Bab 36

Romance Completed 32236

USAI solat magrib berjemaah..kedua tangan ditadah berdoa kepada Allah s.a.w agar diberkati hidup dan tak lupa juga sujud syukurnya melihat orang tersayang didepan mata..setelah sekian lama berangan mimpikan kehidupan yg cukup bahagia dan sempurna. Dengan keajaibanNya yang maha pengampun lagi Maha Kuasa memberi peluang dan hidayah kepada hambanya. Disedarkan wanita yang koma berbulan-bulan hingga dia merasakan putus asa. Tetapi sisa cinta masih bernetap dihati..masih mahu kan Aura Aisyah Binti Azmin.

Kaki yang bersila itu dipusing membelakang menghadap Aura. Wajah Imer yang putih bersih itu menggamit sedikit ketenangan sesiapa yang melihat.

"Assalamualikum.”

Aura menguntum senyum. "Waalikumsalam.”

Imer mencium sekilas dahi Aura..kopiah dikepala diletakkan diatas meja mini. Imer mengesot mendekati Aura hingga rapat..

"Haihh..makin cantik la isteri abang. Sejuk mata,. Makin tak sabar jadinya.” Kata Imer tersengih nakal

Aura tak menghiraukan pujian itu malah kain tudung sembahyang dilipat kemas. Tahu lah dia sekarang Imer semakin menjadi jadi..Tak macam dulu beku sejuk je. Tapi Aura tak hairan sanggat.

'Mungkin Imer dah lama berubah..and dia nak jaga hati aku..atau..’

Rambut Aura yg terjuntai dikuis kuis..kepala diletakkan dipaha Aura..tangan lembut itu dicapai lalu dielus manja. Mata terpejam menghayati haruman harum semerbak dari rambut panjang isterinya.

Aura menggeleng bersama senyuman kecil.

"Mama kata dia nak datang sini malam ni..” Ujar Imer memejam mata

Tak semena- mena nya kepala Imer terjatuh elok diatas lantai.

"Aaww..” kepala dipegang berkerut terasa sedikit sakit

Aura serba salah..diambil kembali kepala Imer lalu diletakkan dipaha. Digosok gosok..

"Sorry-sorry.”
"Kenapa tak bagitahu saya awal awal..sempat ke tak saya masak.” Ujar Aura mula resah

Imer mengulum senyum.
" Kalut je..Lambat lagi la, lepas isya’ Mama nak datang dengan Abang”

Kalut Aura sedikit hilang mendengar balasan Imer.
'Selamat! Kang tak pasal Mama kata aku bini pemalas.’ Omelnya

"Abang?”

"Abang la..Abang Irwan. Takkan tak ingat..” Balas imer

Aura mengangguk. Baru ingat dia ada abang ipar..

"Imer..” meleret saja namanya dipanggil oleh Aura.

Imer menggeleng..paha Aura dicubit manja.

"Abang ok..Bukan Imer. Baru sweet sikit..” Ujar Imer selamba

Aura mengeluh perlahan.
"Yea lah. Nk tanya ni..selama saya koma awak ada kahwin lain ke? Atau scandel scandel?” Soal Aura ingin tahu

Imer tergelak kecil. Wajah Aura yang berubah serius itu dipandang redup.

"Abang rindu sayang separuh mati tahu tak..takde masa la nak gatal dengan pompuan lain.” Jawap Imer bersemut

Wajah Aura masih tak puas hati
"Yeke..kat tempat kerja takkan tak ada perempuan lawa..seksi seksi. Tak percaya lah..iya la awak kan segak handsome.”

Imer tersengih..
'Jangan bawak main time perempuan tengah serius..boleh bawa maut.’ Gerutu Imer

"Isteri abang lagi lawa lagi seksi..tilik pakaian pun dah tergugat iman..inikan pula yang depan mata.” Balas Imer ketawa tetiba..galak pulak gelak. Pelik Aura melihatnya..

Mata Aura terpandang bra merah miliknya tergantung didepan almari. Tergamam..pandangan silih berganti kepada suaminya yg ketawakan dia dan 'bra’ nya.

PAP PAP ..tangan kecil Aura menampar kuat bahu Imer.

"Ok ok..sorry. Siapa suruh tayang depan tu..jangan marah..” Pujuk Imer bersama sisa ketawa

"Dah la..nak turun. Masak..” Aura menarik muka keluar meninggalkan Imer. Imer tampak serba salah melihat wajah cemberut Aura ..langkah Aura diikut.

Barang basah dicapai oleh Aura lalu dicuci disingki.

'Nak masak apa? Ha sudah..’

"Mak kau! Ya Allah awak..” terjerit kecil Aura apabila Imer memeluknya dari belakang.

Imer tergelak kecil..pipi mulus Aura dicium.

"Latah yea..” Badan disandarkan di peti sejuk. Memerhati Aura buat kerja dengan cekap..Aura pula kelihatan terpinga pinga memandang barang atas meja.

'Kesian pulak tengok kalut semacam..’ Imer tersengih kecil

Idea untuk kenakan Aura yg timbul dalam otaknya tergendala apabila hp berdering nyaring..

"Waalikumsalam. Kenapa Ma? Cemas saja bunyi..Ha ok ok. Mir datang sekarang..mama hantar location dulu. Ok baik..” Panggilan dikatup. Imer mendekati Aura yang sibuk memotong bawang..

"Ada apa?” Soal Aura hairan melihat Imer yang kehulur kehilir.

"On the way nak datang sini..Mama cakap kereta rosak tepi jalan. Ramai juga yang datang sini kata mama..Ciksu, Zack datang dengan inaliya, Maklang anak anak dia. Datang nak tengok sayang la..” Balas Imer mengawal bimbang.

'Dah la malam..hujan pulak tu. Risau pulak aku..’ Ngomel Imer.

Belakang Imer digosok gosok lembut oleh Aura..cuba menenangkan suaminya.

"Takpe. Awak pergi saja..kesian diorang hujan lebat ni. Tapi awak kata ramai..kenapa Mama tak tumpang yang lain saja?” Soal Aura

"Diorang datang dengan dua buah kereta. Jadi satu tu Zack yang bawak..dia datang awal sikit. Mama pulak dengan Abang wan baru balik dari kerja. Itu yang tak sekali..” Jelas Imer

"Betul kan tudung tu..Jom! Makanan tu beli je..Mama mesti faham punya lah.” Tangan laju membetulkan tudung bawal hijau yg dipakai Aura . Aura yg terpinga pinga itu membiarkan saja..

Kunci kereta dicapai..tangan Aura juga dicapai.
. .
.

Happy reading..komen n support. Kita kasi happy sikit hubungan Aura ngn Imer.. nk raya kan>< btw iLy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience