Bab 31

Romance Completed 32236

"Zairy..Aku nak kau ajar budak ni segala hal-hal bisnes. Jangan bagi dia ponteng..” Arah Irwan tegas kepada seorang lelaki tinggi yang turut berada dalam bilik itu.

Zairy hanya mengangguk akur..

Imer tercengang.
'Budak! Budak kau panggil aku..’

Imer memandang tajam kepada Irwan..

"Imer dah 24 okey..Budak apa nya! Ni lagi satu..takde staff perempuan ke? Yang ni..Aduhhh..Taknak la laki..tak syok.” Imer memandang atas bawah Zairy yang berdiri tegak..wajahnya tiada mimik marah atau suka. Dingin!

Irwan mengetap gigi geram dengan perangai adiknya. Nafas ditarik dalam..

"Kau buat saja apa aku suruh..Imer..kau jangan nak gatal sanggt! Aku bagi cleaner betul betul kang..” Ugut Irwan menjeling Imer tajam..Matanya kembali fokus pada komputer didepan.

Imer diam ..mulut terkumat kamit mengata abangnya. Khairi dan Zairy pula hanya menunggu arahan dari Irwan.

"Dah keluar. Mir..Kau ikut Zairy. Dengar apa yg dia ajar..Khairi..Kau tunggu kat sini. Dah boleh bersurai.” Kata Irwan tegas tanpa memandang wajah mereka.

"Tuan..Boleh ikut saya.” Zairy mendekati Imer..Imer hanya mengangguk. Malas nak besarkan hal kecil. Imer berlalu keluar diikuti senior barunya.

Irwan melihat Imer dari ekor mata..Kerja ditangan sudah tak hiraukan.

"Khairi..”

Khairi yang berdiri disisi meja Irwan itu hanya mengangguk faham.

"Good! Hantar aku balik..” Kot hitam dipakai dari luar..

"Balik? Balik mana Bos?” Tanya Khairi. Khairi juga turut menjadi driver peribadi Irwan.

"Rumah aku la. Takkan balik rumah kau..” Jawap Irwan selamba..pintu kaca dibuka

Kartini mempercepatkan langkah menuju ke pintu utama.. disebabkan dia sibuk didapur jadi tak berapa dengar bunyi loceng rumah yang dari tadi berbunyi.

"Kejap!” Pintu pagar dibuka automatik. Terlopong biji mata Kartini melihat saudaranya berdiri tegak dibawah cahaya matahari terik.

"Su! Kenapa datang tak bagitahu ni? Maaf maaf Mak uda tengah masak kat dapur jadi tak dengar..” Sengih Kartini kalut bersalaman seorang demi seorang.

Mereka hanya tersenyum..

"Uda..Kut ya pun..Bagi la kami masuk dulu. Panas oi duk berjemur .” Celah Mak Lang bersama ketawa kecil.

"Masuk masuk..Lupa. Eh..Mak tak datang sekali ke?” Tanya Kartini berjalan masuk diikuti saudara yg lain.

"Tak tau la Mak tu..Lily ada . Dia boleh jaga..” Balas Ciksu mengangkat bag pakaiannya sederhana besar.

Mereka yg datang hanya orang orang dewasa.. takde ramai sanggat. 3 orang saja..itu pun yang hanya rapat dengan Keluarga Kartini..Kartini membalas dengan senyum manis.

Mereka duduk bersandar di kusyen empuk di ruang tamu luas itu.

"Kenapa tak bawak anak anak sekali? Cuti sekolah kan..boleh la dioranv jalan jalan kat sini..” Ujar Kartini.

Kak Cik yang tak berenggang dengan anak kecil nya itu .. "Alaaa Kak..budak budak biasa la. Lepak dengan kawan diorang.”

"Uda pergi buat Air jap..Duduk la dulu. “ Kartini berlalu menuju ke arah dapur.

Ciksu melilau mata memandang sekeliling..

"Sunyi jer rumah ni..Takde orang ke? “ Omel Ciksu hairan. Maklang mengangguk setuju

Kartini datang bersama sedulang air lalu diletakkan diatas meja bulat.

"Uda..mana menantu hang? Tak nampak pun..ke depa duk rumah asing asing..” Tanya Ciksu

Kartini kelu.
"Imer kerja dengan irwan. Menantu saya tu..Erk..masuk hospital.” Jawap Kartini berhati hati..

