Bab 52

Romance Completed 32236

"KEMAS semua baju. Kita bertolak lepas isya’. Abang nak mandi kejap.” Arah Imer menghilang masuk kedalam bilik mandi. Beberapa detik seketika telinganya dapat menangkap bunyi pancuran air dari dalam.

"Hmm...” Aura mengiakan saja. Dia juga malas mahu berada disini. Beg bagasi itu dipenuhi pakaian dia dan Imer.

Keluhan terlepas dari bibirnya. Mustahil dia tak terkesan dengan apa yang baru terjadi. Semua itu berlaku terlalu pantas seperti selekip mata saja. Perasaan bercampur aduk teringat kembali raut wajah adik perempuannya. Tangan yang melipat baju itu terhenti.

Mata Aura kembali bergenang. Tak sangka dari kecil hingga kini Intan masih marah dan benci padanya. Entah apa salah dia pada Intan hingga gadis itu bermusuhan hingga kini. Tak terlintas difikiran bahawa suatu hari nanti dia akan bermusuhan dengan darah dagingnya sendiri. Aura menunduk muram. Jarinya memintal mintal hujung baju. Fikiran melayang entah sejauh mana.

Sanggup Intan memperlaku kepada dia begini. Tidak kah gadis itu tahu bahawa dia sentiasa menginginkan mereka berbaik seperti hubungan adik beradik yang penuh dengan kasih sayang.

Apa mulut orang sekeliling apabila mengetahui berita dia ditangkap basah bersama lelaki yang dia sendiri cukup tak kenal. Apa tanggapan mereka terhadap dia? Adakah dia akan digelar isteri yang curang, sungguh memalukan apabila wanita yang digelar tak cukup laki sorang. Hina sekali... namun dia bertuah punya suami seperti Imer yang mudah tenang dan semakin dewasa... tak seperti dahulu.

Aura tersenyum namun kelihatan agak hambar apabila melihat Imer keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dipinggang. Mengawal riak menutup kegalauan hati. Tangan pantas menyambung kembali kerja melipat yang terjendala akibat terlalu melayan perasaan sedih. Enggan bertentang mata dengan Imer... kerna dia tahu suaminya itu pandai membaca dari air mukanya.

Kendur senyum miang Imer yang terniat mahu mengusik Aura. Bukan dia tak perasan, melihat dia keluar... Aura kelihatan terkial-kial menyambung kerja. Dapat dilihat gadis itu tersentak dengan kemunculannya. Wajah keruh itu bertukar ceria melihat dia...

Apa yang membuatkan isteri kesayangan dia itu sedih? Dia ada silap katakah, atau terkasar bahasa? Imer menghela nafas berat...

Semestinya Aura terkesan dan masih kecil hati dengan percakapannya yang terlalu kasar ketika kejadian. Dia terlalu mengikut perasaan marah dan bisikan syaitan. Syukur Allah masih menjaga hati dan lidah nya dari menuturkan perkataan 'cerai’... sesungguhnya dia seperti jasad tanpa nyawa jika Aura pergi dari hidupnya.

"Bang!”

Imer terpinga seketika. Lamunannya membuyar hilang apabila pandangannya dijamah dengan wajah isterinya. Imer meraup muka masih tersisa rasa kesal. Imer memandang Aura penuh kekesalan dari jauh. Tanpa sedar dirinya hanya kaku disitu tanpa berganjak.

"Berangan ya...” Gadis itu ketawa kecil. Tangan lincah menyimpan pakaian satu persatu.

Imer berjalan duduk menghampiri Aura.

"Aura.” Imer terasa berat mulutnya mahu berbicara dan memohon kemaafan Aura tentang perlakuannya.

"Kenapa?” Aura bertanya. Melihat riak Imer berubah mendung... tiba-tiba hatinya berdebar. Pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan.

"Aura jangan ambil hati dengan mulut abang. Abang tak bermaksud nak tengking atau...” Bicaranya terjeda apabila isterinya menghalang dari menyambung bicara.

"Dah. Cukup... jangan sebut lagi perkara yang memalukan tu. Jangan risau, saya tak salahkan awak.” Tingkah Aura sedikit tegas. Hilang sudah senyumannya.

Imer tergamam. Dia mengeluh menunduk. Dia perlu berikan masa dan ruang pada Aura supaya memaafkan nya dan melupakan perlahan lahan perkara itu. Dia mula merasa kesal yang menggunung, dia terlalu cuai kerna meninggalkan Aura sendirian ketika itu. Salahnya juga... panggilan juga berubah apabila gadis itu kelihatan tegang.

Imer mula merasa hubungannya dengan Aura mula renggang. Kalau bercakap pun hanya berbasa basi... jika dia membangkitkan kejadian itu... Aura akan berubah dingin. Jadi dia fikir... biarlah Aura merawat duka hatinya dahulu. Dia akan sentiasa ada disisi gadis itu dan bersumpah tak akan meninggalkan isterinya itu dari pangkuannya.

"Kemas la dulu. Abang nak pakai baju.”

Imer mengangkat punggung bergerak ke katil mengambil pakaiannya yang dilipat disisi katil.
. .
. .
Petaling Jaya, Selangor...

Mereka sudah tiba selamat di rumah. Sepanjang perjalanan pula hanya diam membisu masing masing. Penat memandu jauh, Usai Imer dan Aura membersih diri lalu mengerjakan solat Isyak’ 4 rakaat ketika malam sudah lewat. Imer yang terlalu letih bercampur mengantuk hanya lena diatas katil.

Aura menatap lembut seraut wajah tenang suami nya yang sudah melelap mata. Dia menarik berhati-hati lengan Imer, lalu diletakkan kepalanya. Dia lebih suka dalam keadaan begini.
. .
. .
3 MINGGU TELAH PUN BERLALU...

Masa yang berlalu 3 minggu bagaikan 3 tahun buat Aura. Membosankan katanya, terperap saja dalam rumah. Mahu berjalan-jalan dikawasan perumahan itu pun malas pula rasanya. Kerna satu orang pun dia tak kenal... dia dan tv sudah seperti sahabat.

Imer jika siang sudah tentu la tempat dia kerja. Hubungan mereka juga sudah kembali seperti sedia kala, justeru Aura sendiri sedikit pelik dengan perangai Imer. Jika dulu selalu ponteng kerja, kalau tengah hari... pasti akan pulang makan. Tetapi sekarang?

Ya Aura faham suami kerja. Imer menjadi gila kerja pula... mana tak nya kerja sampai dibawa balik ke rumah, siap membuat bilik bacaan lagi senang menyimpan bahan kerjanya.

Aura merenung tajam dinding didepannya. Kaki disilang dikerusi.

"Kalau la aku ada kuasa magik... best juga! Boleh la juga terbang pergi merata tempat... bukan nya duduk rumah mengadap dinding, tv... bercakap sorang sorang dah serupa orang gila. Putus fius kau faham tak? Eiii... senyap pula monyet ni!” Bebel Aura bercakap seorang diri memandang strees kepada dinding kosong.

Gila kah dia?
Ya, gila akibat terlalu bosan yang melanda 3 minggu ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience