Bab 11

Romance Completed 32236

AURA membuka kelopak matanya perlahan lahan. Berpinar terasa cahaya lampu. Sayup-sayup suara yang amat dikenali yang mungkin ada berdekatan.

"Aura dah bangun. Ni kak su, Aura jangan banyak gerak.” Suhaila datang hampiri katilnya bersama riak risau.

Kepala terasa berat untuk diangkat. Aura rebahkan kembali dibantal. Pandangannya meliar. Dia berada di wad hospital? Aura masih dalam keadaan bingung memaksa otaknya untuk mencerna dan ingat apa yang terjadi kepada nya.

Sesaat Aura mengeras bagai batu. Hingga bertambah risau Suhaila yang melihat.

"Aa-Aura kena ro-rogol?” Darah menyerbu ke muka. Wajah yang sedia pucat itu makin pucat apabila dia berjaya mengingat kejadian pahit itu. Dia ditenangkan oleh Suhaila yang turut bersedih.

Muncul seorang doktor wanita. "Aura Aisyah ya, cantik nama awak. Macam mana? Ada sakit di mana-mana ke?”

Aura menyerabutkan tudungnya. Kenapa kehadiran doktor ini menambah tekanan padanya. Aura memandang tajam.

Melihat itu, Suhaila mencelah. Risau juga dibuatnya Aura mengamuk. "Doktor... apa kata doktor datang ni biar ada tujuan yang penting.”

"Eh aku tak minat lah berbual kosong! Cakap la apa dah jadi dengan aku?!” Sudah hilang sekejap diri Aura yang asal. Kini dia dikuasai amarah, bingung, takut, trauma dan banyak lagi perasaan buruk yang bercampur aduk.

Doktor wanita itu hela nafas berat. Berat untuk menyampaikan hal sebenar.

-.-

"Arghh! Kenapa? Kenapa benda ni selalu terjadi kat aku?!” Bentak Aura berjuraian air mata. Didalam bilik ini hanya dia sendirian.

"Makin lama makin lemah diri aku. Aku penat lah!” Gadis itu menangis sepuas nya. Setelah diberitahu oleh Doktor bahawa dirinya diperkosa, beberapa titis mani dalam rahim Aura, juga lebam dileher dan tangan.

Suasana yang gelap dan sepi itu tiba tiba menggamit ketakutan Aura. Selimut ditarik menutup seluruh tubuhnya. Suasana seram yang terjadi dalam hidup nya itu membuatkan diri nya trauma.

'Kenapa kau sanggup buat aku macam ni Rul. Apa salah aku?! Apa dosa aku pada kau?! Diri aku dah tak berguna lagi. Aku jijik! Kau rampas mahkota yang aku jaga selama ni! Aku benci kau! Hisk... hiks...’ Aura menyembam muka dilutut. Dia memeluk lutut erat.

Grikk...

Mendengar pintu biliknya dibuka, Aura menutup seluruh tubuhnya. Menggigil badannya berpeluh ketakutan. Aura masih ditahan diwad disebabkan belum sembuh sepenuhnya dan selalu meracau tengah malam.

Bunyi tapak kaki seseorang mula mendekat ke sisi katil nya. Telinganya jelas mendengar kerusi ditarik.

"Aku tahu kau tak tidur lagi. Rehat la dulu... esok aku datang lagi.” Imer mengangkat punggung mahu beredar. Nampaknya dia perlu beri masa dan ruang buat gadis itu.

"Jangan tinggalkan saya.” Aura keluar lambat-lambat dari selimut. Mujur tudung nya masih dikepala walaupun senget.

Mata Imer tercatap ke arah bekas makanan yang belum terusik. "Kenapa kau tak makan?”

Air mata dikesat. Aura masih menunduk menekur lantai.

"Makan lah. Orang dah bagi makan free pun tolak lagi. Kau tak makan nanti sakit balik. Ke kau tunggu aku? Aku boleh saja suapkan.” Bekas makanan dicapai Imer. Penutup bekas dibuka.

"Saya taknak pun benda ni terjadi pada saya.”

Tangan yang sibuk terhenti. Imer mengangkat muka. "Aura, Aku...”

Masing masing sepi...

Imer mengeluh. "Aku tahu kau tak boleh terima semua ni..Tapi kau tahu kan semua ni dah tertulis untuk kau..Allah Maha merancang dan perancangannya adalah rancangan yg paling sempurna..”.

"Saya tahu..sebab tu saya sentiasa tenang dan sabar. Allah maha Adil..Kalau doa saya dikabulkan, saya bersyukur..Tapi kalau Tuhan tak kabulkan segala doa saya..saya lagi bersyukur and happy..sebab Dia akan bagi lebih indah dari saya minta.” Gadis itu tersenyum lemah lalu menunduk wajah.

Imer memandang lama wajah sugul itu..dia turut simpati dengan apa yang jadi kepada teman nya. Pasti sukar dan pahit..

Imer tersenyum kecil.
'Alhamdulillah..mujur kau iman kuat..kalau tak bunuh diri! ‘

"Saya nak tanya?” Aura memandang tepat kewajah Imer. Imer menelan air liur kesat..

"Tak payah tanya, aku tahu apa yang kau nak tahu. Lara yang bagitahu aku pasal kau. Aura, Aa-aku nak mintak maaf pada kau.” Aura melihat rahang jejaka itu bergerak, seperti kesat ditelan air liur.

"Kenapa awak mintak maaf?”

"Se-sebab aku tak sempat nak tolong kau. Aku janji lepas ni apa apa jadi pada kau adalah tanggungjawap aku. Aku rasa macam tak berguna sebb biarkan kau terus dengan jantan tak guna tu. Kau jangan risau, akan pastikan dia dapat balasan setimpal.” Imer panjang lebar.

'Lebih teruk aku balas Rul!’ Imer mengetap gigi.

"Hrmm..bukan salah awak pun. Semua dah ditakdir kan untuk saya.” Balas Aura.

Aura keluarkan jari kelingking nya. Imer turut menghulurkan kelingking nya umpama berjanji.

Aura melakar senyum kecil.
'Alhamdulillah..masih ada orang yang ambil berat kat aku..Saya percayakan awak Imer lebih dari sesiapa pun’

"Jangan hancurkan kepercayaan saya.. saya dah serik,..” kata Aura perlahan.

Imer tersengih kacak.
"Aku janji..kalau aku kawin dengan orang lain sekalipun.. Aku still jadi pelindung kau.”

Aura mencebik sambil senyum kecil.
"Yea lahh !”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience