Bab 58

Romance Completed 32236

MASING-MASING berdiam diri enggan memula bicara. Isqanda dikuasai rasa bersalah dan malu yang teramat sama ada pada Aura mahupun Imer. Tak tahu bagaimana mahu mulakan, Isqanda hanya diam menunduk. Sesekali dia tersenyum melihat Aura menidurkan Rafiqi dengan zikir perlahan.

Kemudian dia melihat pula kepada Imer disamping Aura yang seperti tak hirau dengan kewujudan nya. Sesekali Isqanda meringis perlahan menahan sakit bila tangan gatal saja sentuh lebam dan luka diwajah. Darah-darah dikepala dilap bersih dibantu oleh Mak jiah. Mujur saja tidak parah sanggat.

"Hhm, kau nak apa datang sini?” Dingin Imer kerana sudah tak tahan dengan suasana hening dan makin canggung ini. Telefon diletak diatas meja, pura-pura saja main fon.

Isqanda terdiam sejenak apabila suara dingin itu menyapa telinganya. Dia tahu dia tak diperlukan disitu.. dia hela nafas panjang sebelum angkat muka.

"Aku cuma nak bagitahu... yang Tengku Nazirul dah meninggal.” Ujarnya

Imer tak pula terkejut. "So..? Kau nak aku ziarah kubur kawan kau tu?” Mendatar Imer.

Dia sudah lama tahu mengenai itu. Dan sememangnya dia mahu Zirul mati. Bencikah dia? Semestinya. Lelaki durjana yang merosakkan gadis yang dia sayang dengan tanpa rasa bersalah setelah buat demikian.

Dia puas? Tidak. Imer mahu lelaki itu mati ditangannya bukan ditangan orang lain. Dengar agak kejam... tapi lelaki bernama Nazirul itu bukan saja tak layak hidup didunia ini, malah Nazirul dan Isqanda sudah buktikan dia lelaki yang paling tak berguna. Jika diingat kembali... semua orang yang sakiti Aura, satu pun dia tak dapat balas.

Isqanda cepat menidakkan itu. "Tak tak, bukan macam tu mir. Aku tahu kau dengan Aura benci Zirul...” ucapannya tergantung apabila tiba-tiba saja Imer ketawa sumbang.

Bersama sisa ketawa sinis Imer berkata; "Habis kau? Ingat aku suka kau? Alahai Is.. Is... dah tak ada rupa aku tengok kau ni. Asal? Hidup tak tenang.”

Isqanda melepas keluhan. "Aku sedar mir. Dan aku tahu aku dan zirul tak layak dapat kemaafan dari korang. Aku tahu aku salah, zirul salah. Dulu aku benci Aura... aku dendam dengan kau Aura sebab aku nak hancurkan hidup orang yang musnahkan kebahagiaan hidup aku. Hidup aku musnah disebabkan mak...”

Sekali lagi percakapan Isqanda terhenti apabila muncul Mak jiah membawa dulang air dari dapur.

Aura berdebar. Dia seakan takut untuk dengar ayat seterusnya dari Isqanda. Walau dari tadi dia buat tak endah dan tak pandang lelaki itu, namun dia cukup ingin tahu mengapa dia yang gadis biasa-biasa, dibenci oleh Isqanda dan Nazirul.

"Ha jemput la minum air kopi panas saja. Ubi kayu rebus cicah dengan kelapa parut tu. Aura, Imer, haa anak nama apa dah tadi? Makcik lupa. Luka macam mana? Nak pergi klinik?” Dengar saja suara mesra Mak jiah. Aura angguk membalas dengan senyum sebaris.

Isqanda sedikit tersentak dirinya disoal oleh seorang wanita separuh abad itu. Dia tersenyum. "Is. Isqanda. Takpe la makcik, luka sikit aje.”

Mak jiah mengangguk bersama senyum yang tak pernah lekang yang hiasi wajahnya yang penuh kasih sayang. Perasan dengan riak kosong Imer yang banyak termenung itu... mak jiah mula merasa sesuatu. Namun dia tak mahu bertanya banyak, dia yakin Imer tak apa-apa.

"Aura.. kalau penat, pergi la rehat dalam bilik bawah dulu. Tak boleh banyak bergerak kan... maklong dah kemas dah bilik tetamu tu. dah dah mari Mak long tolong. Kesian baby tu dah tidur.” Ujar Maklong mendekat ke arah aura.

Aura akur. Dia juga tak tahan dengan suasana canggung lagi kekok ini. Dia berjalan ke bilik tetamu ditingkat bawah saja dibantu oleh mak jiah.

Dan tinggal lah Imer dan Isqanda duduk bertentangan diruang tamu. Reaksi keduanya berbeza... Isqanda masih takut-takut dan teragak, suara sudah hilang rasanya... Imer pula mengekalkan dengan riak tenang.

"Hhm, Mir aku.. aku nak.”

"Aku aku. Cakap la! Apa dia.” Pintas Imer tak mesra alam. Menjeling kepada Isqanda.

Isqanda hembus nafas berat. "Sebenarnya ada perkara lain yang aku nak bagitahu.”

Imer berdecit geram lalu pandangan ditala sepenuhnya pada Isqanda. "Jangan buang masa aku boleh tak. Cakap saja lah! Nak cakap pun slow cam siput. Aku bagi kau bersuara pun dah cukup baik.” Rengusnya.

'Kalau tak kenangkan ada secebis belas kasihan dalam hati aku, dah aku perambat mamat gagap ni! Eiii geram pula aku tengok.’ Imer menggerutu

"Aku abang tiri dia, serius aku pun baru tahu benda ni. Mak tiri aku... mak kandung Aura.”

Imer buat muka pelik. Serius dia tak faham. "Apa dia yang kau nak sampaikan sebenarnya ni? Boleh tak cakap lebih terperinci. Abang tiri.. mak tiri.. mak kandung aura... Apa dia? Berbelit-belit siak. Hisap gam ke apa kau ni?” Pandangan mula atas bawah.

Sudah la dia jenis otak loading.

Isqanda ketap gigi geram. "Mak kandung Aura, adalah mak tiri aku yang sekarang ni. Geram aku bercakap dengan budak ni.”

Imer mencerna kata-kata ringkas itu. Masih bingung. Auntie Wilya... mak Aura? Biar betul dia ni...? Ke baru pekena dengan air tebu pahit? Imer berpaling semula kepada Isqanda.

"Kau biar betul? Jangan main-main Is, tak lawak dah ni.”

"Betul la, lawak apa nya. Kalau kau tak percaya.. aku ada bukti. Dengar ni.” Isqanda keluarkan telefon nya dari poket. Ada retakkan sedikit di hpnya akibat dipukul, namun nasib baik telefon masih hidup. Dia mencari folder, setelah jumpa barulah dia membesar suara agar didengar Imer.

Imer fokus mendengar satu suara Wilya shida yang direkod itu.

"Is... makcik mohon jangan beritahu Papa. Makcik merayu sanggat... papa Is tak boleh tahu yang Aura anak perempuan dia. Is tahu kan macam mana rasa terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang? Macam tu juga makcik lalui... makcik terpaksa. Makcik takpernah terniat pun nak rampas Hisyam dari mama Is... makcik.” Bip! Isqanda terus hentikan rakaman suara itu. Jika lebih lanjut... adalah kisah peribadinya, tiada kait dengan Imer.

"Allahu akbar.. kenapa la aku tak pernah siasat siapa mak aura. Rupanya orang yang aku kenal aku. Auntie Wilya? Serius aar? Dasyat betul konflik keluarga korang.” Senyum bahagia terukir dibibir Imer. Dia terus mendapatkan Isqanda.

"Mm, aku pun tak sa... ek?” Isqanda terpinga-pinga dipeluk Imer. Belakangnya terasa ditepuk beberapa kali.. dia turut senyum.

"Thanks Is. Tak sia-sia aku tak halau kau. Sepatutnya masa datang tadi, perkara ni la yang patut kau cakap. Ini tak! Buat muka kesian... aku tengok pun meluat.” Ujar Imer selamba, pelukan dileraikan. Senyumnya masih tak lekang.

Gembira juga. Dan sedikit takjub. Pastilah Aura happy kalau dapat tahu yang dia akan jumpa orang yang dia berpisah sejak kecil. Dan kebahagiaan Aura adalah kebahagiaan buat Imer.

Kata-kata Imer itu membuatkan rasa bersalah dan dosa Isqanda pada Imer makin kurang la. Sekurangnya Imer tak mengamuk lihat dia kemari, dan dia perasan sesuatu. Imer semakin matang... betul la orang kata, pengalaman mematangkan seseorang.

"Jadi kau maafkan aku ke belum ni?” Ujar Isqanda

"Yalah yalah, tapi bini aku tu kau pandai-pandai la pujuk. Tapi jangan lebih dah la. Memang aku cincang 14 la kau punya... kalau buat hal. Aku bagi peluang pun sebab nampak kau punya kesungguhan orang kata.”

Isqanda meraup wajah, ringan terasa beban dan bersalah ditanggung selama ini pada org yang sudah dia aniaya. Bahu Imer ditepuk sekali. "Thanks Mir.”

Imer pula tersengih kembali tepuk bahu Isqanda. Tiba-tiba Isqanda meringis sakit. "Lah kau pahal pula? Senggugut ke? Tapi takkan kat bahu pulak?”

Isqanda meramas bahu kirinya. Mukanya berpeluh menahan sakit menyucuk. Baju dibahagian bahu diselak sedikit menampakkan luka yang ditahan darah hanya gunakan kain putih. Jelas tompokan darah.

Imer melongo. Dia mahu membelek luka itu namun malas pula rasa. Raba-raba sesama laki, nampak dek mak jiah dikata gay pula. Naya je!

Patut la, mak jiah pun hanya merawat luka Isqanda dari luar saja. Pandai Isqanda menyosok lukanya sejak tadi. Kelihatan parah juga. Kenapa dia boleh lupa dengan kondisi Isqanda tadi. Bagai dibelasah orang? Siapa?

Diraut Imer tiada senyum mahupun gurauan lagi. Jarang dia serius.

Isqanda pula seperti dapat membaca dari pandangan penuh tanda tanya itu. Tanpa memandang kepada Imer, dia menjawap; "Aku kena belasah. Tapi biarlah, lupakan saja. Aku malas nak panjang cerita.”

Ternganga Imer dengar itu. Senangnya! Kena pukul punya teruk, kat bahu tu mesti kena dengan pisau ke apa. Tapi boleh pula ambil ringan.

"Kalau aku kata kau ni bdh, kau marah. Nak kata cerdik pun... tak juga. Cuba kau cerita kat aku.. kau kena pukul dengan siapa?” Ujar Imer

Isqanda melepas keluh. Baju kemejanya dibetulkan kembali. "Aku tak tahu la mir.”

"Kau tak tahu ke, atau kau pengecut sanggat taknak report polis! Eh cuba jadi cerdik dari budak tadika boleh tak Is? Kena bantai punya teruk pun still nak ambil mudah.” Marah Imer

Rahang Isqanda bagai tergerak-gerak. Dia genggam kedua tangan menahan kemarahan. Tajam menikam kepada Imer. "Aku tak tahu. Kau faham tak! Diorang tutup mata aku ni. Kau kata aku pengecut? Habis nak aku lawan macam mana kalau dari atas sampai bawah diikat aku macam binatang Mir!” Nafasnya turun naik.

Imer turut terdiam. Dia bersandar dikerusi disitu. Dia faham dia terlebih over memarahi dan menyuruh-nyuruh Isqanda macam la lelaki itu anak dia.

Imer bangun dari situ. Dia mahu tenangkan diri dan memberi ruang untuk Isqanda bertenang. Walaupun dia tak percayai sepenuhnya lagi pada Isqanda... namun hatinya masih ada sisi baik. Setiap manusia layak diberi peluang kedua. Dan sekarang dia mahu pergi ke bilik. Baik tengok anak bini... sejuk hati.

"Siapa Jeffrie? Maksud aku, syahir jeffrie?” Isqanda bersuara. Ya, meski kedua mata ditutup... akan tetapi telinga nya masih berfungsi dengan baik.

Langkah Imer serta merta henti. Walau masih kaget dengan sebaris nama itu, tapi dia tetap membalas. "Aku tak kenal.”

Isqanda mendongak. Belakang Imer itu dipandang. Pemuda itu masih kaku. "Kau kenalkan. Siapa mir?”

Halkum tergerak-gerak. Liur terasa kesat untuk ditelan. Imer masih tak berpusing tubuh. "Kau rehat dulu kat bawah ni, rumah aku tak banyak bilik tetamu. Ada pun Aura guna. Rehat la dulu... buat la macam rumah sendiri, tapi jangan jual sudah la.”

Usai berkata itu Imer menyambung langkah, kelibatnya sudah hilang dibalik dinding tingkat bawah itu.

Isqanda mengeluh entah kali ke berapa. Badan dibaringkan disofa. Sakit juga masih belum hilang. Dia menengadah ke siling tinggi itu. Tangan kanan ditekap didahi.

Sesekali mulut meringis sakit apabila bahu kiri nya yg luka itu tergeser pada kepala sofa.

"Dia orang pakai apa la masa pukul aku. Kayu balak ke?” Isqanda mengomel sendirian.

Imer memandang dengan ekor mata kepada Isqanda yang mungkin sudah terlelap di ruang tamu itu. Tombol pintu dipulas.

"Apa yang kau nak dari Isqanda, Jeff?” Bisiknya.

****

Imer sandar kepalanya dikepala katil jauh sedikit dari Aura. Mata dipejam merehatkan urat-urat badan. Agak penat meski tak buat apa-apa.

Aura yang bersimpuh membelakang Imer itu berpaling leher sekejap. Lalu memandang semula Rafiqi diribanya.

"Penat nampak. Dia ada lagi dekat luar tu? Ke dah balik?” Aura bersuara

Mata masih terpejam. "Sayang pilih la mana satu, nak dia balik ke atau nak dia ada lagi.”

Aura membalik biji mata. Penat-penat pun masih nak berloyar buruk. "Betul-betul la bang. Dia ada lagi tak? Kalau ada... saya nak keluar pun rasa malas.”

"Ada, abang suruh dia rehat dulu sementara kat sini. Aura jangan risau, abang jamin... kalau dia buat apa-apa, memang abang cincang sampai hancur Is tu. Okey? Jangan duk pikir sangat lah.” Balas Imer bersahaja, dan dia yakin dengan bicaranya.

"Hhm, rumah abangkan suka hati abang la.” Kata Aura membaringkan badan apabila Rafiqi sudah tertiduran.

Aura yang berbaring membelakangi nya itu dipandang. Imer tak senang dengan nada Aura yang lain dari biasa. Aura berjauh hati ke?

Dihampiri Aura, lalu sengaja merangkul pelukan dari belakang. Dagu menongkat elok diatas bahu aura. Sempat mengucup pipi mulus Aura sebelum isterinya itu memberi refleks. Tapi Aura hanya diam membatu. Tangan gatal saja merayap diperut Aura.

Aura tepis lembut perbuatan Imer itu. Sememangnya dia kecil hati. Dah tahu dia pernah dianiaya Isqanda dan Nazirul, masih mahu berbuat baik.. siap bagi rehat disini.

'Kut ye pun, bincang la dulu dengan aku. Tahu la rumah dia... habis takkan nak aku berkurung saja seharian ni dalam bilik?’ Aura mengomel geram. Tubuh tak memberi respon apa-apa, tapi dalam hati siapa tahu.

Imer tersengih. Tahu la dia, isteri kesayangan sedang merajuk. Dia tak lah pandai sanggat memujuk rajuk, tambahlagi rajuk perempuan. Tapi kalau aura dia tahu cara bagaimana untuk lembutkan hati kecil itu.

"Sayang dengar sini abang nak tazkirah sikit. Abang tak halang untuk aura tak suka pada Is. Tapi sebesar apa pun salah dia pada kita, jangan tanamkan sifat benci. Orang yang aura benci dah tak ada, kita biar la dia tenang disana.. Mesti arwah tak tenang kalau sayang masih simpan marah kat dia. Abang tahu isteri abang ni hatinya lembut... sensitif. Dan aura pun akan lebih tenang kalau biasakan diri memaafkan orang.” Ucap Imer penuh lembut dan berhati-hati disetiap tutur nya agar tak menggores hati Aura.

Dia menanti riaksi dari Aura, dan mula rasa bahu Aura terhincut menahan tangis. Tak dapat dikawal, tangisan nya terhambur. Dadanya sesak... air mata berjuraian. Membiarkan saja belakang kepalanya dikucup lama oleh Imer.

Imer memusingkan tubuh kecil Aura menghadapnya lalu dirangkul kemas kedalam pelukan seorang suami.

Aura lepaskan segalanya didada Imer. Ya dia lemah... buat kali ini dia tak dapat sembunyikan rasa sakitnya. Parut lama kembali berdarah setelah melihat kehadiran Isqanda semula. Lelaki itu mengingatkan nya segala memori pahit dalam hidupnya.

Bagaimana Aura boleh lupakan... tak mungkin. Tak mudah untuk dia lupa bahawa anak pertama yang menumpang sementara dirahimnya dibunuh oleh ayah anak ini sendiri! Tak mudah untuk dia lupa, dirinya pernah dirosakkan oleh lelaki yang dia anggap cinta sejati dan cinta pertama. Tak mudah aura lupa, dirinya pernah ditangkap khalwat bersama lelaki yang tak dikenalinya. Tak mudah dia lupa, suatu ketika dulu dirinya difitnah oleh sahabat baik sendiri!

Bagaimana dia lupakan semua itu buat sesaat walau bersama Imer. Tak. Tak mudah. Semua itu terjadi diatas kebaikan hatinya namun dibalas dengan kejam. Adakah dia patut jadi seorang yang jahat? Supaya tak lagi dipijak oleh manusia diluar sana.

Aura menggeleng perlahan bersama deraian air mata. Sedih dan pilu terjerat ditangkai hati.

'Aku lemah. Kenapa aku terlalu lemah... kadang aku terfikir. Adakah diri aku hidup didunia ini semata untuk menjadi mangsa lampias dari orang lain? Kalau begitu... baik aku takde dalam dunia ni.’

"Sshhh... dah dah.” Pujuk Imer sambil tangan mengusap kepala Aura.

Kedengaran isterinya tersedu sedan lalu mengangkat muka pandang Imer. Mulut mencebir seperti budak mahu menangis.

Wajah lembut Aura itu melahirkan senyum pada Imer. Tak dapat dia tahan senyum. Kenapa comel sanggat buat muka 10 sen macam tu... tahu la Imer, aura mahu dimanja.

Apa salahnya manjakan isteri. Bini sendiri, bukan bini orang kan. Nabi pun manjakan isterinya.

"Apa buat muka macam tu? Nak apa?” Imer gelak kecil. Saja usik. Hehe..

Aura menunduk sayu. Bibir muncung... haih faham saja, saja buat tak paham.

Imer mengoyak senyum. Muka Aura ditekup ke dadanya.

Nafas ditarik dalam... mata pula dipejam peroleh ketenangan.

"Sollallahu ala Muhammad...
sollallahu alaihi wasallam...
Sollallahu ala Muhammad.
Sollallahu alaihi wasallam..
Yaa Nabi salaam’ alaika
Yaa Rasul salaam’ alaika
Yaa Habib salaam’ alaika
Salawaatu’llah ‘alaika...
Sollallahu ala Muhammad...” Selawat merdu ke atas Nabi diselawatkan oleh Imer lembut dan merdu. Macam budak, tapi inilah dia cara setiap kali Aura mengadu tak boleh tidur. Pasti dibaca dan diselawat oleh Imer.

Imer mengintai sedikit. Isterinya sudah tidur. Dibaringkan kepala Aura berhati-hati lalu diambil bantal buat tambah selesa.

Imer tersenyum senang... matanya kian ngantuk juga biarla tidur siang pun. Namun sesaat dia bangun mendadak. Seperti tersedar sesuatu.

Imer menepuk dahinya. "Allahu akbar, macam mana boleh lupa aku ada anak.”

Aura lupa mungkin untuk tidurkan Rafiqi didalam katil bayi hingga boleh 'tertinggal’ anak kecil itu berbaring seorang diri dipenjuru katil. Fuhh, nasib tak jatuh saja. Cepat diambil oleh Imer lalu Imer menidurkan Rafiqi ditengah antara dia dan Aura.

"Punya la berasmara dana... sampai lupa anak papa ni. Selamat masih tidur, pandai Riqy bagi can kat Papa ek? Aish kecil-kecil dah turun perangai aku.” Imer turut baringkan tubuh yang sudah tak tahan ngantuk. Sempat mencuit hidung Rafiqi.

*****

Mata meliar mencari seseorang. Pandangannya lekat pada Jeffrie dikedai makan terbuka.

Dia berjalan ke arah yang dituju. Sampai saja dimeja makan Jeffrie, terus dia mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu. Dia tersenyum meleret. Penuh menggoda pandangan mata galaknya itu namun hanya dikerling kosong oleh Jeffrie.

Makin bergaya kau sekarang syahir. Tak nampak pula spek bulat tu... handsome pula dia ni. Tak lah nerd macam dulu. Tapi handsome macam mana pun kau sekarang... kau tetap bdh dimata aku. Bisik Intan masih tak kendur keangkuhan nya.

Jeffrie membuang pandang ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Seputung rokok dikepit dengan dua jari itu, dibawa ke mulut. Berkepul asap keluar hingga terbatuk Intan.

Intan melihat tajam. "Hey syahir! Can you stop smoking. Smell it!” Marah Intan.

Sh*t dia boleh buat tak tahu! Ohmy... you so annoying syahir. Intan memandang geram apabila Jeffrie hanya buat derk saja. Tapi dia heran... berani pula rokok kat tempat awam macam ni.

Setelah putung rokok itu sudah pendek terbakar, Jeffrie melenyetnya lalu dibaling entah kemana. Dia mula pandang Intan yang nyata geram dengannya. Kisah apa!

Disandar belakang badan dikerusi. Tangan kiri pula direhatkan diatas meja. Senyum senget melihat atas bawah pemakaian Intan yang agak menonjol itu.

Dulu Intan tak begini. Dulu serba serbi tutup... sekarang serba serbi ditayang. Baru dia tahu sikap sebenar Intan bagaimana. Banyak kepuraan.

Intan tersenyum bangga dirinya dipandang begitu oleh lelaki. Hah, siapa saja tak terpikat dengan aku. Sekali petik jari berlumba jantan kejar. Lagi-lagi si syahir bdh ni...

Tapi dia tak tahu yang dirinya dipandang hina oleh Jeffrie. Bukan pandangan terliur atau terpikat pada bentuk badan ramping itu. Hanya dress jingga mengikut alur tubuh... tanpa lengan. Sekali tengok seperti orang barat sesat.

"Kau tak tahu ke mata lelaki ni tajam?” Jeffrie bersuara tenang.

Intan menjuling mata menyampah. Ada la tu ustaz sesat kat sini. "Apa-apa jerlah. Ni kau nak apa jumpa aku?” Moodnya sudah hilang.

Aku pun malas nak berbahas dengan perempuan tak faham bahasa macam kau ni. Jeffrie mula pasang riak tanpa perasaan.

"Kalau diikutkan rasa malas aku, aku pun malas nak jadi Jeffrie macam dulu. Tapi dua saja aku nak nasihat kau Intan, jangan cabar aku buat benda aku tak suka dan baik kau undur diri sajalah. Tak payah nak berdendam ke apa sebab bukan salah dia.” Kedengaran mengancam.

Intan ketawa sumbang bagai mengejek. Meski hatinya juga terselit rasa tergugat dengan suara itu. Dia takut kepada Syahir? Ohno, mustahil. Syahir tak mampu buat apa-apa. Kenapa perlu takut.

"Wahh, syahir yang nerd dah dilantik jadi bodygurd perempuan tu ke apa? Uh, bila masa nama kau bertukar Jeffrie pula ni...” Balas Intan angkuh dan sinis.

Niat mahu sakitkan hati Jeffrie, malah dia pula kena.

"Sebab tu aku cakap, jangan cabar aku. Jeffrie boleh masuk dalam diri aku bila-bila masa saja...” Jeffrie masih beriak biasa. Tersungging bibir mendengar ketawa perlian dari gadis itu.

Bersama sisa gelak, Intan membalas. "Oh maknanya Jeffrie ni jin la. Or setan... boleh rasuk suka hati. Sejak bila kau daftar jadi pelawak ni? Makna nya aku kena tolong kau ni.. yup jap ya nak call hospital bahagia. Teruk sanggat ni gila..” Intan keluarkan telefon namun dirampas kasar oleh Jeffrie yang kian tegang.

Intan sembunyikan gugupnya bertentang mata dengan pandangan tajam helang itu. Tak pernah dia lihat Jeffrie begini. Seperti orang lain...

"Warning aku sekali, terpulang pada kau nak ikut atau tak sebab yang tanggung akibatnya kau. Aku tak main-main... aku nak kau jangan tunjuk muka kau depan Aura. Kalau boleh kau pergi ceruk dunia mana pun asalkan jauh dari Aura... faham!” Dia ingat aku main-main. Usai berkata demikian Jeffrie bingkas bangun dari situ lalu pergi meninggalkan Intan terpaku disitu.

Wajah Intan usah dicakap, pucat hingga kalau ditoreh pun tak keluarkan darah. Matanya tak lepas melihat Jeffrie menderum melusuri jalan dengan motosikal berkuasa tinggi nya.

Sempat dia mendapat panahan mata dari lelaki itu ketika Jeffrie memakai helmet.

Dadanya turun naik. Intan cuba bertenang. Dia sendiri keliru mengapa dia terlebih takut. Padahal untuknya, ucapan Jeffrie itu hanya omongan kosong saja. Apa yang lelaki itu mahu buat... Jeffrie hanya lelaki miskin dan tak berharta.

Intan tersenyum menyedapkan hatinya. Dia yakin Jeffrie hanya bercakap besar.

****

"Huh, ingat aku bergurau kan. Oky... no jokes no fun.” Senyumnya melebar, entah senyuman bagaimana. Tapi dia juga tak suka pada senyuman itu. Urat leher ditegang... motosikal Jeffrie mula memasuki sebuah rumah banglo.

Intan... Intan... bibir ikut tersenyum sumbing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience