Bab 3

Romance Completed 32236

BANGLO TAN SRI HISYAM....

"You upah orang untuk intip I?” Tanya Tan Sri Hisyam keras.

"Tak intip pun I tahu la u ada scandel belakang I! Taknak share berapa ramai pelac*r u kat luar sana tu?” Puan sri Rahmah membalas dalam nada perli

TS Hisyam mengeluh berat. "Perlahan la suara. Serabut anak nanti dengar kita bergaduh macam ni.” Dia mula berlembut

PS Rahmah merah padam. "Habis serabut I ni ada you ambil tahu? Takkan. Sebab you punca I naik gila macam ni!”

PS Rahmah dan TS Hisyam terdiam melihat kearah derapan kaki sedang berjalan dari arah tangga. Selamba Isqanda duduk di anak tangga dengan memandang kosong kepada kedua ibubapanya yang hampir setiap hari bertelingkah. Lagak duduknya seperti menanti dan layan drama didepannya. Sudah biasa.

"Lah senyap dah? Cepat la sambung perang lagi. Hari-hari asyik gaduh mulut saja, gusti la pula. Tarik rambut ke biar terkeluar otak tu.” Bersahaja Isqanda menyindir bersama senyum sumbing ditayang.

Keluarganya tak sama seperti keluarga orang lain. Sejak perangai buaya bapanya kembali, dia dan ibunya menderita. Dan dia... mangsa keadaan yang perlu tanggung semua ini tapi dia tahu kesedihannya tak setanding dengan sedih ibunya.

"Don't be rude Isqanda! Pergi masuk bilik sekarang!” Keras suara TS Hisyam memberi amaran.

Isqanda angkat kedua tangan tanda surrender. "Okey fine.”

"Is balik sekolah pukul berapa?”

Isqanda ketawa gelihati mendengar pertanyaan yang terbit dimulut bapa nya yang tak pernah tanya hal sebegitu.

"Haihh.. anak sendiri sekolah dah berpuluh tahun. Sekarang baru tanya? wahh so magical.” Isqanda masih dalam mod sindir

"I said don't be rude Isqanda!!” Jerkah TS Hisyam yang sudah hilang sabar

PS Rahmah tak senang melihat anak dan bapa itu mula berpandangan tajam. Riak Isqanda mendadak hilang senyuman nya.

"Pahal nak sentap? Perangai pun macam set*n tapi ada hati nak ajar orang jadi malaikat!” Isqanda tak kurang kalah juga intonasi suara yang berbunyi kurang ajar. Kisah apa dia.. baginya lelaki begitu tak layak diberi hormat sebagai anak kepada bapa.

TS Hisyam kepal penumbuk. Tangannya naik ingin mengajar Isqanda namun ditahan oleh PS Rahmah. Terketar tangannya mencerlung tajam pada PS Rahmah.

"You boleh pukul I, tapi jangan pukul anak I dengan tangan kotor you.” Tegas PS Rahmah

Dengan dengusan marah TS Hisyam merentap kembali lengannya yang dipegang. Kemeja kerja yang dipakai dibetulkan. Kaki berjalan ingin berlalu dari situ. Makin dekat dengan anak isteri, makin panas hatinya.

"Hisyam! Siapa dia? wilya shida,”

Soalan tegas dari PS Rahmah berjaya buat langkah TS Hisyam terhenti. tergamam mendengar sebaris nama itu meluncur dibibir PS Rahmah.

"My second wife.” Balasnya lalu keluar dari rumah itu.

PS Rahmah terkesima. Bulat matanya. "isteri?”

Melihat ibunya seperti mahu rebah pengsan, segera Isqanda memeluk PS Rahmah dari belakang. Pucat wajah wanita itu hingga menambah cemas Isqanda.

"Ma! please wake up Ma. Ma!” Kedua pipi PS Rahmah ditepuk lembut namun wanita itu sudah tak sedarkan diri.

"ARGHH! Tak guna kau!” Tempik Isqanda melihat tajam ke arah pintu utama membayang bapanya masih disitu.

Isqanda menggengam erat penumbuknya. Rahang bergerak-gerak menahan benci membuak-buak pada TS Hisyam dan wanita perampas yang rampas TS Hisyam dari keluarganya yang dulu nya sangat bahgia.

"Tan sri.. Wilya.. Kau tak kenal aku siapa. Sumpah dengan nama mama yang aku akan balas setiap satu-persatu penderitaan mama selama ni.” Bisiknya penuh dendam

**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience