Bab 57

Romance Completed 32236

"Aura, anak kau ada iras aku tak?” Tanya Aidan. Mereka sedang mengelilingi Babyhood Kaylula net berwarna putih atau senang digelar katil bayi. Bermain cuit-cuit dengan anak kecil yang sedang tidur.

Imer menjeling sepupu itu. Soalan minta kaki tu. Aura hanya tersenyum kecil. Dia yg mengenakan kain batik dan t shirt simple lengan panjang melunjur kaki ditoto yg diletakkan diatas permaidani itu.

"Apakejadah iras kau pula. Dah bapak dia aku, muka aku la. Lain macam dah tu...” Suara Imer mengancam

"Memang la kau BAPAK dia, tapi mana la tahu ada turun-turun dari hidung ke... mulut ke muka aku. Nampak comel saja...” Aidan sengaja mahu berhujah dengan suami aura yg mulut pedas itu. Dia tak kenal lagi gamaknya dengan lidah berbisa Imer.

Irwan dan Zack meninggalkan mereka yang bergaduh seperti budak itu. Mereka rancak berbual sesama lelaki dengan Anas yang turut ada melawat Aura dan putera sulung gadis itu. Mak jiah pula sedang mengurut kaki Aura sambil-sambil itu mereka berbual bertukar cerita, sudah lama tak bertemu.

"Ewah kau! Ah takde takde. Dari hujung rambut sampai hujung kaki anak aku, sama dengan aku. Tak payah nak turun-turun ayah sepupu ke apa. Kalau handsome comel dari aku. Nanti anak aku perempuan pula... baru iras Aura. Cerh, kalau ikut rupa kau memang murung anak aku nanti dia besar.” Imer membidas laju tanpa gagap dan berfikir. Dia kalau dah biasa mulut puaka tak jaga hati org, memang spontan je ayat keluar. Tudiaahh Imer.

Mujur saja anak kecil itu masih nyenyak dan tak terganggu dengan pergaduhan tak matang ayahnya.

Aidan tak terasa pula. Malah tergelak spontan.

"Penat aku cari pasal dengan kau, confirm kalah aku. Eh by the way an, siapa yang pilih nama anak kau ni? Bunyi pun dah hensem. Muhammad Alfarezel Rafiqi bin Imer Rizhwan. Tapi nama ayah dia tu buruk sikit dengar.” Ujarnya mula teruja bila teringat balik nama anak kecil itu.

Tangan yang tak duduk diam bermain dengan anaknya didalam katil bayi itu terhenti sekejap, Imer tergelak lalu menghadap Aidan.

"Of couse la aku, bini aku penat lahirkan. Aku pula penat cari nama anak.” Balasnya lalu kembali bermain mengacah pada Alfarezel yang sedang nyenyak. Malas layan Imer gamaknya.

Aidan tergelak gelihati.
"Patut la... kalau pelik-pelik mesti kau. Entah anak kau mengaku ke tak nama dia sendiri nanti besar. Hahahah..” Seronok juga dia berbual dengan sepupunya itu. Sama naik.

Imer tersengih. Sempat tersenyum pada Aura yang melihatnya. Harap Aura tak dengar apa yang dibualkan.

"Eh Dan, walaupun pelik dan unik. Tapi bukan setakat sedap didengar saja. Maksud Alfarezel tu, 'kebaikan yang sempurna’. Haa kau apa tauu!” Pangkas Imer bangga pula dengan dia punya idea nak letak nama.

"Yalah yalah. Kau kan ada mix darah dari Brasilia memang padan la pelik bunyi. Tapi nak panggil apa? Jenuh aku panggil nama Alfa.. Alfa apa dah tak ingat.”

"Alfarezel.”

"Haa Alfarezel. Panggil mamat jerlah, dah ada Muhammad kan?” Spontan Aidan memberi pendapat.

Aidan mengaduh sakit mendapat tamparan kuat dibahu. Dia berkerutan menjeling Imer yg sempoi mengenakan nya.

"Aku letak punya la cantik nama. Kau boleh nak panggil mamat saja. Entah aku pun tak terfikir pula nak panggil apa, sementara dia still kecik lagi ni... panggil baby jerlah. Baby Riqy ke?”

"Amboi stylo sanggat nama. Kecik-kecik dah cute hensem, nanti besar tak tau la...” Aidan ketawa kecil.

"Um itu pun turun dari aku. Aku kecil-kecil dulu memang dah kacak. Dah besar makin la kacak, tak gitu Yang?” Dia mula penyakit perasan, Imer sempat mengenyit mata nakal apabila bertentang mata dengan Aura. Tersengih mendapat jelingan maut.

"Masuk bakul angkat sendiri.” Gumam Aura tanpa memandang Imer. Walau jarak sedikit jauh, namun dia dengar dengan jelas perbualan Imer dengan Aidan.

Aidan mencebik. Dia mengangkat punggung.
"Cerh! Nak termuntah pink aku. Gerak dulu mir...Zack kau taknak balik lagi ke!” Aidan melaung kepada Zack.

"Lah pahal? Awal lagi ni.” Imer hairan.

"Tak boleh la wei, mak aku sorang saja kat rumah tu. Budak Auni tu bukan boleh harap. nih pun dia dah mesej nak keluar dengan kawan, kesian pula mak aku... gerak lu. Aura! Lain kali pulak kita orang datang nyibuk kat sini.” jeritnya kepada Aura. Aidan menjelaskan rasa bimbangnya, ibunya lumpuh kaki susah bergerak ke mana-mana, adiknya Auni pula jenis tak lekat dirumah. Risau pula ibu nya seorang diri dirumah.

Aura dan Imer mengangguk faham. Mereka bersalaman sesama lelaki sebelum berlalu pergi. Seketika Anas pula maminta diri pulang. Mak jiah pula tinggal disitu sepanjang masa pantang Aura untuk menjaga anak saudaranya itu. Dia bergerak naik ke bilik. Tinggal lah Aura, Imer dan 'Baby riqy’ atau Rafiqi yang masih diruang tamu.

Imer mengengsot merapat duduk ditepi Aura yang yang sedang menyusu Rafiqi.

Tangan Imer pula gatal mencuit-cuit pipi tembam anaknya.

"Baby Riqy... sini mari kat papa pula.” Bibir automatik tersenyum apabila Rafiqi diriba Aura turut senyum padanya. Dia menyambut berhati-hati apabila Rafiqi bertukar tangan.

"Baby riqy...? Mm boleh la. Tapi jangan terbawak sampai ke besar.”

Imer tersenyum memandang Aura.

"Kenapa? Sayang jealous eh...? Aa-aawwitt sakit mak oi!” Terjerit Imer mendapat bisa cubitan dipaha dari Aura. Terkebil-kebil apabila Aura mengambil kembali Rafiqi dipangkuan nya.

"Tak ada untungnya nak dengki.” Gumam Aura tanpa memandangnya.

"Okey okey, abang gurau halus je. Jangan marah Yang... sabar-sabar tak elok tarik muka masam lagu ni.” Dia memujuk lembut. Imer tersengih melihat angin puting beliung aura. Tak apa dia faham...

"Takde la mana ada.” Balas Aura mula tersenyum kepadanya. Tak baik aura oi buat suami macam tu. Asyik nak merajuk saja. Dia cepat meminta ampun dalam hati.

Makin mekar senyumnya dengan sentuhan usapan Imer dikepalanya yg dililit tudung lembut. Untung. Imer sentiasa memahaminya.

Beberapa saat.. imer mengecil mata pada Rifiqi dipangkuan aura. Aura menunduk melihat ke arah yg masa. Seketika dia tersentak apabila Imer mengangkat tangan mahu menampar seekor nyamuk dipipi gemoy anak mereka. Laju aura menahan. Suaminya itu memang tidak boleh dijangka. Tak pernah jaga budak kecil ke? Mahu lenyek Rafiqi ditamparnya, niat mahu bunuh nyamuk sekor tapi sekali bunuh dengan anak. Astagfirullah alazim... merepek!

"Kenapa? Nyamuk tu kat pipi Riqy. merah dah tu nampak tu...” Rungut Imer tak puas hati melihat nyamuk itu terlepas.

Aura hampir menepuk dahi. Dia sudah menayang wajah kabby. Nak kata imer tu polos? Nak termuntah pula sebut. Nak kata bod*h? Belajar tinggi gading. Anak pertama kan biasalah, suami masih kurang ilmu menjaga anak kecil tambahan pula Imer anak bongsu, jadi tiada pengalaman. Tapi kalau tertampar kuat pipi bayi itu... budak umur setahun pun tahu.

"Nampak abang angkat tangan tinggi tu pun aura dah tahu kuat. Kang nangis Iqy ni... lain kali kalau nampak nyamuk ke, semut ke, abang halau je. Jangan tampar, jangan penyet.” Tegur Aura dan memesan sedikit berharap suaminya mengerti.

Imer pula terangguk-angguk bagai belatuk terlebih nut. Seperti faham dengan apa yg diperkatakan itu.

"Faham-faham. Tapi kenapa aura cakap jangan penyet? Penyet tu tahan la sikit dari tampar kan?” Imer menayang muka bingung.

Aura tersenyum. Rafiqi didodoi di katil bayi yang menggerak sederhana, tak slow tak laju sanggat. Dia berpaling pada Imer...

"Sebenarnya nyamuk ni salah satu makhluk yang boleh kita lihat kebesaran Kuasa Allah swt.”

Aura menyimpan tawa melihat suaminya tekun mendengar lebih lanjut.

"Oke teruskan.”

"Kalau nak tahu berat nyamuk hanya 0,001 gram. Seekor nyamuk diletakkan dibawah mikroskop, diperbesar 400 kali. Fakta yang boleh ditemukan disini. Ternyata dekat kepala dia terdapat 100 mata, dimulutnya ada 48 gigi, didadanya pula ada 3 buah jantung... ditiap jantung ada 2 antrium, dua bilik jantung, dua katup jantung.

Nyamuk jugak memiliki alat pendeteksi panas dan nyamuk melihat sesuatu dengan pendeteksi panasnya.

Memiliki juga alat pencair darah sebab darah manusia ni kasar bagi nyamuk supaya dapat mengalir di belalai nyamuk, dia( nyamuk) ambil contoh darah dulu baru menggigit.

Nyamuk memiliki alat pembius sehingga orang yang dia ambil darah itu tak merasa sakit saat proses pengambilan darah, beberapa detik kemudian barulah efek bius tu hilang.” Setelah menerangkan tentang makhluk nyamuk itu Aura melepaskan nafasnya, pandangan tala pada Imer.

Imer hanya mengangguk sekali. Pasrah nampaknya. Meski dalam kepalanya aneh juga, masih tak menangkap apa yang sebenarnya Aura ingin katakan. Asal usul nyamuk? Tak penting lah. Dia manusia bukan vempire hisap darah. Namun dilayan la dulu angin baik isterinya.

"Sambung sambung...”

"Belalai nyamuk pula memiliki 6 buah pisau. 4 pisau untuk membuat luka berbentuk segi empat, dan 2 pisau lagi membentuk lubang sesuai tabung darah... Di kaki nyamuk ada cakar dan terdapat alat. Seperti alat bekam yang sehingga dapat menempel ditempat licin.

Soo.. panjang lebar saya punya keteranagn, faham ke tidak? Apa yang saya selitkan kat sini. Hakikatnya Allah benar-benar tak mendzolimi makhlukNya. di balik senjata nyamuk untuk hisap darah... Allah memberi ubat bius untuk menjaga manusia supaya tak merasa sakit kerana Allah maha tahu manusia susah sekali hindari dari gigitan nyamuk... berbeza dengan haiwan yang lain dimana manusia boleh menghindar dari gigitan kalajengking. Masyallah... walau makhluk yang kecil tapi memperlihatkan dan mensaksikan kita KebesaranNya.” Aura melepas nafas lega bersama senyum yang sentiasa menggetar hati Imer.

Imer mencerna laju maklumat yang disampaikan aura itu. Ya, betul kata aura itu. Nyamuk walaupun kecil tapi dia bukan vampire. Imer tergelak dengan bicaranya itu. Ke situ pula dah!

Akhirnya lelaki itu menganguk walau dari 50% saja yang dia faham. Pura-pura faham. Alamat makan selipar jepun la kalau tak faham lagi.

"Masyallah...semoga Allah menjaga makhluk kecil ini. Kalau macam tu abang nak tangkap nyamuk banyak-banyak. Nak bela... boleh tak? Hehe...” Sengaja saja berseloroh dengan isteri tersayang. Tak gituw?

Aura tergeleng kepala. Dia kembali menunduk menatap buah hati yang lagi satu. Nyenyak sungguh tidur bagai hanya jasad. Hanya hembusan nafas dan dada berombak saja memperlihat Baby Riqy masih bernyawa. Sekali-sekala dia menggeliat kecil lalu pengsan (tidur) kembali.

Allah Subhanahu Wa Ta’la Berfirman :
"Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang berfirman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan.”

(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 26)

"Aura. Imer. Ini ada orang datang.” Celah Mak jiah dipintu utama tersenyum mesra pada seseorang yang dilindung pintu itu.

Pasangan dua itu menoleh serentak. Tak perasan pula ada ketukan pintu. Aura membetulkan duduknya, Imer pula bingkas bangun bergerak ke arah Mak jiah.

Aura mula rasa tak enak apabila raut Imer berubah. Tergamam. Tiada senyum diwajah imer itu.

Siapa? Aura memanjang leher mahu lihat siapa si gerangan yang menapak dirumah mereka. Mungkin Fiqa atau teman Imer yang mahu melawat baby Riqy. Fikir Aura.

Tak terjangka Aura terpaku tanpa berkelip melihat dimana ada sebatang tubuh berlumuran darah, lemah tatapan mata lelaki itu pada mereka disitu. Darah menyerbu ke muka. Sebelah tangan menutup mulut akibat terlalu terkejut.

Bibirnya terketar mahu menyebut nama itu.

"Is.. Isqanda?”

Wulalala... Alhamdulillah haih penat tulis walaupun pendek je. Ikhlas Eyka;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience