ZACK mempercepatkan kakinya berjalan masuk kedalam perut lif. Punat nombor 10 ditekan..wajahya tiada secalit senyuman mahu pun membalas sapaan pekerja yg menyapanya. Dia sudah tahu mengenai rutin harian Imer..iaitu duduk dalam bilik dan dihospital. Tetapi kali ini baginya Imer semakin hairan.
Ting!
Zack keluar dari lif dengan memandang kiri kanan mencari kelibat sepupunya.
"Awak! Tunggu jap!..”
jerit Zack sedikit kuat apabila ternampak kelibat Inaliya yg kelihatan kalut memegang fail fail ditangan. Inaliya berpaling..terukir senyum lebar melihat Zack mendekatinya..
Wajah Zack yg kusut dan pucat itu dibelek belek oleh Inaliya..jelas risau.
"Sayang..what wrong? Kenapa nampak letih saja ni..tak makan lunch lagi ke??” Soal Inaliya bimbang.
Zack tersenyum nipis..fail fail yg banyak ditangan Inaliya diambil. Kesian melihat buah hatinya itu kalut mengangkat barang berat.
"Thanks. Jawap la..kenapa dengan awak..Ada problem ke? Saya risau ni..ke awak sakit?” Desak Inaliya masih tak puas hati
Zack menggeleng laju..tangan Inaliya ditarik lembut.
"Tunjukkan bilik Imer kat saya. Saya nak jumpa dia..” Kata Zack
Inaliya mengangguk seraya berjalan menuju ke arah pantri diikuti Zack..
“"Imer.. Zack nak jumpa you.” Kata Inaliya kepada Imer yg sedang menikmati makan tengahari nya dengan nasi bungkus duduk di sebuah kerusi. Inaliya berjalan meninggalkan dia lelaki itu..fikirnya pasti ada yg hendak dibincangkan.
Imer mendongak memandang Zack..senyum lebar terukir .
"Thanks sayang..” Ucap Zack lembut kepada Inaliya. Inaliya mengangguk...
"Asal kau nak jumpa aku? Jarang kau datang office.” Ujar Imer selamba..mulut mempercepatkan makannya.
Zack menoleh dingin kepada Imer yg sedang membasuh tangan di singki. Imer didekati..
Imer memandang hairan Zack yang semakin serius muka..
"Kenapa kau tak bagitahu aku yang Aura gugur..eh tak kisah la gugur tu. Yang aku nak tanya sekarang ni siapa bapak anak yg Aura kandung dulu?? Jangan kata kau..” Soal Zack dingin bersama wajah seriusnya. Tangan digenggam kemas..tak mahu melepaskan kepada muka imer
Ucapan yg keluar dari mulut Zack berjaya membuat Imer tersentak! Wajahnya turut berubah..lalu berpaling memandang Zack yang mencerlung memandangnya.
"Macam mana kau boleh tahu?”
Zack mengetap gigi menahan amarah..
"Aku pernah bagitahu kau..Yang Aura tu ,Aku dah macam adik aku! Jangan cakap yang kau rogol dia..” Kata Zack kesat
Senyum sinis terukir dibibir Imer. Imer berdiri berhadapan Zack tegak..tubuh mereka yg tinggi itu dapat dirasa aura perdebatan.
"Oky aku kasi tahu..Zirul yang rogol isteri aku. Dah puas hati..Alaaa takpe aku faham, mesti kau taknak ADIK kau tu sakit kan..” Balas Imer bersahaja..Adik ditekan untuk memerli Zack. Gula-gula getah yg berbalut kecil dikeluar dari kocek seluar jeannya. Lalu dikunyah selamba..
'Zirul, Tengku Nazirul !! Kau rupanya..tak guna dasar buaya.’ Gerutu Zack geram
"Kau boleh selamba macam, Aku serius la bodoh!”
Zack merenung tajam menikam..mata mereka bertentangan seketika. Wajah Imer berubah serius..
"Jangan kau berani cakap yang kau suka Aura.” Bisik Imer keras tak kurang tajam juga pandangan mereka. Rahang bergerak menahan amarah..
"Jadi sebab ni la kau kahwin dengan Aura, bukan sebab kau sayangkan dia..” Perli Zack tersengih sinis
Imer menjeling menyampah..membalik biji mata.
"Dia isteri aku..mesti la aku sayang.” Ngeluh Imer mencapai hp nya diatas meja makan
"Zirul kat mana sekarang? Kenapa bukan dia yg bertanggungjawap..” Tanya Zack keras
"Tak payah la kau nak serang jantan tak guna tu.. dia takkan mengaku. Lagi pun dia kat dubai sekarang ni..” ujar Imer selamba keluar dari situ meninggalkan Zack yg tercengang sendirian.
Keluhan berat dilepaskan Zack..
"Arghhhh!! TAK GUNA!” Jerit Zack kuat melepaskan serabutnya..nasib baik tiada orang di pantri ketika itu.
Dada bidang nya disentuh..rasa sakit yang teramat susah untuk dia luahkan. Mukanya diraup kasar..
Kenapa aku yang rasa semua ni?! Pahal dengan aku ni..dulu aku tak kisah pasal orang, kenapa sekarang aku nak kisah pasal bini orang pulak! Sial la! Omel Zack kusut
Tubuh tinggi itu disandar lemah di kerusi.
Perasaan yang entah terbit dari mana muncul dibenak hatinya. Entah mengapa..apabila melihat wajah tenang Aura. Dirinya turut menjadi tenang dan sejuk..hilang segala kekusutan masalahnya. Perasaan aneh itu dibuang jauh jauh apabila fikirannya teringatkan kekasih nya Inaliya.
'Aku cemburu ke?’
'TAK GUNA!’
Mata dikerdip kerdip..letih berperang dengan perasaan.
******
"ARGHHHH!!! SIAL!” Jerit Imer kuat melepaskan segala yg terbuku dihati. Badan terduduk diatas rumput ..pandangannya jauh menerawang melihat tasik dihadapannya. Mahu saja dia terjun kedalam air yang paling dalam sekarang ni..
Sakit hatinya mengingat kembali perdebatan dengan sepupunya tadi..
"Pahal dia pulak over?! Setakat anggap Aura macam adik, bukannya bini aku tu adik dia betul betul pun.” Gerutu Imer geram sendirian.
Dia sendiri hairan dengan kelakuannya..
"Kenapa aku boleh selamba saja kalau cakap pasal Aura..padahal apa yang jadi kat Aura, serius tak boleh dimaafkan. Takkan perasaan aku dah takde..kenapa dengan hati aku ni?!” Imer menekan nekan kepalanya..bersama wajah serabut
Wajah Aura yg manis terlayar diruang mata..rindu yang bertamu dihati tak dapat ditahan oleh air mata lelakinya..Imer meraup wajahnya..
'Kau tak rindu aku ke Aura?! Kau tak rindu nak hidup dengan aku..Sedar la sayang..aku rindu kau..aku rindu kenangan bersama kau..’ Keluhan berat dilepaskan..pandangan dilempar jauh.
Imer duduk memeluk lutut erat..
"Imer..”
Imer mendongak memandang sekilas Inaliya yg tersenyum manis kepadanya..
Inaliya tak hiraukan muka Imer yang ketat itu..malah tubuh nya diduduk disebelah Imer selamba.
"Kau tahu tak kenapa aku boleh jatuh cinta dengan Zack..” Inaliya cuba memancing Imer untuk bercakap dengannya..
Imer menoleh kearah Inaliya dengan pandangan selamba..kening diangkat sebelah
Inaliya tersengih.
"Sebab dia boleh tahan dengan perangai aku.. perangai aku yang drama queen, annoying..sampai kau pun menyampah kan..” Inaliya tergelak kecil ..pandangan dilempar kearah tasik dihadapan seperti Imer.
Imer tersengih kecil.
"Tak sangka pulak Zack boleh suka kat perempuan comlicated macam kau ni..” Balas Imer
Inaliya mengetap gigi geram. Nafas ditarik cuba menenangkan dirinya seperti mahu meletup..niat nya hanya mahu menasihati Imer dan menggembirakan lelaki itu saja..
Senyum Imer kian pudar.
"Kau dengarkan..”
Inaliya mengangguk..kepala ditunduk menutup rasa malu..
'Aduhh bodoh nya aku..dah la pasang telinga diorang gaduh..’ Omel gadis itu mengutuk dirinya
imer kembali tersenyum nipis.
"Jangan bagitahu siapa siapa..terutama abang aku.” Imer bangun berdiri..sempat sebelah tangannya mengusut rambut Inaliya.
Langkah Imer terhenti..mata melihat hairan tangannya dipegang oleh Inaliya.
"Aku cuma..nak..” inaliya menunduk wajah..tangan masih memegang lengan Imer.
Imer kembali duduk berhadapan Inaliya..kedua bahu gadis itu dipegang kemas.
"Cakap la..aku dengar..” Ujar Imer lembut tetapi wajahnya serius tiada senyuman
Imer terpana melihat butir butir mutiara jernih mengalir di pipi Inaliya..inaliya laju mengelap.
"Aku banyak salah dengan Aura..Aku nak minta maaf dengan dia..tolong la..aku nak jumpa Aura. Isk isk isk..” Ujar Inaliya menahan tangis..bibir dicebik seperti kanak kanak yg mahu menangis.
Imer tergelak kecil..
"Ingatkan apa la tadi..”
Inaliya menjeling Imer tajam..
"Aku serius tau..selagi Aura tak maafkan aku, selagi tu la aku dalam rasa berdosa.”
"Yea lah..nanti aku bawak jumpa. Tapi aku rasa kau tak perlu pun sebenarnya mintak maaf kat dia..” Ujar Imer bersahaja
"Alaa..aku tahu Aura koma tak sedar. Tak kisah la aku nak jumpa jugak..” Celah Inaliya
Imer tersenyum nipis.
"Sebab aku kenal Aura macam mana. Dia tak pernah simpan dendam dengan sesiapa pun.. disebabkan sifat dia yang mulia tu la..aku jatuh cinta berkali kali dengan wanita bernama Aura Aisyah..” Kata Imer penuh perasaan..sekadar meluahkan perasaannya sambil-sambil menghiburkan Inaliya.
Inaliya tergelak.
"Cerhh..sweet sampai bersemut! Haih jealous aku cam ni..” Usik Inaliya
Imer tersengih.
"Yerlah tu.. “
Mereka ketawa mesra ditepi tasik itu hingga tak sedar ada sepasang mata memerhati..
Share this novel