MATA mereka bertentangan. Keduanya jelas dengan riak tergamam. Syahir yang penuh darahnya dibahagian kaki itu segera menoleh kearah lain apabila dibantu oleh seseorang yang memapahnya bangun. Dia meringis menahan sakit.
Imer tak berfikir panjang, terus saja hentikan keretanya ditepi jalan yang jauh dari orang ramai berkumpul. Sesak juga kelihatan dikawasan itu memandangkan kawasan itu juga banyak kedai-kedai kecil yang masih buka.
Imer meliar mata mencari 'seseorang’ yang cukup dia kenal tadi namun tiada. Tanpa keluar dari perut kereta, cermin kereta diturunkan.
"Bang! Sini jap.” Panggil Imer apabila seorang lelaki melintas dikereta nya. Lelaki itu menghampiri kearah kereta Imer lalu menunduk sedikit.
"ada apa, dik?”
"Berapa ramai accident kat sana tu ,bang?” Imer mula menyoal. Raut juga dikawal supaya tak terlalu ketara debaran nya.
"Kalau kereta Myvi putih tu sekeluarga ramai juga, parah cedera. Kalau yang kereta yang satu lagi... abang rasa cedera ringan saja sebab dia kena langgar dari arah belakang kan. Kenapa dik? Nak pergi tengok ke?” Ujar lelaki itu ramah. Dia membongkok sedikit melihat kepada imer yang bertanya.
Imer kelihatan terangguk-angguk. Dia tersenyum sebaris.
"Boleh saya tanya, Hospital mana yang mereka pergi?” Tanya Imer teragak agak
"Hospital dekat-dekat sini ja, Hospital Columbia asia . Ada nak tanya apa-apa lagi?” Lelaki itu ketawa kecil.
"Oh... tak ada bang. Terima kasih ya, itu saja nak tanya. Saya gerak dulu. Assalamulikum bang...” Kata Imer tersenyum .
Setelah mendengar balasan salam dari lelaki itu, Imer terus menderum kereta bergerak pergi dari situ.
Berkerut mukanya mengimbas kembali muka mangsa accident itu. Walau darah banyak yang terlindung diwajahnya, namun Imer cukup kenal dengan mata Syahir!
Sejenak bibir Imer tersungging senyum senget.
"Macam mana la kau boleh hidup lagi...” Katanya perlahan
"Syahir.” Apabila nama itu meniti dibibir milik nya, Imer meletuskan ketawa kemenangan. Lebih kepada puas!
.
.
.
.
Darah dan peluh bercampur sudah itu dikesat kasar. Kaki terjengket sedikit akibat tersadung ketika keluar dari kereta. Syahir bergerak masuk kedalam keretanya yang dipapah oleh org awam. Setelah menolak beberapa kali bahawa dia tak mahu ke rawatan hospital, akhirnya mereka membiarkan saja lagi pun jika lihat dari luar, Syahir tidak la parah sanggat nak dibandingkan dengan mangsa yang lain.
Tubuh dihenyak berhati-hati dibahangian pemandu itu. Dia tersenyum kepada mereka yg menolong.
"Dik, betul ke tak mahu ke Hospital? Terhantuk berdarah sampai kepala tu...hati hati la pandu kereta ni.” Ujar mereka yang baik hati tampak bimbang, namun melihat gelengan dari syahir, mereka hanya mengangguk membiarkan saja pemuda itu pergi.
"Terima kasih ya tolong saya... dan tolong bagitahu yang lain, maaf saya menyusahkan. Ni pun ada emergency. Terima kasih sekali lagi tolong saya. Pergi dulu ya..” Tutur Syahir mesra sebelum menekan pedal minyak. Kereta bezza kelabu miliknya berlalu pergi.
Stereng dicengkam kuat. Entah mengapa dia merasa sesuatu dengan pandangan Imer. Dia kemalangan ini pun akibat lupa bagi signal kerna ketika itu dia dalam keadaan marah dan tertekan.
Setelah pergaduhan dia dengan Intan, dia sudah menjauhkan diri dari gadis itu. Apa yang Intan buat dia sudah tak mahu ambil kisah. Sakit dikepala sudah tak terasa apabila perbuatan Intan kembali menjengah kotak fikirannya. Sakit hatinya mengatasi segalanya. Dari sakit melihat tangisan Aura yang tak tahu menahu tiba-tiba menjadi mangsa kepuasan Intan.
Simpati. Ya dia simpati dengan gadis itu. Sampai mati pun dia tak akan maafkan dirinya jika berlaku apa apa pada Aura.
Sebelah tangan naik menyentuh darah yang mengalir sedikit didahi. Dia berkerut pedih.
"Intan... aku tak benarkan kau buat apa-apa pada Aura Aisyah. Walaupun aku masih sayang kau, tapi tu tak bermakna aku turut sama gila macam kau.” Gerutunya. Rahang bergerak-gerak menahan rasa.
Tanpa sedar Aura sudah masuk kedalam list insan penting yang perlu dia jaga dalam hidup. Syahir pejam mata sesaat...
Ting!
Pandangannya tertala pada mesej yg timbul di notifications. Dari Intan!
Signal kiri diberi. Dia menghentikan kereta di persidai jalan. Syahir mencapai hp nya..
Intan : Jangan campur tangan hal aku. Kau tak payah nak teringin nak jadi hero ke apa. Kau blah je mana kau nak pergi. Aku tak heran sikit pun... tapi jangan kembali!
Syahir tersenyum senget melihat mesej ugut dari gadis itu. Jujur, sikit pun dia tak gentar. Selama ini pun dia hanya berpura-pura saja dengan sikapnya.
'Kau masih belum kenal sepenuhnya siapa Syahir Jeffrie... menggeletar kau kalau aku jadi Jeffrie.’ Dia menaik hujung bibir mengejek.
Dia mula menaip...
"You're scared, darling? Oh don't worry ... I'm still sane and haven't contracting dengan penyakit pycho kau.” Syahir menekan sent. Dia mula kembali dengan riak wajahnya yang sukar ditafsir oleh sesiapa.
"Wulala ... let's start again.” Ngomelnya berubah menggerunkan.
.
.
.
.
"Arghh! Bullsh*t! Tak boleh harap punya Syahir!” Bentak Intan dikuasai amarah hingga membaling hp nya ke dinding. Pecah berderai.
Dia mengusutkan rambutnya serabut. Menyirap darahnya melihat balasan mesej dari Syahir. Tak pernah syahir melayan nya begitu. Perli jauh sekali... selama ini lelaki itu tahan saja dengan sikap dan keinginannya, tapi setelah kes tangkap khalwat, Dia dan Syahir bertengkar besar. Walaupun dia tak pernah cinta pada lelaki itu... tetapi bila difikirkan balik Syahir amat diperlukan untuk dia menjayakan impiannya.
Iaitu memusnahkan hidup seseorang!
Sejenak bilik itu bergema dengan ketawa mengilai nya. Semakin lama semakin tak henti ketawa gadis itu. Bagai ada yang lucu.
"Don't expect your life to end with a smile... Kakak.” Ketawa kembali meletus apabila menyebut 'Kakak’ di bibir Intan.
.
.
.
.
"Aura! Aura sayang nak pergi mana tu?” Laju Imer menarik lengan Aura lembut menyuruh Aura duduk kembali di atas katil.
Aura terkebil seketika memandang suaminya. Dia mahu membuka mulut membalasa... tapi sekali lagi dipintas Imer.
"No no. Kalau nak pergi tandas biar Abang angkat Aura. Sayang kan pregnant! Mana boleh berjalan. Meh abang angkat.” Leter Imer menerbitkan keluhan pasrah dimulut Aura. Tanpa amaran, dia mahu mencempung Aura namun laju isterinya menghalang dengan sebelah tangan.
Sudah berapa hari dia memberitahu Imer mengenai kandungannya, mulanya Imer sungguh tergamam tetapi apa yang nak terkejut sanggat Imer tu. Dah suami isteri... tak pelik la isteri pregnant. Aura dilayan lebih dari anak yang baru lahir. Mahu ke tandas saja sudah bising rumah itu dengan suara suaminya membebel. Padahal tandas hanya beberapa langkah saja.
Itu belum lagi ke dapur. Kadang Aura terlebih pasrah juga dengan Imer. Mahu gila rasanya dengan perangai Imer yang berlebihan penyayang.
"Ya Allah tolong la hambamu. Menyesal pula cakap kat dia, aku mengandung.” Bisik Aura perlahan tergeleng letih.
Imer menjegil mata luas. Walau perlahan dan samar-samar, tapi dia dengar apa yang dingomel isterinya.
"Hah ngumpat! Ish aura ni degil, ha yelah ye la. Pergi la guna tandas. Hati-hati jalan... jangan main sabun pulak dalam tu. Abang nak turun bawah jap nak kemas dapur. Suami mithali la katakan.” Pesan Imer terkekeh dengan ayatnya sendiri.
Aura hanya milirik bayang Imer yang sudah menghilang dibalik daun pintu. Terdengar suaminya menyanyi. Terlahir tawa dibibirnya...
"Bang terberanak orang dengar suara abang!” Aura menjerit sengaja sambil tersenyum kecil. Langkah berjalan ke pintu bilik air.
Sudah di agak, makin kuat pula Imer menyanyi.
Share this novel