Bab 9

Romance Completed 32236

End flashback....

MATA terpisat digosok Isqanda. Matanya tercatap pada seorang gadis sedang menyelongkar dompet duitnya. Isqanda bangun mendadak.

"Darling, You... curi duit I?”

Sepantas kilat dompet dilepaskan. Yana mengawal perasaan cuak. Tubuh tanpa seurat benang itu melekat dibadan sasa Isqanda.

Yana membuat aksi menggoda. "Taknak mandi dengan I?”

Isqanda tergelak. Pakaian yang berterabur seperti kain buruk dilantai diambil. Disarung satu persatu menutup badan terdedahnya.

"Yana yana... ingat, jangan goda I selalu. Tak masuk office I macam ni terus.” Pipi Yana ditepuk perlahan sebelum dia bangun.

"I don't mind, as long as you're always by my side.”

Isqanda melempar senyuman mahalnya. Beruntung gadis kampung ini dapat bersama dengan dia.

'As long as you’re always by my side. Naif!’ Gerutu Isqanda

*****

Banglo Tan Sri Hisham...

"Morning!” Wilya Shida duduk berhadapan di meja makan lalu menghadiahkan sebuah ciuman dipipi suaminya, Tan Sri Hisham.

Hisham yang sedang kusyuk membaca artikel di surat khabar mengalihkan pandang kepada isteri keduanya.

"Morning darling... so apa plan hari ni? No shopping okey.” TS Hisyam menyisip nescafe buatan bibik rumah itu. Harapkan Wilya? Rebus air pun malas.

Wilya Shida ketawa buat-buat.
'Omg! Dasar orang tua kedekut! Dengan aku pun nak berkira.’

Setelah bercerai dengan suami pertamanya, Wilya Shida lari ke bandar lalu ketemu dengan Hisham. Dia juga sudah tahu mengenai isteri pertama Hisham,Dia tak kesah yang penting dia ada tempat bergantung dan hidup senang.

"No okay! I nak buat bissnes I sendiri. I nak buka spa kecantikan di Villa Indah.” Kata Wilya Shida bersahaja sambil mengunyah roti bakar.

Hisham terkedu. Villa Indah! Tu kan villa milik keluarga Rahmah.

"Kenapa nak bangun kat situ? Banyak lagi kan tempat yang you boleh tubuhkan..”Soal Hisham hairan.

"Why? Kenapa tak boleh pulak..sesuai la Villa tu kan tempat orang ramai bercuti ,holiday dengan family..so sesuai la kalau ada wanita-wanita yang nak release tension and singgah spa i..dekat Villa pulak tu senang la.” Terang Wilya Shida .Wanita yang berasal dari perkampungan itu berubah dari penampilan hingga gaya nya..Yang dulu sekeleh, miskin..Berubah kepada wanita moden bekerjaya..serta memiliki wajah anggun juga tubuh menawan.

"I bukan apa..u sendiri tahu kan tu Villa milik keluarga isteri pertama i, Yang uruskan Villa dan Syarikat keluarga Rahmah pun..anak i yang iruskan. u tak rasa ke Is akan bertambah benci dengan i..” Ujar Hisham sebersalah. Walaupun usia yang mencecah 50 tetapi aura dan wajah tampan mudanya dahulu masih kelihatan walaupun ada garis garis kedut usia.

Wilya Shida meletakkan kasar roti bakat di meja.

"Yang tu bukan urusan i..lagi pun tanah kat Villa Indah tu bukan milik family isteri u sepenuhnya..separuh jer kan.” Wilya Shida masih tak mengalah.

Hisham mengeluh..dia tak tahu la apa tujuan Wilya Shida mahu berbisnes di kawasan dan syarikat keluarga Rahmah.

"Suka hati u lah.” Hisham bangun lalu meninggalkan meja mekan itu. Wilya Shida tergamam.

"Dia pergi macam tu jer..suka hati u..Huh! Jaga kau Isqanda.” Wilya Shida menjeling tajam kearah bayang Hisham pergi bersama senyum sinis nya.

*****

"Kau balik naik apa?”

Aura berpaling melihat Imer berdiri disebelahnya.

"Saya tunggu Rul..selalunya dia datang amik awal, banyak kerja la kot..”Balas Aura sambil mengerling jam ditangan.

Imer senyum mengejek.
"Kau jangan berharap sangat dengan lelaki macam tu..lagi lagi orang kaya macam tu. Kau yang biasa ni senang jer dia tinggalkan.” Ujar Imer bersahaja.

Aura terus berubah apabila mendengar Imer berkata begitu. Sedikit terasa.

"Hina sanggat ke saya ni..tak layak ke untuk orang kampung macam saya ni nak bahagia.” Kata Aura perlahan menundukkan wajah.

Imer tersentak..baru sedar mulut dia terlalu laju mengutuk. Niat nak dekat dengan gadis manis itu tapi lain pulak jadinya..

'Aduhh! Pahal longkang sanggat mulut aku ni..bersalah pulak rasa tengok dia macam tu.’ Gerutu Imer dalam hati.

"Err..dah la. Jom aku hantar kau balik..jangan banyak songeh. Jom!” Imer menarik perlahan lengan Aura yang dilapisi baju itu..

Aura terpaku. 'Dah la kutuk aku..pastu main paksa paksa pulak. Aku lempang jugak laki ni..’ Omel Aura geram.

Dalam kereta mereka hanya diam seribu bahasa.

Aura hanya memandang di luar tingkap..Gadis itu pelik kerana Imer berhentikan kereta di sebuah kedai makan.

Aura berpaling hairan kearah Imer. "Kenapa berhenti kat sini?”

Imer menjeling tajam..
"Jom turun..kau tak makan lagi, kang sakit menyusahkan aku pulak.” Imer keluar dari perut kereta diikuti Aura.

Aura berlari kecil kesisi Imer. Disebabkan tubuh Aura pendek jauh berbanding Imer yang tinggi lampai itu..mereka seperti adik abang..apabila berjalan bersebelahan.

"Boleh la makan kejap. Saya pun dari tadi duk tahan lapar..hehe” Aura menarik kerusi lalu duduk.

Imer duduk berhadapan Aura..lelaki itu walaupun handsome tapi sanggat kedekut senyuman. Masam mencuka jer..

Setelah selesai memesan makanan..Aura dan Imer menunggu lalu berbual kosong..

"Nah cik air.” Datang seorang pelayan meletakkan dua gelas air dimeja itu.

Aura menghadiahkan senyum manis buat pelayan itu tadi. Imer hanya memandang kosong..

"Eh beb..kau tahu tak tadi aku terserempak dengan ex aku dulu..alaaa cinta monyet masa sekolah menengah dulu. Handsome beb..”

Aura yang sedang minum air itu tersedak tetiba apabila mendengar suara yang sanggat dikenalinya.. Aura mengangkat muka ..

Masing masing terkejut.. Tengku Nazira terpana melihat Aura. Aura pulak bertambah terkejut apabila melihat Syazyana disebelah Tengku Nazira.

Imer menghulurkan tisu lalu turut memandang dua gadis seksi berdiri disebelah meja makan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience