PAP!
Fail tebal itu dihempas kasar keatas meja. Sebelah tangannya direhat dimeja dan sebelah lagi mengurut pelipis. Penat dia dengan mulut yang asyik menguap tahan ngantuk.
TOK TOK
Irwan mengangkat muka dari meja kerja. Dia sudah tahu siapa yang mengetuk pintu bilik kerjanya. Kerna dalam Villa besar itu hanya dia dan Kartini saja tinggal.
"Masuk saja ma, wan tak kunci!”
Ternyata tekaan Irwan silap apabila dua figura datang menapak ke arah mejanya. Imer dan Khairi selamba ambil tempat dikerusi tak jauh dari Irwan. Irwan menjeling jam di hp, jam sudah menunjukkan pukul 11:44 malam.
Dah kenapa dua budak ni datang malam-malam? Desis Irwan memandang Imer dan Khairi.
Tak lama kemudian datang Kartini membawa tiga cawan kopi diatas dulang. Tersenyum mesra pada PA irwan itu. "Kopi. Imer.. wan.. Khai.” Bicara wanita itu lembut
"Kopi? Alaa ma. Duk rumah kopi, duk sini pun kopi. Sekali sekala mama buat la ais blande ke?” Komen Imer muncung. Tepat mengenai dahinya pen yang dibaling oleh Irwan.
Kartini ketawa. Kalau tak komen tak sah yang sekor tu. "Haa tak suka pun minum juga. Dah la mama nak tidur dulu. Jangan buat kerja lewat malam sangat kamu semua ni, ingat! ada yang beristeri tu isteri tunggu, yang terlebih bujang tu tak apa la. tidur bawah ketiak mama lagi,” Sempat Kartini perli Irwan dalam nada bergurau sebelum bergerak pergi.
Pfft! Imer dan Khairi menahan ketawa melihat sindiran pedas kepada Irwan yang sudah mengeluh pasrah. Imer tahan ketawa yang hampir meletus.
"Ehem, sumpah kesian bang. Tidur bawah ketiak.. pfft!” Berusaha Imer tahan gelak akhirnya tercetus jua ketawa yang menyakitkan hati Irwan saat ini. Nak saja dia perhampat dua budak ni.
Irwan tunjuk penumbuk. Gila mama punya ejek pun. Sampai macam tu sekali mama nak aku kahwin sampai sanggup reka fitnah aku tidur bawah ketiak dia pulak!
Khairi membetul suara sambil ligat keluarkan sebuah laptop dari briefcase yang dibawanya. Didongak sekejap kepada Irwan yang semestinya agak hairan dengan kehadirannya.
"Maaf ganggu bos malam-malam.”
"Urm, tak apa. Tapi kau berdua ni bukan datang saja-saja kan? Kalau datang nak lepak memang aku pecat kau orang. Aku dah la-..”
"Bos bos.. jangan membebel bos, dah serupa bini saya kat rumah tu pulak.” Potong Khairi pantas sebelum telinganya bernanah dengan leteran.
Irwan memutar biji mata. Tangan sibuk kemas barang diatas mejanya, dengan nguap mengantuk Irwan bertanya. "Jadi... cakap la apa hajatnya datang malam buta macam tak ada hari esok?”
"Tunggu someone, lagi lima minit dia sampai,” Jawap Imer tampak mula serius.
Irwan tertanya-tanya. "Siapa?” Pasti ada hal penting yang ingin disampaikan, kalau tidak takkan la PA nya ikut serta.
Mata Khairi masih fokus pada skrin laptop namun dibalas juga pertanyaan Irwan. "Fazli, dia akan jadi orang kita. Bos ingat kan orang upahan yang bunuh Tengku nazirul. Bekas penyiasat Jeffrie dan pernah...”
Irwan terkesiap. Marah padam mukanya dalam tahan sabar melihat betapa sempoi Khairi dan Imer saat ini. Kuat meja ditepuknya hingga perhatian Imer dan Khairi tertala pada dia.
"Heii kau sedar tak apa yang kau orang buat ni?! Kau bawa pembunuh datang mengadap muka aku! Huh seriusly?” Bentak Irwan
Khairi mengeluh kecil. "Bos, maafkan saya sebab tak bagitahu awal-awal. Saya nak saja bagitahu tapi bos sendiri yang busy memanjang. Mana sempat bos, saya takut bos yang tambah serabut,”
Imer jeling selamba pada abangnya yang jenis tak reti bertenang. "Orang tak habis cakap lagi, ini dah potong. Fazli tu orang menyamar sekarang ni! Dia orang terkuat Henry.”
Makin bingung Irwan. "Henry siapa pula? Aduhmak macam-macam lah korang ni.”
"Tuan Henry kawan rapat Jeff. Maaf aku lambat.” Sampuk satu suara garau
Serentak pandangan Imer, irwan, dan Khairi tercatap pada suatu tubuh sasa seperti ahli bina badan yang hampiri mereka.
Irwan terlopong melihat Fazli mengambil tempat disalah satu kerusi disitu. Bukan itu yang buat dia tergamam, tetapi melihat badan besar Fazli yang turut ada tato berbentuk naga dibahu lelaki itu. Gerun sekali.
"Oky tanpa membuang masa bos, Saya perkenalkan ini Lie atau Fazli macam yang saya cakap tadi lah. Dia akan jadi 'cctv’ kita buat kumpul bukti untuk sumbat Jeffrie dan Intan kedalam penjara. Sampai sini faham ya bos?” Khairi bertanya pada Irwan setelah menerang beberapa perkara.
Irwan mencerna keadaan ini. Baiklah baru dia mengerti. "Baik, kau buat la apa yang kau rasa betul. Aku serahkan semuanya dekat kau Khai, tapi ingat apa-apa jadi... you will be responsible. Kau pun Imer ingat tu! Now aku dah ngantuk... naik lu. Tidur.” Irwan menguap entah kali keberapa. Baru saja mahu bangun dari situ, dia kembali duduk apabila Khairi meletakkan laptop yang dipasang kehadapannya. Kelihatan Khairi mencari sesuatu.
Irwan menunggu dengan malas. Imer turut mendekat.
Di skrin itu terdapat pergerakan Jeffrie dan beberapa lelaki yang sedang berhibur hingga ada yang sudah pengsan bersama beberapa wanita seksi disamping mereka. Sepertinya Fazli memasang cctv kecil di situ.
Walau terasa kejang kaki melihat aksi intim berciuman dan sebagainya itu, Irwan pantas membuang pandang kearah lain. "Astagfirullah... maksiat, tercemar sudah mataku.”Desis Irwan
Tersungging senyum sinis dibibir Imer. 'Boleh tahan hebat juga kau Jeff, ada orang besar rupanya.’
Pap. Laptop segera dilipat oleh Khairi.
"Fazli.. kiranya kau buat kerja ikut arahan aku la? Erm best juga ni.” Irwan berkata pada Fazli yang dari tadi diam
"Tak. Tapi lelaki tu.” Fazli menunjuk kepada Khairi
Irwan menjuih bibir. "Halah sama saja lah. Dia pun staff aku, so maknanya aku la bos besar kat sini. Tak sabar pula nak memerintah dunia.” Irwan terkekeh sambil langkah diatur mahu keluar dari bilik kerja itu.
Khairi tergeleng kecil dengan kepala bosnya itu mungkin masuk angin. "Macam-macam hal. Tak apa la, bos saya balik dulu.”
"Oo nak balik dah.”
"Aku pun gerak dulu la. Bang, kirim salam kat Mama.” Celah Imer
"Haa bagus la semua nak balik. Aku pun nak kunci pintu. Dah balik-balik.. aku nak pengsan dah ni layan kau orang.” Irwan berjalan pergi tanpa menutup pintu itu.
Imer menyalami Khairi dan Fazli seketika lalu dia turut pulang. "Balik dulu, apa-apa terima kasih Khai, Lie, kalau tak ada kau rasanya aku tak boleh settle sorang diri.”
Khairi tersenyum. "Takde hal lah mir, kita kerja sekali kan.”
Imer membalas dengan sebaris senyum.
****
Aura bergegas ke pintu utama. Takut juga dia mahu buka pintu kerna sudah berpuluh kali telinga mendengar loceng namun akibat terlalu mengantuk dia hanya biarkan saja dan anggap loceng dari rumah sebelah. Pasti Imer marah.
Pintu dibuka.. terjegul sebatang tubuh Imer yang kusut masai. Mata lelaki itu bergenang merah. Imer menangis?
Pantas Aura menerpa ke arah Imer lalu dibelek-belek penampilan Imer yang jelas serabut. Hati Aura dipagut bimbang melihat itu. "Abang... abang kena-..”
Bungkam Aura seketika dipeluk lelaki itu kemas. Mengunci badannya hingga susah untuk bergerak. Aura makin pelik. Apa yang terjadi? Bukan ke tadi elok saja? Meski terasa sedikit lemas dengan pelukan itu, aura tetap tak menolak malah dia cuba memecah sepi apabila Imer hanya diam tanpa jawap soalan-soalannya.
"Abang, abang okey tak ni...? Ada apa-apa yang jadi ke? Cerita la... memang saya tak boleh tolong apa, tapi abang buat saya tambah risau ni kalau diam saja.”
Malah semakin erat pula bagai tak mahu lepaskan. Ringkas saja balasan lemah dari lelaki itu. "I’m sorry.”
Kedua pipi aura disentuh dengan tangan terketarnya. Imer sedikit menunduk disebabkan ketinggian aura hanya dibahunya saja. Aura terkedu melihat mata merah bergenang air jernih itu.
Imer terasa lemah hingga mengoyak senyum nipis saja payah. Wajahnya pucat, imer merehatkan dahinya diubun-ubun Aura. Matanya terpejam sedaya upaya tahan cecair yang hampir mengalir.
"Sorry buat aura risau.” Serak suaranya
"Risau la. Mana tak risau... balik-balik saja abang sedih macam ni. Isteri mana tak bimbang?”
Imer senyum nipis mendengar suara sayu itu. "Sayang dah solat?”
Aura mengecil mata tenung Imer. Sepertinya suaminya itu mahu berdalih. Tukar topik la tu.. tapi tak apa sebagai isteri mithali, dia tak mahu paksa lebih-lebih takut imer bertambah serabut. Tampaknya Imer bukan bergurau atau kenakan dia. Tapi apa yang jadi? Aura monolog sendirian.
Aura tahu ada perkara yang Imer tak mencerita padanya, tapi biarkan sajalah. Dia akan menjadi penawar bagi segala kesakitan lelaki itu. Bukan masanya untuk mendesak. Adakala nya perlu dirahsia, ada perlu diheboh.
Imer gelak kecil melihat wajah polos itu seperti berfikir-fikir. "Tak solat lagi la ni?”
Pantas aura menggeleng lalu pura-pura menguap. Siap buat mata kuyu lagi menampakkan dia mengantuk. "Dah solat dah. Huwaa ngantuknyaa...”
Imer tersenyum melihat telatah comel itu. Kenal sangat mana mengantuk asli dan palsu. Itu terang-terang berlakon. "Sian.. ngantuk ke?”
Spontan aura mengangguk.
"Pergi la tidur dulu. Abang nak mandi, solat.” Mereka mula berjalan naik tangga
Aura buat muka pelik. "Tak sejuk ke mandi malam?” Sempat dikerling jam yang menginjak pukul 2 am.
Imer senyum lagi. "Tak apa la, segar badan.” Ujarnya sebelum masuk kedalam bilik mandi.
Melihat kelibat suaminya sudah menghilang. Mula bunyi pancuran air dari dalam. Senyum aura serta merta hilang.
"Imer kenapa pelik semacam?”
****
Share this novel