BAB 49

Romance Completed 32236

KERETA dihentikan dibahu jalan. Syahir tak matikan pula enjin keretanya membiarkan saja radio yang dipasang perlahan. Aura masih kaku, mungkin ubat penenang yg dihidu gadis itu ketika kain yg mempunyai lembapan dan kandungan ubat yang begitu...banyak juga dia letak.

Lehernya digosok. Dijeling Aura disebelahnya. Terbit pula senyum simpul melihat Aura masih nyenyak. Tu bukan nyenyak, itu pengsan namanya!

Wajah tenang Aura ditilik persatu. Dari mata yang cantik lebat bulu matanya, hidung sedang-sedang.. bibir pula. Syahir terpesona seketika melihat bibir delima milik Aura yang semula jadi merah jambu.

Syahir tersentak mendengar hpnya berbunyi nyaring. Terkial-kial pemuda itu mengambil dari poket seluar yg sedikit ketat.

Terpaku melihat nama si gerangan itu. Syahir mengangkat lambat-lambat seperti teragak.

'Hei kau pahal lambat sanggat nak angkat call aku? Bukan patah pun jari tu.’ Terdengar herdikan kasar dihujung corong.

Syahir mengeluh.
'Intan, kenapa kau jadi macam ni...’ lelaki itu menarik nafas cuba bertenang apabila berbicara dengan Intan.

"Fon saya jatuh tadi. Awak kat mana? Saya pening sekarang ni, tak tahu nak buat apa dengan kakak awak.” Jujur Syahir bingung. Tak pernah dia membunuh jauh sekali menyakiti wanita. Tapi ini adalah salah satu syarat Intan padanya. Kalau tidak gadis yg sudah lama dia cintai itu takkan terima lamaranya sampai bila-bila. Syahir tak mahu kehilangan Intan, tapi dia tak sanggup bunuh Aura. Dilema...

Dari sisi agama juga berdosa. Syahir ketawa kecil, betul la orang kata cinta membutakan mata hati dan akal waras seseorang. Sanggup buat apa saja asal dapat bersama dengan orang yg disayangi.

Betul ke aku cintakan Intan? Atau obsess dengan kecantikkan fizikal Intan yang menawan. Tertanya-tanya pula hati kecil Syahir.

Intan mendengus.
'Whatever, now listen carefully to what I have to say. Aku nak kita tukar plan.’ Tegang dan keras suara Intan

Syahir berkerut kening. Berdebar juga dia, entah apa yang Intan mahu buat lagi. Pasti rancangan gila!

“So, What is your crazy plan?” Syahir menahan getar suara

Terdengar ketawa sumbang dari Intan, seperti mengejek.

'Hey, kau takut ke. Alah aku bukan aniaya dia pun, aku cuma nak dia lesap dari muka bumi ni. Macam ni... aku sent location. Kau datang cepat.’

Syahir meraup rambutnya kasar. Ahh strees aku! Aku taknak terlibat lah bod*! dengan rancangan gila kau! Menyesal. perasaan mula berkecamuk.

"Intan, aa..aku..”

Bip. Panggilan sudah dimatikan tanpa sempat Syahir meneruskan kata-katanya. Hp dipandang lemah. Mahu saja dia menjerit namun dibatalkan niatnya, takut pula Aura terbangun. Kereta muka meluncur membelah jalan raya.
. .
. .
Bahu terasa dicuit dari belakang. Pantas Afifah memusing badan. Terperanjat seketika melihat sebatang tubuh tinggi Imer dengan kusut rambutnya. Kemeja biru laut yang dipakai Imer pula tak terurus, ekpresi wajah tampak lemah dan tertekan.

"Dah tak payah nak tilik aku, aku tahu aku kacak hensem. Jom ikut aku pergi balai.” Tanpa basa basi tangan Afifah ditarik tanpa sempat gadis itu berkata apa apa.

Afifah masih terkebil-kebil disisi pintu kereta yg telah dibuka. Imer memutar bola mata.

"Masuk la! Kau nak suruh aku cempung ke apa.” Sergah Imer

Bersama wajah masam mencuka. Afifah meloloskan tubuh kedalam kereta yang dipandu Imer. Pintu dihempas kasar dan kuat. Sengaja lepas geram.

"Woii hancur kereta aku perempuan!!”

"Tapi bukan ke tak sampai 24 jam lagi. Apakejadah nya kau nak report?”

"Kisah apa aku. Kalau bini aku mati dalam 24 jam ni macam mana? Aku bakar la balai polis.” Kereta terus laju dipandu Imer.
. .
. Di dalam kamar, Kondo milik Intan...

Sejukur tubuh Aura terbaring diatas katil. Tudung sudah ditanggal, baju kurungnya juga ditanggalkan. Tanpa seurat benang, mujur masih diselimuti dengan selimut tebal hingga bahu.

Intan dan Syahir berdiri di bilik itu melihat Aura dengan pandangan yang berbeza.

Tunak mata Syahir terpandang dada Aura berombak lembut, segera dia membuang pandang kearah lain.

'Pahal tak tutup elok-elok! Hish Intan..’ Gerutu Syahir mengawal perasaan.

Intan mendekati katil king yg sedang ditiduri kakaknya. Punggung dilabuh, ubun-ubun rambut Aura diusap lembut. Hujung bibir kirinya ternaik sinis.

"Kesian kau. Hidup penuh dengan tragik yang pahit. Dikelilingi setan-setan bertopeng manusia. Contohnya aku lah.” Intan ketawa dengan kata-katanya sendiri.

Syahir mengemam bibir. Air liur kesat sekali untuk ditelan.

'Gila!’

"Intan.”

Kepala berpaling dengan malas. Intan memutar bola mata.

"Apa?”

"Kau tak rasa berdosa ke buat semua ni...dulu kau suruh ex boyfriend kau rogol Aura. Sekarang kau nak porak peranda rumah tangga Aura pula?” Syahir juga turut keliru dengan sifat Intan Aisyah itu. Dahulu disuruh Tengku Nazirul iaitu bekas kekasihnya bercinta pura-pura dengan Aura. Disuruh pula rogol! Apa tak ada sekelumit kasih sayang ke pada kakak kandung sendiri.

Kalau tak sayang, sekurang-kurangnya ada belas kasihan. Selama ini cukup derita Aura hadapi. Apa lagi yang Intan tak puas hati?

Intan bangun berdiri menghadap Syahir. Mimiknya sungguh menggerunkan dan penuh kebencian yang membuak-buak. Bukan dibuat-buat atau suka suka.

Tiba tiba ketawa nya meletus bagai ada yang lucu. Syahir tak pula cuak atau takut. Hanya datar.

"Kau nak cakap apa sebenarnya?” Tangan disilang dada bersama senyum

Syahir mengeluh berat.
"Aku dah penat. Aku penat terlibat dengan semua dosa ni, kau tahukan dosa runtuhkan rumah tangga orang. Aku tak sanggup lagi jadi orang suruhan kau, aku ni dari dulu lagi kau anggap hamba abdi...” Seperti meluahkan perasaan yang selama ini bersarang dalam diri.

Nafas ditarik dalam sebelum Syahir sambung kembali. Tangan Intan diraih lembut.

"Aku cintakan kau Intan. Selama ni tak pernah aku main-main. Kawin dengan aku? Aku janji aku bawa kau jauh dari sini, aku jaga kau macam nyawa aku sendiri.” Ujar Syahir bersungguh-sungguh. Berharap benar Intan bersetuju. Sungguh besar cinta dan kasihnya pada gadis itu walau gadis itu sentiasa tak pandang cintanya.

Kadang dia rasa dipergunakan, diperbodoh seperti boneka yg hanya menurut. Tapi apakan daya, itu saja cara dia sentiasa berdamping dan dekat dengan Intan Aisyah.

Intan mengulum senyum mendengar luahan lelaki itu. Baginya ucapan itu tak lain tak bukan hanya menghabiskan air liur, tapi kali ini idea seperti muncul dalam kotak fikirannya.

Senyum manis diukir. Syahir dihampiri, hanya berapa inci saja jarak mereka. Syahir mula berasa tak enak bakal terjadi.

Tanpa disangka, Intan melari-larikan jari jemarinya di dada bidang milik Syahir. Mata mereka bertaut. Merapatkan dadanya ke tubuh lelaki itu tanpa segan silu. Syahir sudah berdetak laju jantungnya, dia pun lelaki normal. Pasti la nafsu tergugat...terutama orang yang dia sayang.

Syahir menolak lembut kedua bahu Intan menjauhi nya. Namun gadis itu hanya senyum menggoda. Bibir dirapatkan dicuping telinga Syahir..

"Aku tahu kau nak aku, kalau kau nak...aku boleh bagi semua. Kau dambakan cinta aku kan? Boleh darling. Cinta, sayang, kahwin dengan aku...badan aku pun boleh.” Bisik Intan dengan nada manja. Lelaki pasti tergoda, apatah lagi Syahir yang dari tadi menahan dirinya dari membuat kerja gila. Kali ini Syahir begitu penting dalam plan nya.

Dilihat rahangnya tergerak-gerak. Kepala ditunduk sedikit tanpa berkerdip.

'Aku tak gila lagi nak kat lelaki skema macam kau. Dengan rambut serabai, spek bulat tu, Ergh jengkel! Tak dapat nak bayangkan betapa malunya aku dapat suami macam kau. Nak angkat muka pun aku tak sanggup. Sorry Syahir, taste aku jauh lebih menarik. Rupa kacak, harta berlambak, romantik sweet, siapa lagi kalau bukan Imer Rizhwan. Jangan bermimpi disiang hari hamba abdi ku..’ Seronok ketawa geli hati dalam hati saja lah. Geli hati dengan mimpi Syahir yg ingin bersama nya.

Angkuh sekali gadis ini berbicara. Dia tak sedar atau buat buat tak sedar. Bahawa kita asalnya dari tanah, berpijak di tanah, dan akhirnya kembali juga ditanah. Jadi kenapa nak bersifat langit. Allah Maha Adil. Jika tak dibalas dan dilaknat didunia, mungkin dihukum di akhirat kelak.

Melihat Syahir hanya membisu. Intan tersungging sinis menyambung kata kata nya.

"Dalam dunia ni takde yang percuma. Termasuk aku, permintaan aku mudah saja...kau tidur sebelah kakak kesayangan aku tu. Tapi jangan skema sanggat...buang baju tu jauh-jauh. Boleh kan? Alah kejap saja.” Begitu santai pertuturan Intan tak lekang dengan senyum yang dibuat-buat supaya meyakinkan Syahir.

Kepala didongak terkedu. Buntang matanya. Sungguh tak percaya. Dengan santai tanpa rasa apa-apa malah happy apabila disuruh seorang lelaki mencemarkan maruah kakak sendiri.

"Apa kau cakap ni Intan. Benda lain aku boleh buat demi kau. Tapi ini...” Syahir seperti dapat hidu niat sebenar Intan itu.

"Kalau tak boleh tak apa. Aku tak paksa, tapi perempuan tu aku BUNUH! Tak kisah tikam dengan pisau ke, parang ke, bunuh dengan kejam sekalipun aku sanggup. Jadi kau pilih, antara nak dia mati ditangan aku atau kau tidur dengan dia?” Intan sudah bertukar kepada perangai asalnya. Sudah tak berselindung lagi. Ekpresi wajah nya berang dan tajam sekali.

"Astagfirullah alazim. Mengucap Intan! Intan yang aku kenal tak macam ni.” Syahir jelas tersentak dengan kata-kata yang keluar jelas dari mulut Intan.

Dada turun naik. Wajah mengeringai seperti singa kelaparan. Syahir cuba menyentuh bahu Intan namun ditepis kasar.

"Argh! Kau ingat aku kisah semua tu. Kau yang tak kenal aku, ini diri aku dan aku tak berubah. Kau tak rasa apa aku rasa! Aku benci faham tak?! Aku benci dengan senyum dia! Aku benci dengan apa yang dia miliki! Sepatutnya itu milik AKU!” Bentak Intan. Jari telunjuk ditunjuk didadanya. Ditahan saja tangannya supaya tak membaling apa apa barang. Takut Aura sedar barangkali.

Rambut diraup. Pelipisnya dipicit-picit. Kenapa dia kenal dengan perempuan pcyko ini? Memenatkan.

"Ok fine! Aku buat, tapi aku takkan sentuh apa-apa. Just sleeping right? Kalau kau suruh aku buat benda sama yang Nazirul buat. Tak, takkan.” Tegas Syahir. Akhirnya dia hanya menurut. Mungkin ini saja cara supaya Intan tak apa apa kan Aura yang tak bersalah itu.

Intan mula tersenyum simpul.

"Yeah, aku tak suruh pun kau sentuh. Just sleep next to her. And pretend to be stupid.”

'Masuk perangkap.’ Sinisnya
. .
. .

Amacam? Best tak, alaa..buat buat best je hihi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience