DI dalam bilik air...
Aura menatap lama pregnancy test ditangannya. Sebelah tangannya lagi menekup mulut terkejut. Terkilan.
'Dua?’
'Aku pregnant?’
"Aura. Lamanya dalam tandas tu, Abang dah lewat ni.” Panggil Imer dari luar.
Kelam kabut Aura memcuci tanggannya dengan sabun. Pregnancy test itu digenggam erat. Senyum dilakar selebar mungkin.
Entah bagaimana perasaan dia sekarang ini. Untuk kehamilan yg kedua tetapi kali ini, anak yg sah taraf.. bukan lagi ank haram.
'Bahagiakah aku?’ Perasaan bercampur baur.
Pintu tandas dibuka.
'Nanti nanti jerlah aku kasi tahu Imer..’ Senyum mekar Aura, sempat tangn nya mengusap yg belum menampakkan perubahan.
.
.
.
MATA tak henti melirik jam yg melekat ditangan kirinya. Aura melepaskan nafas panjang. Sementara Imer pergi meninjau kawasan bangunan yang sudah hampir siap, tujuan Kartini menghantar Imer ke Jb bukan saja sekadar suka suka meneroka dan belajar sepanjang projek itu berjalan, tetapi Imer juga diwakilkan dari Company nya untuk bersemuka berurusan dengan Dato’ Jeffri iaitu Ahli perniagaan yang juga mempunyai share saham dengan Syarikatnya. Jadi itu juga agak penting.
Itu yang Aura dari tadi bosan menunggu Imer. Lenguh terasa kaki akibat memakai heels lama, kasut tumit yg tak ada la tinggi mana ditanggalkan. Kaki dilunjurkan lurus diatas sofa panjang yg disandarnya.
Aura membalas sapaan senyum pekerja yg lalu lalang. Sesekali orang melihatnya.. begitu la selama 2 jam lebih menunggu ketibaan Imer. Nak berborak berbual pun dia tak kenal sorang habuk yang ada kat situ. Rasa juga janggal tapi takkan nak lari balik rumah..
Nak ajak berborak pun..janggal. Pekerja disitu tak mesra alam , sombong..hanya menjeling sekilas kepada Aura apabila lalu didepan Aura.
Hp dikeluarkan. Digesel gesel, entah kosong otaknya. Tak tahu nak buat apa, terlalu bosan.
"Haih! Lamanya Imer.. macam kau pula buat bangunan tu. Hey.. dia tahu ke aku boring!” Gumam Aura. Sesekali mengetap bibir merenung handfon.
'Takde sapa ingat aku. Time aku bosan ni sekor habuk pun takde call ke, ajak sembang. Time aku busy..serabut..berderu bersusun call! Apa ke jad*h.’ Seperti mahu menjerit pun ada akibat terlalu bosan. Tak selesa. Tapi kalau jerit takde sebab, kang dikata gila.
Aura termenung seketika. Keluh dilepaskan entah kali ke berapa. Mengenang nasib diri..
"Cik. Tunggu siapa? Ada appoinment ke? Dari tadi saya tengok Cik duk termenung aje kat sini.” Tegur seseorang yang berdiri dihadapan Aura. Sopan saja tegurannya.
Aura masih belum sedar kehadiran seorang lelaki didepannya. Tanpa mengangkat muka, Aura membalas bersahaja.
"Tunggu kepulangan suami tersayang yang keluar ke ibu kota merantau mencari rezeki halal. Aku kerja pun tak, dari mana datang appoinment nya?” Dah serupa falsafah.
Lelaki itu tergelak kecil mendengar balasan wanita manis didepannya. Tapi sedikit terkejut juga, wanita muda didepannya ini sudah bersuami!
Jika dilihat dari mata orang luar. Semestinya orang akan menilai fizikal seseorang, seperti Aura. Dia kelihatan masih muda dan perempuan yang manis, sejuk mata memandang, ayu dan Aura seperti masih Pelajar kolej. Hakikatnya berbeza. Begitu la lelaki itu memberi penilaian sedikit.
Mendengar suara ketawa asing berhampirannya. Aura laju mendongak. Terpaku. Dia tahu pasti lelaki didepannya itu mendengar ayat konon falsafah yg keluar dari mulutnya. Ingin katakan sesuatu.. menutup rasa malu..pipi juga kian merona merah. Tetapi suara Aura seperti tersekat di anak tekak.
Aura hanya melemparkan senyum serba salah. Takkan nak tayang muka ketat pula kan.
Lelaki itu tersenyum kepada Aura. Dalam hati tak henti memuji ciptaan Tuhan didepan matanya ini.. tapi tak boleh nak puji sangat. Isteri orang tu.. siapa tak cair lihat wajah polos dan manis Aura. Senyum dan lesung pipitnya saja dapat membuat kaum lelaki runtuh iman. Itu yg Imer jaga..sayang..sanggat tu, wanita pelindung Kaabah la katakan.
"Cik.. eh Puan. Maaf. Puan tunggu siapa?” Tanya lelaki itu mesra. Senyum mesra tak lekang dibibirnya.
Aura membuang perangai slow blur nya. Tersenyum mekar.
"Mengganggu Encik ke? Maaf la kalau Encik nampak saya dari tadi kat sini, rasa rimas ke apa kan. Cuma saya pun tak tahu nak duduk mana. Encik Imer yang suruh saya tunggu kat sini. Encik jangan la marah ye, kejap lagi saya balik la. Kalau nak marah, marah kat Encik Imer.” Tanpa rasa bersalah Aura masukkan sekali nama suaminya.
'Tapi betul la. Memang dia yg suruh aku tunggu sini. Kata 20 minit, tapi dah macam setahun aku duk terbeku sorang diri kat sini.’ Ngomel Aura.
"Eh. Puan jangan cakap macam tu. Tak..maksud saya kalau Puan nak jumpa mana mana staf atau penyelia besar kat sini, Puan boleh tanya saya..dan saya boleh tolong.” Tingkah lelaki itu tak mahu Aura salah faham.
Aura kemudian mengangguk kecil. Tersenyum nipis. Lega tak kena halau ke apa.
"Tak apa. Saya tunggu Encik Imer. Kejap lagi dia datang la. Kot.” Ujar Aura tersenyum sopan.
Lelaki itu sedikit melongo. Memandang terkejut kepada Aura. Menyedari perilakunya, nasib sempat memperbetulkan.
"Puan.. Puan Aisyah ya? Isteri Encik Imer? Ya Allah maaf maaf, saya tak perasan.” Soal lelaki itu lagi. Tersenyum mesra kepada Aura
Aura mengangguk kepala. Membalas senyum.
"Tak apa. Panggil saya Aura saja, tak biasa saya 'berpuan-puan’ ni. Bunyi macam tua sanggat.” Aura ketawa malu kucing dengan ucapan nya sendiri.
Lelaki itu tergelak kecil. Kaca mata dibatang hidungnya sentiasa dibetulkan. Aura pelik juga melihatnya. Bukan tercabut pun spek bulat dia tu, nerd kelihatan lelaki itu, baju dimasukkan kedalam seluar, rambut pula disisir rapi.. macam mak mak sisir rambut anak. Tapi badan sado, berketul ketul kelihatan.
"Sebelum tu saya nak perkenalkan diri. Saya Syahir, Bodygurd Au.. er Puan Aura. Ni kad saya, kalau Puan tak percaya lagi.. Puan call Encik Imer ..tanya dia.” Ulas Syahir tersenyum. Menghulurkan kad kecil kepada Aura.
Mulut yg ternganga ditutup segera dengan tangan. Tak sempat nak terkejut lama lama. Tetapi tangan masih mencapai kad itu. Sebelum Aura mengangguk anguk.
Sebenarnya dia dah tahu yang Imer upah Bodygurd untuk menjaga keselamatan Aura. Sebelum tidur semalam, mujur hal itu sudah Imer kata awal. Kalau tak lagi terlompat Aura terkejut beruk. Ye la takde angin takde ribut.. datang-datang mengaku bodygurd.
'Dapat yg pemalu kucing pun boleh la. Mana la Imer cari dia ni. Tadi bukan main peramah, sekarang pemalu terus.’ Gerutu Aura
"Tak apa. Saya percaya. Suami saya dah bagitahu. Hurm.. saya panggil Syahir saja la kan? Jadi Syahir kena ikut saya la.. sebab saya pun tengah bosan ni. Rasa nak jalan jalan.” Senyum manis Aura terlakar.
Syahir mengangguk. Tersengih.. seperti kebudak budakkan.
"Puan nak pergi mana saya boleh bawakan.” Katanya
Sekali lagi Aura memandang tak percaya.
'Biar betul? Ada bodygurd, ada driver, wah best juga ni.’ Riang Aura. Rasa mahu lompat pun ada.
"Saya nak pergi pasar. Nak beli lauk.” Tinggah Aura terlebih teruja berjalan meninggalkan Syahir yg terkulat kulat.
Syahir cepat mengikut dari belakang. Berkerut hairan.
'Pasar? Selalunya orang kaya ni, masa suami takde.. shopping ke, Mall ke, spa ke.. tapi isteri Encik Imer.. pelik!’ Ngomel Syahir berkerut dahi.
.
.
.
.
Pintu kereta dibuka oleh Syahir. Aura keluar meliar mata memandang pasar tani. Berpusu pusu orang..
Korang boleh bayang tak pasar macam mana? Pernah tengok cerita aksi KL Gangster. Ha pasar macam tu..
Hp berdering nyaring. Tas tangan diselongkar Aura. Tentera nama suaminya, bibir ternaik sedikit.
Aura mengatur langkah menghampiri Syahir yg berdiri tegak disisi kereta.
"Syahir tunggu dalam kereta la. Panas kat luar ni.” Ujar Aura sebelum hp ditekup ditelinga.
Syahir hanya memerhati dari jauh. Diperhati setiap gerak geri Aura yg tergelak bercakap dnegan seseorang di telfon.
"Dia baik. Polos. Cantik.” Gumam Syahir sendirian tergelak kecil.
'Perlu ke aku.. Ah! Tak sampai hati.’
"Awak. Handsome juga bodygurd yang awak cari ni.” Usik Aura tersengih yg masih berbicara dengan suaminya.
"Handsome? Eh salah tu. Bukan handsome yang, cantik nama nya.” Imer disana sudah kebingungan.
Aura mahu membalas tetapi hp nya tiba tiba mati.
"Lah takde bateri.” Gumam Aura tergelak halus.
Teringat kembali apa yg dikata Imer.
"Cantik? Syahir tu kan lelaki, cantik apa nya? Handsome la.”
"Puan!”
Aura menoleh. Oh lupa. Syahir berlari anak kearah Aura.
"Saya teman Puan. Bahaya Puan pergi sorang.” Katanya
Aura hanya mengangguk. Senyum kecil berjalan mengatur langkah kearah Pasar yg tak jauh dari tempat letak kereta.
.
.
.
.
Seorang gadis kira kira berusia 25 thn, berlari mempercepatkan lariannya. Pintu utama yg diperbuat dari kaca itu dibuka kasar. Meliar pandangannya memandang pekerja yg lalu lalang disitu. Kebanyakkan orang kelihatan angkuh, sapa pun tak mahu. Hanya menjeling sekilas lalu berjalan tanpa menghiraukan nya yg sedang seperti tercari cari seseorang.
Jam di hp di pandang tajam. Peluh yg menitis tak diendahkan. Sekali tengok seperti gadis tomboy dan kasar.
Dan disebabkan itu lah dia diupah oleh seorang lelaki untuk menjaga isteri lelaki itu. Dia juga mempelajari banyak ilmu pertahanan diri.
Hp di kocek seluar dikeluarkan. Gadis itu mencari nama seseorang. Rambut yg terjuntai diselit kebelakang telinga.
Hp ditekup. Mata masih sibuk resah meliar mencari cari.. tetap juga tak nampak kelibat org yg dicari.
"Hello. Mir!”
"Ada apa? Kau dah sampai ke?” Sahut suara Imer dicorong.
"Takde lah. Mana isteri kau nya? Tak nampak batang hidung pun. Betul ke kau ni? Kang diprank aku hidup hidup. Nahas kau Mir.. kalau kau kenakan aku.” Balas Afifah mengancam.
"Habis kau nak cakap aku kahwin dengan halimunan? Hey aku sepak kang pompuan ni.. cari la bong*k. Ingat Aura tu takde kaki ke nak jalan.. ada la tu dia pergi tandas ke.”
Afifah mengetap gigi geram. Dah la minta tolong orang, dimarahnya aku ni. Jahn*m punya sepupu.
Semasa majlis akad nikah Imer dan Aura dahulu, Afifah tak dapat hadir. Kerna kerja yg berlambak katanya. Tapi sekarang dapat cuti, disuruh pula jadi bodygurd untuk isteri sepupunya. Mentang mentang la dia kasar. Afifah adalah kakak kepada Ifa, anak sulung Maklang.
"Eiii budak ni! Aku penat berlari ni, kau maki aku pula. Jadi, sekarang kau nak aku buat apa? Gila apa nak cari bini kau satu bangunan ni. Tercabut lutut aku.” Afifah seperti meminta arahan seterusnya dari Imer.
Terdiam sejenak. Imer disana berfikir fikir. Keluhan berat dilepaskan.
"Haih mana la budak tu pergi.. tak reti nak duk diam. Macam ni la Pah, try kau tanya staf kat situ.. mana la tahu dia orang ada nampak Aura. Kalau sorang pun tak tahu, kau cari jerlah dulu kat area dekat dekat situ. Lagi 20 minit aku sampai.. kau cari la eh isteri aku tu. Apa apa inform aku.” Pesan Imer kedengaran tergesa gesa.
"Hurm. Yelah yelah! ish..” Dengus Afifah sebelum panggilan dengan sepupunya diputuskan.
Afifah bergerak kearah seorang gadis seksi di meja hujung dinding. Mungkin penyambut tetamu.
PAPP!
Santai Afifah menepuk meja gadis itu kuat hingga terhinjut bahu gadis itu terkejut.
Mukanya mula mengeringai apabila Afifah hanya tayang muka tanpa rasa bersalah.
"Eh kau ni perempuan ke apa Hah?! Takde adap ke?” Tingkah gadis itu mendengus kasar.
Afifah menjeling sekilas sebelum tayang muka berlagak. Menjeling dari atas bawah pakaian gadis penyambut tetamu itu.
"Eh Syarikat ni memang takde disiplin ke? Cuba la kau pakai baju sopan sikit, ini dah macam tak cukup kain. Aku.. takde adap aku pun, aku pakai la jugak longgar longgar. Yang kau ni teruk sanggat ni! Pakai macam nak pergi berenang.” Tazkirah percuma dari Afifah.. tercengang gadis itu.
"Heyy! Kurang ajar betul. Ikut suka hati aku lah, BADAN AKU. Yang kau sibuk asal? Dah baik kau keluar sebelum aku panggil gurd.” Ugut gadis itu. Kemerahan mukanya menahan marah dan malu apabila mereka disitu mula memandang kearah dua gadis itu.
Afifah masih santai menyilang tangan bersandar bahu dimeja gadis itu. Ketawa sumbang dilepaskan.
"Nanti kalau malaikat tanya kau jawap la macam kau cakap tadi tu. Ikut suka hati aku la badan aku. Mamp*s kau kena! Dah ah tak jadi aku nak tanya. Chawww luu..” Afifah sengaja mengulangi ayat gadis itu. Berlalu Afifah berjalan keluar dari situ dengan ketawa sumbang kambingnya.
"TAK GU*A! BETINA! Heyy siap kau!”
Sempat telinganya mendengar jeritan lantang gadis itu.
"Suka hati aku lah badan aku. Amboii ayat.. banyak cantik.” Ngomelnya
.
.
.
.
Share this novel