NOMBOR Aura didail buat kali entah keberapa. Hampa. Tetap juga tak diangkat. Riaknya dari tadi gelisah seperti kucing kehilangan anak. Tapi Imer merasa seperti kehilangan nyawa.
"Arghh! Strees!” Tak semena-menanya Imer melepaskan kekacauan hatinya pada kerja didepan. Habis berterabur segala kertas dan barang-barang bersepah dilantai.
Kepala dipicit picit. Rambut diserabutkan. Mata Imer terhala pada beberapa pekerja disitu yang mula memandang aneh kepadanya. Dia hanya menjeling. Lengan baju kemeja dilipat hingga kesiku, jelas kelihatan tangannya berurat.
"Shit! Time ni juga nak ada metting la apa. Isteri aku hilang la b***h!” Mahu tak angin Imer. Ketika dia mahu pulang semula ke tempat Aura ditinggalkan sebentar, masa tu jugak kerja menghalang.
Wajah berkerut. Gelisahnya belum hilang jika belum mendengar khabar Aura baik-baik saja. Tapi bagaimana? Kartini sudah menegaskan supaya membuat kerja secara lancar, tak mahu masalah timbul. Masalahnya hari pertama lagi... masalah sudah mendatang!
Imer berdiri serentak disumbat iPhone nya kedalam kocek seluar. Dia sudah pikir panjang, apa yang Mamanya ingin marah.. marah la. Dia sudah tak heran jika orang disitu memanggilnya tidak profesional. Campurkan masalah peribadi lalu membawa ke kerja. Sudah diterangkan berkali kali...namun Dato’ Jeffri seperti menganggap remeh.
"Yang hilang tu bini aku la beruk! Bukan anak kucing.” Gerutunya
Imer berjalan masuk kedalam perut lif. Dekat mana sekalipun Aura, dia akan cari. Wajahnya tegang... malas mahu membalas sapaan manusia yang mengeliling sepanjang dalam lif itu.
.
.
.
.
Barang-barang dapur dan lauk pauk yang terdapat didalam plastik penuh ditangan Aura. Lalu diserah kepada 'bodygurd’ barunya. Syahir menyambut tanpa banyak bicara. Sesampai saja dikawasan kereta.
"Nak letak kat mana ni Aura? Barang-barang semua ni?” Soal Syahir menggaru belakang kepalanya. Setelah dipaksa oleh Aura supaya memanggilnya dengan nama. Akhirnya Syahir hanya mengiakan saja. Baginya semua itu tak penting.
Aura senyum kecil. Tapak tangannya menutup atas wajah akibat cahaya matahari terik. Membahang terasa kulitnya yang putih melepak itu kemerahan. Pintu kereta dibuka luas...
"Sumbat dalam dashboard. Muat tak rasanya.” Perli Aura secara halus.
Syahir terpinga-pinga. Namun lama kelamaan ia tersengih.
"Tak apa la. Saya letak dalam bonet.” Plastik-plastik ditangannya diletak berhati-hati setelah bonet kereta dibuka automatic.
"Faham pun. So.. where is the next destination?” Ceria riak wajah yang Aura pamerkan.
Syahir tersenyum kelat. Dia berpaling kearah lain mengeluh berat. Dilema. Ya ,itulah yang dia rasakan sekarang ini. Melihat gadis ceria dan polos didepannya sekarang ini.. membuatkan Syahir dalam dilema. Berat sebelah.
'Intan cakap dia ni licik. Gedik, hati busuk... tapi kenapa aku tak nampak pun dalam diri Aura. Ah! Perlu ke aku terlibat sama. Intan memang gila! Sanggup nak bunuh kakak sendiri..’ Leka bermonolog sendirian..
Jari dipetik hadapan muka bodygurd hensemnya.
"Hello Syahir... dah sampai bulan ke? Ke planet pluto?” Sempoi Aura mengusik tergeleng kecil.
Syahir tersentak. Senyum pahit dilakar. Pintu disebelah penumbang buat Aura dibuka. Dia mula berlari mahu meloloskan diri..
'Ingat Syahir! Selagi kau tak ikut apa aku arahkan.. selagi tu aku takkan terima lamaran kau.’ Terngiang-ngiang sebuah ugutan keras dari gadis yg dia cintai.
Keluh dilepaskan.
"Tapi aku sayang kau Intan.” Ngomelnya perlahan.
"Aura!!”
Sayup-sayup telinganya mendengar jeritan dari luar. Aura berkerut kening.
"Aura? Nama aku. Tak sangka aku punya popular sampai jb.” Aura terkekek sendirian.
"Eh! Nama aku tu?” Seperti wayar baru bersambung otaknya. Aura gelabah, pintu kereta dibuka.
Syahir berpaling kearah dua orang yang melangkah besar kearah keretanya. Seorang lelaki dan seorang perempuan muda.
Zack yang ternampak Aura keluar dari kereta itu pantas mendapatkan Aura. Inaliya dibelakang sudah terlupa seketika.
Aura menayang sengih kambing.
"Ek, buat apa kat jb? Kerja juga ke?” Tanya Aura masih belum menghidu aura-aura api kemarahan dari Zack.
"Aura buat apa kat sini? Tuh, siapa? Imer mana.. Imer?” Tanpa sedar nada suara Zack sudah menegang dingin.
Syahir yang membisu dibelakang dikerling Aura.
"Syahir sini jap.” Panggilnya
Syahir akur. Walaupun terasa sedikit gugup. Lelaki di sebelah Aura itu menerung tajam kepadanya seperti mahu ditelan hidup-hidup.
Tangan disilang didada. Mata membalik. Inaliya pantas menarik lengan Zack kesisinya. Zack memandangnya bersama wajah ketat.
"Bie, u boleh tinggalkan I macam ni je. Dah la buang masa, jom la.” Ujar Inaliya separuh berbisik. Tak senang berdiri dia disitu. Bukan benci pada Aura...tetapi hadir rasa kurang senang melihat dan cemburu apabila Zack meninggalkannya hanya semata pergi kepada Aura.
Tajam renungan Zack. Tak suka dengan perangai Inaliya yang satu itu.
"She is my cousin. Takkan u nak tengok saja Aura dengan strangers? Hah?” Keras balasan dari Zack
Inaliya mengawal rasa bengang. Berdecit menjeling, membuang pandang kearah lain.
Zack mula mengangkat muka memandang kepada Aura dan seorang lelaki yg tak dikenalinya.
Terkedu. Bingung sebentar. Hanya tempat parkir kosong didepannya. Berkerut seribu.
"Aura! Eh, mana diorang? Hilang?” Berjalan kesana kemari Zack mencari kelibat kereta yg mungkin milik lelaki yg bersama Aura itu tadi. Namun tiada. Mungkin sudah pergi semasa dia dan Inaliya ralit bertegang urat tadi.
"AURA!!”
.
.
.
.
Syahir kerling sekilas gadis disebelahnya. Tenang wajah Aura yang sudah tidak sedarkan diri. Tangannya masih memegang erat stereng..riak difokuskan tak mahu hatinya lemah dan bersimpati apabila melihat sejukur tubuh disebelahnya. Pemanduan difokus..lokasi juga disemat kedalam kepala.
Ketika melihat lelaki dan perempuan itu tadi leka bergaduh, Syahir senyap senyap menekup mulut Aura dengan kain kecil ditangannya hingga lah menyebabkan Aura tak sedarkan diri.
Share this novel