KELOPAK mata dibuka terpisat-pisat. Dikerling Imer yg masih lena disebelahnya. Hp capai..5 pagi. Aura bangun dari pembaringannya. Rambut hitam panjang aras sikunya disanggul walau tak berapa kemas. Berat sungguh terasa badan mahu bangun berdiri tetapi terpaksa digagahkan badan..rasa mengantuk ditolak tepi, Solat subuh perlu diutamakan.
Kaki Imer ditepuk-tepuk.
"Awak! Bangun la mandi solat.. cepat la bangun. Kang saya bagi ceramah free pagi-pagi ni..”
Imer kelihatan masih liat untuk membuka mata.
"Hurmm..pergi mandi dulu.” Balas Imer mamai menyuruh Aura.
Aura menggeleng kepala.
"Bangun taw. Saya mandi dulu..”
Tuala putih dicapai. Aura meloloskanI diri kedlam bilik mandi. Selesai keluar dengan memakai skirt merah jambu bersama baju blouse putih. Rambut digulung-gulung dengan tuala supaya rambut yg basah mudah kering.
Aura berjalan keluar terkejut apabila 'terserempak’ dengan Imer yg masih mamai berjalan seperti orang mabuk kepayang.
Imer tersengih miang kepadanya. Aura segera menjauhi Imer lalu berjalan kearah almari. Meremang bulu tengkuk ditenung begitu. Dah macam penjenayah suaminya itu.
"Cantik la Sayang. Abang nak mandi pun rasa malas ..terlepas tenung Sayang.” Puji Imer menilik Aura dari atas hingga bawah. Tersengih miang gatal..
Aura mencerlung kepadanya. Dicapai hanger dari almari baju lalu dituju kepada Imer.
"Nak ni? Mengada..dah pergi mandi cepat.” Aura menguntum senyum setelah kelihat Imer sudah hilang meloloskan diri kedalam bilik mandi. Terdengar Imer ketawa nakal dari bilik mandi..sambil-sambil menyanyi entah pape.
Aura hanya mampu menggeleng dan tersenyum. Tangan sibuk membetulkan sejadah..untuk Imer sudah siap terbentang dihadapan.
Keluar Imer yg bertubuh tinggi itu dengan hanya bertuala. Mata mencari cari kelibat Aura..dua sejadah yg siap terbentang dikerling..tiada pula isterinya disitu.
"Sayang..oo..Aura..” Tercari cari Imer hingga tak teringat pula bahawa dirinya belum pakai baju. Berubah cemas pula Imer dibuatnya pagi-pagi macam ni dah ghaib bini..
Wajah kacak itu berubah cemas. Angin sejuk menerpa dibadan..mula rasa sejuk menggigil.
Tiba tiba langsir disebelah tingkap bergerak gerak. Nak cakap ditiup angin pun mana ada angin.. Imer yg sudah kecut perut itu menyelak berhati hati langsir.
Terbuntang biji mata Imer melihat Aura terbongkok macam tu..dikenakan pula telekung solat putih.
"Allahuakhbar! Aura rupanya..Abang ingat mak lampir mana. Dah kenapa duk kat sini?” Tanya Imer jelas risau. Berkerut seribu mukanya..
"Saya jumpa kotak.” Balas Aura tersengih menunjukkan kotak sederhana besar ditangannya.
Imer berubah kaget.
'Hah sudah!’
'Macam mana dia boleh jumpa..aduhh!’ Gerutu Imer menggaru kepala yg tak gatal.
"Eerk..meh Abang tengok kotak apa.” Kedua tangan dihulurkan diwajah Aura. Imer tak lah takut sanggat jika Aura tahu isi dalam kotak itu tetapi belum masanya.
Aura memandang curiga. Wajah berubah masam mencuka..meletakkan kotak itu ditepi katil.
"Mari solat dulu.” Ajak Aura berubah tenang. Siap siap berdiri ditikar sejadah menghadap arah kiblat.
Imer mengangguk. Di imamkan dirinya dalam setiap solat wanita yg bergelar isteri kepadanya. Sedaya upaya Imer mencari sedikit ilmu-ilmu pengetahuan dari orang yg berpengalaman tentang perihal rumah tangga..Walaupun usia masih muda 24 tetapi sikap bertanggungjawap dalam diri lelakinya masih teguh..ditambah pula kasih pada Aura ssmakin hari-semakin bersemi.
Usai selesai solat subuh. Doa ditadah..nama-nama yang Maha Esa tak lekang dari bibir Imer.
Imer berpaling tubuh menghadap Aura dibelakang. Dicapai tapak tangan lelaki itu lalu dicium. Imer menguntum senyum. Sejuk hati, sejuk juga la perut dapat isteri macam ni. Tak banyak karenah..dengar kata. Ngomel Imer
Kotak tadi dicapai Aura lalu duduk bersila kembali menghadap Imer. Ditilik kotak itu seperti menembus..
Imer tersenyum halus.
"Tak jadi la suprise Abang. Sayang nak hadiah? Buka la memang untuk Aura pun..” Ujar Imer
Dengan berhati hati membuka kotak segi empat itu dengan cermat. Kain!
Aura masih bingung. Kain berwarna merah jambu muda itu ditilik lalu mmebesarkan ia. Perlahan-lahan Aura menguntum senyum.
"Telekung sembahyang! Untuk saya ke?” Soal Aura teruja
Imer mengangguk diserta senyum senang. Dia hanya memerhati Aura mengenakan telekung yg dibeli.
"Sesuai la dengan sayang. Tengok la siapa pilih..Abang ni nampak je macam ni tapi semua taste orang perempuan dalam poket Abang je.” Ujar Imer tersengih. Sempat memuji diri sendiri.
Aura ketawa kecil.
"Masuk bakul angkat sendiri.” Ujarnya
"Kalau abang masuk sayang la kena angkat. Mana boleh angkat sendiri..pelik dah tu bahasa sayang ni. Tak lulus BM ke?” Celopar Imer laju je tak mahu kalah.
Aura menjeling geram.
"Itu peribahasa lah.” Senyum Aura kembali mekar melihat telekung itu. Dielus kain lembut bak sutera itu..
"Tapi bila awak beli? Tak perasan pun..” Soal Aura panasaran.
Wajah Imer mula berubah. Mengawal gemuruh..
"Ada kelmarin. Petang tu Abang keluar kan masa Aura tidur.” Kata Imer selamba
Aura mengangguk faham. Dia baru teringat..memang dia ada tidur petang tu. Tetapi sedikit musykil. Ditenung Imer tajam..hingga membuatkan lelaki itu sedikit gementar.
"Sayang..Jangan buat muka macam tu. Dah macam geng-geng gangster mintak hutang pulak.” Sempat Imer berseloroh bersama sengih kerang busuknya. Tetapi Aura masih merenungnya seperti mata helang tajam mahu menerkam ayam.
"Erk. Sayang kemas-kemas la dulu pakaian apa semua. Mama suruh bertolak awal ke Jb.” Sengaja Imer tukar topik mahu berdiri bangun.
"Jap! Padan pula saiz yg awak pilih..selalunya kalau awak yg beli baju untuk saya..Mahu nya muat untuk budak umur setahun.” Ujar Aura sedikit pelik. Ya la memang dia selalu frust kalau bab pakaian lagi-lagi Imer belikan. Kecik,nipis, seksi..tapi kali ni pandai pula Imer pilih yg betul-betul padan dengan tubuhnya.
Imer menghentikan langkah yg mahu diatur. Ditoleh semula kepada Aura. Batang leher digosok-gosok..gigi putih nya yg tersusuh cantik ditayang.
"Abang..suruh pekerja kat kedai tu ukur kat badan dia. Erk..yela sebab tengok macam sama je sayang dengan dia. Abang pun minta la tolong..” Terang Imer mengawal gagap.
'Dah kenapa aku gagap sanggat. Bukan aku buat jenayah ke apa.’ Omel lelaki itu
Aura hanya mengangguk.
"Ouh.. awak turun la dulu. Saya nak kemas bilik..” Kata Aura bersahaja mula melipat kain sejadah.
Imer mengangguk. Keluar turun dari kamar..
Share this novel