Bab 34

Romance Completed 32236

"MACAM mana Projek kat Villa Indah? Diorang ada nak buat reseption? Majlis?” Tanya Isqanda selamba memusing musing kerusi nya.

Wawa yg berdiri di sisi meja nya itu segera mengeluarkan Ipad..di scrool satu persatu..

"Puan Sri Wilya hantar email dan beberapa keping gambar ni Tuan. Majlis Perasmian pembukaan akan diadakan kat Salon..Tuan pun turut di jemput..” Ujar Wawa

"Oky setakat tu. Ehh.. takde buat tema ke?”

Wawa menggeleng kecil.
"Takde Tuan..”

Isqanda melepaskan ketawa perli..
"Kolot!” Bisiknya perlahan

"Ada apa apa lagi Tuan?”

Isqanda menggeleng bersama wajah ceria..Wawa keluar dari pejabat Isqanda itu bertembung dengan Nazirul.

"Weyh Bro..tengok gambar awek ke” Nazirul melabuh punggung dikerusi hadapan Isqanda bersama ketawa kecil. Isqanda yang tersentak itu terus mendongak..terlakar senyum lebar.

"Rul! Gila kau..balik tak bagitahu..Kalau tak..boleh aku buat majlis..” Usik Isqanda berpelukan sebentar dengan sahabatnya itu..

Nazirul ketawa besar. Isqanda kembali bersandar dikerusinya..

"Majlis kesyukuran boleh jugak..Alaa saja la rindu nak balik Malaysia. “ Balas Nazirul bersahaja

Isqanda menutup fail fail bertaburan diatas mejanya..
"Banyak berubah yea kau sekarang. Nampak lain..Kau dah kahwin ke Rul?? Jescy tak balik sekali.”

Nazirul tergelak kecil. "Aku dah kahwin dengan dia..Sorry la Is tak jemput kau.. Bukan apa aku kahwin ekspres. Nk jadi bapak orang kan..” Balas Nazirul selamba

Isqanda terkejut beruk. "Kau biar betul..Tahniah la. Ingatkan dah berubah, rupanya sama jer perangai kau..suka buat kerja gila..” Isqanda tersenyum lebar menumpang senang melihat bahagia jelas terpancar di wajah sahabatnya itu.

Nazirul tersengih.
"Kau lebih kenal aku..Ehh apa kes sekarang pasal Projek mak tiri kau tu la..aku dengar cerita dah settel..Besar luas jugak yer Salon dia tu..” Nazirul menunjukkan muka teruja

Isqanda tersenyum kecil sambil mengangkat bahu..
" Kalau perempuan tu nak amik tanah atau pun harta Papa aku..Aku tak heran sanggat la setakat buat bisnnes kat Villa tu.. Cuma satu benda saja aku tak puas hati..Villa tu milik Arwah Mama aku. Kalau diorang berani ada niat nak rampas. Sekelip mata jer aku boleh musnahkan hidup diorang.” Gambar-gambar di hp di pandang lama..

Nazirul mematikan senyumannya..dia pun malas nak masuk campur masalah keluarga Isqanda. Tetapi jika melibatkan kerja..dia akan campur tangan.

"Iya la kau kan ada banyak harta kan.. Resort , Company besar..jawatan CEO pulak tuu. Jadi bila kau nak kahwin?” Nazirul tergelak kecil

Isqanda memandang tepat kawannya itu..
"Apa kena mengena dengan kahwin pulak..Entah la Rul.. aku malas nak pikir.” Keluh Isqanda..kepala ditunduk

Wajah Syazyana kembali terbayang di fikiran Isqanda..tubuh kekasihnya yg menawan itu amat dirindui. Kenangan cuba ditepis dari mengganggunya.. Ya. Mereka sudah tak bersama atau sudah tak sehaluan, Syazyana mencuri barang barang mahal milik Isqanda dari rumah lelaki itu. Apabila ketahuan..Iswanda amat tak percaya..ditambah pula dengan gambar kekasihnya itu berpelukan menuju ke Hotel bersama lelaki lain.

Dan disebabkan itulah Isqanda menjadi bertambah 'peramah’.. hati nya dilukai dengan begitu sadis setelah harta nya banyak yg sudah membelanjai Syazyana. Setiap malam ada saja dibawa perempuan tidur bersama.. Teman tidur ditukar tukar seperti tukar pakaian. Tetapi Isqanda sudah tak kisah dengan dosa pahala..baginya, perempuan semua sama..kaki kikis.

"Maybe belum ada perempuan baik yg hadir dalam hidup aku.” Ucap Isqanda tenang tersenyum nipis

Nazirul tampak serba salah..tangannya laju mencubit pahanya sendiri.sakit!

"Auww..sakit la bodoh.” Berkerut Nazirul menggosok pahanya

"Pahal?”

Nazirul tersengih.
"Takde la..jom aku belanja kau lunch.”

Isqanda mendongak tak percaya. Biar betul? Sebelum senyuman lebar terlakar..

"Hahaha seriusly? Dulu kau lah yg paling kedekut. By the way thanks Rul..” Ujar Isqanda berjalan beriringi Nazirul bersama gelak tawa mereka

"Thanks? For what?”

"Kau dah ubah mood aku..” Balas Isqanda selamba. Tergelak kecil melihat Nazirul membuat muka loya.

"Gila punya ayat..”

******

"Beb.. Jom balik sekali dengan aku.” Ajak Inaliya mengetuk ngetuk meja Alisa yang fokus pada kerja dihadapan.

"Hmm.., Malas la. Aku balik naik grab je..” Balas Alisa acuh tak acuh..tanpa memandang temannya itu

Inaliya terdiam sejenak..direnung temannya yg sudah rapat sejak kecil, tiba tiba menjadi renggang sejak akhir akhir ini. Kalau bercakap pun sekadar berbasa basi.

'Aku ada buat dia terasa ke? Selalunya dia akan tumpang kereta aku..Lisa tak minat naik grab.’ Omel Inaliya keliru..

"Kalau aku ada buat salah kat kau..Aku nk mintak maaf sesangat. Kau jangan diam macam ni..ke kau ada masalah? Boleh share..aku kenal kau dah lama, selalunya kau tak macam sekarang ni..” Ujar Inaliya berhati hati takut temannya terasa.

Melihat Alisa masih tiada respon..Inaliya laju mengambil tempat duduk menarik kerusi lalu duduk menghadap Alisa.

Alisa menjeling sekilas. Mimik muka nya seperti kosong..dingin! Hp dicapai ..

Inaliya hanya memerhati..Hp bertukar tangan.

"Kau tengok lah sendiri.” Kata Alisa menarik senyum sinis.

Inaliya jelas tergamam. Gambar yg terpapar di sreen hp ditatap tak percaya..kelu lidahnya.

"Tak sangka pulak taste kau..laki orang. Tapi ap nak dihairankan sanggat kan? Kau dengan Encik Imer pun sepadan, sama kaya, cuma..satu la aku nak pesan..Jangan la amik kesempatan. Kesian Aura..” Kata Alisa bersahaja tetapi cukup tajam menikam kepada Inaliya yg sudah bingung.

"Salah faham Lisa. Aku..”

"Shhhhh..diam diam. Biar aku je cakap.” Potong Alisa melayang layang jari telunjuknya. Wajah Alisa juga turut berubah serius menatap tepat mata Inaliya yg sudah resah

"Gambar ni ! Aku sendiri yg tangkap, aku nampak dengan dua biji mata aku ni..Yang pemandangan yang indah..berpelukan, bergurau senda ditepi tasik bersama Imer tersayang. Seronok tak kalau aku tunjuk kat buah hati kau tu..” Bisik Alisa penuh sinis dan dirasa ugutan.

"Ya Allah! Lisa..kenapa kau buat aku macam ni?? Aku cuma nak tenangkan Imer..dia kawan aku jugak. Kalau aku bagitahu semua pun..bukan kau faham. So aku cuma nak cakap..apa yg kau fikir tu ..tak sama dengan apa yg jadi sebenarnya. Tolong percaya cakap aku..” Rayu Inaliya pedih. Kata kata Alisa umpama belati yang menusuk dalam. Inaliya juga tak mahu salah faham ini menjadi pendebatan antara dia dengan Zack.

Alisa pura pura ketawa. Baginya apa yg dilihat kelmarin adalah perkara yg memalukan..jijik. Penjelasan Inaliya hanya sia sia..kerna bukan saja Alisa kisah tentang perasaan isteri Imer, Malah perasaannya..Luka!

"Apa apa pun kau adalah juara perampas! Dulu kau rampas Zack dari aku,..Sekarang kau nak amik Imer pulak,Hahh!? Memang dasar murahh!!” Herdik Alisa kuat..tangannya kasar menarik tubuh Inaliya jatuh ke lantai..Mata mata mula memandang kearah mereka.

Inaliya yg tak sempat berkata apa apa itu..bergenang tubir mata. Kecewa dengan sikap temannya. Baru la sekarang dia tahu..Alisa masih berdendam dan marah dengannya. Dahulu Alisa pernah menyimpan perasaan terhadap Zack..tetapi setakat 'crush’ jerlah. Itupun hanya dia yg tahu.. Inaliya mula serba salah selepas menerima pinangan dari keluarga Zack. Sudah 6 bulan mereka bertunang..dah kerna itulah Alisa mula semakin aneh! Inaliya tak bisa menolak pinangan Zack ketika itu kerna dia juga turut menyimpan perasaan pada Zack.

PANG!

Inaliya kembali kepada realiti. Berkerut wajahnya menahan pedih dipipi..pasti berbirat merah kerna kepala nya sampai terteleng.

Inaliya yg terduduk itu menggenggam erat bajunya..menahan rasa. Kepala didongak menatap tepat mata Alisa yg tajam seperti burung helang yg mahu menerkam mangsanya.

"Aku sayang kau,Lisa. Kau sahabat aku dari dulu lagi..” Ucap Inaliya lemah sebelum mata tertutup rapat..tubuh genit itu terbaring tak sedarkan diri.

Alisa tergamam.

'Dia pengsan!’

Mata memandang sekeliling..pekerja pekerja disitu mula berbisik bisik antara mereka. Memandang aneh Alisa.

"Woiii ! Apa kau dah buat dekat dia, Hahh?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience