KELUAR Aura setelah pintu teksi yang dinaiki tiba di lobi hotel. Langkah lemah longlai menapak didepan pintu bilik mereka. Pandangan jatuh pada penampilannya agak susut. Tak perlu cantik-cantik, cukup hanya tutup sempurna aurat.
Nafas dihela berat. Pintu dibuka berhati-hati tanpa ketuk terlebih dahulu.
"Assalamulikum... Awak.” Aura mengorak langkah mendekat Imer yang duduk dibirai katil menunduk.
Aura menjatuhkan kedua lutut di permukaan permaidani. Kaki Imer dipegang kemas... dia cuba mencari-cari mata Imer yang menunduk lesu sejak tadi. Lelaki itu diam membisu. Entah apa yang didalam fikirannya hingga hanya menatap kosong Aura.
Aura terpana seketika apabila bibir suaminya mula melakar senyum walau tawar. Dia cuba membaca disebalik senyum itu. Tidak nampak seperti perlian sinis atau mahu marah. Namun senyum yang tersimpan luka dan kecewa.
Imer menepuk-nepuk tempat bermaksud menyuruh gadis itu duduk disisi nya. Aura akur, jujur dirinya dilanda rasa bersalah dan dosa teramat kerna membuatkan Imer marah padanya...walau bukan salahnya. Bukan dia inginkan semua ini terjadi. Tak dijangka betapa bod*h dan polos nya diri senang-senang ditipu dan diberbodoh oleh Intan dan Syahir.
Suasana di dalam bilik itu sepi seketika. Dua-dua berat mahu memulakan bicara. Imer memusingkan badan lalu menarik Aura lembut berhadapan dengan nya. Pandangan juga bertemu tanpa berkalih.
"Abang tak salahkan Aura. Abang kenal sayang dah bertahun, malah luar dan dalam...isi hati..warna bra sayang pun abang hafal.” Dalam bersuara lembut. Sempat Imer tergelak kecil dengan selorohnya sendiri.
Aura tak dapat menahan tangannya dari menampar paha Imer. Mahu menarik muka tetapi diingat kembali peristiwa yang memalukan itu, takkan semudah itu Imer lupakan?
"Mir, kalau awak nak marah, mengamuk kat saya, marah la. Tapi saya nak awak percaya yang saya bukan perempuan macam tu.” Tukas Aura bersungguh.
Mendengar itu Imer hanya tersenyum sebaris. Mata mereka bertentang dan saling menatap. Kepala Aura diusap. Mendapat sentuhan dari Imer, dengan spontan Aura mendongak. Entah apa yang dirasa ketika ini. Debaran dan gelora didada begitu kencang hingga dia tak dapat sorok riak bingung nya.
Fikirnya Imer akan tengking, marah atau halau dia. Dan lebih perit dia membayangkan dirinya diceraikan oleh Imer. Namun semua itu meleset, bukan dia menginginkan itu. Justeru hati juga tak henti-henti meminta pertolongan dari Si Dia. Aura tak tahu masa ada sekarang ini melihat raut wajah tenang Imer, dia perlu bersyukur dan bingung. Apa-apa pun dia tak akan tinggalkan Imer.
Sayang?
Semestinya. Lebih dari menganggap lelaki itu pelindung.
Cinta?
Ya, sejak dulu. Bukan kerna cair dengan ayat-ayat manis Imer. Tetapi personaliti dan sikap Imer yang kadang kala kebudak-budakkan, juga boleh berubah orang yang paling matang.
Jadi sanggupkah dia jika Imer percaya dengan segala fitnah dan perangkap licik adiknya itu? Semestinya tak sanggup. Anak yang kian membesar dalam rahimnya juga belum diketahui Imer.
"Abang tahu Aura setia. Tapi kenapa ikut mereka? Abang dah pesankan jangan ikut orang yang tak kenal. Lelaki pula tu. Ini macam budak... budak kalau orang pesan sekali pun dia dengar kata. Tapi Aura? Nampaknya lepas ni Abang kena kurung Aura dalam tandas la, biar berkawan dengan tikus cicak lipas dalam tu.” Leter lelaki itu tenang. Matanya terpancar kerisauan dan bimbang.
"Katak ada?” Tanya Aura
"Tak ada kot. Kenapa?” Tergelak kecil Imer
"Saya anti dengan katak. Geli! Seriau rasa. Eerrww...”
Lelaki itu tersenyum. sekurangnya Imer lega, isterinya tak apa apa. Jika Aura percayakan dia, mengapa tidak dia. Dalam hubungan rumah tangga juga disarankan saling percaya sesama pasangan. Namun jika sudah diberi kepercayaan...jangan pula hancurkan. Sungguh kepercayaan itu seperti kaca. Sekali ia jatuh sudah tak serupa lagi bentuknya walau dibentuk semula.
Kembali hening. Membisu sesama sendiri...
"Aa..abang.” Tergagap Aura bagai takut takut.
Terjerit kecil Aura apabila tubuhnya ditarik masuk kedalam pelukan. Aura sedikit kaku. Wajahnya tersembam didada lelaki itu. Imer pula selamba meletakkan dagunya atas bahu Aura yang kaku membisu. Tak bergerak walau seinci, mujur masih bernyawa. Dan pelukan semakin erat...
"Jangan panggil macam tu. Abang tak tahan. Sayang bukan setakat buat hati abang cair...tapi sekali dengan taik telinga. Jadi, jangan panggil macam tu.” Bisik Imer lembut...seremang seketika bulu tengkuk Aura dibisik dan ditiup perlahan begitu. Geli tengkuknya...
Aura mengulum senyum. Dia mula membalas pelukan suaminya.
'Ayat dah sweet. Siap berbisik syahdu lagi. Tapi dikaitkan dengan taik telinga pula. Haihh semengah perangai punya laki.’
Aura terdiam. Senyumnya juga mati. Bahu terasa basah. Imer nangis? Aura mahu meleraikan pelukan namun semakin kemas pula dipeluk Imer. Esakan tak pula kedengaran, mungkin Imer tak mahu dia melihat lelaki itu dalam keadaan menangis.
Aura tersenyum sendiri. Bagaimana ya rupa suaminya nangis, teringin mahu lihat. Nampaknya Imer malu. Apa nak malu, menangis bukan perempuan saja berhak. Lelaki juga manusia yang punya hati perasaan. Kadang lembut...kadang keras hati mereka.
"Mesti macam budak kecil kan rupa abang sekarang ni.” Usik Aura
"Mana ada. Abang kalau nangis kalah lelaki paling macho. Dan jangan berani panggil 'abang’” Saja je sebenarnya, padahal dalam hati senyum kambing. Tingkah lelaki itu tanpa lepaskan pelukan. Entah sampai bila berpeluk begitu pasangan berdua itu.
"Abang...” meleret suara Aura.
"Kurang asam punya bini.”
Aura ketawa suka. Sudah hilang masalah mereka. Imer tersenyum.
‘Don’t play with fire. Something is sleeping’ Bisiknya
Share this novel