Mereka memandang terkejut kearah Kartini..Kartini sudah resah. Pasti nya diasak dengan pelbagai soalan. Salahnya juga kerna lupa nak bagitahu mengenai insiden yg menimpa menantunya.

"Masuk hospital ! Awat dengan Aura?? Hang tak bagitahu kami pun..” Tanya Mak lang.

"Tah la Uda..Awat dengan Aura??”

Kartini menelan air liur kesat..Payah!

Kak cik yang perasan wajah Kartini berubah.. tampak serba salah.

"Satu satu la Su..Kesian Uda. Tak sempat dia nak jawap..” Celah Kak cik.

Kartini menarik nafas..Dari mula hingga akhir diceritakan kepada saudaranya itu. Mereka mula terlopong..

"Kena tembak?! Uihh..jom la kita pi hospital.” Terjerit kecil Ciksu

Kartini tersenyum sebaris.
"Boleh jugak..”

"Awat la lagu tu..dasyat na! Siapa yang tembak Aura? Sampai koma! Tak guna betui..Tak report polis ka??” Mak lang memandang berkerut kepada Kartini. Jelas risau di wajah mereka..

"CCTV kat tempat kejadian tu rosak..Saksi pulak takde sebab Aura kena tembak dari belakang..tak nampak. Jadi sampai sekarang polis tak dapat cari siapa punya angkara..” Jelas Kartini tenang.

Terangguk angguk Cik su faham..

"Kak..Jom la kita pergi melawat Aura. Dengar pun saya dah kesian. “ Ajak Ciksu sedikit bimbang memikirkan keadaan Aura.

Mereka hanya mengangguk..tas tangan diambil.

"Pergi sekali la..bukan ramai pun.” Ujar Kartini. Lalu mereka berlalu pergi dengan sebuah kereta..

Tiba di hospital...

"Assalamualikum.” Kartini masuk kedalam wad VIP yang dikhaskan untuk menantunya..diikuti Maklang, ciksu dan Kak Cik .

Katil Aura didekati..
MakLang menyentuh lembut kepala Aura dengan rasa sayu..
"Ya Allah..Kesiannya kau nak.”

"Dah berapa lama Aura koma, Kak?” Soal Ciksu kepada Kartini yang diam memerhati.

Kartini tampak serba salah..
"Maaf la..saya tak bagitahu. Dah 8 bulan dah..Insyallah Aura akan sedar.” Balas Kartini melakar senyum manis

Ciksu mengangguk faham..

Wajah tenang Aura ditenung lama oleh Kartini..

'Macam mana la aku nak Imer kahwin lain..kalau Aura ni aku dah anggap macam anak sendiri dah..tapi Imer pun anak aku. Aku tak sanggup tengok dia kesunyian.’ Keluh Kartini bermonolog dalam hati.

"Maafkan saya Puan..Boleh saya mintak Puan-puan tunggu kat luar dulu. Sebab saya nak mandikan pesakit..kena ikut time.maafkan saya sekali lagi..” Celah seorang jururawat penuh sopan yang muncul dari pintu.

Mereka mengangguk seraya bangun berdiri..

"Boleh boleh..silakan.” Mereka berlalu pergi.

Pintu ditutup oleh Kartini..

"Kenapa Chik? Cemas semacam saja..” Tanya Kartini hairan melihat Kak chik dengan wajah cemas bercakap dengan hp ditangan.

Kak Chik mendekati..
"Mak..”

MakLang dan Ciksu yg turut ada disitu berubah muka..menumpukan kepada Kak chik.

"Kenapa dengan Mak?” Soal Kartini risau

"Mak jatuh kat bilik air! Zack dah hantar ke hospital..” Kata Kak Chik jelas bimbang diwajah muda itu.

"Mak jatuh?! Allahuakhbar..Jom la pergi tengok Mak.” Celah Kartini.

Kak chik menggeleng.
"Takpe..kita tunggu kat sini. Zack kata nak hantar kat Hospital ni..” Kata Kak chik mula bertenang.

Mereka duduk bersandar dikerusi berdekatan..diluar bilik wad

Happy reading..Support dan komen yerr^•^ Tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience