BERJALAN mendekati Imer. Punggung dilabuh dibirai katil berdekatan lelaki itu.
"Sakit ke?” Soal Aura mendatar. Terselit rasa bimbang
"Tak. Sebab tu tak boleh jalan.” Balas Imer selamba tetapi lebih kepada perli. Sambil mengurut-urut buku lalinya. Terseliuh sikit saja sebenarnya tapi biasa lah Imer ni, over.
Aura mengetap gigi rapat.Geram! Imer dipandang tajam.
"Main-main. Saya serius ni..Sakit ke tak? Kalau sakit kita pergi klinik.” Ujar Aura menahan suara supaya tak terlalu tinggi.
'Orang risaukan dia. Dia boleh pula perli.’ Ngomelnya
Imer mendongak menatap Aura disisinya. Tersengih.
'Sayang juga kat aku.’
"Jangan la risau. Tu..nampak tu ubat . Ubat tahan sakit..ubat tahan marah..semua ada. Esok elok la kaki ni..Kaki abang bukan manja sanggat.” Kata Imer sambil mulut memuncung kearah plastik putih yg mengandung ubat diatas meja.
Aura mengerling sekilas kearah seperti yg ditunjukkan.
"Yelah, yelah. Ni saya nak cakap sikit..” Kata Aura
"Ada apa?” Jawap Imer
"Saya pun tak tahu la apa yang awak tak puas hati sanggat dengan Cik lisa tu. Terima kasih pun tak..dia kan dah tolong awak. Sekurang-kurangnya, berterima kasih la kat dia. Kesian saya tengok dia..awak selalu acuh tak acuh je. Dia kan staff awak. “ Luah Aura. Kesal, penat mahu nasihat suaminya itu. Bukan dia galakkan supaya bermain kayu tiga..tetapi cuba la peramah sikit.
Imer berkerut seribu.
"Sejak bila sayang rapat dengan dia? Ni mesti dia ada hasut apa-apa kan. Cuba cakap dia cakap apa?” Soal Imer mengawal instonasi suaranya. Tak mahu berkasar dengan Aura..
Hatinya juga turut rasa kurang enak dengan gadis bernama Alisa itu. Sikapnya begitu aneh..kadang-kadang gadis itu selalu mengintainya dipejabat. Senyuman yg gadis itu lemparkan kepadanya sperti..Psiko. Meremang bulu tengkuk Imer mengingati Alisa.
Imer teringat pula kes Inaliya ditampar oleh Alisa depan orang ramai. Sejak itu dua gadis itu sudah tak bersahabat, Alisa juga dari peramah menjadi pendiam. Tak berkomunikasi dengan pekerja disana,
'Pelik-pelik! Apa motif perempuan tu? Tiba-tiba rapat dengan Aura..’ Imer mula tak sedap hati.
"Dalam tak suka..tapi teringat juga kat dia kan.” Perli Aura sinis. Aura mula menarik muka..geram juga dia. Bercakap macam duk bercakap dengan patung. Imer mula termenung menerawang jauh.
Imer terkelu. Dipandang Aura..
"Sayang. Apa cakap macam tu? Takde makna la nak ingat dia.” Pujuknya lembut.
"Yelah tu. Habis yang termenung pandang luar tu kenapa? Mesti ingat Alisa tu kan.” Tajam Aura membalas renungan redup suaminya.
'Kenapa dua tiga hari ni Aura makin pelik? Dulu apa-apa pun lembut saja bercakap.’ Desis Imer hairan melihat perubahan Aura. Nafas ditarik dalam, cuba menenangkan suasana yg menjadi tegang. Diraih tangan Aura..lalu dielus lembut.
"Abang pandang cicak tu kat dinding.” Imer menunjukkan kearah seekor cicak dibucu dinding. Beri kerjasama, nasib baik memang ada.
Aura menjeling tajam cicak itu. Terkedu! Cicak itu dipandang semula.
"MAKK!!! Cicak!” Jerit Aura lantang terlompat sampai keatas katil hingga terpijak kaki Imer. Cemas wajahnya terlompat..menyorok dibelakang Imer
"Aduhh! Perittnya Ya Ampun..apa dosa aku Ya Allah. Sayang..kaki tu jangan pijak..” Jerit Imer merayu seperti mahu menangis. Kali ini memang sakit betul-betul ni.
Aura yg berdiri terduduk. Makin cemas melihat Imer berpeluh menahan sakit.
"Imer..saya minta maaf. Alamak kuat pula aku lompat. Sorry-sorry..meh saya urut balik.” Aura duduk bersila dikaki Imer. Tak dapat kawal rasa bersalahnya. Kalut mencari bahagian dimana sakit.
Imer berkerut dahi..entah la tahan sakit ke tahan nangis.
"Tak takpe. Sikit je ni..macam kena gigit gajah je. Dah dah jangan kalut..abang tak apa-apa.” Ujar Imer lembut tak senang lihat isterinya pucat lesi akibat terkejut.
Aura diam dengan tiba tiba. Tersandar dibahu katil..kelopak matanya kelihatan bergenang. Tunggu masa saja untuk tumpah. Esakan kecil kedengaran..luluh hati Imer.
"Sayang..kenapa ni? Aura jangan menangis ssdih tanpa sebab macam ni..pening abang. Yang sakitnya abang..tapi kenapa sayang pula nangis? Oh lupa kitakan sehati sejiwa..Abang sakit, sayang sedih. Abang sedih, sayang pula sakit. Kira sayang ni membahagi kongsi duka dengan abang la kan. Aaww..so sweet yang!” Dalam pujuk sempat pula Imer menggedik. Tersengih panjang hingga ke telinga kepada Aura.
Mata berkaca-kaca menatap Imer dengan rasa segunung rasa geram. Ditahan saja mencari kesabaran dari seluruh pelosok dunia menghisap kedalam tubuhnya.
'Suka sanggat melalut entah pape.’ Aura mengesat air mata yg tersisa dipipi.
"Sayang lapar tak?” Soal Imer
"Lapar la juga..”
TING!
Imer tersenyum sebaris.
"Tepat pada masa. Biar abang buka pintu. Tunggu sini..” Imer mahu turun dari ketil tetapi buku lalinya terasa berdenyut.
"Duk diam-diam. Biar saya yang buka..” Aura bangun turun dari katil bergerak kearah pintu. Terjegul seorang pekerja hotel bersama penuh makanan, dessert dan minuman di atas troli. Ia dipanggil sebagai Hotel Food Service Trolley.
"Terima kasih.” Ucap Aura sopan senyum kepada pekerja itu sebelum pintu ditutup rapat. Aura menghampiri Imer menarik troli itu.
"Western?”
Imer tersenyum melihat isterinya makan dengan santai. Pakai tangan pula tu..takde nak cover-cover sopan.
"Ha ah. Kenapa..tak suka ke?” Soal Imer
Aura tersenyum kepada Imer bersama mulut penuh.
"Eh mesti la suka! Kalau dah lapar tahap kebulur, awak bagi makan tanah pun saya makan.” Jawap Aura bersama makanan penuh dalam mulut, kembung cute cute gitu.
"Jangan cakap macam tu..Abang tak lah zalim sanggat nak bagi makan tanah kat isteri.” Tukas Imer.
Aura tersenyum. Tak terniat pula nak membalas,.
.
.
.
.
INALIYA berkerut aneh melihat kekasihnya sejak bertemu dari tadi, tetapi asyik termenung saja. Makanan di pinggan pula dibuat main dikuis kuis..entah menerawang kemana fikiran lelaki didepannya itu.
'Asal dengan Zack ni? Makin hari makin pelik perangai..setiap kali aku ajak keluar mesti termenung macam ni. Aku ni dah macam tunggul kayu kat sini.’ Gerutu Inaliya menahan rasa. Pelbagai soalan yang mencanak-canak mengasak nya. Stress pula dia tengok..
"Mama dengan Papa mintak kita percepatkan tarikh kahwin.” Ucap Inaliya memulakan mukadimah. Mengetap gigi geram melihat Zack masih seperti tak hiraukan ucapannya. Seperti dalam dunianya sendiri..
"Zakhuan! Dengar tak saya cakap ni?” Inaliya sudah mula menarik muka cemberut. Kalau ikutkan mahunya dia tampar pipi Zack ni..
Zack masih diam menunduk merenung pinggan didepannya. Mendengus kecil..lalu mula mengangkat muka.
"Iya saya dengar.” Balasnya ringkas.
Inaliya merasa sebal.
"Jadi? Awak ni macam tak serius saja dengan hubungan kita, Mama dengan Papa dah bising..kita dah bertunang 7 bulan! Takkan awak tak teringin nak nikah hidup semati dengan saya?” Gadis itu mula berjauh hati. Terasa dengan sikap acuh tak acuh Zack.
Zack menghembus nafas berat. Mula menumpu pada Inaliya.
"Kenapa asyik fikir bising Mama Papa awak tu? Cakap kat diorang..sabar dulu. Bukan saya taknak kahwin dengan awak. Jangan desak saya boleh tak..” Zack mengawal suaranya. Otaknya bercelaru..dada sesak dengan pelbagai desakkan dari Ibunya (Ciksu)..saudara yg lain yg mula bertanya bila nak kahwin..bila nak kahwin. Serabut kepalanya.
Zack berasa serba salah melihat wajah Inaliya berubah sugul. Gadis itu hanya diam menunduk..mungkin terasa dengan percakapannya yang sedikit kasar. Nafas ditarik dalam mengawal perasaan yg bercampur baur. Tangan Inaliya dicapai lembut. Lalu diusap penuh kasih..
Mata mereka bertentangan buat seketika.
"Dear, I’m sorry. Saya akan bincang dengan Ibu, Bulan ni jugak kita kahwin.” Ujar Zack perlahan cukup didengar Inaliya. Nak kata romantik sweet..Zack bukan lah lelaki macam tu, tapi kebahagiaan wanita tersayang adalah kebahagiaan untuknya.
Inaliya menghadiahkan senyum manis.
"Saya bukan nak gesa paksa awak..cuma yelah sampai bila kita nak macam ni. Tak manis juga kalau keluar berdua walaupun kat tempat awam..tapi tetap boleh jatuhkan fitnah kan?” Inaliya tak mahu lah nampak seperti dia pula yang 'gatal’ nak kahwin..dia juga tertekan dengan desakan Mama Papanya yg asyik mendesaknya.
Zack mengangguk faham. Tersenyum sebaris, tak mahu bertegang urat.
"Jangan risau, saya serius dengan relationship kita. Dah siap makan? Jom la” Ujar Zack. Tersenyum menanti riaksi teman wanitanya
Inaliya mengangkat muka.
"Pergi mana? Offis?”
"Butik.”
"Butik? Buat apa? Awak taknak masuk kerja ke?” Inaliya masih bingung
Zack menggeleng kecil. Senyum penuh makna.
"Cari baju kahwin. Rasa malas pula nak masuk ofis, Nak spend time dengan awak saja hari ni.” Kata Zack tenang. Makanan didepan sudah tak menarik minatnya untuk habiskan.
Inaliya terkaku. Sebelum senyum mekar menghiasi wajah cantiknya. Memandang tak percaya..sudah lama dia inginkan kehidupan yang bahagia bersama lelaki yg bergelar suami padanya.
"Tak main-main kan?” Soalnya masih ingin kepastian
Tangan Inaliya diraih semula. Lalu berdiri bangun.
"Dah jangan sedih-sedih. Awak beli saja apa awak nak..saya belanja.” Ucap Zack manis melihat wajah Inaliya terharu memandangnya. Beberapa not20 diselitkan dicelah pinggan nya.
Berlalu pergi dua pasangan kekasih itu..
.
.
.
.
TOK..TOK..
"Masuk!”
Berjalan Khairi bersama beberapa dokumen dan fail ditangan. Langkah menghampiri meja Bosnya, Irwan.
"Duduk Khai.” Arah Irwan..mata masih fokus pada komputer.
Khairi duduk akur dikerusi setentang dengan Irwan. Fail dokumen yang tebal diletakkan diatas meja Irwan.
"Ada apa?”
"Bos. Penyiasat yang saya upah tu dah tak ada.” Kata Khairi tanpa secalit senyuman
"Takde? Maksud kau?” Berkerut hairan Irwan. Mula beri perhatian pada apa yg ingin dikatakan 'orang kanan’ nya.
"Dia dah meninggal dunia.” Jawap Khairi, terselit rasa hampa. Sudah berbulan-bulan dia membantu Irwan mencari maklumat tentang orang yang menembak Aura dahulu.
"Macam mana budak tu boleh mati?” Soal Irwan kasar. Dia mula rasa kecewa.
"Dah ajal dia Bos. Nak buat macam mana.” Balas Khairi bersahaja
Irwan mendengus geram. Kepala dipicit-picit.. pening kepala macam ni selalu.
"Kenapa Bos tak serahkan pada polis saja kes ni? Kalau polis buat kerja, dah lama kita dapat tangkap siapa punya angkara. Ni Bos nak harapkan budak penyiasat tu..”
Irwan menjeling sekilas Khairi yg mula berleter.
"Kau lupa ke..kau yang cadangkan aku idea bodoh kau tu. Sekarang tengok? Sorang-sorang mati. Aku tak rasa diorang mati macam tu je, tak mungkin kebetulan. Kau minta laporan pihak polis pasal kematian semua penyiasat kkta semua yg mati tu?” Soal Irwan penuh aneh. Pusing kepalanya memikirkan semua ni. Tapi apa yg jadi adalah pada Aura, adik iparnya. Takkan la nak ambil ringan saja. Mana boleh lepaskan macam tu penjenayah.
'Kalau si angkara tu melepas saja sampai sekarang.. tak mustahil dia akan target pada Imer. Sebab Imer suami Aura. Aura..Aura.. dia ada musuh ke?’ Monolog Irwan sendirian.
Khairi menolak kehadapan Fail-fail tebal dihadapan Irwan.
"Ini? Asal kau tak bagitahu awal-awal..ish!” Geram pula Irwan dibuatnya dengan sikap Khairi yg slow. Satu-satu..
Fail itu disemak satu persatu..
"Mohd Fazli Ibrahim..” Berkerut seribu wajahnya memikirkan nama tersebut. Dipandang Khairi..
"Siapa Fazli Ibrahim ni? Kau kenal?”
"Fazli ni orang sabah. Menurut dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, dia ni bekas banduan. Cap jari lelaki ni ada pada satu pucuk pistol yang ada kat tempat kejadian. Tempat kejadian tu maksud saya..tempat Penyiasat tak boleh harap Bos tu mati.” Terang Khairi sedaya upaya menseriuskan air muka. Tak mahu Bosnya mengamuk dengan sikapnya yg asyik memain
Irwan menarik senyum senget.
"Bos. Saya tak habis cakap lagi ni..Mohd Fazli ni..”
"Sebelum kau jelaskan yg lain. Mari aku bagitahu sikit. Lelaki ni diupah oleh orang yang tembak Aura, betul tak?”
Khairi senyum tawar. Sebelum mengangguk.
'Halah..poyo dapat Bos macam ni. Kalau kesimpulan macam tu..anak saudara aku yg dalam perut tu pun tahu. Pigii lah!’ Gerutu Khaii sempat mengutuk Irwan dalam hati.
"Jadi?” Tanya Khairi
"Jadi?”
"Jadi Bos nak saya buat apa?” Tanya Khairi
Air muka Irwan mula berubah.
"Lelaki nama Fazli ni dia kat balai mana sekarang?” Soalnya
"Dia kena siasatan di Balai Polis Kajang. Asal Bos? Bos nak melawat ke?” Ujar Khairi tersengih
"Melawat tengkorak kau. Aku nak kau dapatkan hasil siasatan Polis..dari masa ke semasa. Pastu bagi aku. Faham?” Tegas Irwan. Memfokus semula kerjanya yg terjeda.
Khaiiri mengangguk faham.
"Iya faham. Saya keluar dulu lah. Panas pula duk lama-lama dengan Bos.” Selamba badak Khairi bangun . Keluar dari situ
Irwan melirik bayangan PAnya itu. Tergeleng kecil.
Share this novel