AURA berjalan untuk masuk kedalam rumah. Niat nya untuk masuk terbantut seketika..
Matanya terpandang sekumpulan beberapa orang lelaki muda yang tengah berborak di depan pintu utama. Aura mengira satu persatu..6 orang..semua laki. Sepupu Imer jugak rasanya..dah dia kata dia ramai sepupu. Omel Aura...
Mata Aura bertembung dengan Irwan yang turut berada disitu. Irwan melampai kepada Aura .. Aura teragak agak. Lalu dia berjalan juga mendekati sepupu sepupu suaminya.
"Aura..buat apa malam malam kat luar ni? Kenapa tak masuk dalam?” Soal Irwan
Aura menarik senyum manis. Membalas senyuman semua yang ada disitu..
"Saja jer amik angin malam.” Balas Aura
"Weh! Ni adik ipar aku..Aura..bini si Imer la.” Kata Irwan mengujarkan kepada sepupunya yg lain.
Mereka hanya tersengih memandang Aura.
"Adoii Imer punya bini..lawa na. Aura pi la masuk dalam dulu..bahaya kat luaq ni. Lagi lagi kalau ada kami..lagi bahaya.” Usik Zack. Jejaka muda kira kira sama umur dengan Irwan ketawa mesra kepada aura.
"Hang ni dengan bini orang pun gatal..aku baling kasut ni kang sumbat dalam mulut..” Celah Aidan sambil meluku kepala Zack.
Zack segera membaling seliparnya kearah kepala Aidan..Aidan ketawa mengekek lalu masuk kedalam rumah.
Aura tersenyum kecil. Irwan menggeleng memandang mereka yg kejar mengejar seperti budak budak.
"Macam budak perangai..maaf la Aura..diorang tu memang macam tu. Terlebih gula..” Ujar Irwan.
"Takpe takpe..Aura ok jer. Aura masuk dalam dulu lah..Assalamualikum.” Aura menundukkan pandangan sopan lalu masuk.
Irwan dan sepupu nya yg lain hanya mengangguk..menjawap salam serentak.
Aura berjalan perlahan lahan meloloskan diri masuk kedalam bilik Imer.
"Laa dah tidur.” Tergaris senyum kecil melihat Imer nyenyak tidur diatas katil.
Aura menanggalkan tudung dikepala lalu merebahkan diri perlahan lahan di sebelah Imer supaya imer tak terjaga.
Aura memejam mata rapat..menarik selimut hingga menutupi dada. Mereka yang tidur posisi saling membelakangi itu..tiba tiba Aura merasa ada tangan kekar melingkar di pinggang nya.
Aura tersenyum kecil..membiarkan tubuhnya dipeluk.
Imer merapatkan bibir nya di telinga Aura..
"Tidur..jangan duk berangan.” Ujar Imer mengucup rambut Aura dari belakang.
Aura terlena didalam dakapan seorang yang bergelar suami kepadanya.
Aura membuka kelopak mata perlahan lahan..wajah Imer yg tersenyum kearahnya terlalu dekat diwajah.
"Bangun..solat subuh berjemaah.” Imer duduk di atas sejadah yang siap dibentangkan buat Aura.
Aura menelan air liur kesat.
'First time tengok dia pakai kopiah..Kacak mak laki aku.’ Aura berangan seketika. Lalu mamai masuk ke dalam bilik air .
Setelah membersihkan diri Aura keluar dengan siap berpakaian kain batik dan t-shirt pink lengan panjang. Rambutnya panjang hitam hingga melepasi bahu..diikat satu.
Usai solat subuh berjemaah bersama Imer. Imer kembali membaringkan tubuh di atas katil.
"Kalau kau bosan..kau turun la dulu. Tolong apa yang patut ..aku nak rehat kejap.” Imer memejam mata.
"Erm ok..saya turun dulu. Awak nak apa apa tak? Air ke?” Tanya Aura sambil menyarung tudung bawal dikepala.
Imer menggeleng. "Tak.”
Aura mengerling jam di hp.
'Baru pukul 6 pagi..ada orang ke kat bawah.’ Omel Aura.
'Takpe la dahaga jugak tekak aku ni.’
Aura turun dari tangga menuju ke dapur..dibuka peti sejuk. Lalu Aura memgeluarkan air kosong..
Dituang perlahan dlm gelas ..sambil meneguk aiir ..Aura terdengar tapak kaki orang berjalan.
Muncul seorang budak lelaki berumur 7 tahun bersama mainan ditangan. Berjalan mamai kearah peti sejuk lalu mengeluarkan kitkat. Budak lelaki itu duduk dikeru berhadapan Aura..tak dihiraukan aura yg sedang memerhatinya.
'Biar betul! Anak siapa ni pagi pagi lagi makan kitkat.’ Gerutu Aura menghabiskan air dlm gelas
"Dik..tak sakit gigi ke pagi buta lagi makan kitkat. Rosak tau gigi..” Tegur Aura bersama senyum manis
Budak lelaki itu tersengih kepada Aura ..menampakkan gigi nya sedikit hitam akibat menguyah coklat.
"Upin lapar..bibik tak dtang lagi kalau masa ni.” Balas Haikal..atau dia menggelar dirinya sendiri Upin. Kerana terlalu meminati cerita animasi Upin Ipin.
'Kesiannya..’
"Takkan tak ada makanan langsung..Kakak bukan apa la.. nanti sakit perut macam mana?” Tanya Aura hairan. Takkan rumah punya besar tapi takde makann..mak dia pun..kesian budak ni.
Upin cepat cepat menghabiskan kitkat ditangan.
"Kakak isteri Ayah Su kan.” Kata Upin tak hiraukan pertanyaan Aura
Aura memerah otaknya ligat..ayah su? Ayah su ni siapa? Eh mestilah Imer..dah dia kata isteri
Aura tergelak kecil.
"Ah yea. Dia ada kat atas tidur.”
"Ok lah Upin nak kacau Ayah Su jap..” Upin turun berhati hati dari kerusi supaya tak terjatuh kerna badannya yg pendek. Comel!
Kartini muncul dari pintu dapur itu..
"Eh..Aura..Upin pun ada..kalut kalut nK pergi mana ni?” Kartini tergelak kecil melihat Upin
Upin tersengih lalu berlari pergi.
Kartini duduk disebelah Aura. Aura mengawal riak muka nya sehabis baik..dibuang rasa gementar dan malu ketika berbual dengan keluarga Imer.
"Aura..awal bangun. Imer mana? Tidur lagi..” Kartini menarik senyum senang memandang Aura.
"Haah tidur la Ma..dia cakap nak rehat kejap.” Balas Aura
"Cakap jer kejap..nanti tengah hari baru nampak batang hidung dia.” Kartini tergelak kecil
Aura menggaru kepala nya yang tak gatal.
Diam..
"Mama harap Aura dapat jadi isteri yang solehah buat anak Mama. Dapat saling melengkapi antara satu sama lain..Mama happy sanggat Aura adalah menantu Mama.” Kartini melemparkan senyum ikhlas buat menantunya
Aura tersenyum kecil.
"Dah jadi tugas Aura sebagai isteri untuk senangkan suami ..Mama jangan risau insyallah semua nya baik baik saja. “
Kartini menyentuh lembut tangan Aura.
"Thanks dear..ingat kalau ada problem..cakap kat Mama.” Kartini menarik Aura masuk kedalm pelukan nya.
"Aura yang sepatut nya..berterima kasih dekat Mama. Sebab Mama boleh terima aura jdi sebahagian dari keluarga dalam rumah ni.” Ujar Aura
Kartini tergelak.
"Dah jom tolong Mama buat breakfest..yang lain tengah rehat dalam bilik. Kejap lagi turun la.”
"Dah.. jangan la main kat sini. Bawak adik adik yang lain main kat luar. Ibu nak masak ni..” Arah Maklang kepada anak kecil nya yg bermain berlari didapur.
"Ifa..mai sini sat! Bawak Upin dengan yang lain ni main kat luar. Jangan kacau orang nak masal ni..jangan kacau Ayah Su .” Laung Maklang dari dapur.
Kanak kanak yang berlari takut juga kena marah dengan Maklang..mereka akur lalu bermain diluar. Ada yang nangis..
Aura memerhati ramai ibu saudara dan saudara wanita yg lain memasak didapur. Aura dilarang oleh Kartini untuk menolong apa apa..
Aura mula bosan lalu berjalan diluar..imer entah kemana.
"Akak..ada orang hantar barang. Dia cakap dia nak kasi kat akak terus..” Wina yang muncul entah dari mana.. menunjukkan kearah seorang posmen diluar pagar.
"Oo..takde pulak akak pesan apa apa. Takpe lah terima kasih Wina..” Ujar Aura sambil senyum manis
"Takde hal..” Wina tersengih seperti kerang busuk lalu berjalan pergi
Aura mempercepatkan langkah menuju ke pintu pagar..pagar dibuka sedikit.
"Yea..cari siapa?”
"Puan Aura kan?! Ini untuk puan..ada orang pesan suruh saya bagi ni” Kata posmen itu ramah sambil menghulurkan kotak sederhana kecil.
Aura mengangguk.
'Macam mana dia kenal aku?’
Kotak bertukar tangan..
"Terima kasih yea..” Ujar Aura tersenyum
"Sama sama.” Posmen itu mula pergi dengan motosikal nya.
Aura memandang hairan kotak hitam ditangannya..
"Kotak apa ni..ke dia letak bom? Ha sudah!” Aura mula membuka berhati hati kotak itu..
Ada beberapa keping gambar tetapi diterbalikkan. Aura membelek gambar satu persatu..
"Astagfirullah alazim!” Terlepas kotak ditangan. Terketar tangan Aura melihat gambar tersebut..
Gambar diri nya diambil ketika Aura tak sedarkan diri ..ketika Diri nya diperkosa oleh Nazirul.
'Ya allah..aku mimpi ke ni..’ Aura menampar pipi nya sedikit kuat.
Aku tak mimpi ! Kenapa aku boleh lupa yang ada yg masih bernyawa dalam rahim aku..Ya Allah! Siapa amik gambar ni?? Ke nazirul sendiri. Kata Aura dalam hati cemas.
Aura memegang kepala nya berdenyut..berpinar pinar pandangannya.
Aura segera memasukkan gambar gambar itu masuk kedalm kocek kecil seluar nya.
Aura mula berjalan keluar dari pintu pagar..disebabkan orang ramai sibuk buat kerja dalam rumah..tiada yang perasan ketiadaan Aura.
Aura berjalan lemah ditepi jalan raya.. dia menggagahkan mata.
'Aku taknak libat kan Imer dan keluarga dia dalam semua ni..mereka semua tak salah. ‘ Nekad Aura
Aura mengeluh halus.
'Kalau Mama tahu..apa yang dia akan fikir tentang aku. Mesti aku kena halau..’ Rungut Aura.
PINNNN !!! PINNN !!
Aura tersedar dari lamunan. Kemudian berpaling kearah sebuah kereta Vios hitam yang asyik hon kepada nya dari tadi.
"Bising pulak kereta ni..bukan aku duk tengah jalan pun.” Rungut Aura
Aura terus berjalan tak hiraukan orang yang memandangnya ..
"We need to talk!” Laung Isqanda dari belakang
Aura berpaling.. 'siapa pulak ni ! Haduhh serabutt otak aku!’ Aura menjeling sambil melangkah kearah Isqanda
"Encik kenal saya?”
Isqanda merenung Aura disebalik cermin mata hitam yang dipakai.
"Tak! Tapi aku kenal Nazirul..” balas Isqanda bersahaja..
Aura tersentak..jantung nya berdegup laju.
'Dugaan apa pulak kali ni ! ‘ Omel Aura..wajah nya berubah mendadak.
Isqanda membuka pintu dari sebelah penumpang buat Aura. Aura hanya memandang kosong..tiada senyuman manis lagi terbit dibibir nya.
"Jangan risau..kat cafe depan tu jer. Aku tak bawak lari isteri orang.” Isqanda tersenyum sinis..lalu masuk kedalam perut kereta
Aura masih berdiri beriak kosong melihat Isqanda
Share this novel