Bab 17

Romance Completed 32236

"Aura..Jom aku hantar kau balik..Kau pun mesti dah penatkan” Kata Imer bersahaja sambil menyimpan hp dalam kocek seluar nya.

Aura yang berbual dengan irwan segera berpaling kearah Imer. Irwan memandang adiknya tak puas hati..

"Kalut la kau ni dik..Abang baru nak bual bual dengan adik ipar..Kan aura kan.” Ujar irwan meminta sokongan Aura

Aura blur melihat silih berganti dua beradik depannya ini..

Imer tergelak
"Aku kesian kan Aura..dari tadi tersenggok kepala. Menguap..Kau takpe la kau kelawar..tidur lewat.” Balas Imer selamba membaling bantal kearah irwan

"Lagi pun bukan korang borak sanggat pun..Lebih kepada soal jawap. Dia pun penat melayan soalan kau .” Sambung Imer ketawa melihat muka Irwan merah.

Irwan menarik sengih.
"Lain kali la kita sembang Aura..kat sini ramai orang busuk hati..Dengki la kata kan.” Kata Irwan ketawa kecil

Begitu lah berlaku nya perli memerli dua lelaki itu..membuatkan Aura tersepit

'Ni nak hantar aku balik ke tak..rancak pulak dua ekor ni.’ Rungut Aura

"Lama betul Mama keluar..Dia pergi mana?” Soal Irwan hairan

Berkerut muka nya memikirkan Kartini..Mamanya degil mahu keluar ..jumpa seseorang katanya.

Imer mengangkat bahu tanda tak tahu.

Tiba tiba Aura merasa loya ditekaknya..Makanan rasa ssperti mahu keluar.

Imer memandang Aura pelik. Irwan juga perasan perubahan aura..muka nya pucat..

"Kau ok tak ni?” Imer memandang risau gadis disisi nya.

Aura menggeleng laju. Aura menekup mulut nya dengan tangan menjauhi sedikit Imer

"Tandas mana?” Soal Aura yang cuba menahan. Kepala nya terasa pusing

Imer menarik lengan Aura yg dilapisi baju itu ke arah tandas..Mujur ada bilik air di tingkat bawah.

Aura hanya menurut..irwan juga turut mengikuti mereka dibelakang. Risau jugak dia tengok Aura macam nak pengsan jer muka. Nak tolong pun..itu la

Setelah tiba dibilik air..Aura memuntahkan segala isi dalam perut. Lemah longlai gadis itu keluar..

Imer dan Irwan yang menunggu di luar segera menerpa kearah Aura.

"Aura..Ok tak ni?” Tanya Irwan prihatin

"Kita singgah hospital dulu sebelum balik.” Ujar Imer. Nak gosok belakang gadis itu pun..tak boleh jugak. Anak orang tuu..Bukan anak kucing suka hati nak sentuh.

Aura hanya menganguk.

"Hati hati Mir bawak kereta..Assalamualikum.” Ujar Irwan setelah adik nya menaiki kereta bersama Aura

Imer mengangguk. Aura disebelah hanya diam membisu melempar pandangan ke luar tingkap.

Tiba di hospital....

"Encik ni suami Puan Aura ke?” Datang seorang doktor berdiri di depan Imer yg menunggu Aura.

Imer teragak agak.
'Kitorang ni muda lagi..nampak macam dah kawin ke..Tapi apa nak dihairannya..Ramai jer orang kawin muda.’ Omel Imer

"Aa..Yea saya. Isteri saya macam mana? Boleh saya masuk jumpa dia.?” Balas Imer dalam hati sudah ketawa mengejek doktor didepannya.

Doktor wanita separuh abad itu menarik senyum buat Imer.

"Tahniah.. Isteri Encik sudah berbadan dua.” Setelah menyatakan demikian doktor itu berlalu pergi meninggalkan Imer tercengang.

"Badan dua? Maksud nya mengandung! Means Aura mengandung!!” Terjerit kecil Imer. Lemah lutut nya berdiri..

"Ya Allah kenapa secepat ni.” Rungut Imer lalu berjalan lemah ke bilik pemeriksaan yg menempatkan Aura

Imer mendekati Aura ..
"Aura.”

Aura beepaling kearah Imer..Aura bangun dari posisi duduknya. Imer segera menghalang.

"Jangan..Duduk dulu.”

"Minggu depan kita kawin.”

Aura tersentak. Dah la perihal Imer membawa nya ke rumah lelaki itu tak diberitahu.. ni terus ajak nikah. Gila!

"Apa awak merepek ni..Inaliya?” Soal Aura

Imer mengeluh berat..
'Macam mana la aku nak bagitahu kau..Pasti hancur hati dia.’

"Kau jangan bimbang pasal dia..Sekarang ni aku nak kita kawin.” Balas Imer dingin

"Kenapa nak kawin dengan saya? Kita bukan bercinta pun.” Kata Aura

"Disebabkan bercinta la hidup kau jadi huru hara..Aku harap kau tak pengsan la dengan apa yang aku nak cakap ni."

Aura mendongak memandang Imer..matanya berair..kepala nya ditunduk lemah.

Keluhan berat dilepaskan.
"Saya dah agak situasi ni mesti akan menimpa saya..” Aura menarik senyum kelat

Imer memandang simpati kepada Aura..Dah la tak ramai kawan..Family pulak tak tahu dan tak nak amik tahu dah.. Hanya dia harapan Aura. Takkan nak harapkan Nazirul supaya bertanggungjawap..Lelaki itu memang celaka. Rungut Imer

"Awak jangan risau..Saya tak harap kan awak pun untuk bertanggungjawap..Walaupun sepatutnya orang la tanggungjawap orang lain." Ujar Aura melakar senyum pahit untuk menghilangkan rasa bersalah Imer.

Imer merenung Aura lama.. mata mereka bertatapan seketika..

Imer melihat ada butir butir mutiara yg jatuh dari pipi gebu gadis manis didepannya itu..

"Kau masih harapkan Nazirul?”

Aura menggeleng.
"Tak. Sikit pun tak..malah saya sentiasa berdoa supaya saya takkan jumpa dia lagi dalam hidup saya. Perasaan saya dah hilang selepas apa yang dia buat dekat saya..Dengan sombongnya..Dia masih tak mengaku salah dia. Malah dia still salahkan saya. Sekarang saya cuma ada janin yang semakin membesar dalam rahim saya..” Luah Aura sayu sambil mengusap perut nya yg masih kempis.

Imer menunduk. Kalah dengan air mata Aura.. sedang berperang dengan perasaan.

"Aku terima seadaanya baik buruk kau..Asalkan aku dapat tengok kau hari hari.. Anak dalam kandungan kau..anak aku juga.” Ujar Imer

Aura memandang temannya terharu bercampur sebak.

'Allahuakhbar..kuat ke aku nak jalani hidup . Kalau Imer tinggalkan aku ..macam mana? Bayi dalam ni..’ Kata hati kecil Aura

"Kau jangan risau..Aku takkan bagitahu sesiapa pun tentang hal ni termasuk lah family aku.” Kata Imer menarik sengih

Aura membalas dengan anggukan. Dia serahkan segala nya pada takdir dan ketentuan ilahi. Mungkin akan ada sinar bahagia kelak..

"Saya terima nikah Aura Aisyah binti Azmin dengan mas kahwin nya lima ratus ringgit tunai!”

"Macam mana saksi..Sah.”

"Sah!”

"Sah!”

Dengan sekali nafas Aura Aisyah kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Imer. Mereka tak jemput ramai..hanya orang orang masjid. Disebabkan kan kahwin ekspres..Pakaian pengantin juga simple simple saja. Puas kartini memujuk Imer supaya buat majlis grand grand sikit. Tetapi Imer hanya ingin buat yang wajib aja.

"Solat dulu.” Imer menarik tangan Aura yang kini sudah menjadi tanggungjawap sepenuhnya buat Imer.

Aura akur. Usai solat kedua pengantin baru itu kembali kepada orang ramai..untuk acara membatal air sembahyang. Dan bergambar dengan keluarga. Pasti nya hanya belah keluarga Imer yang hadir..Aura turut menjemput ibu saudaranya, Maklong,anas dan Fiqa. Aura hanya memberitahu Maklong bahawa dia sudah lama berkenalan dengan Imer..tak diberitahu pualk tentang usia kandungannya. Mujur kempis lagi.

Imer menyarung perlahan cincin emas putih bertakhta sebutir kristal diatas nya. Sauara mara mengambil memori itu dengan mengambil gambar. Aura gementar juga dalam hati..yea la pertama kali kawin. Tapi Imer hanya selamba jer..

Fiqa yang duduk disebelah Aura menepuk paha temannya itu.

"Hah berangan..Aura ..handsome giler suami kau tu..Apa dah nama dia, imer! Adoii nasib suami orang.” Usik Fiqa tersengih

Aura tersenyum manis.
"Pandai la kau..Abang dia lagi handsome.” Aura memandang Imer yang berbual dengan kawan kawan sekolejnya.

Mata Fiqa bersinar. "Wehh! Betul ke..tak cakap pun kau ada abang ipar.” Teruja gadis itu memandang sekeliling mencari orang yg dimaksud kan oleh Aura.

Aura tergelak kecil.
"Gatal!” Aura menepuk bahu Fiqa

"Aduhh sakit lah..Kau ni gurau jer pun.” Muncung Fiqa pura pura merajuk

"Sayang..Jom! Abang nak kenalkan dengan family abang.” Ujar Imer berdiri tegak dihadapan Aura. Wajahnya tersenyum mesra kepada Fiqa.

Aura tersentak juga.
'Biar betul Imer ni..nak berlakon romantik depan Fiqa la tu.’

"Oky la..Imer..Aura..Aku balik dulu la, abang Nasz pun nak singgah kedai kejap lagi.” Kata Fiqa sambil memeluk Aura lalu tersenyum lepar melihat pengantin itu

Aura mengangguk.

"Baik..terima kasih sudi datang. Nanti datang la rumah buat makan kecil kecil jer.” Imer senyum mesra

"Saya takde masalah kalau bab makan..lagi lagi free.” Fiqa ketawa kecil lalu berjalan pergi

Setelah kelibat Fiqa sudah menghilang..Imer cepat cepat menarik Aura di tempat sedikit berselindung dari orang ramai.

Aura memandangnya pelik.

"Aura..Jom la balik..Aku dah tak selesa la.” Kata Imer mempamerkan muka monyok kepada Aura. Jarak mereka juga rapatt hingga bersentuhan..

Aura tersenyum senang.
'Anak mak.manja!’

Mata Aura meliar sekeliling..Orang pun dah kurang. Dah balik rumah dah..

"Jom lah.”

Mereka pulang berdua dengan kereta..Imer menuju ke rumah Kartini. Pasti lah rumah kartini..dia pun tak kerja lagi..Nak cari rumah sendiri? Lambat lgi !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience