Bab 39

Romance Completed 32236

TUK..TUK.. meja Khairi diketuk oleh Imer. Khairi mendongak berserta senyum senang terukir. Wajah berkerut sedikit pelik..

'Lain macam si adik Bos ni datang awal. Selalunya orang balik kerja baru dia datang..’ Ngomel Khairi membalas senyum Aura yg berdiri disebelah Imer.

"Amboi mata. Jaga sikit, bini saya tu..Ni nak tanya Mama ada datang tak?” Soal Imer sempat menjegil mata kepada Aura disisi.

Aura hanya mampu tersenyum redha dengan sikap cemburu suaminya. Baginya tak salah nak cemburu malah perasaan tu penting pada setiap pasangan. Tapi jangan la sampai semua orang nak cemburu.

"Oh isteri Imer. Maaf maaf.. soal Puan Kartini tu dia ada kat bilik meeting lagi. Bos pun sama..ada apa-apa lagi Mir?” Balas Khairi menyambung kembali kerja yg terjendala

Imer menggeleng laju. Bibir menarik senyum nipis..memang mahal dengan senyuman kalau depan lelaki.

"Tak,takde. Thanks ..Jom sayang masuk dulu. Tunggu kat dalam.” Kata Imer selamba menarik tangan Aura mengikutinya berjalan meloloskan diri kedalam pejabat Irwan.

Tiga puluh minit menunggu..Kartini masih belum tiba. Sudah berpuluh kali Imer mengajak Aura pulang dulu..tetapi Aura masih berdegil mahu menunggu Kartini. Akhirnya Imer hanya biarkan saja..

"Lagi pun baru setengah jam. Ada la tu Mama dalam bilik meeting kan. Dah alang alang kita tunggu sajalah. Awak ni pun..” Leter Aura selamba merebahkan kepalanya dibahu Imer. Imer segera menyimpan hp dikocek seluar.. nampaknya isterinya mahu bermanja,.sengih nakal mula menghiasi dirinya.

"Alah. Sayang macam tak tahu perangai abang..abang memang dilahirkan macam ni. Takde rasa penyabar..dah sejak azali lagi abang takboleh tunggu orang lama lama. Kalau setakat dua tiga saat boleh la..” Ujar Imer bersahaja menarik semakin rapat badan Aura melekat dibahunya.

Aura mencebik. "Banyak la awak punya dua tiga saat. Kalau buat orang tunggu dua tiga jam awak pandai la kan..” Balas Aura. Mata masih menatap kosong pada tv besar dihadapan menghadap mereka yg santai berpelukan disofa panjang.

Imer tersengih lebar. Tak tahu nak balas apa sebba apa yg dikatakan Aura ada benar belaka.

'Fokus saja..dia tengok apa?’ Imer mengalih pandangan kehadapan seperti Aura yg kusyuk memerhati tv didepan. Berkerut wajah Imer .. Aura dipandang aneh

"Sayang tengok apa? Tv tak buka pun..kosong saja dari tadi. Kusyuk kan apa?” Soal Imer memandang Aura dan tv silih berganti

Aura menoleh sekilas Imer disebelah..
"Tengok tv la. Tv punya la besar takkan tak nampak..”

Imer menggeleng bersama ketawa kecil. Dahi Aura disentuh..tak panas pun!

"Sah sayang demam kekura ni ! Walaupun tak panas tapi ada simptom-simptom.. terutama macam ni la.” Ucap Imer selamba mengulum senyum menanti riaksi Aura

Aura berkerut dahi pelik. Imer ditatap..
"Awak nak kata saya gila?!”

Laju Imer menggeleng menidakkan ia. Ketawa ditahan..apabila wajah Aura mula masam. Tajam memandangnya ..

'Dah kenapa serius pula..usik sikit dah serius.’ Ngomel Imer mencari idea menjawap soalan isterinya.

"Abang usik je. Lagi pun pelik juga duk tengok tv kosong. Kenapa makin sensitif ni? Ke Aura mengandung?” Kata Imer teruja senyum lebar terukir. Tangan nya yg menyentuh perut Aura ditampar lembut..

"Mengarut. Saya..” tak sempat Aura menghabiskan ayatnya.

"IMER!”

Aura dan Imer berpaling serentak kepada Kartini yang berjalan bersama kasut tumit tinggi nya seperti model. Aura tergamam seketika..menilik penampilan mertuanya.

'Lain betul Mama! Kat rumah biasa biasa saja, tapi kat luar Woww bravo! Elegan..sesuai sebagai orang atasan VIP’ Asyik Aura menilai Kartini tak perasan Kartini sudah duduk menyilang kaki dihadapannya.

Pehanya ditepuk lembut oleh Imer. Aura segera melemparkan senyum manis.

"Lama Mama meeting. 4 jam Imer tunggu..Aura dari tadi lagi rungut nak balik..” Ujar Imer selamba menahan senyum. Sengaja dia memutar belit cerita,.mahu melihat Aura gelabah.

Tangan mencengkam bajunya kemas. Mencari kesabaran.. Aura masih memaniskan mimik mukanya tak mahu tunjuk garang depan mertua. Sudah biasa dengan perangai Imer yg satu itu,

'Suka sanggat nak aku naik hangin. 4 jam apanya bongok punya laki..’ Gerutu Aura geram

Kartini tersenyum ke kecil. Tak percaya sanggat kata Imer..

"Tak. Mama ada discuss dengan abang kamu tentang projek kat JB . Mama nak Imer uruskan..boleh?” Kata Kartini

Imer mendongak kepada Kartini dihadapan dengan riak kosong.

'Projek lagi. Aku malas betul la.. Haih nasib kena hidup.’ Ngomel Imer malas

"Lama lagi ke nak settel projek kat sana. Tak silap Imer dah lama..takkan abang wan tak boleh uruskan.” Jawap Imer

Aura hanya diam memerhati. Bab bab kerja dia angkat bendera putih..

Kartini menggeleng kecil. Senyum tenang menghiasi..

"Abang kamu ada banyak lagi kerja penting. Takkan Imer tak kesiankan Abang wan..siang malam kerja nak majukan syarikat. Sampai hidup dia sendiri pun entah kemana. Office-office rumah, itu je. Imer la pula uruskan..bukan banyak pun.” Ujar Kartini sedikit memujuk. Dalam masa yang sama teringat juga pada anak terunanya yg masih bujang walaupun usia sudah 29.

"Betul la tu apa Mama cakap. Awak la pula kena busykan dengan kerja..bagi Abang wan rehat rehat dulu.” Celah Aura menasihati Imer lembut

Imer memandang Kartini dan Aura silih berganti sebelum anggukkan perlahan. Mengiakan saja ..

"Good!” Ucap Kartini senang.

"Projek dalam perjalanan..Mama hantar Imer tengok dan belajar Projek di jb. Seminggu je..kalau nak bawa Aura sekali pun boleh. Mama dah booking bilik dekat sana” Sambung Kartini

Aura diam malas nak mencelah. Dia ikut saja..lagi pun dari tadi lagi Aura tertunggu-tunggu tujuan asal Kartini mengajaknya dan Imer kemari.

Imer tergamam. Air liur ditelan kesat..
"Baiklah. Imer ikut saja asal Mama happy puas hati..Imer taknak la nampak macam takde guna, hidup santai je kan. Jadi ni saja Mama nak cakap..” Ujar Imer . Muka reda je ..

Kartini tergelak kecil.
"Of couse tak. Itu baru pasal kerja..”

Imer dan Aura terlopong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience