi motivasi namun Imer ketawa perli.
Zack mengangguk lalu senyum diukir. Bersetuju dengan bicara Irwan itu.
"Kau berdua ni mat bujang forever. Sebab tu kau cakap macam tu. Nanti bila dah kahwin ada anak bini, ha makan diri sendiri la kata-kata tu.” Perli Imer tanpa rasa bersalah mengutuk depan depan. Dia kembali terdiam apabila menerima panahan mata tajam dari kedua lelaki bujang dua itu. Dia tersengih...
.
.
.
.
Imer menjeling jam ditangan. Dia sudah kalut apabila terlewat. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Akibat terlalu leka dan berlambak Irwan beri kerja padanya, terpaksa la dia sudahi kerja dahulu sebelum pulang.
Hon ditekan beberapa kali apabila lebuh raya itu yang selalunya tiada kesesakan lalu lintas menjadi sesak pula dengan bersusun panjang segala jenis kenderaan.
"Ada accident kot?” Gerutu Imer apabila terlihat ada kereta ambuland didepan. Orang ramai juga berkumpul. Akibat banyak kereta jadi terlindung pandangan nya dari melihat tempat kejadian.
"Adoi! Time aku kalut macam ni la nak ada accident la apa. Kalau nak accident sanggat... kau pergi jerlah kemalangan kat tempat lain asal jangan laluan aku ni. Aduh mak! Kalau la aku ni ada sayap.. dah lama aku terbang balik rumah peluk isteri.” Akibat rasa tertekan, Imer sudah merapu bercampur melepas geram memandangkan hanya dia dalam kereta ketika itu.
Tiba tiba Imer bertambah kalut apabila hp nya berdering. Nama isterinya terpapar di skrin phone sebelum panggilan itu diangkat.
"Hello yang. Kenapa ada apa-apa berlaku ke? Abang duk risau ni, jalan pula jemm. Alamak memang nak kena hempuk orang yang buat hal tengah jalan ni.” Ujar Imer terus melontar soalan. Kerisauan kepada Aura usah ditanya. Dari tadi berdebar saja mengenangkan isterinya hanya keseorangan.
Semenjak dari apa yang berlaku, Imer menjadi takut tinggalkan Aura keseorangan dirumah. Dia menjadi terlalu berhati-hati.
Terdengar suara ketawa merdu dari sang isteri.
"Abang jangan la bimbang. Aura bukan seorang saja kat rumah ni, ada je teman.” Sahut Aura
Imer melepas nafas lega. Namun kening kembali bertaut. Heran? Ada org teman?
"Sejak bila Aura membela hantu ni? Sayang jangan macam macam... tak lena abang tidur.” Kata Imer sedikit pelik. Tapi dia tak lah serius dengan apa yang dikatakan itu. Masakan Aura membela.
"Hey mengarut saja kerja. Fiqa la! Dari tengah hari lagi dia teman Aura kat sini. Katanya selagi abang tak balik, selagi tu dia tak balik sebab risaukan saya. Macam la aura ni budak umur setahun nak kena pantau depan mata. Kan?” Terang Aura tergelak kecil.
Sekali lagi Imer merasa lega. Dia terangguk angguk mendengar bicara Aura itu.
"Syukur la sayang tak apa apa. Mujur ada Fiqa... okey la Aura jaga diri baik-baik. Jangan buat kerja berat... kereta dah bergerak ni.” Kata Imer lembut setelah mendengar balasan positif dari Aura, panggilan ditutup. Dia meletakkan hp dikerusi penumpang bersebelahan nya.
Pedal minyak ditekan. Namun perlahan saja pergerakan kereta masing masing akibat orang awam masih menguruskan kecelakaan jalan raya itu.
Ketika melintas betul-betul ditempat kejadian. Imer memanjang leher melihat. Kelihatan darah banyak mengalir dijalan tar itu. Darah pekat itu membuat Imer merinding melihatnya... pasti teruk juga kemalangan yang berlaku. Terpandang pula dia buah kereta yang kempis kuat akibat berlaga mungkin.
Orang ramai yang berkumpul mengatasi sedikit pandangan dia yang dari tadi mahu melihat bagaimana cedera mangsa.
Apabila seorang lelaki bergerak ketepi... ketika itu lah Imer terlihat jelas mangsa kemalangan itu.
Imer terpempam. Jantungnya terasa disentap dari tubuh.
"Kau?”
Enjoy reading... bab hari ni lebih santai dan banyak berbual..
Share this novel