Bab 22

Romance Completed 32236

USAI solat zohor bersama Aura..Imer yang siap berpakaian baju kurta hijau lumut dikenakan seluar jean hitam..turun ke bawah tak menghiraukan Aura.

Aura melipat sejadah sambil menyangkut.

"Sedikit terasa..tapi nak buat macam mna..salah aku jugak. “ Aura merenung lama jubah labuh berwarna sedondon dengan suaminya. Tudung selendang hijau lembut dikenakan dikepala..

Aura turun menuruni tangga..ramai mata yang menumpu kearahnya..masing masing terpana melihat pengantin baru dalam rumah itu. Imer yang duduk berbual dengan Zack ternganga melihat Aura..

'Ha sudahh! Dah kenapa dia orang pandang aku macam tu..make up comot ke. Tapi takde la tebal sanggat. ‘ Aura berjalan sedikit gementar.

Aura berdiri disisi Kartini ..Kartini memandangnya senang.

"Makin lawa dari semalam la..Aura ni. Nampak seri pengantin tuu .” Celah Ciksu tersenyum manis kepada Aura

Aura membalas dengan sengihan.

"Haah..aku pun nak kahwinkan Zack tu jugak la. Asyik duk tukar awek ja..tak lekat.” Sampuk Opah.

"Belum jodoh lagi la tu..” Kata Aura lembut

"Haah betul la Opah.. kesian abang Zack. Opah kutuk dia macam tu.” Celah Ifa baru tiba disisi Aura

Opah mencebik. Ramai yang menolak cadangannya..lalu dia turut diam.

Maklang membaling sebiji bawang besar kearah Ifa.

"Hang ni mulut ..sampuk orang bercakap. Dah pi luar tolong abang Aidan kamu tu..ha jangan bawak Aura. Dia pengantin..tak boleh buat kerja berat.” Ujar Maklang sempat memberi amaran kepada anak gadis nya.

Ifa mencebik..menhentak kaki keluar.

"Imer mana? Dah solat zohor dah?” Soal Kartini kepada Aura lembut

Aura menarik senyum manis.
"Dah Ma..Imer Erkk..kat luar kot.” Balas Aura sebersalah.

"Kot? Hang ni bini dia ka apa? Baru kahwin sari..laki pi mana pun tak tau..” Sampuk Opah mencebik masam

Aura terdiam..Kartini perasan menantu nya itu pasti terasa.

"Dah..Biar la imer tu. Aura pergi berkenalan dengan saudara mara yang lain dulu..Kalau malu ajak Lily sekali. Lily teman Kak Aura sat..” Ujar Kartini kepad seorang gadis yg bersandar di peti sejuk.

Lily menjeling tajam..
"Semak betul!” Rungutnya lalu berjalan pergi

Makcik makcik yang lain sibuk mengacau lauk didalam kawah besar..

Kartini menggeleng. Aura tersenyum kecil..

"Dah la Akak..jom Wina temankan. Dia tu memang macam tu..Datang sini pun tak ada orang ajak pun.” Celah Wina memaut lengan Aura mesra

"Wina ni pun..tak baik cakap macam tu.” Ujar Kartini

Wina tersengih. Lalu membawa Aura ke ruang tamu..yang terdapat ramai orang sedang berbual.

"Kak Cik, ni kenalkan..Kak Aura. Isteri abang Imer.” Kata Wina kepada seorang wanita yang sedang menyusukan anak kecilnya.

Aura bersalaman..senyum senang tak lekang dibibir. Kak cik tersenyum lebar..

"Laa ni ka bini Imer..Amboii lawa na. Sopan ayu jaa..Aura meh la duduk sini dulu.” Kak Cik menarik tangan Aura supaya duduk disofa sebelahnya.

"Biasa jer Kak..” Balas Aura merendah diri

"Dah berisi ka?” Soal Kak cik

Aura terkedu!

Wina ketawa tergelak memandang muka Aura berubah..

"Apa punya soalan la kak cik ni..depa kahwin tak sampai seminggu..takkan dah ada anak.” Celah Wina

Aura melepaskan nafas lega.
'Ada jugak penyelamat...thanks Wina.’

Kak cik ketawa kecil..

"Usik sikit ja..jangan amik hati Aura na.” Kak cik menepuk lembut paha Aura

Aura senyum terpaksa.

Majlis kesyukuran dihadiri ramai..walaupun tiada orang luar. Makanan dan desert pelbagai jenis penuh di meja besar..senang untuk orang ambil.

Sepanjang majlis Aura hanya bertepek dengan Imer..pasangan sejoli itu secocok pakaian sedondon..senyum manis terserlah seri pengantin. Usikan sudah menjadi sebati ditelinga mereka.

"Awak..saya nak ke tandas jap. Awak makan la dulu..” Kata Aura kepada Imer yg sedang memilih lauk

Imer mengangguk.

Aura keluar dari bilik air terserempak dengan lily.. lily melihat Aura atas bawah sinis.

"Patut la..kau kat sini.”

Aura memandang hairan.
"Kenapa Lily?”

"Abang Imer dengan Kak Liya tu..aku tengok dah macam suami isteri.” Ujar Lily sengaja memanaskan Aura

Aura hanya tenang menggariskan senyum tawar..Aura berjalan ke depan tak hirau kan lily.

"Huh! Bengang la tu..dalam hati meletup.” Sinis Lily perlahan

"Zack! Sini jap” Panggil Aura

Zack berjalan mendekati Aura yg seperti mencari seseorang..

"Ada apa Aura? Cari imer ke?” Zack kelihatan tinggi dan handsome dengan mengenakan baju kurta merah jambu.

Aura mengangguk. "Haah..mana dia.”

"Laa tuu tengah makan kat meja sana..” Zack menunjukkan kearah satu meja batu dimana ada Imer dan Inaliya. Hanya berdua..

Zack terkedu! 'Biar betul si imer ni..kau jangn buat hal mir’

"Erkk..”

Zack memandang Aura bercampur rasa bersalah..

Aura masih beriak tenang. "Oo..kejap yea. Saya nak bagi kuih ni kat dia.” Aura menunjukkan kuih ditangannya.
Zack mengangguk..tersenyum pahit.

Imer masih tak perasan ..inaliya pula menggunakan peluang itu sehabis baik. Inaliya merangkul leher imer dengan tangannya lembut..

"Sayang..you tak takut gemuk ke..makan sikit dah la.” Ujar Inaliya manja.

Imer tersenyum kecil.

Aura teragak agak untuk menghantar atau tak pinggan berisi kuih ditangan.

'Nak bermesra sekalipun..tak payah la kat sini. Nyampah!’ Omel aura

Akhirnya Aura mengambil keputusan untuk balik semula kedalam rumah.

"Heyy! Bawak sini kuih tu..” Panggil Inaliya

'Aku baling kuih ni tengok masuk dalam perut kau tu kangg!! Eiii..laki aku tu giler!’ Gerutu aura geram

Aura meletakkan pinggan ditangannya itu kuat diatas meja..Imer mendongak terkejut.

Wajah aura beriak kosong seperti tiada perasaan..

"Sayang..meh I suap kan untuk You.” Inaliya dengan mengadanya menyumbat kuih kepada Imer. Terlalu banyak hingga tercekik Imer..

"Ya Allah..minum air ni.” Aura menyuap perlahan gelas air kepada Imer. Imer menolak tangan Aura. Aura tersentak!

Inaliya tersengih sinis. Diambil air lalu menyuap kepada Imer..imer meneguk laju. "Dah?”

"I oky.” Balas Imer memegang dada nya terasa pedih

Aura hanya memerhati..
'Sampai hati awak..layan perempuan lain depan isteri sendiri. Kalau marah saya sekalipun...Jangan la buat saya macam ni.’ Omel Aura menunduk sedikit terasa dengan sikap imer

Inaliya menolak sedikit bahu Aura dengan nya supaya Imer tak perasan. Dirapatkan tubuhnya dengan lelaki itu tanpa rasa malu..

"Tepi sikit!”

Disebabkan Aura memakai kasut tumit tinggi..Aura terjatuh ke tanah. Kotor jubahnya terkena tanah licin.

"Awww!”

Imer hendak menolong Aura supaya bangun tetapi ditahan dengan tangan Inaliya. Inaliya tersenyum manis..

"Sikit jer tu..bukan teruk pun!” Imer diam tanpa memandang aura

Aura bangun berhati hati..tangan mengibas ngibas kesan tanah.

'Tak hilang ni kotor..Tukar jerlah baju lain.’ Gerutu Aura

"Imer..Awak taknak saya ambil kan apa apa?? Makanan ke?” Soal Aura sambil menahan sakit disiku nya. Tercalar..

"Macam pelayan pulak kau ni..” Inaliya memerli

Aura menahan sabar..lalu berjalan masuk.

***********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience