AURA menyelak langsir balkoni, terlihat dimana Imer sedang santai bersandar di swing chair. Aura tersenyum. Imer masih belum menyedari kehadirannya. Dia perasan suaminya kebelakangan ini banyak termenung dan kurang bercakap dengan sesiapa. Disoal sepuluh dijawap sepatah, baik Aura diam saja.
Aura duduk dikerusi putih tak jauh dari lelaki itu.
"Abang!”
Suara Aura membuat Imer tersentak, riak dikawal agar tak terlalu ketara. Imer senyum samar.
"Termenung ek? Ingat siapa? Jangan ingat perempuan lain sudah la.” Selamba Aura diselit peringatan.
Imer bungkam apabila kata-kata itu meluncur laju dari mulut isterinya. Entah kenapa Imer terasa bulu romanya meremang, mukanya juga pucat, peristiwa itu...
Tanpa sedar Imer menggeleng kepala. "Tak, tak ada apa. Aura jangan risau.”
Aura mengecil mata merenung suaminya yang tampak agak mencurigakan. Imer menyembunyi debaran dengan senyumnya. Setelah itu riak Aura berubah ceria, sempat pipi suaminya ditepuk lembut beberapa kali sebelum bingkas bangun.
Aura sengih. "Saya percaya abang. Tidur dulu ek... ngantuk pula dah! Baru nak borak dengan abang.” Rungutnya sambil menguap luas.
Imer tergelak perlahan. Mulut luas isterinya ditutup sebentar sementara isterinya itu sedang menguap seluas alam. Aura malu sendiri.
"Tak apa la, borak esok. Dah pergi tidur dulu... kejap lagi abang masuk.” Bicara Imer lembut.
Aura angguk sekali dan berdesup masuk.
Senyumnya kian kendur. Imer memicit kepala yang terasa berdenyut-denyut.
Senyuman dan kegembiraan Aura dahulu sememangnya membuat hatinya senang, tetapi sekarang? Semuanya berubah begitu saja. Disaat keluarganya berjaya mengecapi bahagia yang diimpikan dan dia... masih dihantui peristiwa yang hanya dia tahu.
"Allahu akbar...” Imer meraup wajah. Kelemahannya hanya dia yang tahu.
'Biarlah selamanya rahsia.’ Bisik Imer bersandar lesu.
********
Jeffrie menarik tangan Intan ke belakang pokok yang agak tersorok dan gelap. Ditolak gadis itu ke tanah kasar kerana rimas dengan rontaan gadis itu.
Intan ternyata marah. "Kau kenapa?! Aku tak kacau kau pun, tak payah la sibuk hal aku!” Tanah dan daun-daun kering yang melekat diseluar jean nya dikebas.
Lengan Intan dipegang kemas menahan dari Intan pergi. Jeffrie menarik nafas panjang sebelum memandang Intan yang berada dekat dengannya.
"Kau dah puas hidup ke? Aku tanya ni Intan, kau nak meringkuk dalam penjara ke? Kau dah gila ke pergi bunuh mak kau!!” Tengking Jeffrie
Intan merah padam menahan kemarahan yang sama naik dengan lelaki itu. Lengannya direntap kembali lalu dijauhi dari Jeffrie.
Intan senyum senget. "Oh jadi sekarang kau risaukan aku?”
"Eh tak payah la masuk campur hal aku! Aku buat hal aku, kau buat hal kau. Senangkan? Dah tepi lah!” Sambungnya berang. Bahu Jeffrie ditolak kasar yang menghalang jalannya namun lelaki itu sedikit pun tidak berginjak.
"Intan, kahwin dengan aku.”
Langkah Intan terhenti. Terpempam namun dia cuba buat selamba menutup debaran, dia berpusing kepada Jeffrie semula. Ketawa yang dibuat-buat di hamburkan seolah ada perkara lucu. Jeffrie masih dengan riak dinginnya merenung Intan.
"Kau serius la Syahir...? Oppss Jeff lupa. Okay lah jom, aku pun dah tak sabar nak kahwin ni.”
Ucapan seriusnya malah dibalas perlian oleh Intan.
Jeffrie melepas keluhan berat. Dipandang Intan bersungguh-sungguh, berbeza dengan pandangan tajamnya sebelum ini.
"Polis tengah cari aku, cari kau Intan! Tolong la ikut aku kali ni.“ Jeffrie terpaksa merayu.
"Jadi apa kena mengena polis dengan kahwin? Please la jangan buang masa aku. Tak masuk akal tahu tak.” Sekali lagi Intan cuba melarikan diri dari berada disitu, dan semestinya Jeffrie tak membiarkan.
"Plan kau perangkap Aura dulu dah kantoi dah. Dah banyak perbuatan kau ketahuan, Intan! Okey aku tak paksa kau setuju nikah dengan aku, tapi sepanjang kita lari, kau hanya bersama dengan aku saja, Faham tak!”
"Aku tak faham lah! Kau benci aku, jadi apa motif kau nak kahwin dengan aku? Atau kau nak balas dendam pada aku? Kalau itu yang kau fikir, baik tak payah la Jeff. Aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat selama ni.” Intan meningkah tegas tanpa berperasaan, seolah baru membunuh seekor semut.
Jeffrie mendengus marah, rahang Intan dicengkam kasar. Matanya tajam setajam mata pedang yang menerobos tepat ke jantung gadis itu.
"Benci mana pun aku pada kau, tapi hati ni tetap ada nama kau sejak 8 tahun dahulu lagi.” Jeffrie menekan pada dadanya
Intan agak terkedu mendengar itu.
"Aku tahu kau tak mampu lari dari polis, sebab tu aku tawarkan pertolongan aku secara BAIK-BAIK. Jadi jangan cabar aku dengan sikap degil kau ni.” Sambung Jeffrie lagi, perkataan 'baik-baik’ itu ditekan.
Intan terdiam seperti memikirkan 'tawaran’ pertolongan itu. Tapi perlu ke dia bernikah dengan Jeffrie? Macam tak kena je?
"Macam yang aku cakap, aku tak paksa kau untuk setuju jadi isteri aku. Tapi cuba kau fikir la, sepanjang kita lari... takkan kau tak takut jadi apa-apa antara kau dan.. aku yang lelaki normal ni.” Jeffrie cuba menduga tahap keimanan dan takut Intan.
Entah mengapa bait bicara Jeffrie itu kedengaran seperti menduganya hingga bulu roma terasa naik.
Mereka saling tak ada perasaan antara satu sama lain, hanya jalan untuk meneruskan hidup dari diburu polis dia terpaksa mengikut pertolongan dari lelaki itu. Dan entah kenapa hatinya pilu ketika ini kerna seraut wajah Imer tersenyum kacak sedang berlegar difikirannya.
Jeffrie terpana melihat air jernih mengalir diseraut pipi gadis itu. Langkah dibawa satu persatu mendekat ke arah Intan.
"Selama aku hidup, dari dulu sampai sekarang aku tak pernah dapat miliki apa yang aku nak. Aura...” Sebaris nama itu disebut bersama nada sinis.
"Dulu hidup dia memang terseksa, tapi lepas keluar dari kampung tu. Aku dah tak nampak muka sedih dia. Tambah pula lepas jadi isteri Imer. Memang perempuan tak sedar diri.” Intan menyeka air mata kasar. Dia tak mahu tunjuk kelemahan didepan sesiapa.
Jeffrie dipandang. Lelaki itu hanya diam dan mendengar luahannya.
"Kau... betul-betul bencikan Aura?” Jeffrie pelik juga dengan hubungan dua beradik itu. Takkan la disebabkan seorang pemuda bernama Imer saja, Intan kelihatan begitu benci kepada kakaknya sendiri. Mungkin ada sebab yang lain.
Intan gelak kecil. "Ya, aku tak kisah orang nak kata aku gila ke apa. Aku tak minta banyak, aku hanya nak Aura ingat sampai bila-bila satu janji yang pernah dia ucap dulu.” Ujarnya penuh makna mendalam.
Kening Jeffrie bertaut. "Janji?”
"Kalau kau nak tahu dulu masa kecil, Aura adalah orang yang paling aku sayang selepas mak bapak aku berpisah. Dia adalah segala-galanya bagi aku dulu. Dia pernah janji kat aku yang dia akan cari mak aku yang hilang masa kami kecil, dia juga janji yang dia akan bawa keluar aku dari kampung. Dan apa yang aku nampak sekarang apa...? Semuanya dah berubah dan dia pun dah lupa janji tu semua.”
"Intan... kisah dah lama, mesti Aura dah tak ingat.” Keluh Jeffrie lemah kedengaran. Agak tergamam dengan kisah hidup mereka.
"Kau tak faham lah!” Bentak Intan
"Aku yang rasa selama ni. Dia apa? Lepas dapat hidup bahagia, terus lupakan aku!”
Jeffrie hela nafas letih. "Mana kau tahu? Kau ada siasat ke apa yang Aura lalui lepas keluar dari kampung?”
Intan kelu. Ya dia mengaku dia lihat keperitan Aura namun dia butakan mata dan hanya melihat kesenangan Aura. Kebencian pada kakaknya makin menipis tetapi cepat ditegah oleh ego.
"Ah lantak lah! Kau hanya orang luar, kau tak tahu apa-apa pasal hidup aku. Kau pernah ke rasa hidup susah? Takkan. Jadi jangan sibuk masuk campur! Dah aku nak blah, tepi!”
Jeffrie mengejar langkah besar Intan yang tergesa ingin lari darinya. Mungkin sudah tak betah bertekak dengannya. Namun dia tak mengalah, dia tahu jika dibiarkan Intan keseorangan diluar sana, tambah pula gadis itu dikawal emosi, macam-macam boleh berlaku.
"Intan!”
Intan tak hiraukan panggilan itu. Kaki menonong berjalan di kawasan samar-samar gelap itu.
"Intan, habis aku ni? Aku pun dari keluarga yang susah, miskin. Sudah la kau nak berdendam pada darah daging kau sendiri. Aku taknak hidup kau hancur.” Laung Jeffrie dari belakang.
Langkah masih tak henti. Bersama dengusan marah, Intan menjawap. "Suka hati aku lah hidup aku! Tak de kait sikit pun dengan kau.”
"Aku masih sayangkan kau lah Intan!”
Intan terkedu dirinya didakap kemas oleh Jeffrie dari arah belakang. Dia meronta sekuat tenaga meski tak bisa melawan tenaga lelaki itu. Penat menjerit, memekik, meronta, namun sia-sia. Intan akhirnya tenggelam didalam dakapan Jeffrie.
"Aku penat la, lepas boleh tak.” Intan bersuara lemah. Mahu saja menggigit tangan lelaki itu, namun takut pula pipinya menjadi mangsa lempangan dari Jeffrie.
Jeffrie melonggarkan tangan kekarnya dari memerangkap gadis itu. Semakin lama semakin lembut hingga Jeffrie terpaku apabila badan Intan dipusing menghadapnya.
"Kau nangis ke..? Kau.. asal nangis?”
Laju Intan menggeleng. "Tak lah mana ada. Saja nak basahkan mata. Sekarang boleh tak, lepaskan aku? Rimas la,”
Mendengar suara separuh rayu itu membuah secebis senyum Jeffrie yang kian pupus. "Tapi dengan satu syarat.”
Intan hampir berdecit geram, tapi ditayang muka pasrah jua. "Apa nya? Cakap lah!”
"Kau kena cakap 'Ya’”
Muka yang dibasahi peluh berkerut kehairanan. "Apahal pula? Adumak, lepas saja lah. Tu pun nak kena bersyarat.” Tukas Intan geram.
"Sebut saja lah 'Ya’ bukan susah pun!”
Intan mengalah. "Ya ya ya! Ishh bising.” Mata dijuling menyampah dengan sengihan Jeffrie.
"Kiranya kau setuju la kahwin dengan aku.” Kata Jeffrie
Intan tersentak. "Eh gila! Bila masa aku setuju nak nikah dengan jantan gila macam kau ni?” Dada Jeffrie ditolak kasar. Baru boleh sedut nafas oksigen.
Jeffrie masih senyum. "Tak apa la. Kita sama-sama gila.”
Intan memandang tak percaya. Dia kahwin? Dengan Jeffrie? Macam pelik saja permulaan hidup barunya dengan bergelar isteri di umur 22 tahun!
********
3 BULAN BERLALU....
Berita kematian Wilya Shida dan Isqanda yang maut kecelakaan sudah lama tersebar. Mulanya Aura semestinya hampir pitam kerna terlalu terkejut dengan berita kematian itu. Namun, dia yang memiliki jiwa yang kental dan ikhlaskan hati melepaskan orang yang sudah pergi. Dia percaya itu ajal mereka.
Hingga kini Aura masih menyimpan perasaan bersalahnya pada arwah Isqanda.
HARI INI Aura dan Imer akan ke rumah Kartini yang telah mengadakan majlis persandingan dan majlis kenduri buat perkahwinan yang baru berlangsung. Semestinya Irwan yang baru dapat padam gelaran bujang terlajaknya.
Siapa sangka Irwan ada hati yang sama terhadap Afifah. Tinggal lah Zack dan Aidan yang merebut Fiqa.
-.-
Aura mengenakan kurung moden pahang songket berwarna navy blue. Dipadankan tudung shawl caramel. Make up hanya simple dan nipis saja, sekadar tak mahu nampak pucat.
Dipandang suaminya yang berbaju melayu sedondong dengannya. Rambut Imer masih basah dikeringkan.
Aura tersenyum. Macam aku dengan Imer pula nak bersanding. Getusnya.
Aura mendekati suaminya. Imer pula hanya membiarkan saja Aura membetulkan butang baju melayunya yang berbentuk keris halus.
"Macam tak percaya pula abang wan dah sah bernikah dengan si Fah tu...” Imer tergelak kecil mengingat itu.
Macam mana agaknya kehidupan seorang lelaki dingin dan perempuan bersikap agak kasar tetapi dia tak risau tentang Afifah kerana Afifah automatik akan berubah pemalu bila berhadapan dengan Irwan. Dia percaya abang dan sepupunya dapat kecapi bahagia rumah tangga.
Aura senyum saja. Apa yang Imer ucapkan itu dia tak ambil endah sangat, apa yang dia perhati saat ini adalah karakter dan percakapan Imer. Apa yang dia perasan, Suaminya makin matang, bertolak ansur, kurang bercakap kosong seperti dulu dan tampak dewasa. Apa yang mengubah lelaki itu pun dia tak tahu namun dia suka dengan Imer yang sekarang.
Yang mampu menjadi suami terbaik buatnya. Yang ikhlas menerima segala kekurangan yang ada dalam dirinya. Yang mampu membimbingnya ke jalan yang benar dan lelaki itu juga menjadi teman dan sahabatnya...
JAM 11 TENGAH HARI baru mereka tiba di perkarangan Villa Kartini. Niat mahu sampai lebih awal namun biasa saja la, jalan sesak penuh dengan kenderaan tak henti-henti.
Imer menghentikan kereta di garaj. Kereta-kereta saudara maranya tersusun diluar.
"Abang, bawa tak stroller Iqy?” Soal Aura turun dari kereta sambil mendukung Rafiqi.
"Bawa. Abang bawa yang warna pink. Main campak je tak sempat nak tengok warna.” Jawap Imer tersengih menghulurkan stroller bayi pink dari perut bonet.
"Pink..? Nasib la orang ingat anak kita perempuan.” Aura geleng kecil. Rafiqi diletakkan didalam stroller tersebut.
Belum sempat mereka mahu berjalan masuk. Zack, Aidan dan Anas muncul di sebelah Imer. Tanpa banyak bicara mereka saling bersalaman kecuali Aura la.
"Bang, orang masuk dulu la. Iqy panas ni kat luar.” Kata Aura kepada suaminya yang rancak bersembang mesra dengan tiga pemuda itu.
Imer mengiakan saja. "Yelah, Aura pergi masuk dulu. Kejap lagi abang ikut sama...”
Melihat kemesraan dua pasangan sedondong itu, Zack dan Aidan mula menyakat. Memang spesis anti lihat orang dah berbini.
"Mak ai! Mir, Aura, korang ni macam tak boleh berpisah seminit saja. Selamat la kau berdua tak tunjuk aksi cium-bercium syahdu kat sini, kalau tak memang aku bagi pingat kat kau Mir. Pingat Juara Pasangan Bertepek Paling Sweet. Fuhh... sabar jelah Zack,” Zack berceloteh
Diikuti tawa mereka yang ada disitu. Aura sudah angkat kaki pergi. Masa ini la mereka mahu berkumpul sanak saudara, bergurau dengan mereka yang jenis masuk air.
"Weh aku nak kawin!” Teriak Aidan sekadar bergurau. Kepalanya diluku Imer dan Zack serentak. Meringis kerna menjadi mangsa.
"Bersunat pun belum. Nak bini konon, cerh!” Perli Zack
Namun ditingkah oleh Aidan. Menjaga maruah la katakan. "Eh hello..? Aku sunat 4 kali ek. Kau jangan bercakap pakai air liur sangat.”
Anas senang melihat sikap mereka itu yang tak henti bergurau. Ada saja modal ingin diperbalah kan, mujur la sekadar bertekak manja saja.
-.-
Jam sudah masuk waktu asar. Aura bergolek-golek sebentar diatas katil untuk hilangkan penat. Penat sudah seharian ini walaupun bukan dia tuan rumah, namun sebagai menantu pertama Kartini, dia diperkenal dengan saudara-mara yang datang.
Seperti mahu patah tulang. Rafiqi sedang bermain dengan saudara Imer diruang tamu. Tak cukup nafas rasanya anaknya itu didukung seorang demi orang.
Pintu dikuak dari luar, Imer muncul bersama wajah letih. Songkok diletakkan diatas meja solek. Dia turut menghenyak punggung disebelah Aura.
"Penat ke?”
Aura mengangguk sekali. Mata dipejam. "Urm... macam baru lepas angkat kayu balak. Penat sikit.. abang?”
Mendengar itu Imer senyum. "Sayang ada kat sebelah, hilang la penat.”
Aura menjuih bibir. "Manis mulut abang, tak penat ke hari-hari reka ayat sweet-sweet?” Bukan tak suka dengan bicara Imer, tetapi saja ingin menduga.
Sesaat kedua mata Aura tercelik luas. Bibirnya dicium lama oleh Imer. Tapi dia hanya membiarkan saja Imer mencumbu bibirnya. Dengan mata yang terpejam, Imer mengucap kalimah suci yang tak henti diucap setiap hati.
"I love you...”
Kemudian menyambung. "Apa yang abang ucapkan, semua dari lubuk hati abang. Bukan reka dan abang tak pernah bosan untuk bagitahu Aura yang setiap hari, setiap saat, setiap detik, yang Aura cinta terluhur abang. Abang takkan berhenti menyayangi Aura Aisyah...”
Aura senyum sebak. Air mata terharunya mengalir. Namun selamat Imer tak lihat kerna lelaki itu masih memejam mata.
Ya. Dia adalah cinta paling luhur aku setelah cinta Ilahi. Terima kasih Ya Allah anugerahkan insan-insan yang buat aku rasa dihargai dan disayangi.
Ingatlah, setiap kehidupan ada ujian. Setiap ujian ada kesusahan. Setiap kesusahan ada kemudahan. Dan setiap yang pahit akan digantikan rasa manis yang lebih manis dari madu.
• Sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar, dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.
~TAMAT~
Syukron... Eyka nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pembaca yang masih setia baca novel ini. Lega rasa bila dapat akhiri dengan happy ending. Jeff dan Intan yang gila tu kita nikahkan terus. Senang. Alhamdulillah... mulakan bacaan anda dengan Bismillah...
Share this novel