Bab 25

Romance Completed 32236

IMER mencempung tubuh Aura lalu diletakkan berhati hati kedalam keretanya . Imer tak mahu disebabkan menunggu ambuland..nyawa Aura dalam bahaya.

"Tahan sayang..sikit lagi nak sampai.” Mata imer mengerling Aura yg terbaring dibelakang

Kereta dipandu selaju mungkin tetapi tak terlalu melebihi had.

PONNN!! PONNN!!!

"Allahuakhbar!” Imer menyentuh kepalanya berdenyut pedih!

'Darah!’

Kepala mendongak melihat ada sebuah kereta yang dilanggar mengejut..imer juga tak sempat menekan brek lalu terlangkar sebuah kereta didepannya..

Imer berpaling kearah Aura disebelahnya..kepala Aura juga terhantuk kuat pada dashbox..kaca pecah berderai tak dihiraukan Imer.

Imer keluar dari kereta..menggagahkan kaki nya. Orang ramai berkumpul dikereta kawasan kemalangan itu. Imer menagngkat tubuh Aura ..dibiarkan orang orang yang mahu membantunya.

Imer berjalan lemah sambil membawa Aura kearah seorang lelaki yang turut cedera..mungkin pemilik kereta yg dilanggar.

"Abang..maafkan saya. Saya tak sengaja..nanti saya bayar ganti rugi..saya nak hantar isteri saya..dia cedera parah.” Kata Imer

Lelaki itu terkejut melihat Aura ..

"Teruknya..banyak darah keluar tu dik. Mari abang suruh mereka tolong hantar kan ke hospital.” Balas lelaki itu

"Takpe bang..hospital depan sana sikit lagi. Saya pergi dulu..sekali lagi saya mintak maaf.”

Lelaki itu mengangguk melihat Imer berlari mencempung Aura..

Tiba di hospital...

Imer menunggu di depan bilik bedah..darah di dahi nya tak dihiraukan. Imer berjalan cemas kesana kemari..

'Ya Allah..tolong selamatkan isteri ku. Hamba mu ini masih perlu kan dia.’ Air mata jantan nya kalah jua..setelah sekian lama Imer tak menangis untuk sesiapa..dan ketika ini dia berserah kepada Ilahi.

Hp diambil lalu mendail nombor Irwan..

"Bang..”

'Bagi salam la dulu Mir..kau ni kenapa..lain macam jer suara. Macam mati bini pulak..’ Terdengar suara ketawa di corong telefon

Imer mengetap gigi.
'Aku tak tahu lah apa jadi kalau bini aku mati..dia sakit gigi pun..aku risau macam nak pengsan.’ Bisik hati Imer

"Datang hospital sekarang..bawak Mama sekali..” Balas Imer lemah..imer terduduk memeluk lutut.

'Hospital?! Siapa sakit?? Ou oky oky aku gerak sekarang.’ Terdengar suara cemas Irwan

Imer memutuskan panggilan.

Tiga jam menunggu..doktor masih tak keluar dari bilik bedah.

Imer meraup mukanya..

'Kau tabah Aura..kalau aku jadi kau pun. Aku tak rasa aku boleh bertahan..’ Bisik Imer

Dari jauh kelihatan Irwan, Kartini, Maklong, Fiqa dan Anas berjalan mendekati Imer. Jelas risau diwajah masing masing..

Irwan menepuk lembut belakang Imer cuba menenangkan adiknya..

"Kau pergi cuci luka tu dulu..macam kena kaca jer..” Arah Irwan risau melihat dahi imer luka

Maklong mendekati Imer..bergenang tubir mata tua itu..
"Imer..anak saudara Maklong mana??” Tanya Maklong lemah

Imer meraup muka nya entah kali ke berapa..kedengaran keluhan berat.

"Isteri saya kuat maklong..cuma dia tak oky sikit.” Balas Imer menggariskan senyum nipis

"Allahuakbar..Aura..”Fiqa menggosok belakang Maklong lalu didudukkan dikerusi..kerna mak nya seperti nak pitam.

Kartini duduk di sebelah Imer.
"Mir..apa dah jadi sebenar nya?? Cuba cerita kat Mama.” Soal Kartini

"Semua salah Imer..imer yang bodoh! Terlalu ikutkan perasaan.” Imer menunduk wajah..tangan digenggam erat

"Ma..ni bukan masa sesuai bersoal jawap. Doa kan yang baik-baik jer untuk aura.” Celah Irwan

Kartini mengangguk. Anas memerhati Imer..

'Apa yang berlaku sebenarnya sampai Aura kena bedah?’ Omel Anas

Di parking.....

Isqanda terkedu! Dia yang menyorok di sebalik tiang..keluar.

"Siapa yang tembak perempuan tu?” Mata Isqanda terpandang seorang lelaki berdiri terhuyung hayang ..

'Wht?!’

Imer mendekati lelaki itu lalu menepuk kuat bahu..lelaki itu berpaling lalu melontarkan senyum lebar kepada Isqanda.

"Zirul?!! Kau..” Jelas terkejut Isqanda apabila melihat ada sepucuk pistol ditangan Nazirul.

Nazirul yang mabuk itu terjatuh pengsan..akibat terlalu banyak minum minuman keras.

"Kau yang tembak Aura! Biar betul..” Isqanda memandang tak percaya..dipapah temannya itu masuk kedalam kereta.

"Ada sesiapa disini waris Puan Aura Aisyah?” Muncul seorang doktor wanita bertanya.

Imer bangun mendadak..berdiri didepan doktor tersebut. Mereka yang lain juga turut berdiri mendekati doktor..

"Saya suami dia..Macam mana dengan isteri saya??” Soal Imer cemas

"Encik bertenang dulu..boleh saya mintak Encik masuk bilik saya dulu.” Pinta Doktor itu sopan

Imer mengangguk. Lalu mengikuti doktor itu..

"Kenapa doktor tu tak cakap jer kat sini? Kan senang..” Ujar Maklong perlahan

Fiqa tersenyum nipis.
"Ada la tu mak..benda penting.” Jawap fiqa

"saya harap Encik dan keluarga banyak kan sabar. Puan Aura mengalami koma..akibat hentakan kuat dikepala. Isteri Encik juga baru keguguran..peluru kami sudah keluarkan..Tapi dia masih lagi dalam keadaan kritikal. Kami masukkan Puan Aura ke ICU. Buat masa sekarang hanya seorang atau dua yang boleh melawat. Saya harap Encik banyakkan doa dan sabar..Insyallah satu hari nanti pesakit akan sedar dari koma. “ Terang Doktor wanita itu

'Koma!? Keguguran?!! Kenapa banyak sanggat kejutan hari ni..’ Hancur lebur hati Imer mendengar keterangan doktor mengenai kondisi Aura.

"Doktor.. berapa lama isteri saya koma??” Soal Imer

"Itu saya tak pasti..ada yang berbulan..ada bertahun. Tapi pihak hospital akan terus memantau pesakit..” Balas doktor

Imer tersenyum nipis..keluhan berat dilepaskan.

"Takpe lah..saya keluar dulu..Terima kasih doktor yea..” Ujar imer

Doktor itu mengangguk sambil tersenyum mesra..

Imer berjalan menuju ke arah keluarganya..

"Macam mana Mir?”

"Aura macam mana??”

Imer mendongak memandang satu persatu wajah didepannya..mereka pasti lah bimbang keadaan Aura.

"Aura koma.” Balas Imer

Irwan meraup kasar rambutnya..lalu menggosok belakang Imer, memberi semangat kepada adiknya. Kartini terkejut begitu juga dengan yg lain hingga terduduk.

Imer berdiri. "Imer nak tengok aura.” Mereka hanya mengangguk faham. Pengantin baru yg sadis!

Katil menempatkan Aura didekati..wayar wayar keliling..hingga memerlukan bantuan pernafasan. Tangan Aura diraih lembut..lalu dicium syahdu.

"Aku akan tunggu kau..hingga bertahun sekalipun ..Aku akan terus ada di sisi kau.” Ucap Imer perlahan..merenung Aura

Kejadian di tempat parking..hinggap di ingatannya.

'Aku cari sampai lubang cacing siapa yang buat kau macam ni.’ Bisik Imer penuh dendam. Matanya mencerlung membayangkan orang yang menempak isterinya ada depan mata.

Tengku Nazirul diletakkan disofa ruang tamu..Isqanda kembali dengan sebaldi air.

Direnjis renjis kemuka Nazirul..

"Rul..baik kau bangun sebelum aku menggila kat sini.” Ujar Isqanda

"Diam lah! Asal hujan pulak ni.!” Herdik Nazirul yang memejam mata lalu kembali tidur

Diambil air yg penuh baldi lalu dijirus ke muka Nazirul..terus segar mata Nazirul terkejut. Basah kuyup bajunya..matanya terpandang Isqanda kelat yang berdiri tegak..

"Menda kau ni Is?! Aku baru nak mimpi Aura..” Nazirul mengambil selimut yg kebetulan ada disitu lalu dilap mukanya basah..

"Aura tengkorak kau!! Nyanyuk ke apa kau ni..kau lupa yang kau tembak dia.” Marah Isqanda. Dia bukan marah apa sanggat..dia cuma takut teman nya itu ditangkap dan masuk penjara.

"Alaaa aku tak sengaja..masa tu aku mabuk.” Kata Nazirul seperti tak bersalah

Isqanda meluku kepala Nazirul..nazirul mengaduh sakit.

"Kau buat kerja tak pakai otak..kau tahu tak! Kalau diorang report polis..Kau nak tidur dalam lokap??” Herdik Isqanda geram

Nazirul memandang isqanda aneh..

"Yang aku pelik ni.. kenapa kau marah sanggat ni..perempuan tu bukan sesiapun pun dalam hidup kau! Ke kau suka dia..” Kerut seribu muka Nazirul.

Isqanda merengus.

"Aku tak puas lagi..tak puas hati aku ni selagi tak tengok dia betul betul menderita..Aku nak dia hilang segalanya.” Ucap Isqanda penuh dendam.

Nazirul semakin bingung.

"Kau tak cakap pulak yang kau kenal dia..Bila masa korang kenal.??” Soal Nazirul

"Mak AURA AISYAH..ialah mak tiri AKU. Faham!” Isqanda menekan setiap bait kata kata

Nazirul ternganga.

"Tak payah nak ternganga macam tu..masuk lalat.” Isqanda tergelak kecil. Hilang terus mukanya yg beku tadi..

Nazirul segera menutup mulut dengan tangan. Lalu ketawa kecil..

"Kau memang gila..” ucapnya

"Kerja kau lagi gila.” Balas Isqanda tersengih

Krekk..pintu utama dibuka oleh seseorang.

Isqanda dan Nazirul memandang serentak..

"Sayang..kasut siapa tu?” Soal Syazyana belum sedar kehadiran Nazirul yg memandang yg terkejut..

"Is..kau jangan cakap ..kau dengan dia tinggal sebumbung.” Ujar Nazirul

Isqanda mengangguk. "Kalau yea, kenapa?” Katanya selamba bersandar di sofa

Syazyana terkedu! Masih berdiri tegak didepan pintu..

"Dear..sini la,Dah kenapa macam nampak hantu jer.” Isqanda ketawa kecil

Nazirul tersengih.
"Aku balik dulu la.. Is..Jumpa kat resort! Chaww..” Nazirul mencapai jaket kulit hitamnya sambil melayang layang..apabila selisih dengan Syazyana..dicuit sedikit rambut Syazyana, tersengih gatal..

"Hoiii..jangan sentuh awek aku!” Laung Isqanda

Nazirul tergelak sambil menjelir lidah..

********

Harap best citer ni>•<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience